Catatan

Kuasa Minda Sedar & Minda Separa Sedar [Infografik]

Imej
Minda dan OtakAda pendapat yang mengatakan bahawa minda dan otak adalah satu entiti yang sama. Ada juga pendapat bahawa minda merupakan satu bentuk organ didalam tubuh manusia. Otak merupakan satu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar (selepas pembedahan dibuat) dan ianya boleh dikesan dengan alat-alat perubatan atau dibedah oleh pakar-pakar bedah (neuro).Minda adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat, disentuh, atau berbau. Ianya tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah perubatan terkini. Berbeza dengan otak yang merupakan sebahagian dari organ tubuh manusia.Sebagai contohnya, ketika kita sedang tidur, minda sedang sibuk melaksanakan tugas-tugasnya. Ini termasuklah mengawal tempo nafas, denyutan jantung, proses pencernaan, aliran darah, sehinggalah kita bermimpi.Ini merupakan kebenaran untuk menolak pendapat yang mengatakan minda dan otak / organ tubuh adalah sesuatu yang sama.Minda merupakan sesuatu yang tidak berbentuk yang berfungsi untuk menerima maklumat dan mentafsirkan sesuat…