Kuasa Fokus dan Doa Dalam Law of Attraction

kuasa fokus

Bayangkan sekiranya anda dapat mengetahui hanya satu kajian yang mengesahkan keberkesanan doa murah rezeki.

Anda turut dapat berdoa menggunakan kata-kata semangat agar anda dapat mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

Atau mungkin menjadi lebih baik.

Bagaimana sekiranya anda turut dapat meningkatkan fokus...

...agar anda dapat mengubah hidup anda dengan lebih cepat?

Sekarang anda mungkin tidak dapat bersabar untuk mengetahuinya.

Anda memang bernasib baik kerana saya sememangnya ingin berkongsi kajian akademik mengenai amalan kerohanian dalam perniagaan dalam artikel ini.

Bagi memudahkan anda, saya telah menyediakan infografik agar anda dapat memahaminya dengan lebih mudah.

Elemen Kerohanian

doa murah rezeki

Kata-Kata Semangat

kata kata semangat

Kita semua tahu bahawa untuk mencapai semua matlamat kita, kita hendaklah memberikan sepenuh fokus terhadap apa yang perlu kita lakukan.

Ianya adalah sesuatu yang amat bernilai sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan kita tahu untuk menggunakannya dengan betul.

Maksud fokus ialah memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang kita lakukan.

Ini bermakna, anda hidup pada masa sekarang dan bukannya pada masa lalu atau masa depan.

Anda tidak perlu untuk berasa kecewa sekiranya anda tidak dapat untuk fokus terhadap sesuatu impian yang anda impikan sekian lama kerana gagal untuk memberikan fokus untuk jangka masa yang lama.

Hanya sebilangan kecil manusia yang mampu untuk kekal fokus pada jangka masa yang panjang.

Dalam keadaan hari ini, ramai orang yang memfokuskan terhadap sesuatu yang tidak diingini berbanding dengan fokus terhadap apa yang mereka mahukan.

Kecenderungan seperti ini akan dapat dihilangkan atau dikurangkan sekiranya mereka tahu bagaimana untuk memberikan fokus terhadap apa yang mereka inginkan.

Kuasa fokus akan menjamin setiap kemahuan yang anda mahu tercapai. Ianya akan menghapuskan perasaan ragu-ragu dan memberikan kekuatan untuk tidak mengalah dalam apa jua keadaan hidup anda.

Sekiranya daya fokus di latih beberapa setiap kali,ianya akan memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan anda.

Nama-nama besar seperti Iskandar Zulkarnain, Hitler, Genghis Khan, Albert Einstein, Steve Jobs, dan lain-lain tokoh berjaya mencapai apa yang mereka mahukan kerana mereka memiliki daya fokus yang tinggi. Hasil kerja yang hebat dapat dicapai dengan adanya daya fokus yang tinggi.

Keyakinan dan inspirasi akan datang sekiranya kita boleh untuk memberi fokus terhadap apa yang kita inginkan. Berita baiknya ialah Fokus merupakan salah satu daripada 6 kuasa mental pada minda sedar dan ianya dimiliki oleh semua manusia normal.

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari daripada satu-satu masa yang sangat mencabar-masa dimana semua sumber yang kita miliki diuji. Masa dimana dunia ini kelihatan sangat tidak adil.

Masa dimana keyakinan, harga diri, kesabaran, kebolehan kita untuk bertindak di luar kemampuan kita.

Sesetengah orang menggunakannya sebagai peluang untuk merubah hidup mereka dan sebahagian lagi menggunakan situasi tersebut untuk mensabotaj diri sendiri.

Di saat-saat seperti inilah yang memerlukan kuasa fokus yang tinggi untuk mencapai impian kita. Situasi seperti inilah yang membezakan diantara seorang pemenang atau pengecut.

Adakah anda pernah mengalami suatu situasi yang anda memang yakin anda tidak akan salah?

Dimana masa tersebut kelihatan tidak akan ada sebarang kesalahan?

Permulaan langkah untuk menggunakan kuasa fokus ialah mengetahui apa yang anda inginkan. Semua sumber telah tersedia dalam diri anda-minda anda. Tiada gunanya anda memiliki suatu 'alat' yang bernilai sekiranya anda tidak dapat menggunakannya.

Sekarang tetapkanlah apa yang anda inginkan. Tiada apa pun yang dapat menhalang anda untuk mencapainya. Tiada manusia yang tidak mampu mencapai impian masing-masing kecuali bagi orang-orang yang tidak memiliki impian yang memberikan inspirasi untuk dicapai.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu tulislah apa yang anda inginkan kerana secara purata seorang manusia akan berfikir sebanyak 60,000 kali dalam masa 24 jam. Dengan menulis, ianya akan membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda dan menyisihkan 59,999 fikiran yang menganggu.

  1. Tuliskan apa yang anda mahu. Tuliskan apa yang anda benar-benar mahu. Sering berlaku manusia bercakap mengenai apa yang mereka tidak inginkan.
  2. Jadikannya spesifik. Gunakan 5 deria anda untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang apa yang anda mahukan. Semakin banyak yang anda jelaskan, akan lebih mudahlah untuk minda anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
  3. Menciptakan apa yang anda mahukan didalam minda anda terlebih. Minda separa sedar tidak dapat membezakan diantara realiti atau fantasi. Wujudkan keadaan, emosi, suara, dan yang seumpamanya seolah-olah anda telah mencapainya. Ini sebagai pembuktian untuk mengetahui sama ada anda sudah mencapai impian anda atau tidak.
  4. Pastikan apa yang anda mahu dapat anda kawal. Ini bererti ianya tidak bergantung kepada orang lain. Ianya bergantung sepenuhnya kepada anda.
  5. Pastikan apa yang anda mahu boleh terjadi dalam dunia nyata. Adalah mustahil sekiranya anda seorang lelaki dan ingin mencapai impian menjadi seorang isteri solehah.
SpesifikApa yang anda benar-benar mahu?
Deria
  • Apa yang anda akan lihat?
  • Apa yang akan anda rasa?
  • Apa yang anda akan dengar?
Keadaan sekarang
  • Apa yang anda inginkan?
  • Apa yang berlaku sekarang ini?
  • Apakah perbezaannya?
Penanda arasBagaimana anda dapat mengetahui impian anda tercapai?
Fokus Untuk Mencapai Matlamat

Fokus Mencapai Matlamat

"Anda sibuk sepanjang hari bukan bermakna anda melakukan sesuatu yang penting,"
Hadiah Hari Jadi

Ada satu pasangan muda yang ingin meraikan hari jadi anak tunggal mereka yang akan berusia empat tahun pada 2 minggu lagi. Mereka bercadang untuk mengadakan majlis hari jadi anak mereka secara besar-besaran.

Mereka berbincang apa yang perlu dilakukan. Mereka sepakat untuk mengagihkan tugas-tugas yang perlu dilakukan.

Si ayah ditugaskan untuk menjemput saudara mara, kawan-kawan, jiran-jiran, dan kawan-kawan tadika anak mereka manakala si ibu ditugaskan untuk berbuat persiapan dan membeli barang-barang keperluan.

Si ayah mengambil kertas dan menulis semua nama-nama kenalannya yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Si ibu pula menyenaraikan barang-barang yang perlu di beli.

Keesokkannya, setelah semua senarai mereka telah siap, si ayah mula menelefon setiap nama yang berada dalam senarainya dan si ibu pergi membeli barang-barang yang di tulis.

Apabila tiba masanya, majlis hari jadi anak mereka berlansung dengan lancarnya dan semua hadirin memuji pasangan muda tersebut kerana majlis hari jadi anak mereka sangat sempurna. Anak mereka pula mendapat banyak hadiah daripada hadirin.

Setelah semuanya selesai, hadirin mula pulang dan pasangan muda tersebut mengemas rumah mereka. Tamat.

Ini ialah kisah mudah bagaimana kita dapat mencapai apa yang kita inginkan jika kita mempunyai matlamat yang jelas dan fokus untuk mencapainya. Semuanya bermula dari idea yang kemudiannya diterjemahkan dengan dakwat dan kertas.

Kebolehan untuk mengawal tekanan dan menghadapi cabaran yang muncul merupakan keperluan asas untuk mencapai apa-apa matlamat. Ianya bermula dengan kebolehan kita untuk fokus untuk apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Dengan fokus yang tinggi, bukan sahaja memberikan kita kekuatan malahan ianya akan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat.

Orang yang fokus ialah orang yang tahu apa yang diinginkan, apa yang perlu dilakukan, dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan. Matlamat yang tetap dan persediaan untuk mencapainya jelas menjadi asas kepada mana-mana kejayaan.

Ini kerana ianya dapat membantu sesiapa sahaja agar mempunyai perancangan yang rapi, menyiapkan lebih banyak kerja, dan membantu untuk lebih fokus.

Setiap manusia mempunyai masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam tanpa mengira pangkat, kedudukan, atau kuasa. Terdapat sebilangan kecil manusia yang mampu mencapai pencapaian yang mengagumkan berbanding dengan rakan-rakan mereka.

Bezanya hanya 2 perkara sahaja. Mereka memiliki:

  1. Fokus
  2. Matlamat yang jelas

Sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan, anda akan dapat memberi fokus yang tinggi dengan senang.

Ianya sekaligus dapat membantu anda menguruskan diri apabila melibarkan masa (masa tidak perlu diuruskan kerana sama ada anda mengurusnya dengan baik atau tidak-ianya tetap 24 jam sehari).

Mengetahui apa yang perlu anda lakukan akan membantu anda untuk membuat apa-apa keputusan dengan lebih pantas dan sebaliknya berlaku sekiranya anda tidak mempunyai matlamat.

Tanpa matlamat anda akan sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang tidak penting dan kadangkala tidak berfaedah. Untuk membantu meningkatkan fokus, luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut:

  1. Apakah perkara terbaik yang boleh dilakukan sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan?
  2. Adakah anda menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak penting?
  3. Adakah anda keliru tentang apa yang dilakukan?Maksudnya anda tidak tahu ianya baik atau pun tidak?
  4. Adakah anda jelas tentang apa yang anda mahukan?

Dengan fokus, anda dapat menjauhkan semua gangguan dan mengatasi masalah yang mungkin timbul. Sekiranya kita tidak fokus, tenaga dan masa akan banyak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan mungkin akan menjadikan impian kita tetap tinggal sebagai impian.

Malang sekali sekiranya kita tahu apa yang perlu dilakukan dan masih mencari sebab untuk tidak melakukannya. Perkara ini bukan sahaja akan membantutkan usaha anda untuk mencapai matlamat malahan ianya akan membuatkan anda dalam keadaan tertekan.

Apabila kita fokus pada apa yang kita tidak inginkan atau halangan yang mungkin timbul, minda sedar kita mengarahkan minda separa sedar untuk perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Perkara ini mungkin berpunca akibat daripada elemen masa lepas.

Iaitu keadaan yang dipengaruhi oleh pengalaman menyakitkan / menyedihkan pada masa lalu.

Sebaliknya sekiranya anda fokus pada sesuatu perkara / keadaan dengan tepat, minda separa sedar akan membantu anda akan mempercepatkan andai memiliki apa yang anda inginkan. Adalah pasti ianya akan melibatkan seluruh kuasa minda anda untuk mencapai apa yang anda inginkan.

Setiap orang pasti mengalami sesuatu yang menyedihkan atau menyakitkan pada masa lalu dan ianya masih sukar untuk dilupakan. Sekarang luangkanlah sedikit masa untuk menerima pengalaman itu dan pelajarilah sesuatu daripada pengalaman itu dan gunakanlah apa yang anda pelajari itu untuk mengubah hidup anda.

Apabila kita menerima diri kita dengan jujurnya, ianya akan mengubah minda kita dan sekaligus akan dapat membantu kita untuk lebih fokus terhadap apa yang kita inginkan.

Ini kerana sekiranya kita tidak dapat menerima diri kita sepenuhnya, kita akan cenderung untuk mengelak apabila berhadapan dengan perkara yang kita tidak selesa melihat / mendengarnya dan sekaligus menutup minda kita. Ianya tidak mengubah apa-apa pun.

Dengan menghargai dan berhadapan dengan masalah-masalah yang wujud pada masa lalu, ianya akan dapat mengubah kita. Minda kita akan menjadi semakin tenang. Apabila minda kita semakin tenang, kebolehan kita untuk fokus akan meningkat.

Sentiasa sibuk pada sepanjang hari bukanlah bermakna anda sudah membuat sesuatu yang penting untuk dilakukan.

Banyak hari yang telah berlalu dalam hidup kita dan kita sentiasa sibuk - sentiasa bergerak - dan apabila anda mengenang hari-hari yang telah berlalu, renungkanlah matlamat anda yang telah anda capai.

Adalah lebih teruk lagi sekiranya anda perlu melakukan sesuatu bukan dengan sepenuh hati malahan dengan penuh rasa benci kerana anda terpaksa melakukannya dan tidak mempunyai pilihan. Ini berlaku kerana anda fokus pada apa yang anda benci.

Petunjuk yang jelas sekiranya anda kurang fokus ialah anda melakukan sesuatu dengan lebih lama berbanding dengan kemampuan anda sendiri.

Contohnya anda melakukan satu kerja yang membuatkan anda menyiapkannya dalam masa 3 jam dimana anda boleh menyiapkannya dalam masa 30 minit.

Contoh yang lain anda kurang fokus ialah ketika badan anda di rumah anda teringat untuk bekerja dan ketika anda bekerja pula anda teringat kepada rumah anda. Ini ialah satu contoh mudah. Sebaik-baiknya anda fokus sepenuhnya dengan apa yang sedang anda lakukan.

Fokus merupakan satu daripada 6 kekuatan mental minda sedar. Ianya hanya berkebolehan untuk fokus pada satu-satu perkara setiap masa. Tidak kira sama ada ianya positif atau negatif. Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan apa yang anda ingin lakukan.

Apa yang anda fokus pada sepanjang masa akan menjadi satu realiti kepada anda. Pilihlah sesuatu yang dapat membuatkan anda kekal fokus pada perkara yang dapat membantu anda kerana anda mempunyai kuasa untuk membuat pilihan.

Kebolehan yang dimiliki oleh mana-mana manusia normal ialah kebolehan untuk membuat pilihan. Anda boleh memilih untuk fokus pada perkara yang baik atau buruk dalam satu realiti / keadaan. Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan bertindakbalas terhadap sesuatu realiti untuk mendapatkan apa yang anda impikan.

Apabila haiwan menerima rangsangan ianya akan bertindak balas dengan satu cara sahaja. Ini kerana haiwan juga memiliki kehidupan yang tersendiri dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat sebarang pilihan.

Inilah perbezaan antara manusia dan haiwan. Sekiranya kita mengalami masa-masa sukar dalam mengharungi kehidupan, kita boleh memilih bagaimana cara untuk kita bertindakbalas. Adalah malang sekiranya kita memilih untuk sesuatu yang menhalang kita untuk mencapai matlamat kita.

Kita akan tetap dalam satu keadaan yang tidak kita inginkan. Ianya adalah perangkap dalam minda kita. Buatlah matlamat yang jelas dan kekal fokus untuk mencapainya.

Kuasa Fokus Tahap Laser

Kita semua tahu bahawa untuk mendapatkan sesuatu perkara kita memerlukan fokus. Adalah sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup sekiranya kita tahu cara untuk meningkatkan fokus.

Bagi mendapat kejayaan dalam semua bidang, anda perlu mampu untuk memberikan sepenuh fokus dalam fikiran anda terhadap idea yang terdapat pada anda. Anda tidak perlu berputus asa sekiranya anda gagal untuk memberikan fokus dalam jangka masa yang panjang untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Jarang orang yang dapat memberikan fokus dalam jangka masa yang panjang. Perkara yang paling mudah untuk anda fokus selama bertahun-tahun ialah untuk memberikan fokus terhadap perkara yang tidak anda inginkan berbanding dengan apa yang anda mahukan.

Anda hanya perlu berlatih pada setiap hari untuk meningkatkan daya fokus anda. Kejayaan anda dalam konteks mempunyai daya fokus di ukur melalui diri anda sendiri. Anda
dapat mencegah dan menhilangkan semua gangguan dalam fikiran anda.

Kebaikkan yang utama sekiranya anda mempunyai daya fokus yang tinggi ialah anda dapat menumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap perkara yang dapat memberikan anda faedah sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Bayangkan warna kuning selama 5 saat. Kemudian berhenti berfikir mengenai warna kuning.

Adakah anda dapat berhenti daripada berfikir mengenai warna kuning?

Manusia merupakan satu ciptaan Tuhan yang unik. Setiap manusia yang normal memiliki daya fokus yang tersendiri. Antara perkara yang membezakan kebolehan manusia ialah kuasa
fokus yang berbeza-beza.

Hasil kerja yang terbaik dapat dihasilkan oleh setiap orang sekiranya dilakukan dengan cara yang terbaik. Sekiranya kerja dilakukan dengan fokus yang rendah, hasil kerjanya akan mempunyai kualiti yang rendah dan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

Orang yang mempunyai daya fokus yang tinggi lebih banyak menghasilkan kejayaan berbanding dengan orang yang berkebolehan.

Ini kerana orang yang mempunyai daya fokus yang tinggi akan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada peluang untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan - daripada sudut masa, wang, tenaga dan lain-lain.

Usaha untuk mempunyai daya fokus yang tinggi bergantung kepada usaha anda sendiri sepenuhnya. Tiada orang yang dapat membantu anda. Anda mungkin pernah membeli produk-prodek motivasi, personal development, self-help dan lain-lain untuk membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu.

Namun hasilnya sama - tiada perubahan dalam hidup anda. Ini semuanya berpunca daripada fokus anda yang rendah untuk mencapai matlamat anda.

Anda perlu memikul tanggungjawab anda kepada diri sendiri. Semuanya bermula dengan fokus kepada matlamat anda.

Anda dapat mengubah keseluruhan hidup anda sekiranya mempunyai fokus yang tinggi. Anda boleh memiliki daya fokus yang tinggi sekiranya anda mahu sekiranya anda tahu apa
yang anda mahu.

Dengan kuasa fokus anda boleh memilih sama ada untuk membentuk fokus anda sendiri atau situasi hidup anda yang membentuk fokus anda. Tiada orang yang akan melakukan sesuatu tanpa tujuan.

Anda tidak akan pergi ke rumah jiran anda tanpa tujuan walaupun dekat namun dengan memiliki tujuan yang tertentu anda sanggup ke tempat yang mungkin sejauh 100 km daripada rumah anda sekiranya anda tahu matlamat anda.

Asas yang anda perlukan untuk mempunyai daya fokus yang tinggi ialah tabiat anda. Anda mungkin pernah terlepas peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan pada masa lalu.

Kemudian dengan daya fokus anda, anda mencari peluang lain untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Anda perlu sedar satu perkara dalam kehidupan, peluang untuk mendapatkan apa yang anda mahu tidak akan mencari anda.

Anda hanya mendapat peluang keemasan untuk mendapatkan apa yang anda mahu sekiranya anda memberikan fokus sepenuhnya untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Walaupun anda mungkin sudah mengetahui semua perkara untuk mendapatkan apa yang anda mahu, ianya tidak menjamin anda bahawa anda akan mendapatkannya. Lebih teruk lagi sekiranya
anda beranggapan apa yang anda tahu masih tidak cukup.

Ini kerana anda fokus pada kelemahan anda dan bukannya kekuatan anda. Kehidupan anda pada hari ini ialah hasil daripada fokus yang anda berikan pada masa lalu.

Walaupun anda sudah mengetahui semua perkara ianya tidak bermakna anda mengambil tindakan yang perlu anda lakukan. Seperti kata pepatah , "Anda boleh membawa kuda ke tepi tasik tetapi anda tidak dapat memaksanya untuk minum".

Kehidupan anda sentiasa menawarkan peluang kepada anda untuk berubah. Namun sekali lagi ianya bergantung kepada anda iaitu fokus yang anda berikan.

Sekiranya anda fokus untuk terus menanti peluang yang lebih baik dalam hidup anda, anda akan terus bertangguh untuk mengambil tindakan.

Seterusnya anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk mencipta alasan untuk tidak mengambil tindakan berbanding dengan masa yang anda perlukan untuk mengambil tindakan. Masa anda terbuang dengan sia-sia buat selama-lamanya sekiranya anda tidak berubah.

Setiap sesuatu ada harganya. Kita menuai apa yang kita tanam. Harganya ialah usaha yang sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Kualiti utama yang perlu anda miliki untuk mendapatkan apa yang anda mahu:

  1. kemahuan untuk mengambil tindakan
  2. tahu apa yang perlu anda lakukan
  3. mengambil tindakan yang tepat

Semakin besar matlamat anda untuk memiliki sesuatu yang tidak pernah anda miliki - semakin tinggi fokus yang anda perlukan. Elakkan untuk mengambil tindakan yang mudah bagi
anda lakukan untuk mendapatkan sesuatu.

Sebaliknya fokus kepada sebanyak mana tindakan yang anda perlu ambil untuk mencapai matlamat anda. Orang yang jarang atau tidak pernah mencuba biasanya hanya kekal pada kehidupan yang sama.

Orang yang mempunyai pencapaian yang hebat biasanya bukanlah daripada golongan genius atau mempunyai keduduan akademik yang cemerlang. Sebaliknya mempunyai kebolehan untuk fokus terhadap sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang.

Bagi mereka tiada perkara yang berlaku secara kebetulan.Setiap tindakan yang mereka ambil akan memberikan hasil sama ada positif atau negatif. Mereka akan terus mencuba sehingga mendapat hasil seperti yang mereka mahukan. Orang yang gagal hanya fokus pada kegagalan.

Sekiranya fokus anda hilang pada hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu, anda perlu fokus kembali terhadap matlamat anda. Anda mungkin terpaksa bersendirian untuk mencapai matlamat anda.

Anda perlu elakkan untuk membuang tenaga dan masa dengan sia-sia. Tumpukan segala sumber yang anda miliki sekarang untuk mencapai matlamat anda. Elakkan juga untuk berharap orang lain akan membantu anda.

Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas-tahu apa yang anda inginkan. Hanya anda yang dapat membantu diri anda. Setiap orang ingin melakukan sesuatu yang mesti dilakukan untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.

Namun tindakan yang mesti mereka ambil memerlukan mereka untuk melakukan pengorbanan bagi menjadikan matlamat mereka menjadi satu realiti. Hanya satu cara sahaja untuk mencapai apa sahaja impian anda iaitu untuk terus melangkah dan mengambil tindakan yang mesti di lakukan.

Halangan akan sentiasa muncul apabila anda ingin menjadikan impian anda menjadi realiti. Sekiranya anda mempunyai fokus yang tinggi, apa jua halangan yang muncul akan kelihatan kecil bagi anda.

Sekiranya anda mempunyai fokus yang rendah, halangan yang kecil akan kelihatan seperti halangan raksasa yang akan menyekat anda untuk terus maju yang juga mungkin akan kekal menjadi halangan anda buat selama-lamanya.

Anggapkan sahaja halangan yang wujud dalam situasi hidup anda sebagai satu cabaran untuk anda. Halangan yang terpaksa anda tempuhi mungkin telah menyekat berjuta-juta orang lain yang mempunyai impian yang sama dengan anda - tetapi ianya tidak mampu untuk menyekat anda dari terus melangkah.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pula sekiranya halangan yang muncul hanya di alami oleh anda seorang?

Apa yang perlu anda perlu ialah fokus bahawa anda merupakan orang yang pertama dalam dunia ini yang berjaya mengatasi rintangan yang muncul dalam hidup anda sekarang. Anda hanya perlu fokus apa ganjaran yang anda akan terima sekiranya anda berjaya mengatasi cabaran yang wujud pada masa sekarang.

Ianya akan menjadikan semangat anda semakin berkobar-kobar untuk mengatasinya. Namun semua orang tahu bahawa semangat sahaja tidak cukup untuk mencapai apa yang anda mahu.

Elakkan anda akan mempunyai laluan mudah untuk menjadikan impian anda menjadi realiti. Semakin besar impian anda, semakin berliku dan berduri jalan yang terpaksa anda
tempuhi.

Anggapkan sahaja perjalanan anda untuk mencapai impian anda merupakan satu pengembaraan. Anda akan mempunyai pelbagai pengalaman sepanjang pengembaraan anda menjadikan impian anda menjadi realiti.

Elakkan untuk berputus asa dengan rintangan-rintangan yang wujud. Sekali lagi, anda perlu fokus pada ganjaran yang anda akan terima sekiranya anda berjaya mengatasi halangan
yang wujud.

Anda bukan sahaja mungkin akan berhenti untuk terus melangkah menjadikan impian anda menjadi realiti dengan halangan-halangan yang timbul tetapi juga dengan zon selesa hidup anda sekarang.

Elakkan untuk membiarkan kesusahan dan keselesaan anda memberhentikan anda untuk terus mengorak langkah untuk mencapai impian anda.

Manusia dari sudut pembangunan psikologi tidak akan menjadi seperti yang sepatutnya iaitu menggunakan sepenuhnya potensi dan kebolehan. Manusia tidak dapat mengawal fikiran mereka sekiranya mereka tidak dapat mengarahkan daya fokus mereka kepada perkara yang dapat membantu mereka.

Mereka tidak berjaya menguasai fikiran mereka sekiranya mereka sendiri tidak berlatih untuk menguasai fikiran mereka.

Kaitan antara anda dan fikiran anda ibaratnya seperti anda menunggang kuda liar. Sekiranya anda tidak melatih kuda anda, kuda anda akan menyusahkan anda. Anda bukan sahaja
perlu mengawal fikiran anda tetapi juga turut mengawal pergerakan badan anda.

Sekiranya anda tidak mengawal fikiran anda, ianya akan mempengaruhi impuls otak, kegembiraan, emosi, fikiran anda terganggu, tindakan, dan tabiat anda. Ia seterusnya membuat anda menderita di dalam kehidupan anda sendiri.

Lebih teruk lagi sekiranya tidak dilatih-menderita buat selama-lamanya.

Apabila anda tidak mengawal fikiran anda, minda anda akan mengawal tubuh, dorongan,emosi, dan mental anda mengikut standard yang telah anda tetapkan dari pengalaman masa lalu anda.

Ini kerana fikiran anda tidak pernah berhenti untuk berehat walaupun anda sedang tidur. Daya fokus anda akan lemah sekiranya anda tidak mengawal fikiran anda.

Sekiranya anda tidak dapat meningkatkan daya fokus anda, anda akan menghadapi masalah seperti berikut:

  1. Anda keliru dengan hidup anda - tidak tahu tempat bermula untuk terus maju.
  2. Konflik dalam fikiran anda - anda mungkin mengalami tekanan perasaan.
  3. Minda yang tidak terlatih - menyekat anda untuk mengambil tindakan.

Emosi dan dorongan yang terdapat dalam diri anda dipengaruhi oleh:

  1. Mencegah rasa marah
  2. Keseronokkan
  3. Kegembiraan
  4. Kebencian
  5. Dendam
  6. Emosi yang bersungguh-sungguh
  7. Kebimbangan
  8. Rasa Bersalah

Adalah mustahil untuk anda dapat mengekalkan daya fokus yang tinggi sekiranya anda dipengaruhi oleh perkara-perkara diatas. Secara semulajadinya, anda boleh menjauhi semua perkara ini dengan menukar gaya pemakanan anda.

Bagi mengawal fikiran, anda memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang panjang. Perkara yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan daya fokus anda ialah menguatkan fikiran anda.

Ianya memerlukan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sekiranya anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dalam jangka masa yang anda perlukan, fikiran anda adalah lemah.

Begitu juga sekiranya anda tidak dapat terus berhenti daripada memikirkan perkara yang tidak membantu anda, fikiran anda juga dianggap lemah.

Sekiranya anda dapat memberikan sepenuh perhatian untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul dalam kehidupan anda, anda mempunyai fikiran yang kuat. Fokus juga membawa kepada maksud kekuatan fikiran.

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai maksud perkataan F.O.C.U.S yang saya temui dari buku tulisan Robert T.Kiyosaki:

  1. Follow
  2. One
  3. Course
  4. Until
  5. Success

Dengan memiliki daya fokus yang tinggi, anda akan mampu untuk mengumpul tenaga dari segi mental dan fizikal untuk bertindak seperti yang anda mahukan.

Fikiran yang kuat akan mampu untuk membantu anda untuk memberi perhatian kepada fikiran, perkataan yang anda gunakan, tindakan, dan membuat perancangan.

Orang yang mempunyai fikiran yang lemah - berserabut - tidak akan dapat mencapai sesuatu yang membanggakan mereka. Ini kerana mereka membazirkan tenaga yang terdapat di dalam
diri mereka.

Anda akan mampu untuk fokus pada saat ini dengan menggunakan teknik affirmation:

"Saya ingin___________. Saya boleh__________. Saya akan_________."

Caranya mudah sahaja tetapi jarang orang yang dapat melakukannya kerana kurang daya fokus.

Antara kesilapan yang mungkin biasa anda lakukan yang dapat membazirkan tenaga anda ialah:

  1. Mendengar lagu yang menyentuh emosi
  2. Menonton filem yang menyentuh emosi
  3. Membaca buku atau berita yang menyentuh emosi

Maksud saya perkara yang menyentuh emosi ialah perkara yang membuatkan anda berasa sedih atau gembira. Ianya akan melemahkan fikiran anda. Anda hanya dapat meningkatkan daya fokus anda dengan memerhatikan anda dari dekat.

Anda boleh menilai kembali setiap fikiran dan perasaan anda pada hari ini.

Anda boleh mengetahui sama ada masa yang berlalu dalam kehidupan seharian anda, anda gunakan untuk meningkatkan kualiti hidup anda atau anda membazirkan tenaga anda dengan sia-sia.

Orang yang tidak dapat mengawal fikiran, harapan, perancangan, penyelesaian, dan membuat analisis mempunyai kebarangkalian yang mustahil untuk menukar impian mereka menjadi
realiti. Dalam satu-satu masa, anda mungkin bersemangat untuk menyiapkan sesuatu perkara.

Kemudian anda kembali merasa selesa walaupun anda belum menyiapkan kerja anda. Ini berlaku kerana anda tidak dapat mengawal diri anda sendiri.

Lebih buruk lagi, tabiat seperti ini akan mengundang rasa cemburu kepada kejayaan orang lain. Ini sekaligus akan membazirkan tenaga dengan perkara yang sia-sia kerana
ini akan menyekat anda untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik yang anda mampu.

Seandainya anda mampu untuk mengawal tenaga anda dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang mesti anda lakukan, anda akan mampu mengawal diri anda. Anda akan dapat
memastikan setiap tindakan anda membawa anda lebih dekat untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Seandainya anda mampu untuk mengawal tenaga anda dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang mesti anda lakukan, anda akan mampu mengawal diri anda. Anda akan dapat
memastikan setiap tindakan anda membawa anda lebih dekat untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Orang yang mempunyai fokus yang tinggi biasanya bercakap dengan nada yang perlahan tetapi jelas. Ini kerana mereka berjaya untuk mengawal fikiran mereka untuk memberikan
perhatian kepada satu perkara sahaja dalam satu-satu masa.

Sekiranya anda berbicara dengan mereka, mereka akan mendengar apa yang anda sampaikan dengan teliti. Anda boleh mulakan setiap hari anda dengan melihat cara anda boleh kekal fokus pada setiap hari.

Bagi mengukur kemampuan anda untuk fokus pada setiap hari, anda boleh membuat catatan dalam diari anda apa yang anda lakukan pada setiap hari.Semakin anda menyedari apa yang anda lakukan pada setiap hari.

Sekiranya hasil catatan anda menunjukkan tindakan anda tidak dapat membantu anda, renung kembali apa yang dapat lakukan pada hari esok untuk menjadikan keadaan anda menjadi lebih baik.

Elakkan untuk bersikap terburu-buru untuk berubah. Terburu-buru tidak akan membawa anda kemana-mana.

Berubah sedikit demi sedikit sehingga anda selesa untuk mengubah keseluruhan aktiviti harian anda. Anda juga perlu ingat bahawa semakin meningkat daya fokus anda, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk menukar impian anda menjadi realiti.

Ini kerana anda mampu untuk mengawal hidup anda. Tindakan yang anda ambil pada setiap hari akan menghasilkan sesuatu yang anda inginkan.

Sekiranya hasil yang anda dapat tidak seperti yang anda harapkan, anda akan tahu jangkaan anda selama ini silap. Anda boleh bermula dari awal dan membuat perancangan yang lebih baik.

Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain, pastikan anda mempunyai perancangan anda sendiri. Elakkan untuk berbicara sesuatu yang sia-sia.

Pastikan anda memerhatikan tingkah laku orang yang terdekat dengan anda. Sekiranya tidak, anda hanya membazirkan tenaga anda dan mungkin perancangan anda menjadi sia-sia.

Sekiranya daya fokus anda rendah, anda boleh mencari orang yang mempunyai daya fokus yang tinggi di persekitaran anda. Anda boleh melihat cara orang tu mengawal tubuh
badan mereka.

Anda perhatikan bagaimana dia mengawal mata, tangan, jari, bahu, dan cara dia berjalan. Semua pergerakan ini adalah terhasil daripada sistem sarafnya. Anda boleh meniru pergerakan beliau sekiranya anda mahu.

Ini merupakan teknik neuro linguistic programming (nlp). Sekiranya anda inginkan tubuh badan yang ideal, anda perlu meniru pergerakan orang yang memiliki tubuh badan yang anda inginkan.

Apabila anda dapat fokus kepada sesuatu perkara, semua tenaga yang terkandung dalam sel tubuh anda bergerak dalam pada satu saluran sahaja.

Setiap manusia mengandungi jutaan sel. Setiap sel mempunyai pusat yang menyimpan dan menghasilkan tenaga (nukleus). Sekiranya tenaga yang dihasilkan ini tidak dibazirkan dan digunakan pada tempat yang tepat, anda dapat menukar impian anda menjadi realiti.

Bayangkan kanta dan cahaya matahari. Sekiranya cahaya matahari di tumpukan pada satu titik di atas kertas, kertas akan terbakar.

Setiap neuron yang terkandung di dalam otak anda merupakan instrumen minda anda yang menjadi pusat anda berfikir dan bertindak. Otot-otot, organ-organ dalaman, tulang, anggota tubuh badan anda dan lain-lain berfungsi berdasarkan otak anda.

buat duit tanpa modal

Contohnya anda boleh mengangkat tangan anda sekarang. Adakah anda perlu bersusah payah untuk mengangkat tangan anda?

Ini kerana seluruh tenaga anda diarahkan pada satu tujuan sahaja.

Sekiranya anda mempunyai fokus yang rendah, adalah mustahil untuk anda memberi perhatian kepada satu-satu perkara dalam satu masa dengan sepenuhnya. Setiap lapisan neuro dalam otak anda merupakan pusat psikik kepada fikiran dan tindakan anda.

Setiap neuro berdenyut untuk menghasilkan daya dan fungsi yang berbeza-beza berdasarkan kepada fikiran dan tindakan anda.

Manakala tulang, otot, sendi, kaki, tangan, dan saraf anda merupakan 'pengangkut' arahan yang disampaikan oleh fikiran anda.


Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki