Disiplin Dalam Law of Attraction

disiplin

Disiplin

Tabiat kritikal yang perlu anda miliki untuk mencapai impian anda ialah mempunyai disiplin. Definisi kepada disiplin oleh Elbert Hubbard ialah "Kebolehan untuk anda melakukan apa yang perlu anda lakukan sama ada anda menyukainya atau tidak".

Tabiat disiplin mempunyai maksud yang sama seperti dalam Hukum Kawalan yang telah saya huraikan dalam Hukum Alam pada awal artikel ini. Hukum Kawalan ialah "anda berasa gembira dengan diri anda apabila anda berasa anda mengawal hidup anda".

Semakin tinggi tahap disiplin anda untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan, sama ada anda menyukainya atau tidak, semakin positif dan meningkat tahap keyakinan anda.

Terdapat hubungan secara terus di antara disiplin dan self-esteem. Semakin tinggi tahap disiplin anda, semakin tinggi tahap anda menghormati dan menghargai diri anda.

Apabila anda mempunyai disiplin, anda akan semakin menguasai hidup anda sendiri. Anda akan menjadi semakin kuat dan tabah apabila menghadapi cabaran dalam hidup anda.

Seperti anda dapat menguatkan otot-otot anda dengan bersenam di gymnasium, semakin lama anda "work-out", semakin kuat otot-otot anda.

Begitu juga dengan tahap disiplin anda. Setiap kali anda melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan, semakin tinggi tahap disiplin anda.

Seperti tabiat-tabiat yang lain, anda juga boleh belajar dan memiliki tabiat untuk berdisiplin.

Optimis dan Pesimis

Tabiat mental yang boleh anda miliki ialah bersikap optimis. Mengikut Dr.Martin Seligman dalam bukunya "Learned Optimis", manusia belajar untuk menjadi optimis dengan berfikir seperti orang optimis berfikir.

Begitu juga sebaliknya. Orang yang optimis menganalisis risiko dan ganjaran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Orang yang pesimis pula menjauhi segala risiko dan tidak melakukan apa-apa untuk berubah.

Lebih teruk lagi sekiranya mereka takut untuk berfikir bagaimana untuk mengubah hidup mereka.

Apakah yang difikirkan oleh golongan optimis sepanjang masa?

Ianya mudah sahaja. Golongan optimis berfikir mengenai apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka tahu sejarah masa lalu tidak sama dengan masa depan mereka.

Walaupun hidup mereka dalam keadaan susah, tertekan, atau apa-apa yang membawa maksud kehidupan yang negatif, mereka mampu untuk kekal yakin dan positif untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Ini kerana mereka menumpukan seluruh masa, tenaga, emosi, dan lain-lain untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Sebaliknya, golongan pesimis bertentangan dengan golongan optimis.

Mereka sibuk untuk berfikir dan bercakap mengenai apa yang mereka tidak mahu sepanjang masa. Mereka memikirkan tentang orang yang tidak disukai, masalah dalam hidup mereka sama ada pada masa sekarang dan masa lepas, dan kriteria yang paling menonjol ialah mencari siapa yang perlu disalahkan mengenai masalah yang mereka hadapi.

Semakin lama mereka memikirkan tentang perkara yang mereka benci, semakin tertekan hidup mereka. Lebih teruk sekiranya mereka hanya menumpukan fokus dalam kehidupan seharian terhadap perkara-perkara yang mereka benci.

Dalam bidang perubatan, terdapat satu kaedah perubatan alternatif yang dinamakan "psycho-neuroimmunology". Kajian dalam bidang ini menunjukkan bahawa kualiti fikiran anda mendatangkan kesan terhadap sistem imun badan anda.

Dengan memiliki tabiat optimis yang di gabungkan dengan sikap yang positif, anda akan menguatkan sistem imun badan anda dan mencegah pelbagai jenis faktor yang boleh mendatangkan penyakit kepada anda. Selain itu, anda juga akan sentiasa bersemangat dan bertenaga sepanjang masa.

Apabila anda memiliki tabiat untuk bersikap optimis dengan mempunyai disiplin, anda akan mampu untuk menumpukan fikiran anda terhadap apa yang anda mahukan. Anda juga akan mampu untuk kekal fokus dalam jangka masa yang panjang dan mengenalpasti tindakan yang perlu anda ambil untuk mencapai matlamat anda.

Selain anda jelas dengan apa yang anda mahukan, anda akan semakin sibuk untuk memikirkan mengenai perkara-perkara yang penting bagi anda. Apabila ini berlaku, tenaga dan semangat anda akan semakin membara untuk anda terus maju.

Semakin banyak tindakan yang anda ambil, semakin cepat anda mendapatkan apa yang anda mahu. Orang yang optimis berfikir dengan cara yang berbeza dengan golongan pesimis.

Mereka berfikir dengan realistik apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka tahu kehidupan mereka pada hari ini merupakan hasil daripada tindakan mereka pada masa lalu.

Matlamat mereka boleh di ukur. Contohnya seperti ingin mengurangkan berat badan, mereka tahu berapa kg berat badan mereka yang perlu di kurangkan.

Cara pertama untuk mempraktikkan tabiat optimis ialah melalui tindakan untuk membentuk masa depan. Dalam proses ini, anda abaikan terlebih dahulu situasi hidup anda sekarang buat seketika.

Kemudian anda bayangkan anda pada masa depan-sama ada dari segi perkahwinan, kerjaya, kesihatan, perniagaan, agama, pendidikan, kewangan dan lain-lain yang relevan.

Anda bayangkan anda mempunyai tongkat sakti yang mampu mencipta dan memberi apa yang anda mahukan. Kemudian, tanya kepada diri anda sendiri, "Apa yang anda mahukan pada masa depan?"

Setelah anda tahu apa yang anda mahu, anda tanya kembali kepada diri anda sendiri, "Apa yang perlu anda lakukan bermula hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu?"

Semakin anda jelas tentang apa yang anda mahu, semakin tepat tindakan yang anda dapat ambil. Anda akan mengetahui apa sebenarnya yang anda mahu dalam hidup anda.

Maksud mudahnya ialah apa jua situasi yang anda hadapi pada masa sekarang merupakan sebahagian daripada proses untuk anda mendapatkan apa yang anda mahukan pada masa depan.

Untuk mempraktikkannya, anda bayangkan seketika anda sudah mencapai apa yang anda mahukan. Kemudian anda kembali kepada realiti hidup sekarang dan tanyakan kembali kepada diri anda sendiri:

"Apa yang perlu saya lakukan pada hari ini, bermula saat sekarang untuk mencipta masa depan yang saya mahukan?"

Secara tidak lansung anda memiliki tabiat perspektif jangka panjang. Di sebalik anda fokus berterusan kepada realiti hidup anda sekarang dan tindakan yang dapat anda ambil untuk mendapat ganjaran sementara, anda berfikir mengenai apa yang anda mahukan dan ke mana arah tuju hidup anda.

Semakin anda jelas dengan apa yang anda mahukan pada masa depan, semakin tepat keputusan yang dapat anda ambil pada masa sekarang. Anda juga akan mendapati anda mempunyai matlamat yang lebih baik dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan setiap hari untuk mencapai matlamat anda.

Secara tidak lansung, anda akan juga akan memiliki tabiat menangguhkan kepuasan. Contohnya anda mungkin letih dengan kerja seharian anda dan andaikan anda ingin mengurangkan berat badan, anda dapat mengurangkan masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk bersenam.

Syarat kedua untuk memiliki tabiat optimis ialah tindakan anda berorientasikan matlamat. Ini untuk mengelakkan anda untuk hidup di dalam ilusi dan mensabotaj diri anda sendiri.

Secara mudahnya, tindakan anda pada setiap hari selari dengan tindakan anda. Anda tahu apa matlamat anda, anda dapat mengukur / mengira matlamat anda, dan spesifik. Anda mempunyai objektif dan tidak membuang masa secara sia-sia.

Ini tidak bermakna anda perlu mempunyai matlamat yang perlu dilaksanakan pada setiap minit. Walaupun ianya adalah sesuatu yang baik tetapi anda tidak dapat lari dari fitrah sebagai seorang manusia biasa.

Sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti - keupayaan- yang cukup, ianya akan membuatkan anda tertekan dan lebih cepat berputus asa. Anda boleh membuat perancangan strategik hidup anda.

Anda hanya perlu duduk dan ambil pen dan kertas. Senaraikan apa yang anda mahu dalam jangka masa singkat (kurang 5 tahun), sederhana (dalam jangka masa 5 tahun), dan panjang (melebihi 5 tahun).

Kemudian anda boleh membangunkan blueprint dan tindakan yang perlu anda ambil pada setiap hari. Apabila anda sudah terbiasa untuk menulis matlamat anda dan membuat perancangan, ianya akan menjadi mudah untuk anda seperti mana anda bernafas.

Saya akan menerangkan 7 langkah membina matlamat sekejap sahaja lagi. Dengan mempunyai matlamat yang di tulis, anda akan meningkatkan peluang anda untuk mencapai matlamat anda sebanyak 1000%. Ianya bukan sekadar teori atau cakap-cakap kosong.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki