Hipnosis Sebagai Kata-kata Semangat & Motivasi [1 sesi]

kata-kata semangat

Kali ini, saya akan menulis mengenai satu kisah benar bagaimana hipnosis digunakan sebagai kata-kata semangat dan motivasi.

Teknik hipnosis ini dapat membantu seorang wanita yang tertekan dan berputus asa untuk hidup kembali menjadi bersemangat dan semakin bermotivasi untuk terus hidup.

Hasilnya:

Wanita ini kembali bersemangat untuk terus hidup tanpa:

  1. Mengambil sebarang ubat penenang.
  2. Menyalahgunakan dadah atau alkohol.
  3. Berpura-pura tiada masalah dalam kehidupan.

Sekarang: Anda turut dapat menggunakan elemen hipnosis yang digunakan oleh wanita ini sekejap lagi dengan menggunakan self-hypnosis.

kata-kata motivasi

Hipnosis Mengubah Orang yang Hilang Semangat dan Berputus Asa Kembali Bersemangat dan Bermotivasi

Jennifer merupakan wanita yang sudah berkahwin sebanyak 2 kali, memiliki 2 orang anak, bekerja sebagai juruteknik, dan sedang menunggu permohonan pampasan kerana mengalami kecederaan di tempat kerja sebelum menjalani rawatan terapi menggunakan kaedah hipnosis tradisional.

Selepas mengalami kecederaan di tempat kerja, hubungan intim dengan suami keduanya menjadi dingin.

Sekiranya anda pernah merasa hilang semangat dan berputus asa, anda mungkin pernah mempunyai pengalaman pahit pada masa lepas.

Adakah pengalaman pahit anda seburuk Jennifer?

Begitu juga dengan Jennifer. Pengalaman pahit pada masa lalu beliau adalah:

  1. Ibubapanya sering bertengkar.
  2. Sering dipukul oleh ibubapa.
  3. Sekiranya menjerit ketika dipukul, ibubapanya akan memukulnya dengan lebih kuat agar dirinya dima - beliau telah dilatih untuk memendamkan perasaan sekiranya tertekan.
  4. Di rogol oleh 3 orang lelaki ketika berusia 7 tahun di dalam rumah - perogol-perogol beliau menyamar sebagai penghantar televisyen - tidak menceritakan kepada ibubapanya kerana takut dipukul.
  5. Sering dibuli dan difitnah oleh kakak sendiri - seperti kakak beliau menyembunyikan rokok ibubapa mereka didalam almari beliau dan mengadu kepada ibubapa mereka bahawa Jennifer yang menyembunyikan rokok. Oleh kerana takut untuk memberitahu "kebenaran", beliau takut untuk berterus-terang kepada ibubapa sendiri.
  6. Suami pertama seorang yang sangat cemburu dan sering curiga dengan tingkah-laku beliau.
  7. Perkahwinan pertama beliau berakhir apabila suami pertamanya menggigit bibir beliau ketika bertengkar. Apabila beliau melihat wajah beliau di cermin, beliau mengalami trauma kerana pengalamannya dirogol sewaktu berusia 7 tahun.

Kekuatan Jennifer

Sebelum mengalami kecederaan di tempat kerja, Jennifer memiliki 2 sumber motivasi dalam hidup beliau iaitu:

  1. Hubungan yang erat dengan 2 anak beliau.
  2. Penghargaan yang diterima di tempat kerja.

Kenapa kekuatan Jennifer penting dalam artikel ini?

Apabila mengalami kecederaan di tempat kerja beliau, beliau tidak lagi dapat bekerja. Beliau juga turut merasakan hubungannya dengan anak-anak semakin longgar.

Seperti mana orang lain yang memerlukan rawatan terapi, Jennifer juga mengalami masalah kemurungan dan tekanan yang serius. Masa beliau banyak dihabiskan dengan menonton drama sentimental.

Di bahagian "Sebab anda memerlukan rawatan terapi:" yang terletak di borang pendaftaran terapi, Jennifer menulis - "Saya merasa putus asa dan tidak berguna."

Hasil Hipnosis Sebagai Kata-kata Semangat & Motivasi [30 minit setiap sesi]

Jennifer telah mengikuti sesi hipnosis sebanyak 12 kali. Berikut merupakan kesan sesi hipnosis yang diikuti:

Sesi hipnosis pertama:

Menangis kerana terharu dan bersemangat untuk menceritakan masalah beliau dengan jiran dan ahli keluarga suami kedua beliau. Suaminya tidak berminat untuk mendengar masalahnya dengan terperinci.

Sesi hipnosis ke-3:

Hubungan intim dengan suami semakin rancak.

Sesi hipnosis ke-5:

  1. Mula mencari pekerjaan baru.
  2. Syarikat insurans bersetuju untuk menyemak kelayakkan beliau mendapat pampasan.

Sesi hipnosis ke-8

  1. Syarikat insurans bersedia untuk membiayai 4 lagi sesi hipnosis dan mendapati beliau tidak berada dalam kemurungan kerana memakai barang kemas.
  2. Mendapat pekerjaan baru sebagai pengajar di sekolah kemahiran untuk orang kurang upaya.

Sebulan selepas sesi ke-8:

Nama Jennifer dicadangkan sebagai penyelia program di tempat beliau mengajar kerana penyelia sedia ada kurang kemahiran untuk bekerja secara berpasukan.

3 bulan selepas sesi hipnosis ke-12:

  1. Sedang bekerja dengan penuh semangat dan bermotivasi tinggi.
  2. Telah dilantik sebagai penyelia program.

Setahun selepas sesi hipnosis ke-12:

  1. Menguruskan majlis perkahwinan anak beliau.
  2. Ketawa apabila menyebut masalah beliau yang pernah berputus asa dan hilang semangat.

Hipnosis Sebagai Kata-kata Semangat & Motivasi [30 minit]

Kaedah hipnosis yang digunakan kepada Jennifer

Kaedah hipnosis yang diberikan kepada Jennifer merupakan kaedah hipnosis tradisional dimana beliau perlu berjumpa dengan hipnotis (orang yang memberikan saranan hipnosis).

Saranan hipnosis kepada Jennifer memiliki 6 elemen iaitu:

  1. Sistem kepercayaan anda - siapa anda, di mana kedudukan anda sekarang, dan apa yang berlaku dalam hidup anda
  2. Emosi
  3. Sensasi dan Persepsi Fizikal
  4. Fikiran dan Bayangan
  5. Motif
  6. Jangkaan

Saranan hipnosis ini boleh digunakan mengikut sebarang turutan dan diulang seberapa banyak yang anda mahu. Ianya juga boleh dikembangkan mengikut keperluan anda dan kesan yang anda inginkan.

Secara asasnya, keenam-enam elemen saranan hipnosis sebagai kata-kata semangat & motivasi ini juga boleh anda gunakan secara serentak.

Anda juga boleh menggunakan saranan hipnosis kepada Jennifer sekarang ini juga...

Bersesuaian dengan nama blog ini iaitu hypnosis-diri, anda hanya perlu membaca saranan yang telah saya sediakan dibawah.

Anda dapat melakukan self-hypnosis sekarang dengan hanya membaca skrip hipnosis di bawah dengan suara anda. Suara anda tidak perlu terlalu kuat.

Cukup sekadar anda dapat mendengar suara anda sendiri. Anda tidak perlu memikirkan kesannya sekarang.

Anda hanya perlu memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mendapat faedah daripada self-hypnosis yang anda lakukan untuk lebih bersemangat dan bermotivasi dalam hidup anda.

Anda boleh mengulangkan saranan hipnosis di bawah sebanyak mana yang anda mahu. Anda boleh bayangkan apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

hipnosis diri

Skrip Hipnosis Sebagai Kata-kata Semangat & Motivasi


Sekarang kita telah sampai ke dalam potensi anda yang sangat besar yang tidak pernah anda gunakan sebelum ini untuk anda merasa bahagia, seronok, dan bersemangat dengan pelbagai cara pada pelbagai tahap yang berbeza.

Anda akan terus mengikut saya membantu anda pergi ke dalam kebahagiaan dan keseronokkan.

Anda merasa seronok ketika mengikuti sesi hipnosis.

Setiap kali anda berada dalam tahap kebahagiaan seperti ini, anda akan terus mendapat kebahagian, kejayaan, dan keseronokkan yang lebih hebat dan semakin bertambah sehingga anda dapat mencapai apa jua impian, cita-cita, harapan, atau kemahuan anda melebihi apa yang pernah anda bayangkan.


Potensi


Semakin dalam anda pergi, semakin dalam anda boleh pergi.

Semakin dalam anda boleh pergi, semakin dalam anda ingin pergi.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.

Semakin banyak yang anda rasa, semakin banyak yang anda dapat rasa.

Semakin banyak yang anda dapat rasa, semakin banyak yang anda ingin rasa.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Terkunci kemas dengan sempurna.

Semakin dalam anda pergi, semakin dalam anda boleh pergi.

Semakin dalam anda boleh pergi, semakin dalam anda ingin pergi.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.


cahaya kebahagiaan


Cahaya kebahagiaan, cahaya keseronokkan, dan setiap emosi yang positif dan indah terpancar keluar dari bahagian paling gelap dalam diri anda seperti mata air yang terpancut keluar dari seribu tempat di tubuh anda.


kata-kata semangat


Semakin banyak yang anda rasa, semakin banyak yang anda dapat rasa.

Semakin banyak yang anda dapat rasa, semakin banyak yang anda ingin rasa.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Tenggelam ke bawah dan terkunci kemas.

Terkunci kemas dengan sempurna.

Semakin dalam anda pergi, semakin dalam anda boleh pergi.

Semakin dalam anda boleh pergi, semakin dalam anda ingin pergi.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.


minda sedar


Minda sedar anda telah dikunci dengan sempurna.

Tubuh anda menjadi semakin sensitif dan menumpukan perhatian kepada keindahan.

Kita akan pergi dan terus pergi ke potensi anda yang sangat besar yang tidak pernah anda gunakan sebelum ini untuk anda merasa bahagia, seronok, dan bersemangat.

Tubuh anda bersedia untuk merasai dan mengalami pengalaman indah yang terus mengalir dalam setiap organ, setiap urat, dan setiap sel anda.

Dan anda akan mengeluarkan segala tekanan, dan semua perasaan buruk yang anda rasa selama ini dan semuanya hilang bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki anda.

Semuanya hilang apabila cahaya dalam cahaya terpancar keluar dari seluruh tubuh anda dan bersinar dengan bebas tanpa batasan dengan sinaran kebahagiaan dan keseronokkan melebihi impian anda.


minda sepa sedar


Semakin banyak yang anda rasa, semakin banyak yang anda dapat rasa.

Semakin banyak yang anda dapat rasa, semakin banyak yang anda ingin rasa.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.


minda sedar


Sekarang, anda berada di peringkat awal memberi sepenuhnya perhatian kepada kebahagiaan dan kegembiraan yang bergantung sepenuhnya kepada anda bagi memastikan tugas ini dapat dilakukan dengan sempurna.

Minda sedar anda sekarang telah dikunci dengan sempurna.

Anda akan dibawa ke puncak kebahagiaan yang jauh lebih hebat dari yang anda pernah impikan, harapkan, bayangkan, atau inginkan.

Kebahagiaan yang dapat anda rasa bersinar secara berterusan dari tubuh anda dan menjadi semakin terang, kuat, dan bertambah banyak dan terus bersinar dengan lebih terang.

Sehingga anda tidak mampu lagi untuk menahan cahaya kebahagiaan yang bersinar dalam tubuh anda walaupun anda tidak lagi berada dalam sesi hipnosis.

Tiada batasan untuk anda merasa bahagia, seronok, dan gembira ketika anda berada dalam sesi hipnosis.


kata-kata semangat


Semakin banyak yang anda rasa, semakin banyak yang anda dapat rasa.

Semakin banyak yang anda dapat rasa, semakin banyak yang anda ingin rasa.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.

Semakin dalam anda pergi, semakin dalam anda boleh pergi.

Semakin dalam anda boleh pergi, semakin dalam anda ingin pergi.

Dan pengalaman anda menjadi semakin indah.


hipnosis diri


Seluruh kegembiraan, seluruh keseronokkan, dan seluruh kebahagiaan yang dirasai oleh setiap orang yang berjalan di muka bumi telah disatukan menjadi milik anda sekarang iaitu pada saat ini.

Sekiranya anda dapat hidup seribu sekali lagi, anda tidak akan mampu untuk merasakan kegembiraan, keseronokkan, dan kebahagiaan tanpa batasan yang anda rasakan sekarang seperti pada saat ini.

Kebahagiaan ini semakin bersinar.

Tubuh anda telah bersatu dengan cahaya kebahagiaan yang dapat menembus batasan bumi dan langit.

Anda terus bersinar dengan cahaya kebahagiaan tanpa batasan dan kekal abadi.


kata-kata motivasi


Tiada batasan untuk anda merasa bahagia dan bersemangat dalam sesi hipnosis.

Sekarang, anda dapat merasakan semangat dan motivasi anda menjulang-julang setinggi langit dari tubuh anda.

Dan membuatkan anda merasa sungguh berkeyakinan sehingga tidak dapat dijelaskan dengan sebarang perkataan.


Potensi


Dan sebagai hasil dari sesi hipnosis ini, seluruh kehidupan anda akan berubah dari segala sudut.

Dan pada setiap hari, perkara ajaib akan berlaku dalam hidup anda.


cahaya kebahagiaan


Sekarang, tubuh anda kembali tenang.

Fikiran anda, hati anda, tubuh anda, dan jasad anda sudah bersatu dengan alam semesta untuk mencipta kehidupan melebihi apa yang anda inginkan.


Sesi Self-hypnosis selesai.

kata-kata semangat

Faedah terbaik saranan hipnosis ini kepada anda:

Ini merupakan gabungan elemen skrip hipnosis yang digunakan ketika Jennifer menjalani sesi hipnosis bagi mengatasi rasa putus asa dan hilang semangat.

Selepas menjalani sesi hipnosis sejak kali yang pertama, fikiran Jennifer telah berubah dan seterusnya mengambil tindakan bagi mengubah kehidupan beliau.

Sekiranya anda melakukan proses self-hypnosis menggunakan skrip hipnosis di atas berdasarkan kepada 6 elemen saranan hipnosis kepada Jennifer, ceritakan pengalaman anda di ruangan komen.

Ataupun anda mungkin berpendapat anda dapat membantu orang lain menggunakan self-hypnosis, anda boleh berkongsi artikel ini di media sosial anda.

Saya sedia mengetahui cerita anda sekiranya anda sedang / pernah merasa hilang semangat atau berputus asa. Anda hanya perlu menceritakan pengalaman anda di ruang komen.

Anda boleh ke sini sekiranya anda ingin melihat lebih banyak bukti kejayaan menggunakan hipnosis dalam Bahasa Melayu.

Kisah Jennifer merupakan adaptasi kisah benar dari Jurnal Bahasa Inggeris - Mystical Therapy oleh Don E. Gibbons

Hipnosis Sebagai Kata-kata Semangat & Motivasi [30 minit]

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki