Self-Concept Dalam Law of Attraction

self-concept

Self-Concept

Kehidupan anda pada hari ini ialah bayangan apa yang berlaku dalam fikiran anda. Renung kembali apa yang telah saya huraikan mengenai semua hukum alam ini dengan kehidupan anda.

"Rahsia untuk memiliki kehidupan yang berjaya ialah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan lakukannya,"

Soalan utama untuk berjaya ialah apakah yang selalu anda fikirkan sepanjang masa?

Kenapa ada orang yang berfikiran positif, realistik, dan memiliki keyakinan untuk berjaya dan terdapat juga orang yang berfikiran negatif, tidak realistik, dan ragu-ragu untuk berjaya?

Seringkali orang yang di temuramah oleh wartawan, apabila ditanyakan soalan:

"Apakah yang difikirkan oleh anda sepanjang masa?"

Jawapan mereka adalah menjurus kepada mengubah hidup mereka. Dengan kata lain orang yang berjaya memikirkan apa yang mereka inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya. Manakala orang gagal sentiasa berfikir dan bercakap apa yang mereka tidak mahu dan memikirkan siapa yang harus disalahkan dalam kehidupan mereka.

Hasilnya mereka menarik lebih banyak perkara yang tidak diinginkan dalam hidup mereka yang menjadikan mereka semakin susah hati. Apa yang anda fikirkan dan bercakap sepanjang masa akan menjadi realiti dalam hidup anda.

Dalam tempoh 100 tahun lepas, beberapa ahli psikologi telah mula mengkaji untuk memahami dan menjelaskan fungsi minda manusia. Ianya dimulakan oleh Sigmund Freud, Alfred Adler, Karl Jung, Abraham Maslow, William Glasser, Eric Fromm, B.F.Skinner, dan sehingga ke zaman moden, ahli psikologi terus mencari sebab mengapa manusia bahagia dan merana, berjaya dan gagal, serta memiliki pencapaian yang cemerlang.

Antara persamaan hasil kajian mereka ialah cara minda manusia di"program"kan semasa peringkat kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan cara manusia berfikir, perasaan, dan pencapaian ketika dewasa.

Antara penemuan lain ialah daripada Margaret Meade, ahli antropologi yang dikenali sebagai self-concept (konsep kendiri) - dianggap hasil kajian terpenting untuk memahami potensi manusia pada abad ke-20. Self-concept anda ialah "program utama" untuk minda separa sedar anda.

Ia bertindak bagaikan sistem operasi mental anda. Setiap fikiran, perasaan, emosi, pengalaman, dan keputusan yang anda buat direkod secara kekal dalam ruang "hard disk" mental anda. Apabila direkodkan, kesannya akan mempengaruhi cara anda berfikir, perasaan,dan sikap anda daripada saat ianya direkodkan.

Self-concept anda juga mendahului anda dan telah membuat jangkaan mengenai potensi anda dalam setiap sudut kehidupan anda. Tindakan yang anda lakukan akan selari dengan apa yang telah di tetapkan oleh minda separa sedar anda. Self-concept anda juga mempunyai kesan yang besar terhadap tabiat anda.

Anda mungkin mempunyai bakat dalam bidang yang tertentu namun sekiranya self-concept anda rendah, anda akan gagal untuk mengeluarkan sepenuhnya potensi anda. Self-concept anda terdiri daripada beberapa mini-self-concept.

Antara mini-self-concept anda mungkin seperti berikut:

  • anda seorang yang kreatif
  • anda memiliki kebolehan untuk membuat public speaking
  • anda berkebolehan untuk belajar sesuatu yang baru dengan cepat
  • anda seorang yang popular dalam komuniti anda
  • anda boleh bergaul dengan sesiapa sahaja
  • anda menentukan orang yang boleh menjadi pasangan anda
  • anda boleh menarik perhatian orang yang berlainan jantina
  • anda menentukan bagaimana anda menjadi ibu/bapa kepada anak-anak anda
  • bagaimana menguruskan diri anda berkaitan dengan masa
  • bagaimana anda boleh menjadi produktif

Dalam kerjaya atau perniagaan anda, anda juga memiliki mini-self-concept mengenai setiap aspek yang berkaitan kewangan anda. Antara mini-self-concept anda ialah:

  • Mengukur pendapatan dengan kebolehan dan kemampuan anda
  • Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan sejumlah wang
  • Bagaimana untuk dinaikkan pangkat / menambah cawangan perniagaan
  • Bagaimana untuk meningkatkan pendapatan anda pada setiap bulan dan setiap tahun
  • Anda boleh menjangka pendapatan anda pada masa depan
  • Bagaimana untuk menyimpan, melabur, berbelanja dan berjimat

Setiap mini-self-concept anda mengenai wang anda adalah bergantung kepada minda separa sedar anda. Apa sahaja yang berkaitan self-concept anda, tabiat anda berfikir berkaitan wang atau perkara yang lain akan menjadi "zon selesa" anda. Zon selesa anda seterusnya akan menjadi penghalang utama untuk anda melangkah dengan lebih jauh.

Apabila anda telah masuk ke dalam zon selesa anda dalam apa jua sudut kehidupan anda, minda separa sedar anda akan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan anda kekal berada di dalam zon selesa anda walaupun anda masih belum menggunakan sepenuhnya potensi anda.

Sebagai contoh yang berkaitan dengan wang, sekiranya zon selesa anda ialah mendapat RM50,000.00 setahun, ianya adalah jumlah yang telah anda tetapkan. Tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan anda, sama ada bencana alam, peperangan, atau anda dibuang kerja, anda akan kembali mendapat RM50,000.00 setahun. Anda akan menggunakan sepenuhnya potensi dan kebolehan anda untuk mendapat RM50,000.00 setahun.

Apabila anda telah mempunyai self-concept tahap pendapatan anda, ianya telah di "program"kan secara kekal ke dalam minda separa sedar anda dan menjadikan tabiat anda untuk mendapatkan apa yang telah di"program"kan tanpa mengira apa yang berlaku kepada anda. Kunci untuk menggunakan seluruh potensi anda, meningkatkan pendapatan anda berbanding hari ini, dan mendapatkan apa yang anda inginkan dalam setiap sudut kehidupan anda ialah menaikkan nilai self-concept anda dalam setiap sudut kehidupan anda.

Tabiat yang perlu anda miliki ialah berfikir apakah potensi anda yang dapat membantu anda. Dengan menukar cara anda berfikir dan perasaan anda mengenai potensi anda, kehidupan anda juga akan bertukar. Dalam bidang perubatan terdapat kata-kata "Pemeriksaan yang tepat merupakan setengah daripada penawar".

Dalam contoh self-concept ini, saya akan terangkan mengenai 3 bahagian self-concept, bagaimana ketiga-tiga bahagian ini saling berkait, dan bagaimana pula anda dapat mengubahnya mengikut apa yang anda mahu.

  1. Self-concept

  2. Bahagian pertama daripada self-concept ialah self-ideal. Ianya ialah imej ideal atau gambaran anda mengenai diri anda sendiri - bagaimana anda boleh menjadi yang terbaik berdasarkan diri anda sendiri.

    Self-ideal anda memberikan anda harapan, keinginan, impian, matlamat, dan fantasi anda pada masa depan anda yang sempurna, di gabungkan dengan kualiti dan bakat yang terdapat dalam diri anda. Self-ideal ialah gabungan bagaimana anda boleh mencapai potensi terbaik anda dan hidup dengan cara terbaik yang boleh dibayangkan oleh anda.

    Orang yang telah mencapai status lagenda, berjaya, dan bahagia mempunyai self-ideal yang sangat jelas. Mereka sangat tahu apa yang mereka suka, hormat, dan kagum. Mereka mempunyai idola, menerapkan nilai, dan meniru sifat orang yang mereka kagumi.

    Mereka mendapat inspirasi daripada idola mereka dan mempunyai visi bagaimana idola mereka menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Semakin jelas anda dengan self-ideal anda pada masa depan, semakin cepat anda mencapai apa yang anda inginkan.

    Lebih banyak peluang yang berada disekeliling anda akan disedari oleh anda apabila anda mempunyai self-ideal yang jelas. Dalam satu kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu, para pengkaji telah mendapati bahawa hampir semua lelaki dan perempuan yang memiliki pencapaian yang luar biasa amat berminat membaca buku-buku biografi dan autobiografi orang-orang yang telah mencapai kejayaan yang luar biasa semasa mereka masih muda.

    Ianya seperti anda cenderung untuk mengenal watak hero atau heroin dalam buku, filem, atau dengar. Apabila anda sentiasa memberikan fokus kepada minda anda mengenai cerita lelaki dan perempuan yang berjaya, tanpa anda sedari minda anda akan menyerap ciri-ciri hero atau heroin dalam cerita tadi dan seterusnya membentuk personaliti anda.

    Dr. David McClellan daripada Universiti Harvard telah menjelaskan di dalam bukunya yang bertajuk "The Achieving Society" bahawa role-model mempunyai kesan yang sangat besar untuk membentuk karakter dan personaliti orang muda. Satu kesimpulan daripada buku itu ialah lelaki dan perempuan akan meniru karakter dan personaliti orang yang mereka kagumi yang seterusnya membentuk tabiat mereka sehingga dewasa.

    Ini menunjukkan bahawa orang muda yang mempunyai role-model yang positif disekeliling mereka semasa usia mereka meningkat akan memiliki persamaan dengan kualiti dan karakter yang matang berbanding dengan orang muda yang tidak mempunyai role-model atau lebih buruk - role-model yang negatif.

    Berkaitan dengan self-ideal, orang yang tidak bahagia atau berputus asa tidak mempunyai self-ideal yang jelas mengenai diri mereka. Apabila ditanya apa yang ingin dicapai, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat atau jawapan-jawapan yang diberikan saling bercanggah antara satu sama lain.

    Sekiranya anda tidak mempunyai self-ideal yang jelas:

    "Apakah impian anda sejak kecil?"

    Kepercayaan anda membentuk personaliti anda. Konteks anda berfikir dan cara anda memahaminya membentuk dan mempengaruhi personaliti dan pencapaian anda. Apabila anda meluangkan masa untuk berfikir secara mendalam dan jelas mengenai apa yang anda percaya selama ini akan menentukan masa depan anda.

    Contohnya, pada masa dahulu kepercayaan majoriti manusia ialah orang tidak boleh terbang di udara. Sebaik sahaja Wright bersaudara mencipta kapal terbang walaupun ianya dapat terbang kurang daripada satu minit, ianya telah membentuk kepercayaan yang baru iaitu orang boleh terbang di udara.

    Dengan hanya mengubah satu kepercayaan sahaja,manusia boleh mencipta roket. Apabila anda menukar kepercayaan anda mengenai sesuatu perkara, anda akan mengubah sikap anda yang seterusnya bertemu dengan kawan-kawan baru dan menarik peluang yang baru dalam kehidupan anda. Kehidupan anda pada hari ini adalah cermin daripada kepercayaan anda.

    Anda akan bertindak lebih pantas untuk mencapai matlamat anda dan matlamat anda turut menuju kepada anda. Semuanya hanya bermula apabila anda mengawal sepenuhnya self-ideal anda.

  3. Self-image

  4. Bahagian ke-2 daripada self-concept anda ialah self-image. Menurut Dr.Maxwell Maltz di dalam bukunya yang bertajuk Psycho-Cybernetics, cara anda melihat diri anda menentukan bagaimana prestasi anda pada dunia nyata. Sekiranya anda memandang diri anda dengan positif, productive, dan berjaya, anda akan bertindak seiring dengan apa yang anda lihat.

    Apa yang anda lakukan menentukan apa yang anda dapat. Hasil yang anda terima akan menguatkan lagi self-concept sama ada ianya positif atau negatif. Ianya akan membuatkan anda mengulangi tindakan yang sama sekiranya anda menghadapi situasi yang sama.

    Self-concept anda juga dikenali dengan "cermin dalaman". Ianya cermin kepada diri anda. Sekiranya anda melihat diri anda sebagai seorang yang berjaya dan berkeyakinan untuk berjumpa dengan orang yang baru seperti temuduga atau membuat jualan, ianya akan mempengaruhi diri anda semasa berlakunya sesuatu situasi.

    Sebaliknya juga yang akan berlaku sekiranya anda memandang rendah kepada diri anda sendiri. Satu daripada tabiat penting yang perlu dimiliki ialah sentiasa menggunakan imaginasi dengan gambaran yang positif. Kemudian luangkan masa untuk anda melihat imaginasi anda seberapa lama yang anda mampu.

    Ini bertujuan untuk membantu anda menghantar isyarat kepada minda separa sedar mengingati gambaran yang anda cipta didalam imaginasi anda dan seterusnya membantu anda untuk bertindak bagi mendapatkan apa yang anda inginkan. Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara yang benar atau palsu.

  5. Self-esteem

  6. Bahagian ke-3 daripada self-concept ialah self-esteem. Ianya ialah komponen emosi dalam personaliti anda dan "pusat reaktor" untuk minda separa sedar anda. Tahap self-esteem menentukan semangat dan tenaga anda untuk mengambil tindakan dan ianya mengawal prestasi anda.

    Saya akan menerangkan maksud self-esteem selepas ini.

    Sebilangan besar ahli psikologi pada hari ini setuju bahawa tahap self-esteem merupakan faktor utama daripada personaliti anda dan menentukan sama ada anda berjaya atau gagal, bahagia atau sengsara dalam setiap sudut kehidupan anda.

    Secara faktanya, self-esteem anda sangat penting kerana ianya mempengaruhi keseluruhan hidup anda. Apa jua tindakan yang anda ambil selama ini adalah untuk meningkatkan self-esteem anda atau untuk melindungi self-esteem anda daripada hilang.

    Peraturan berkenaan self-esteem ialah "Semua perkara di ambil kira!". Apa jua yang berlaku kepada anda dan persekitaran anda mempengaruhi tahap self-esteem anda sama ada ianya meningkatkan atau mengurangkan tahap self-esteem anda. Apa yang anda dengar, lihat, bau, rasa, atau sentuh mempengaruhi tahap self-esteem anda. Kunci untuk mengubah hidup anda ialah dengan meningkatkan tahap self-esteem anda.

    Kehidupan anda pada hari ini ialah gambaran perkara yang berlaku dalam fikiran anda. Renung kembali apa yang telah saya huraikan mengenai self-concept dengan kehidupan anda.

Self-esteem anda dipengaruhi oleh banyak faktor. Satu faktor yang kritikal ialah cara anda memandang diri anda (self-image) dan imaginasi anda mengenai masa depan anda sendiri (self-ideal).

Apabila anda merasakan potensi anda pada masa sekarang pada tahap terbaik dan tabiat anda konsisten dengan gambaran anda mengenai diri anda, self-esteem anda akan meningkat.

Anda akan rasa tenang dan bahagia. Anda lebih bertenaga dan bersemangat. Anda lebih positif dan dapat bergaul dengan semua golongan masyarakat.

Sebaliknya, sekiranya anda merasakan potensi dan tabiat anda tidak konsisten atau jauh dari gambaran anda mengenai diri anda sendiri (self-ideal), ia seterusnya akan mempengaruhi tabiat anda. Self-esteem anda berada pada tahap yang rendah atau berkurang.

Anda akan berasa bimbang dan risau mengenai kehidupan anda. Anda merasa malu pada diri sendiri. Sikap anda seterusnya menjadi pemalas dan pemarah.

Berita baiknya ialah sekiranya anda tahu dan jelas apa yang anda inginkan pada masa depan (self-ideal), ia seterusnya akan mempengaruhi sikap dan tabiat anda pada hari ini. Seterusnya akan meningkatkan self-esteem anda. Anda akan mencari jalan dan mengambil tindakan yang pantas serta tepat yang lebih baik bagi menghadapi cabaran yang sedang anda lalui dalam kehidupan anda.

Maksud self-esteem

Definisi yang paling baik mengenai self-esteem yang saya temui ialah:

"Seberapa banyak anda menyukai diri anda sendiri,"

Semakin anda menyukai diri anda sendiri, anda akan mengambil tindakan yang lebih baik pada setiap hari untuk mendapatkan perkara yang terbaik untuk diri anda sendiri. Apabila anda mengambil tindakan yang lebih baik, tahap anda menyukai diri anda sendiri menjadi semakin meningkat.

Ianya sekaligus akan meningkatkan self-esteem anda. Seterusnya kehidupan anda akan berubah secara keseluruhan sekiranya anda mengambil tindakan terbaik yang anda mampu lakukan pada setiap hari. Sebaliknya yang berlaku sekiranya tindakan yang anda ambil bersifat cukup syarat sahaja.

Affirmation

Ayat-ayat yang dapat mengawal personaliti anda dan meningkatkan self-esteem anda ialah:

  • "I Love Myself"

  • "I Like Myself"

  • "Saya Suka Diri Saya"

  • "Saya Sayang Diri Saya"

Semakin banyak anda mengulangi ayat-ayat ini dan diucapkan dengan perasaan kepada diri anda sendiri, anda akan menjadi semakin tenang dan meningkatkan keyakinan anda terhadap diri anda sendiri. Seterusnya anda akan menjadi lebih produktif dalam kehidupan anda. Anda boleh mencubanya sekarang.

Teknik ini dikenali dengan nama Teknik Affirmation. Sesuai untuk anda sekiranya anda mempunyai self-esteem, self-image, self-ideal yang rendah. Ianya sesuai digunakan apabila anda berasa bimbang atau ragu-ragu dan cenderung untuk membandingkan sikap negatif yang ada pada anda dengan orang lain.

Untuk mendapatkan kesan yang besar dalam kehidupan anda, anda boleh mengulangi ayat-ayat di atas antara 20 - 50 kali setiap hari dan bergantung kepada kesusaian anda. Anda boleh juga mencubanya sekarang.

Perkara yang paling penting untuk anda mengubah kehidupan ialah perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk bercakap dengan diri anda sendiri dan mempercayainya. 95% daripada emosi anda ditentukan oleh perkataan yang sering digunakan dalam imaginasi anda pada bila-bila masa sahaja.

Minda anda tidak tidur dan sentiasa bekerja tanpa henti serta tidak berehat. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan teknik affirmation yang telah saya huraikan, anda perlu menjaga perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk bercakap dengan diri anda sendiri.

Tidak salah sekiranya anda ingin menggunakan kedua-dua teknik ini sekaligus. Minda anda tidak dapat menjadi neutral sepanjang masa. Ianya akan menjadi positif atau negatif.

Sekiranya anda tidak menjaga perkataan yang anda gunakan, minda anda akan dipenuhi dengan ketakutan dan ragu-ragu terhadap apa yang anda fikirkan.

Contohnya seperti anda memiliki tanah kosong. Sekiranya anda tidak menggunakan tanah anda untuk berkebun, tanah anda akan ditumbuhi lalang secara automatik.

Begitu juga dengan minda anda. Sekiranya anda tidak menjaga minda anda, minda anda akan menjadi negatif secara automatik.

Tabiat yang bagus untuk anda miliki ialah sentiasa bercakap mengenai perkara yang positif terhadap diri anda sendiri. Contoh ayat-ayat yang positif ialah ayat-ayat yang telah saya jelaskan dalam Teknik Affirmation. Ianya sangat berguna sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan anda.

Setiap kali anda menggunakan Teknik Affirmation ini, self-esteem anda akan meningkat. Apabila self-esteem anda meningkat, anda akan menjadi lebih positif dan optimis.

Anda akan dapat untuk membuat matlamat yang lebih besar dan menghadapi cabaran yang kuat. Semakin anda menyukai diri anda, semakin meningkat semangat dan keyakinan anda.

Semakin anda menyukai diri anda, ketakutan dan keraguan anda terhadap diri anda sendiri akan berkurang untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Semakin tinggi self-esteem anda, semakin cepat dan mudah untuk anda mendapatkan apa yang anda mahu.

Oleh kerana semua tindakan yang anda lakukan dipengaruhi oleh minda separa sedar anda dengan "program" yang telah anda tetapkan sepanjang hidup anda, anda boleh mengubah minda separa sedar anda dengan mengubah self-concept anda. Apabila anda mengubah self-concept anda, anda akan turut mengubah realiti hidup anda.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki