330 Kata-Kata Motivasi , Semangat & Ayat Motivasi Kejayaan Bergambar & Video [Updated: 2 Februari 2020]


Kata Kata Motivasi

Kata Kata Semangat

210 Mutiara Kata-Kata Semangat, Kata-kata Hikmah, Motivasi Hidup, & Inspirasi bergambar.

kata kata semangat
  1. 20 tahun dari sekarang, anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan.
  2. Adalah mustahil untuk anda melihat dengan jelas apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa sukar, anda akan terus bertindak.
  3. Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan.
  4. Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.
  5. Anda boleh memberi seribu sebab mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda. Namun anda hanya memerlukan satu sebab sahaja kenapa anda boleh mencapai matlamat anda.
  6. Anda boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik atau sambil lewa. Hanya satu perkara yang di kira iaitu hasil tindakan anda.
  7. Anda boleh memilih untuk mengubah keadaan hidup anda sekarang atau membiarkan keadaan hidup anda mengubah anda.
  8. Anda boleh mencapai matlamat anda sama ada dengan mencari jalan atau membuat jalan sendiri.




kata2 semangat

  1. Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.
  2. Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik.
  3. Anda menuai apa yang anda tanam.
  4. Anda merupakan arkitek masa depan anda.
  5. Anda tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri anda. Namun anda boleh mengawal sikap anda apabila sesuatu perkara terjadi.
  6. Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.
  7. Anda tidak perlu berharap kepada nasib. Anda perlu berharap kepada tindakan yang tepat.
  8. Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.
  9. Anda yang menentukan sama ada diri anda menjadi bertambah kuat atau lemah.




kata kata hikmah

  1. Anda yang menentukan tabiat anda. Kemudian tabiat anda yang menentukan siapakah diri anda. 
  2. Apa yang anda lakukan pada setiap hari yang menentukan sama ada anda berjaya mencapai matlamat anda atau tidak.
  3. Apa yang anda lakukan setiap hari menentukan siapakah diri anda.
  4. Apabila anda berjaya menyelesaikan masalah anda, anda akan tahu apa yang jarang di ketahui oleh orang lain.
  5. Apabila anda di landa masalah, anggaplah ianya satu cabaran kepada diri anda.
  6. Apabila anda di landa masalah, ini menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda menggunakan seluruh potensi anda.
  7. Apabila anda di perlekehkan, anggaplah mereka sebagai pembakar semangat anda untuk terus berusaha sehingga anda berjaya.
  8. Apabila anda melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan pada hari ini, anda akan melakukan perkara yang orang lain tidak mampu lakukan pada hari esok.
  9. Apabila anda menyukai sesuatu perkara, ianya akan membawa anda kepada perkara yang lain. Berhati-hati dengan perkara yang anda sukai.




Kata-Kata Semangat

mutiara kata

  1. Apabila anda telah berada dalam zon selesa, anda boleh menambahkan orang lain dalam zon selesa anda.
  2. Apabila anda telah bersedia, peluang akan muncul.
  3. Api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Tindakan yang kecil menghasilkan kesan yang besar.
  4. Aset terbesar yang anda miliki ialah masa anda. Anda bebas memilih untuk melakukan apa yang anda mahu dengan masa yang anda ada.
  5. Bantulah orang lain untuk berjaya. Kejayaan mereka akan menjadi kejayaan anda juga.
  6. Batasan anda pada hari esok ialah jumlah bilangan perkataan "tetapi" yang anda gunakan pada hari ini.
  7. Bayangkan kejayaan merupakan satu permainan. Anda tidak akan faham peraturan permainan melainkan anda turut serta dalam permainan ini.
  8. Bekerjasama adalah lebih baik daripada bersaing.
  9. Berharap untuk impian anda menjadi kenyataan sahaja tidak cukup. Anda perlu mengambil tindakan.
  10. Berita buruk mengenai masa ialah ianya akan terus berlalu. Berita baiknya ialah anda menentukan arahnya.
  11. Beritahu orang lain bahawa mereka hebat. Anda dapat membantu mereka untuk menjadi hebat.
  12. Bersifat tegas dengan orang lain tidak membuatkan anda membuli orang lain. Ketegasan anda membentuk struktur kehidupan anda.
  13. Cara terbaik untuk anda menukar impian anda menjadi realiti ialah berpijak di bumi yang nyata.




kata kata motivasi

  1. Cara terbaik untuk berfikir ialah berfikir di atas kertas.
  2. Cara terbaik untuk mengubah keadaan ialah melalui tindakan.
  3. Cipta pelan untuk mencapai matlamat anda sama ada anda bersedia atau tidak untuk bertindak mengikut pelan anda.
  4. Dalam cuaca baik, kebolehan semua kapten kapal adalah sama.
  5. Dalam cuaca yang baik, semua kapal mempunyai kapten yang baik.
  6. Dalam permainan, permainan yang disertai oleh anda yang menjadi permainan paling penting.
  7. Dengan memiliki matlamat, anda bebas untuk berubah mengikut arah yang anda tetapkan sendiri.
  8. Disiplin teras kejayaan.
  9. Dunia tidak berhutang apa-apa dengan anda. Anda perlu berusaha untuk berjaya.
  10. Elakkan membuang masa untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Apa yang penting ialah anda menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri.
  11. Elakkan untuk membiarkan ego anda mengatasi kebijaksanaan anda.
  12. Elakkan untuk terperangkap pada masa lalu. Masa depan anda bermula pada saat ini.

kata-kata semangat

  1. Fikiran anda menentukan tindakan anda. Tindakan anda menentukan tabiat anda. Tabiat anda menentukan kehidupan anda.
  2. Galilah telaga sebelum kehausan.
  3. Hampir semua orang yang gagal mencapai matlamat berpunca kerana tidak mengambil tindakan yang pertama untuk mencapai matlamat mereka.
  4. Hampir semua syarikat gergasi pada hari ini bermula dengan peluang yang kecil.
  5. Hanya beberapa detik sahaja yang membezakan antara juara lumba lari dan naib juara.
  6. Hanya satu perbezaan di antara orang yang berjaya dan gagal iaitu orang yang berjaya tidak berputus asa.





Kata kata Hikmah

  1. Harapan anda menentukan kualiti tindakan yang anda ambil.
  2. Hari esok tidak akan menjadi lebih baik daripada hari ini sekiranya anda hanya memikirkan tentang hari semalam pada hari ini.
  3. Idea yang baik memerlukan tindakan dan kesabaran untuk menjadi kenyataan.
  4. Imaginasi anda memberikan gambaran mengenai masa depan anda sendiri.
  5. Impian anda akan menjadi kenyataan apabila anda tidak tahu bila masa yang sesuai untuk anda mengalah ketika mengambil tindakan.
  6. Impian anda memberikan anda peluang untuk menjadikannya realiti. Anda hanya perlu mengenal pasti peluang yang muncul dan ambil tindakan.
  7. Ingatlah bahawa setiap kejayaan yang anda dapat, ada orang yang membantu anda.

kata-kata hikmah

  1. Kadang-kadang tangan yang dapat membantu anda ialah tangan yang memberikan penumbuk kepada anda.
  2. Keajaiban akan berlaku sekiranya anda yakin kepada diri anda sendiri.
  3. Keajaiban dalam kehidupan anda hanya boleh berlaku daripada usaha anda sendiri.
  4. Kebahagiaan tidak perlu di cari. Anda sendiri yang menentukan makna bahagia.
  5. Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira kedudukan anda merupakan sesuatu yang hebat.
  6. Kecemerlangan bukannya satu kemahiran. Ianya merupakan hasil daripada tabiat anda.
  7. Kecemerlangan mengambil masa yang panjang untuk di bina.
  8. Kegagalan anda menjadi guru anda. Ianya akan pergi setelah memberikan anda pelajaran.
  9. Kegagalan memberi peluang untuk anda bermula dari awal dengan lebih bijaksana.
  10. Kegagalan mengajar anda untuk berusaha lebih gigih.

kata-kata motivasi

  1. Kegagalan yang utama ialah gagal untuk mengambil tindakan yang pertama.
  2. Kehidupan anda bermula dengan apa yang anda lakukan.
  3. Kehidupan anda pada hari ini ialah hasil tindakan pada masa lalu. Kehidupan anda pada masa depan ialah hasil tindakan anda pada hari ini.
  4. Kehidupan bukan satu perlumbaan. Lakukan yang terbaik setiap hari.
  5. Kehidupan ini dapat menjadi satu pengembaraan yang berani atau tiada apa-apa.
  6. Kehidupan tanpa ujian merupakan kehidupan yang tidak bernilai.
  7. Kejayaan besar tidak datang dalam masa satu hari.
  8. Kejayaan bukanlah kunci kebahagiaan. Namun kebahagiaan merupakan kunci kejayaan.
  9. Kejayaan bukanlah satu perlumbaan. Ianya adalah ukuran kepada keupayaan anda.
  10. Kejayaan bukanlah untuk di kejar. Ianya merupakan tarikan untuk anda mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

kata semangat

  1. Kejayaan ialah keupayaan anda yang anda gunakan secara maksimum.
  2. Kejayaan pada masa lalu tidak menjamin kejayaan pada masa depan.
  3. Kejayaan tidak datang secara kebetulan. Ianya hasil daripada tindakan yang berterusan.
  4. Kejayaan tidak di ukur dengan kedudukan anda. Kejayaan di ukur oleh sebanyak mana halangan yang telah anda berjaya atasi.
  5. Kekuatan tidak terhasil daripada kapasiti fizikal anda. Ianya lahir daripada kemahuan dan keyakinan.
  6. Keluarga yang bahagia merupakan syurga di dunia.
  7. Kemaafan tidak mengubah masa lalu namun ia mencerahkan masa depan anda.
  8. Kemahiran dan keyakinan anda tidak dapat di rampas oleh sesiapa.
  9. Kemarahan umpama angin yang memadamkan cahaya di dalam fikiran anda.
  10. Kepayahan dalam kehidupan merupakan cara anda mengenal siapakah kawan anda.
  11. Kepuasan lahir daripada tindakan anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

kata hikmah

  1. Kesabaran dan masa menjadi senjata utama setiap pahlawan.
  2. Kesilapan terbesar manusia ialah tidak mengakui kesalahan diri mereka sendiri.
  3. Kesukaran dalam kehidupan membuatkan anda tahu bagaimana untuk menjadi lebih baik.
  4. Ketakutan menyebabkan kematian. Keyakinan memberi kehidupan.
  5. Ketekunan di ibarat seperti tukul dan matlamat di ibarat seperti paku.
  6. Ketika anda menghadapi masalah, berhati-hati terhadap risiko yang mungkin anda terima. Namun jangan lupa mengenal pasti peluang yang muncul.
  7. Keyakinan anda menjadi semakin tinggi sekiranya anda melakukan apa yang anda katakan.
  8. Keyakinan memberikan anda kekuatan untuk berdiri sendiri.
  9. Keyakinan membuatkan anda kekal muda. Keraguan membuatkan anda menjadi tua.
  10. Keyakinan yang jitu hanya akan lahir dari hati yang jujur dan tindakan yang berterusan.

mutiara

  1. Kualiti hidup anda hasil daripada tabiat anda.
  2. Kualiti kehidupan anda di tentukan oleh sejauh mana komitmen anda untuk meraih kecemerlangan tanpa mengira bidang apa yang anda ceburi.
  3. Kurangkan perancangan anda dengan menulis perancangan anda di atas kertas. Apabila ianya siap, anda menyediakan peta untuk diri anda sendiri.
  4. Lakukan apa yang anda mampu dengan apa yang anda miliki di mana sahaja anda berada.
  5. Lakukan apa yang anda mampu walaupun mustahil untuk anda mencapai matlamat anda sekarang. Anda tidak tahu ke mana tindakan anda akan membawa anda.
  6. Lakukan perkara yang anda perlu lakukan dan bukannya perkara yang orang lain mahu anda lakukan.
  7. Lakukan perkara yang perlu anda lakukan walaupun tidak anda sukai. Akan tiba masanya anda akan dapat melakukan apa yang anda mahu pada masa yang anda pilih.
  8. Lakukan yang terbaik untuk membuktikan kebolehan anda kepada diri anda sendiri dan bukannya orang lain.

kata-kata mutiara

  1. Manusia tidak di cipta oleh keadaan. Sebaliknya manusia yang mencipta keadaan.
  2. Masa akan terus berlalu, apa yang penting ialah apa yang anda lakukan dengan masa yang ada.
  3. Masa lalu tidak dapat di ubah. Masa depan di cipta pada hari ini.
  4. Masa lebih berharga daripada wang. Anda boleh mencari lebih banyak wang tetapi anda tidak dapat mencari lebih banyak masa.
  5. Matlamat ialah impian yang mempunyai tarikh untuk dicapai.
  6. Matlamat jangka panjang akan membuatkan anda terus bertindak apabila berhadapan dengan kegagalan sementara.
  7. Matlamat merupakan perkara yang anda sendiri pilih untuk diri anda.
  8. Meja makan merupakan tempat utama untuk berkongsi idea. Berhati-hati dengan siapa yang anda makan.
  9. Memandang rendah terhadap diri anda sendiri tidak membawa anda ke mana-mana.
  10. Memiki banyak matlamat dalam satu-satu masa tidak membawa anda ke mana-mana.

kata motivasi

  1. Memiliki fikiran yang baik tidak cukup. Apa yang penting ialah cara anda menggunakannya. 
  2. Memiliki matlamat merupakan kunci kepada semua perkara.
  3. Memiliki pengetahuan sahaja tidak cukup, anda perlu menggunakan pengetahuan anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
  4. Menangis membuatkan orang bersimpati dengan anda. Terus bertindak memberikan anda hasil yang anda inginkan
  5. Menjadi gembira hasil daripada tabiat. Menjadi sedih juga hasil daripada tabiat. Anda boleh memilih tabiat anda.
  6. Menyalahkan orang lain merupakan tindakan yang sia-sia. Ianya membuatkan orang lain menjadi lebih baik dan anda lebih pandai menyalahkan orang lain.
  7. Mula lakukan apa yang perlu anda lakukan. Kemudian lakukan apa yang anda mampu lakukan. Akhirnya anda akan melakukan sesuatu yang mustahil.
  8. Musuh utama anda ialah keraguan anda kepada diri anda sendiri.
  9. Orang makan gaji tidak di benarkan melakukan kesilapan.
  10. Orang yang berjaya memiliki tabiat yang membantu mereka untuk berjaya. Begitu juga sebaliknya.

kata kata indah

  1. Orang yang mempunyai matlamat tahu ke mana arah tuju kehidupan mereka.
  2. Orang yang mengejar dua ekor arnab dalam satu masa biasanya tidak akan mendapat apa-apa.
  3. Orang yang meratakan gunung bermula dengan mengalih batu-batu kecil terlebih dahulu.
  4. Orang yang tidak memaafkan kesalahan orang lain tidak dapat menggunakan kuasa kasih sayang.
  5. Orang yang tidak mempunyai perancangan akan jatuh ke dalam rancangan orang lain.
  6. Pekebun tidak memiliki kebun sekiranya hanya duduk di rumah.
  7. Peluang keemasan akan muncul apabila anda mengambil tindakan.

kata mutiara

  1. Peluang muncul setiap hari. Hanya orang yang berani dan bertindak dapat menggunakan peluang yang muncul dengan maksimum.
  2. Pemanah yang baik menumpukan sasaran yang lebih tinggi daripada tempat sasaran. Ini kerana rintangan angin akan membuatkan anak panah tersasar sekiranya menumpukan ke arah sasaran dari awal.
  3. Pembunuh utama kejayaan ialah sikap bertangguh.
  4. Pengalaman memberikan keyakinan. Semakin banyak tindakan anda, semakin banyak pengalaman anda.
  5. Pengalaman terhasil dari tindak balas anda terhadap apa yang berlaku kepada anda.
  6. Pengetahuan merupakan kuasa. Kuncinya ialah tindakan anda.
  7. Pengetahuan tanpa tindakan umpama pohon yang rendang tidak berbuah.
  8. Perancangan tanpa tindakan sesuatu yang sia-sia. Tindakan tanpa perancangan merupakan mimpi ngeri.
  9. Perancangan yang bertulis dapat menjadi peta untuk anda sampai ke destinasi.
  10. Perkara yang hebat tidak berlaku secara mendadak. Ianya terhasil daripada beberapa tindakan yang kecil.
  11. Perkara yang paling menakutkan ialah takut untuk mengambil risiko kerana ianya mengikut anda sepanjang hayat.
  12. Perkara yang paling penting untuk anda mencapai matlamat anda ialah mengambil tindakan yang pertama.

kata kata hikmat

  1. Perkara yang paling utama untuk mencapai matlamat ialah anda memiliki matlamat.
  2. Perkara yang penting ialah ke mana arah hala tuju anda. Fokus kepada arah yang betul.
  3. Perkara yang penting selepas gigih berusaha ialah untuk terus berusaha apabila berhadapan masalah.
  4. Perkataan yang baik atau buruk meninggalkan kesan yang mendalam. Berhati-hati dengan perkataan yang anda gunakan.
  5. Petunjuk awal kegagalan ialah menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Kemuncaknya ialah berhenti untuk terus mencuba.
  6. Petunjuk keyakinan pada tahap yang rendah ialah memilih untuk berpeluk tubuh daripada bertindak mencapai matlamat.
  7. Pilihan anda dalam kehidupan yang menentukan kehidupan anda.
  8. Punca bertangguh ialah tidak mempunyai sebab yang kuat untuk bertindak.
  9. Punca masalah ialah sikap anda apabila memiliki masalah.
  10. Rasa bersyukur tetapi tidak menzahirkannya umpama anda membungkus hadiah namun tidak memberikannya kepada sesiapa.
  11. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan mengenai anda. Tabiat anda menentukan siapakah diri anda.
  12. Reputasi anda tidak terhasil daripada apa yang anda ingin lakukan. Reputasi anda terhasil daripada apa yang telah anda lakukan.
  13. Saat anda membuat keputusan merupakan saat masa hadapan anda di bentuk.
  14. Sama ada anda fikir anda boleh mencapai impian anda atau tidak, anda tetap betul kerana hanya anda yang benar-benar memahami diri anda.
  15. Sama ada keputusan yang anda betul atau salah, ianya lebih baik daripada tidak membuat keputusan lansung.
  16. Saya tidak percaya anda perlu menjadi lebih baik daripada orang lain. Saya percaya anda boleh menjadi lebih baik daripada apa yang anda fikirkan.
  17. Sebarang masalah yang besar merupakan peluang untuk anda mengubah kehidupan dengan cara yang unik.
  18. Sebelum seseorang mendengar anda berbicara, mereka menilai apa yang telah anda lakukan terlebih dahulu.
  19. Sekali anda merosakkan kepercayaan orang lain, anda akan hilang kepercayaan mereka buat selama-lamanya.

mutiara kata kehidupan

  1. Sekiranya anda ingin disukai oleh setiap orang, anda akan kesunyian.
  2. Sekiranya anda ingin lebih banyak tuah dalam hidup anda, anda perlu mengambil lebih banyak peluang yang muncul.
  3. Sekiranya anda ingin mencapai impian anda tanpa halangan, anda tidak akan ke mana-mana.
  4. Sekiranya anda lahir dari keluarga yang miskin, anda tahu erti tanggungjawab kepada diri sendiri sejak kecil lagi.
  5. Sekiranya anda mempunyai impian, anda perlu berani untuk berkorban dan berani mencapai impian anda.
  6. Sekiranya anda telah mencapai semua matlamat anda, anda memandang rendah kepada diri anda sendiri.
  7. Sekiranya fokus anda hanya pada hasil dari tindakan anda, anda sudah hampir mencapai matlamat anda.
  8. Semakin besar masalah yang anda hadapi, semakin manis kejayaan yang anda bakal kecapi.
  9. Semakin gigih anda berusaha, semakin sukar untuk anda mengalah.
  10. Semakin gigih anda berusaha, semakin banyak tuah yang anda dapat.

kata kata semangat hidup

  1. Semua benda di cipta dua kali. Kali pertama dalam imaginasi. Kali kedua ialah hasil daripada tindakan.
  2. Semua ibubapa memberikan nasihat yang baik kepada anak mereka. Namun perkara yang membentuk sikap anak ialah apa yang ibubapa mereka lakukan.
  3. Semua juara sukan bermula sebagai pemain amatur.
  4. Senjata yang paling bahaya ialah semangat manusia yang berkobar-kobar.
  5. Sesiapa yang hanya melihat masa lalu atau masa sekarang biasanya terlepas untuk melihat masa hadapan.
  6. Sesiapa yang memulakan banyak perkara dalam satu-satu masa, biasanya akan gagal.
  7. Setiap hari anda boleh memilih bagaimana untuk menggunakan tenaga yang anda miliki sama ada untuk mencapai matlamat anda atau menjauhkan anda dari matlamat anda.
  8. Setiap orang ingin di hargai. Sekiranya anda menghargai seseorang, usah biarkan ianya menjadi rahsia.
  9. Setiap orang mempunyai bakat tersendiri. Jarang orang menggunakan bakat yang dimiliki kerana ia membawa ke tempat yang tidak pernah difikirkan.
  10. Setiap orang mempunyai batasan. Anda tidak akan tahu batasan anda selagi anda belum bertindak.
  11. Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Biasanya kesilapan terjadi kerana tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai sesuatu perkara.

kata kata hikmah dan nasihat

  1. Tabiat suka bertangguh merupakan tabiat yang pasti untuk gagal.
  2. Takut kepada kegagalan akan hilang apabila anda bertindak untuk mendapatkan apa yang benar-benar anda mahu.
  3. Takut untuk bertindak berpunca daripada takut kepada kegagalan.
  4. Tanpa keyakinan, anda tidak dapat melakukan apa yang perlu anda lakukan.
  5. Terdapat dua jenis masa iaitu masa untuk sesuatu perkara tecipta dan masa untuk mencipta sesuatu perkara.
  6. Tiada orang yang masih hidup dapat mengetahui semua perkara. Untuk mencapai kejayaan secepat mungkin, anda hanya perlu belajar daripada orang telah membayar harga untuk mereka meraih kejayaan.
  7. Tidak bertindak menyebabkan timbulnya keraguan dan ketakutan. Tindakan menghasilkan keyakinan dan semangat.
  8. Tidak kira dari mana sahaja anda bermula, apa yang penting ke mana anda sampai.
  9. Tidak penting apa yang orang lain fikirkan mengenai diri anda. Apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda.
  10. Tindakan memberikan pengalaman sama ada baik atau buruk. Pengalaman menjadikan anda lebih bijaksana.

kata2 hikmah

  1. Tindakan yang anda ambil walaupun sedikit akan berhasil sekiranya anda tidak pernah berhenti bertindak.
  2. Tindakan yang hebat biasanya di sebabkan oleh masalah yang besar.
  3. Untuk mendapat kegembiraan sepenuhnya, anda perlu berkongsinya dengan orang lain.
  4. Usah berharap keadaan menjadi lebih baik. Berharaplah untuk menjadi lebih bijaksana.
  5. Usah berharap untuk mendapat halangan yang sesuai dengan kebolehan anda. Berharaplah memiliki kebolehan yang sesuai dengan halangan anda.
  6. Usah takut gagal kerana kegagalan menjadikan anda lebih bijaksana.
  7. Usia yang semakin meningkat tidak bermakna anda menjadi lebih bijaksana. Anda menjadi bijaksana hasil dari tindakan anda. Semakin banyak tindakan yang anda ambil, anda akan menjadi semakin bijaksana.
  8. Walau apa pun situasi hidup anda sekarang, yakinlah kepada kemampuan diri anda sendiri.
  1. Tanpa usaha tiada yang berubah. - Sophocles
  2. Orang yang mengatakan anda tidak boleh terlalu takut anda akan berjaya. - Nike
  3. Dunia dimiliki oleh orang yang berusaha. - Ralph Waldo Emerson
  4. Jangan mengeluh... Jangan beri alasan.... Bekerja lebih keras. Luangkan lebih banyak masa untuk berusaha. - Joan Didion
  5. Pilih satu idea, jadikan idea itu sebagai hidup anda. Fikirkannya, impikannya, hidupkan idea itu. Biarkan otak, otot, saraf, setiap bahagian badan anda penuh dengan idea itu, dan tinggalkan idea lain sahaja. Ini adalah cara untuk berjaya. - Swami Vivekananda
  6. Ia bukan mengenai wang atau hubungan - ia adalah kesediaan untuk berusaha dan belajar lebih tekun dari semua orang - Mark Cuba
  7. Kerja keras tidak membahayakan sesiapa - Hachiman Hikigaya
  8. Apa yang datang dengan mudah tidak akan kekal. Apa yang kekal adalah sesuatu yang tidak mudah diperolehi - Tidak diketahui
  9. Bekerja keras dengan baik. Perkara yang menakjubkan akan berlaku - Conan O'Brien
  10. Jadikan setiap hari merupakan hari yang paling penting - John Wooden
  1. Tanpa usaha, bakat tidak membawa ke mana-mana - Gary Vaynerchuk
  2. Semua impian kita boleh menjadi kenyataan, jika kita mempunyai keberanian untuk mencapainya - Walt Disney
  3. Kejayaan dalam apa jua bidang datang dari fokus dan usaha, dan kta mengawal kedua-duanya - Dwayne Johnson (The Rock)
  4. Tiada apa-apa perkara yang bernilai dapat dicapai dengan mudah - Barack Obama
  5. Kehidupan tanpa berusaha sama seperti memasuki lombong permata dan keluar dengan tangan kosong - Pepatah Jepun
  6. Jadilah jujur dengan kerja anda, perkataan anda, dan rakan anda - Henry David Thoreau
  7. Bagi mendapat kejayaan yang dimiliki oleh hanya 1% penduduk dunia, anda mesti bersedia untuk melakukan apa sahaja yang hanya sanggup dilakukan oleh 1% orang di dunia - Manoj Arora
  8. Kerja keras tidak pernah membunuh manusia - Peribahasa Scotland
  9. Tidak kira betapa gigih anda berusaha, terdapat orang lain berusaha lebih keras - Elon Musk
  10. Cara terbaik untuk tidak berputus asa adalah melakukan sesuatu. Jangan tunggu perkara yang baik berlaku kepada anda. - Barack Obama
  1. Tanpa cita-cita, sesuatu tidak bermula. Tanpa usaha, seseorang tidak dapat menyelesaikan apa-apa. Hadiah tidak akan dihantar kepada anda. Anda perlu menang. - Ralph Waldo Emerson
  2. Tiada keseimbangan antara kerja dan hidup. Semua yang bernilai untuk dikejar membuatkan hidup anda tidak seimbang. - Alain de Botton
  3. Inspirasi adalah hasil dari kerja keras dan fokus - Helen Hanson
  4. Apabila anda hidup untuk tujuan yang kuat, maka bekerja keras bukan pilihan. Ianya satu keperluan - Steve Pavlina
  5. Ini adalah rahsia kehidupan sebenar - benar-benar apa yang anda lakukan sekarang. Sekiranya apa yang anda lakukan tidak berhasil, anda hanya bermain-main. - Alan Watts
  6. Perlawanan yang saya menang tidak mempunyai saksi - di belakang garisan, di gym, dan jalan di luar sana, jauh sebelum saya beraksi di bawah lampu itu. - Muhammad Ali
  7. Tanda seorang bekerja keras adalah orang yang bekerja tanpa mengeluh. - Sarah Price
  8. Kejayaan oleh orang-orang hebat yang dicapai dan diraih tidak dicapai dengan tiba-tiba tetapi terus berusaha ketika rakan-rakan mereka tidur, mereka bekerja keras di malam hari. - Henry Wadsworth Longfellow
  9. Tiada rahsia untuk berjaya. Ia adalah hasil dari persediaan, kerja keras, dan belajar dari kegagalan. - Colin Powell
  10. Perkara yang tidak membuat anda bersusah-payah semasa anda masih muda akan menjadi air mata apabila anda sudah tua. - Pepatah Jepun
  1. Menyerah kepada takdir adalah untuk orang yang gagal. Ia hanya alasan bodoh untuk menunggu perkara-perkara baik berlaku dan bukannya menjadikkanya berlaku - Blair Waldorf
  2. Manusia mati kerana bosan, konflik psikologi dan penyakit. Mereka tidak mati kerana bekerja keras. - David Ogilvy
  3. Perbezaan antara perkara yang mustahil dan logik terletak pada kemahuan seseorang. - Tommy Lasorda
  4. Saya seorang yang yakin dengan tuah, dan saya mendapati lebih kuat saya berusaha, semakin banyak tuah yang saya dapat. - Thomas Jefferson
  5. Sukar untuk mengalahkan orang yang tidak pernah berputus asa. - Babe Ruth
  6. Tiada sesiapa pun yang tenggelam dalam peluh. - A.S. Marine Corps
  7. Seseorang mesti berusaha dan berani jika benar-benar mahu hidup. - Vincent van Gogh
  8. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda memerlukan dua perkara: kebodohan dan keyakinan. - Mark Twain
  9. Anda hanya perlu berusaha 80 hingga 100 jam setiap minggu. - Elon Musk
  10. Saya telah gagal berulang kali dalam hidup saya - dan itulah sebabnya saya berjaya. - Michael Jordan
  1. Bakat lebih murah daripada garam di meja. Apa yang membezakan individu yang berbakat dan yang berjaya adalah banyak kerja keras. - Stephen King
  2. Apabila dia bekerja, dia benar-benar bekerja. Tetapi apabila dia bermain, dia benar-benar bermain. - Dr. Seuss
  3. Ayah saya mengajar saya untuk bekerja; dia tidak mengajar saya untuk menyukai kerja. - Abraham Lincoln
  4. Sesuatu perkara boleh tiba kepada mereka yang menunggu, tetapi hanya perkara-perkara yang ditinggalkan oleh orang-orang yang sibuk. - Abraham Lincoln
  5. Sekiranya anda mengubah dunia, anda sedang melakukan perkara-perkara penting, anda teruja untuk bangun pada waktu pagi. - Larry Page (Google)
  6. Jika anda bekerja keras dan memenuhi tanggungjawab anda, anda boleh maju ke hadapan, tidak kira dari anda datang, bagaimana rupa anda atau siapa yang anda suka. - Barack Obama
  7. Pilih kerja yang anda suka dan anda tidak akan perlu bekerja sehari pun dalam hidup anda. - Confucius
  8. Tiada pengganti untuk kerja keras. - Thomas Edison
  9. Genius adalah satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus usaha. - Thomas Edison
  10. Peluang terlepas pandang oleh ramai orang kerana kelihatan seperti kerja berat. - Thomas Edison
  1. Menjadi sibuk tidak bermakna selalu berusaha. Tujuan semua usaha adalah pengeluaran atau pencapaian dan untuk kedua-dua tujuan ini memerlukan pemikiran, sistem, perancangan, kecerdasan, dan tujuan yang jujur, serta usaha. Kelihatan seperti berusaha tidak bermakna sedang berusaha. - Thomas Edison
  2. Perkara-perkara besar datang dari kerja keras dan ketekunan. Tiada alasan. - Kobe Bryant
  3. Tidak ada bakat di sini, di sini hanya ada kerja keras. Ini adalah obses. - Conor McGregor (Juara MMA)
  4. Biar saya beritahu rahsia yang membawa saya kepada kejayaan saya: Kekuatan saya hanya terletak pada ketabahan saya. - Louis Pasteur
  5. Adalah sukar untuk membuat filem. Ia seperti menjadi seorang doktor: anda bekerja berjam-jam, jam yang sangat sukar, dan melibatkan emosi, dan situasi menjadi tegang. Jika anda tidak menyukainya, maka ia tidak berbaloi. - George Lucas (Star Wars)
  6. Jika orang tahu betapa keras saya berusaha untuk menguasai bidang saya, semuanya tidak akan kelihatan begitu indah. - Michelangelo
  7. Saya seorang pereka fesyen dan saya bekerja sangat kuat. Kadang-kadang terdapat orang memandang rendah pada fesyen dengan mengatakan ia adalah remeh atau dangkal, tetapi itu tidak benar sama sekali. Ia sebenarnya kerja keras. - Donatella Versace
  8. Untuk berjaya, bekerja keras, tidak pernah berputus asa dan semuanya memerlukan matlamat yang luar biasa. - Walt Disney
  9. Anda tidak pernah kalah sehingga anda berhenti mencuba. - Mike Ditka
  10. Percaya pada diri anda dan anda akan berada di sana. - Theodore Roosevelt
  1. Bangun tidur dengan matlamat. Tidur apabila berpuas hati. - Dwayne Johnson (The Rock)
  2. Pergi dan kejar impian anda. Impian bermakna usaha. - Paulo Coelho
  3. Bekerja tanpa henti tetapi jangan bergantung kepadanya. - Swami Vivekananda
  4. Tuhan menjual kepada kita semua perkara dengan harga usaha. - Leonardo da Vinci
  5. Benci kepada kerja adalah perhambaan. - Mother Teresa
  6. Berusaha lebih kuat dari yang anda fikir anda lakukan semalam. - Alex Elle
  7. Kerja keras tidak dibayar. - Michael Phelps
  8. Berusaha kepada saya adalah satu perkara yang suci. - Margaret Bourke-White
  9. Berani menjadi jujur dan takut malas berusaha. - Robert Burns
  10. Tidak ada yang dapat mengalahkan kerja keras. - Conor McGregor
  11. Cahaya hari esok terdapat pada hari ini. - Elizabeth Barrett Browning
  1. Kejayaan tidak muktamad; kegagalan tidak membawa maut: Keberanian untuk mengejar kejayaan yang diperlukan. - Winston S. Churchill
  2. Jalan untuk bermula adalah berhenti bercakap dan mula bertindak. -- Walt Disney
  3. Jalan menuju kejayaan dan jalan menuju kegagalan hampir sama. - Colin R. Davis
  4. Kejayaan biasanya datang kepada mereka yang terlalu sibuk mencarinya. - Henry David Thoreau
  5. Peluang tidak terjadi dengan sendiri, anda yang menciptanya. - Chris Grosser
  6. Jangan takut berkorban untuk mencapai sesuatu yang hebat. - John D. Rockefeller
  7. Terdapat dua jenis orang yang akan memberitahu anda bahawa anda tidak boleh berjaya: mereka yang takut untuk mencuba dan mereka yang takut anda akan berjaya. - Ray Goforth
  8. Orang-orang yang berjaya melakukan apa yang tidak ingin dilakukan oleh orang yang gagal. - Jim Rohn
  9. Cuba jangan menjadi orang yang berjaya. Jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. - Albert Einstein
  1. Anda belajar lebih banyak daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. - Tidak diketahui
  2. Pesimis menemui kesulitan dalam setiap peluang yang ada. Optimis mengambil peluang dalam setiap kesukaran. - Winston Churchill
  3. Berhenti mengejar wang dan mula mengejar impian anda. - Tony Hsieh
  4. Kejayaan berjalan dari kegagalan kepada kegagalan lain tanpa anda berputus asa. - Winston Churchill
  5. Jangan biarkan pengalaman lalu mengambil banyak masa anda pada hari ini. - Will Rogers
  6. Anda memikirkan kegagalan sebagai musuh kejayaan tetapi tidak semestinya begitu. Anda boleh belajar daripadanya, jadi teruskan dan buat kesilapan. - Thomas J. Watson
  7. Sekiranya anda tidak ingin berkorban, anda tetap akan menjadi orang biasa. - Jim Rohn
  8. Orang yang cukup gila berfikir mereka boleh mengubah dunia adalah orang yang melakukannya. - Anonymous
  9. Lakukan satu perkara yang menakutkan pada setiap hari. - Anonymous
  10. Semua kemajuan berlaku di luar zon selesa. - Michael John Bobak
  11. Jangan biarkan ketakutan pada kerugian lebih besar daripada keseronokan apabila menang. - Robert Kiyosaki
  12. Kegagalan tidak akan menghentikan saya sekiranya saya mempunyai matlamat yang cukup kuat. - Og Mandino
  13. Ujian sebenar bukannya anda mengelakkan kegagalan berlaku kerana anda tidak akan mampu. Ianya sama ada anda menjadi lebih kuat, tidak melakukan apa-apa, belajar daripadanya, atau memilih untuk bertahan. - Barack Obama
  14. Satu-satunya batasan pada hari esok adalah keraguan pada hari ini. - Franklin D. Roosevelt
  15. Karakter tidak boleh dibangunkan dengan mudah dan senyap tetapi melalui pengalaman dengan mencuba dan menderita, jiwa dapat diperkuat, cita-cita menjadi inspirasi, dan kejayaan dapat dicapai. - Helen Keller
  16. Pahlawan yang berjaya adalah lelaki biasa dengan fokus seperti laser. - Bruce Lee
  17. Tidak ada rahsia kejayaan, ianya hasil daripada persediaan, kerja keras, dan belajar dari kegagalan. - Colin Powell
  18. Orang yang berjaya terus bertindak. Mereka membuat kesilapan tetapi mereka tidak berhenti. - Conrad Hilton
  19. Jika anda benar-benar mahu melakukan sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika tidak, anda akan mencari alasan. - Jim Rohn
  20. Kita mungkin mengalami banyak kegagalan tetapi kita mesti menjadi tidak boleh dikalahkan. - Maya Angelou
  21. Saya tidak dapat memberi anda formula kejayaan tetapi saya boleh memberi anda formula untuk kegagalan - Ia adalah: Cuba memuaskan hati semua orang. - Herbert Bayard Swope
  22. Kejayaan bukanlah kunci untuk kebahagiaan. Kebahagiaan adalah kunci kejayaan. - Albert Schweitzer
  23. Kejayaan bukan hanya mengenai apa yang anda lakukan dalam hidup anda, ia mengenai bagaimana anda memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan. - Tidak diketahui
  24. Mengetahui tidak cukup; Kita mesti bertindak. Keinginan tidak cukup; Kita mesti berusaha. - Johann Wolfgang Von Goethe
  25. Bayangkan hidup anda adalah sempurna dalam setiap aspek. Apakah yang anda lihat? - Brian Tracy
  26. Jika anda boleh berkhayal, anda boleh melakukannya. - Walt Disney
  27. Perbezaan di antara kehidupan anda sekarang dan kehidupan impian anda ialah apa yang anda lakukan setiap hari. - Tidak diketahui
  28. Kita merasa takut ketika tidak melakukan apa-apa. Kita boleh mengatasi ketakutan dengan bertindak. - Dr. Henry Link
  29. Untuk berjaya, keinginan anda untuk berjaya mestilah lebih besar daripada ketakutan anda terhadap kegagalan. - Bill Cosby
  30. Untuk berjaya, kita harus terlebih dahulu percaya bahawa kita boleh berjaya. - Nikos Kazantzakis
  31. Orang yang gagal dalam kehidupan adalah orang yang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan ketika mereka berputus asa. - Thomas Edison
  32. Jangan terganggu dengan kritikan. Ingatlah - satu-satunya kejayaan yang diperoleh oleh orang lain adalah berjaya mengkritik anda. - Zig Ziglar
  33. Rahsia kejayaan adalah melakukan perkara biasa dengan sangat baik. - John D. Rockefeller Jr.
  34. Anda tahu anda berada di jalan menuju kejayaan jika semasa anda bertindak, anda tidak menerima bayaran untuk tindakan anda. - Oprah Winfrey
  35. Terdapat daya penggerak yang kuat di dalam setiap manusia yang apabila dilepaskan boleh membuat apa-apa visi, impian, atau kemahuan menjadi realiti. - Anthony Robbins
  36. Orang yang memiliki keyakinan pada diri sendiri mendapat keyakinan orang lain. - Tidak diketahui
  37. Walaupun anda tidak berbakat, anda boleh membuatnya dengan memiliki keinginan, berusaha keras dan memberi komitmen sebanyak 110% pada semua masa. - Don Zimmer
  38. Apabila saya telah memutuskan sepenuhnya keputusan yang bernilai untuk diperoleh, saya pergi mendapatkannya, membuat percubaan dan percubaan, sehingga ia berhasil. - Thomas Edison
  39. Satu-satunya tempat di mana kejayaan datang sebelum usaha adalah didalam kamus. - Vidal Sassoon
  40. Lakukan apa anda mampu dengan semua sumber yang anda miliki dimana sahaja. - Theodore Roosevelt


kata2 semangat
Sekiranya anda seperti saya, anda pasti sukar untuk kekal bermotivasi dan sentiasa fokus selama 365 hari dalam setahun sama ada di tempat kerja, rumah, sekolah, universiti, dan lain-lain terutamanya pada hari-hari yang suram dalam hidup anda.

Sesetengah orang suka mendengar lagu kegemaran mereka untuk kembali bertenaga, ada yang membaca buku motivasi untuk menaikkan semangat, dan terdapat orang memilih untuk menonton filem yang memberi inspirasi ...dan terdapat banyak cara lagi untuk menaikkan semangat anda.

Saya kebetulan suka membaca kata-kata motivasi dari orang-orang yang telah berjaya. Saya mempunyai kata-kata motivasi yang diletakkan di tempat mudah saya melihatnya pada setiap hari. Apabila saya membaca kata-kata motivasi ketika saya berasa lesu dan kurang bermotivasi, apa yang saya lakukan adalah membaca kata-kata motivasi kegemaran saya yang saya simpan.

Hasilnya saya seolah-olah kembali ke landasan yang tepat untuk menyelesaikan masalah saya. Saya meletakkan senarai mutiara kata kata semangat, motivasi, dan hikmah dalam artikel ini agar dapat membantu anda mencapai kesan yang sama dengan saya.

Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan seperti orang lain. Apa yang perlu kita lakukan adalah kekal bermotivasi dan fokus, mempunyai matlamat yang spesifik dan mengambil tindakan.

Harapan saya adalah bahawa artikel ini dapat memberikan anda motivasi tambahan yang anda perlukan untuk mengubah cara anda berfikir yang seterusnya anda mengambil tindakan yang berbeza bagi mencapai kejayaan yang anda impikan.

Kata-kata Motivasi Hidup | Mutiara kata

Mutiara kata yang betul boleh memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah cara anda berfikir yang seterusnya mengubah tindakan anda selama ini. Mutiara kata yang baik umpama anda bercakap dengan diri anda sendiri ketika anda dilanda masalah yang memberi kesan kepada pemikiran anda.

Saya telah mengumpul mutiara kata dalam artikel ini dengan penuh perhatian. Saya juga telah memasukkan mutiara kata yang akan membantu anda sentiasa bermotivasi apabila sedang bekerja, berehat dan juga dalam situasi sukar dalam kehidupan anda.

Terdapat kata-kata yang dapat menaikkan semangat anda dan juga menjadikan anda menjadi lebih realistik. Sesetengahnya juga mungkin dapat membuatkan anda tersenyum dan ada yang akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada yang anda fikir.

Ini semua akan dapat membuatkan anda berfikir dan ini adalah satu latihan yang akan menentukan tindakan anda pada hari ini yang menentukan masa depan anda.


Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki

Label: