Rahsia Hipnosis

Apa Itu Hipnosis

Terdapat pelbagai definisi mengenai hipnosis. Sekiranya anda bertanya kepada 100 orang hipnotis, anda mungkin mendapat 100 jawapan yang berbeza-beza.

Kebenarannya, tiada kata sepakat yang benar-benar dipersetujui mengenai maksud hipnosis. Kebanyakkan definisi mengenai maksud hipnosis menerangkan 'bagaimana proses hipnosis berlaku' berbanding 'apakah yang di maksudkan dengan hipnosis'.

Maksud Hipnosis

Mengikut pandangan penulis blog, hipnosis boleh ditakrifkan sebagai:

'Keadaan dimana seseorang dapat memfokuskan minda dengan memberi sepenuhnya perhatian terhadap saranan-saranan iaitu dengan mempercayai, menghayati, dan merasakannya.'

Keadaan minda sebegini biasanya tercapai melalui pelbagai cara dan dapat digunakan untuk mempengaruhi minda separa sedar untuk menerima saranan-saranan yang diberikan untuk memberi kesan yang sementara atau kekal. Ini adalah satu penjelasan yang mudah untuk difahami bagaimana proses hipnosis dapat mengubah minda separa sedar seseorang.

Ketika keadaan minda berada dalam keadaan tenang, ianya akan mudah untuk menyerap saranan-saranan, idea-idea, nilai-nilai, dan imej-imej yang muncul ketika sesi hipnosis sedang berlaku dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah anda.

Berbanding dengan saranan-saranan oleh hipnotis (orang yang melakukan proses hipnosis) ketika dikhalayak ramai yang hanya memberikan kesan sementara, hipnotis profesional memberikan saranan-saranan yang memberikan kesan berkekalan ke atas klien berdasarkan sistem yang tersusun rapi.

Adakah Anda Layak Untuk Mengikuti Sesi Hipnosis?

Sebagaimana tubuh badan kita yang mana jika sering dilatih akan menjadikannya bertambah kuat, begitulah juga dengan minda kita. Hipnosis merupakan satu latihan yang menjadikan minda kita semakin kuat dari hari ke hari.

Situasi kita berada dalam keadaan hipnosis seperti ketika kita menonton televisyen atau pun membaca komik.

Kita akan terpengaruh sama ada daripada aspek positif atau negatif melalui apa yang kita tonton atau apa yang kita baca sekiranya kita memberi sepenuh perhatian ke atas apa yang sedang kita lakukan sama ada memberi kesan yang mengembirakan, sedih, takut, lucu, seram dan sebagainya.

Keadaan seperti ini ini dinamakan 'hypnoidal activity' dimana kita berada dalam keadaan hipnosis dan tidak mengetahui apakah yang ingin kita capai.

Kebolehan anda untuk mengikuti sesi hipnosis bergantung kepada dua perkara iaitu pengetahuan dan bakat anda.

Pengetahuan ialah sesuatu yang boleh anda pelajari dan praktikkan dan bakat pula merujuk kepada kebolehan semulajadi anda.

Perumpamaan untuk menjelaskan bagaimana anda dapat memahami antara pengetahuan dan bakat ialah seumpama setiap manusia memiliki bakat untuk bermain alat muzik. Setiap orang berbakat untuk bermain alat muzik dan sekiranya seseorang mendapat pengetahuan dan latihan yang secukupnya, dia akan dapat menjadi ahli muzik yang berjaya.

Berkaitan dengan hipnosis, anda juga seperti mana orang lain iaitu berkebolehan untuk di hipnosis.

Ianya bergantung kepada sejauh mana anda dapat mefokuskan fikiran anda terhadap saranan-saranan yang diberikan dan mengembangkan saranan-saranan tersebut dalam minda anda semaksimumnya serta mempercayainya.

Kesannya mungin berbeza-beza kepada setiap orang. Ada orang yang cepat menerima saranan-saranan dan ada yang lambat merasakan kesannya.

Kebiasaanya, orang-orang yang tidak boleh dihipnosis ialah orang-orang yang mempunyai masalah mental atau masalah psikologi.

Kejayaan untuk mendapat hasil daripada kaedah hipnosis bergantung sejauh mana anda mempercayai saranan-saranan yang diberikan dan mengembangkannya. Sekiranya anda konsisten dengan kaedah hipnosis, peluang anda untuk mencapai impian anda adalah tinggi.

Seni Suara

Di bawah pengaruh hipnosis, anda dapat mengingat kembali pengalaman anda ketika kanak-kanak yang mana telah dilupakan sepenuhnya oleh minda sedar anda.

Minda sedar diibaratkan kepada kapten kapal dan minda separa sedar ialah kelasinya. Ianya hanya menurut arahan kapten tanpa sebarang bantahan.

Minda sedar dan minda separa sedar sentiasa berhubung antara satu sama lain. Sebagai contoh, minda sedar anda membuat keputusan untuk membaca artikel dalam blog ini.

Ianya akan menghantar 'arahan' kepada minda separa sedar dan minda separa sedar inilah yang mengatur postur tubuh anda, kelipan mata anda, tempo nafas yang sesuai agar anda dapat terus membaca artikel dalam blog ini.

Memprogram Minda

Kepercayaan dan sikap anda seumpama perisian yang telah di gunakan dalam minda anda. Sebahagian perisian tersebut telah di pasang sendiri oleh anda.

Sebagai contoh, ketika anda mula-mula memakan coklat. Anda merasakannya begitu lazat dan sedap. Anda mula memakannya berulang kali dalam hidup anda dari jenis coklat yang sama.

Sebahagian perisian lagi telah di pengaruhi oleh persekitaran hidup anda. Ini termasuklah dari keluarga anda, kawan-kawan, guru-guru, dan bahan bacaan anda.

Dari hari pertama anda lahir ke dunia ini, anda telah diberitahu untuk memanggil bapa anda dengan nama 'ayah'. Tidak kira di manapun, berapa pun usia anda, anda tetap akan memanggil bapa anda dengan nama 'ayah' atau yang membawa kepada maksud bapa anda.

Ini adalah metafora bagaimana minda anda menentukan kehidupan anda. Anda juga boleh mengubah kehidupan anda dengan menggunakan kuasa minda

Re-program Minda

Menukar, memasang atau membuang perisian dalam komputer adalah satu perkara yang mudah. Anda hanya memerlukan beberapa 'klik' sahaja. Sangat berbeza jika anda ingin 're-program' minda anda.

Minda anda mempunyai satu sistem penapisan maklumat yang bertindak sebagai keselamatan kepada input-output maklumat yang anda terima.

Sistem ini akan menapis segala idea atau saranan yang baru. Ianya bergantung kepada idea atau saranan yang baru dan mungkin bertentangan dengan pengetahuan dan kepercayaan anda selama ini.

Sistem ini sangat sukar untuk menerima perubahan yang mendadak yang bertentangan dengan program yang lama iaitu cara lama anda berfikir dan melakukan sesuatu.

Contohnya, anda belajar menulis dengan tangan kiri atau sebaliknya.

Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan kepercayaan, personaliti, dan membentuk realiti kehidupan anda.

Anda juga mungkin pernah mendengar 'semua kejahatan bermula daripada wang' dan ada pendapat yang mengatakan 'semua kejahatan bermula daripada ketiadaan wang'. Kepercayaan anda akan menentukan pendapat mana yang betul dan salah.

Mana-mana idea atau saranan yang melepasi sistem minda anda akan diterima sebagai benar / betul. Sistem penapisan maklumat inilah yang akan mengekalkan kepercayaan anda dan akan menolak idea atau saranan yang bertentangan.

Sekiranya anda menerima idea atau saranan yang bertentangan dengan sistem penapisan minda anda, anda akan berada dalam keadaan keliru / resah / serba-salah.

Walaupun idea atau saranan itu datang dari minda sedar anda, sistem penapisan ini akan menolak idea atau saranan tersebut.

Sistem ini menggunakan standard idea / saranan terdahulu yang telah di'pasang' oleh anda pada masa lepas.

Sebagai contoh:

Semasa Aminah masih bayi, ibunya selalu menyusukannya ketika Aminah menangis. Ketika zaman kanak-kanak, apabila Aminah bersedih, ibunya selalu memasak makanan kegemarannya untuk mengembirakan hatinya. Sekiranya Aminah tidak menghabiskan makanannya,ayahnya berulang kali berpesan 'Tidak baik membazirkan makanan'.

Agar tidak dimarahi oleh bapanya, beliau akan sentiasa mehabiskan makanannya. Ketika Aminah menghabiskan makanannya, ayahnya akan memujinya.

Sistem minda Aminah telah di'set'kan, sekiranya Aminah bersedih dan enggan dimarahi dan ingin dipuji, beliau hendaklah memakan sejumlah makanan dan selepas itulah Aminah akan kembali tenang.

Ketika mencapai usia dewasa, Aminah telah menghidapi masalah obesiti. Walaupun Aminah bersusah payah untuk bersenam dan berdiet, berat badannya sentiasa tidak memuaskan hatinya.

Cuba anda teka, apa yang dilakukan oleh Aminah selepas menimbang berat badannya?

Kisah Aminah ini adalah sebagai contoh bahawa kepercayaan dan keyakinan seperti inilah yang menjadikan usaha ramai orang untuk mencapai impian masing-masing tidak tercapai dan sia-sia.

Bagi mengubah hidup anda, anda hendaklah mengubah kepercayaan dan pemikiran anda. Apabila anda mengubah kepercayaan dan pemikiran anda, nescaya hidup anda akan turut berubah kerana tindakan yang anda ambil selepas mengubah kepercayaan anda.

Terdapat beberapa cara untuk 're-program' minda anda:

  • Berubah sedikit-demi sedikit secara konsisten

  • Andai kata anda mempunyai matlamat untuk bersenam 1 jam setiap hari tetapi anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Jadi, anda seharusnya buat sedikit demi sedikit.

    Minggu ini anda bersenam 10 minit. Minggu depan 15 minit. Minggu sekali lagi 20 minit dan seterusnya sehingga anda berjaya mencapainya.

    Kelemahan: Kebolehan anda untuk konsisten dalam jangka masa yang panjang

  • Teknik Saranan / Affirmation

  • Menerusi teknik ini, anda hendaklah mengulangkan Saranan / Affirmation/ Declaration yang positif setiap hari pada waktu yang tertentu seperti ketika bangun tidur atau ketika waktu petang atau ketika hendak tidur secara tetap.

    Minda separa sedar anda akan bertindak mengikut apa yang anda mahu setelah saranan diterima oleh sistem penapisan minda. Mungkin mengambil masa selama sehari, seminggu, sebulan, setahun atau lebih lama.

    Contoh Saranan / Affirmation / Declaration Untuk Memiliki Kekayaan

    1. Saya dilahirkan untuk berkongsi kekayaan dalam dunia ini.
    2. Saya memiliki banyak wang untuk bersedekah dan membantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
    3. Hasil kerja saya memberi sumbangan yang besar untuk kemajuan umat manusia dan sebagai ganjarannya saya menerima kekayaan yang melimpah ruah.
    4. Saya menarik dan menikmati kekayaan yang melimpah setiap hari.
    5. Saya seorang yang pemurah dan apa yang saya beri akan kembali kepada saya dalam jumlah yang berlipat kali ganda.
    6. Saya benar-benar bersyukur di setiap hari mengenai kekayaan dan kebahagian yang saya miliki sepanjang hidup saya.
    7. Kesyukuran saya telah membuka peluang kepada saya untuk memiliki kekayaan tanpa batas.
    8. Saya sentiasa berwaspada dan mengambil peluang memiliki kekayaan di sekeliling saya.
    9. Yang Maha Kaya telah menghantar kepada saya kekayaan-Nya dalam jumlah yang tidak terkira.
    10. Saya berasa sangat kaya dan saya berfikir saya sangat kaya.
    11. Saya berkongsi kekayaan saya sepanjang hidup saya.
    12. Saya mengawal dan melabur wang yang saya miliki secara bijaksana dan mendapat keuntungan yang lumayan pada setiap hari.

    Kelemahan: Memerlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat untuk dilakukan setiap hari.

  • Teknik Hipnosis-Diri / Self-Hypnosis

  • Kelebihan: Mudah dan Pantas

Kegunaan Hipnosis

Kaedah Hipnosis telah terbukti untuk membantu ramai orang mencapai impian masing-masing. Adakah anda ingin:

  1. Memiliki bentuk tubuh badan yang anda inginkan?
  2. Menjadikan impian anda menjadi kenyataan?
  3. Mehilangkan tabiat buruk anda seperti merokok?
  4. Melupakan pengalaman silam?
  5. Mengurangkan tekanan dalam kehidupan secara optimum?
  6. Meningkatkan keyakinan diri / ‘self-confident’?
  7. Meningkatkan keyakinan diri/‘self-confident’?
  8. Mehilangkan fobia?
  9. Meningkatkan keupayaan memori?
  10. Meningkatkan tahap kesihatan?
  11. Meningkatkan daya tumpuan dan konsentrasi?
  12. Memulihkan kembali hubungan anda dengan orang yang anda kenali?

Sekiranya anda memiliki jawapan "Ya" kepada salah satu atau lebih daripada soalan diatas, anda boleh mencapai impian anda dengan menghipnosis diri anda sendiri. Anda tidak perlu memiliki tauliah sebagai Hipnotis Profesional untuk melakukannya.

Mungkin anda pernah mendengar mengenai hipnosis dan anda berminat untuk mengikuti kursus hipnosis, malangnya anda mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak menyertainya.

Antara masalah yang biasanya timbul berpunca daripada:

  1. Tidak mempunyai masa.
  2. Tidak memiliki wang / tidak mahu mengeluarkan wang untuk membayar yuran.
  3. Ragu-ragu mengenai kaedah hypnosis:
    • Adakah kaedah hypnosis selamat?
    • Malu untuk meluahkan masalah anda-masalah peribadi

Hipnosis Sebagai Terapi

Perkataan hipnosis telah diperkenalkan pada abad ke-19 oleh Dr.James Braid. Bidang hipnoterapi klinikal telah berkembang sejak itu.

Pada akhir tahun 1950, Pertubuhan Perubatan Amerika telah memutuskan untuk membenarkan kaedah hipnosis sebagai satu subjek pelajaran di peringkat universiti bidang perubatan Amerika kerana kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai satu kaedah untuk rawatan perubatan.

Kesan Hipnosis / Self-Hypnosis adalah positif kerana memiliki kaedah yang efisien untuk meningkatkan pembangunan diri dalam apa jua aspek kehidupan.

Hipnosis boleh membantu anda sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, atau aspek kerohanian dan ianya mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Setelah memahami asas dan bagaimana proses hipnosis berlaku, anda akan mampu untuk menghipnosis-diri anda sendiri.

Self-hypnosis juga boleh dikenali sebagai self-therapy dan ianya tidak memerlukan anda membayar sebarang harga perkhidmatan hipnosis terutamanya pada zaman sekarang dimana kos perubatan yang semakin meningkat.

Lebih-lebih lagi kaedah hipnosis terbukti tidak memberi sebarang kesan negatif. Inilah rahsianya mengapa kaedah hipnosis menjadi popular pada hari ini.

Bidang hipnosis mempunyai sudut pandang negatif yang biasanya timbul akibat salah faham melalui media seperti televisyen, filem, dan persembahan oleh hipnotis di khalayak ramai.

Selain itu, hipnosis juga dikaitkan dengan teknik meditasi dan visualisasi kreatif. Memang tidak dinafikan bahawa latihan meditasi dan visualisasi kreatif penting untuk meningkatkan pembangunan diri dan dalam memahami maksud hipnosis, kedua-dua kaedah ini tidak begitu dipentingkan.

Belajar Hipnosis

Mitos 1: Hipnosis ialah Mengawal Minda

Kebenarannya, ketika sesi hipnosis, anda berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. Anda boleh menerima atau menolak sebarang saranan oleh hipnotis.

Pendapat yang mengatakan bahawa klien akan mengikut segala saranan-saranan oleh hipnotis adalah tidak berasas sama sekali. Dalam proses hipnosis, keyakinan anda untuk mencapai hasilnya adalah sangat penting untuk menjadikan sesi hipnosis mencapai hasil yang efektif.

Mitos 2: Hipnosis Memerlukan Anda Untuk Tidur

Kenyataannya, semasa proses hipnosis, anda berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. Sekiranya anda mengikuti sesi hipnosis tradisional, anda diminta untuk menutup mata anda. Adalah benar anda mungkin tertidur ketiku mengikuti proses hipnosis.

Walaupun begitu, badan anda masih berada dalam keadaan sedar dan kelihatan seperti sedang tidur.

Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya anda tertidur ketika masih berada dalam proses hipnosis kerana minda separa sedar anda tidak dapat menyerap saranan-saranan yang oleh hipnotis secara maksimum dan kesan daripada proses hipnosis adalah minimum.

Terdapat hipnotis yang menggunakan perkataan-perkatan seperti 'tidur' atau 'mengantuk' ketika menjalankan proses hipnosis seperti saranan "Anda berasa sangat mengantuk".

Ketika menyarankan sesuatu seperti ini, hipnotis bukanlah ingin anda tidur sebaliknya hipnotis ingin anda berada dalam keadaan yang sangat tenang supaya minda anda dapat menyerap semua saranan-saranan yang diberikan secara optimum.

Mitos 3: Hipnosis Menyebabkan Anda Hilang Ingatan

Mitos ini timbul daripada demonstrasi hipnosis di khalayak ramai seperti di dalam televisyen. Seseorang akan diminta untuk menjadi sukarelawan untuk menjadi klien kepada hipnotis.

Setelah sesi demonstrasi telah selesai, sukarelawan ini mendakwa tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku ketika proses hipnosis tersebut. Ini berlaku kerana sukarelawan tersebut mempunyai sifat ego dan berbohong kerana enggan mengingati apa yang telah berlaku.

Adakah mungkin sukarelawan tersebut mencapai ketenangan minda yang secukupnya ketika berada di depan khalayak ramai?

Hipnotis yang dijemput juga mempunyai had masa untuk memberi penjelasan mengenai hipnosis kepada audiens.

Proses hipnosis yang ditunjukkan tidak menyelesaikan mana-mana masalah sukarelawan tersebut dan hanya mempunyai satu tujuan iaitu mempromosikan kaedah hipnosis - menimbulkan rasa terkejut dan hairan kepada audiens - dengan menjadikan demonstrasi hipnosis sebagai pertunjukkan hiburan semata-mata.

Mitos 4: Hipnosis ialah Latihan Metafizik / Tenaga Dalam

Hipnosis bukanlah produk yang terhasil daripada mana-mana latihan metafizik /tenaga dalam. Seperti yang telah di jelaskan di bahagian Hipnosis Sebagai Terapi, Pertubuhan Perubatan Amerika telah mengiktirah hipnosis sebagai salah satu bentuk terapi yang boleh di gunakan untuk bidang perubatan.

Memang benar kaedah hipnosis dapat menyelesaikan masalah berkaitan emosi atau mental manusia dan tiada istilah 'kebatinan' dan yang seumpama dengannya dalam bidang hipnosis.

Kaedah hipnosis menyelesaikan masalah-masalah klien melalui satu bentuk sistem yang terbukti telah membantu ramai orang. Proses hipnosis ialah satu proses yang natural dan akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi sesiapa yang telah merasa kesannya.


Perbezaan Hipnosis dan Meditasi

Ramai orang beranggapan bahawa hipnosis dan meditasi adalah sesuatu yang sama. Memang terdapat persamaan antara 2 kaedah ini iaitu berkaitan dengan fikiran.

Jika diperhati dan diteliti, kedua-dua nama ini mempunyai perkara yang berbeza-beza iaitu:

Item Meditasi Hipnosis
Definisi Mengawal fikiran dengan fikiran Mengawal fikiran dengan saranan
Kaedah Mengosongkan fikiran dengan pengawalan nafas Menggunakan 5 deria
Syarat Tidak merokok Tidak memiliki masalah mental
Masa Minimum 3 bulan secara terus menerus Bergantung kepada orang yang di hipnosis
Objektif Menyatukan emosi, fizikal, dan fikiran Mempunyai matlamat yang spesifik

*terdapat satu kaedah dalam meditasi yang digunakan untuk mencapai matlamat yang spesifik yang dikenali sebagai active meditation iaitu merehatkan tubuh badan dan minda untuk mencapai satu-satu matlamat atau untuk menajamkan fikiran

Penulis blog hanyalah ingin menjelaskan apakah perbezaan antara hipnosis dan meditasi.

Perbezaan yang ditulis bukanlah untuk membandingkan antara kaedah mana yang lebih baik. Memang tidak dapat dinafikan kesan meditasi yang hebat dan menyeluruh jika diteruskan dalam jangka masa yang panjang.

Rahsia Ilmu Kuasa Mata

Perbezaan Hipnosis dan Pukau

Pukau Hipnosis
Teori dan amalannya telah diasaskan oleh Anton Mesmer yang mengatakan daya magnetik yang keluar daripada mata manusia jika dibentuk dengan cara yang tertentu, boleh digunakan untuk merawat atau mengawal fikiran dan tubuh orang lain. Seseorang boleh masuk dalam keadaan hipnotik melalui pelbagai cara. Tidak memerlukan sebarang daya magnetik daripada mata hypnotis atau sebarang sentuhan. Kebanyakkan hipnotis bekerjasama dengan klien untuk menyelesaikan masalah klien melalui kaedah saranan-saranan pada klien ketika klien dalam keadaan tenang sepenuhnya.
Hipnosis Tradisional

Proses Hipnosis Tradisional

Walaupun banyak kaedah yang digunakan oleh hipnotis untuk menghipnosis klien, biasanya hipnotis menggunakan format yang serupa mengandungi 4 langkah berikut:

  1. Menenangkan Klien

  2. Pada awalnya, hipnotis akan menenangkan fikiran dan tubuh badan klien bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Prosesnya berlaku secara berperingkat yang bertujuan agar minda sedar klien berada dalam keadaan tenang dan secara automatiknya bersedia untuk menerima saranan-saranan dan idea-idea yang baru.

  3. Menenangkan Fikiran Klien Pada Tahap Maksimum

  4. Setelah badan dan minda klien berada dalam keadaan tenang, langkah berikutnya ialah menjadikan minda klien berada pada tahap ketenangan yang maksimum agar klien dapat memberikan sepenuh perhatian / fokus kepada saranan-saranan yang diberikan. Hipnotis akan mencetuskan perasaan tenang kepada klien sama ada melalui kata-kata atau menggunakan objek-objek tertentu.

    Kaedah yang paling lama sekiranya menggunakan objek ialah hipnotis menggunakan ayunan bandul untuk merehatkan minda klien. Hipnotis akan meminta klien memerhatikan ayunan bandul dalam jangka masa yang tertentu.

    Selain menggunakan objek, hipnotis biasanya akan membuatkan klien berimaginasi melalui saranan yang disampaikan oleh hipnotis. Walau apa pun cara yang digunakan, tujuannya hanyalah satu iaitu untuk menhindarkan / menjauhkan/ melepasi satu 'faktor kritikal'.

    'Faktor kritikal' ini ialah sistem penapisan maklumat atau fikiran logik / rasional klien. Minda separa sedar akan mudah menyerap saranan-saranan dan idea-idea yang baru pada saat ini.

    Keadaan seperti ini hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja. Adalah penting untuk dijelaskan bahawa dengan sedikit pengecualian, klien kekal berada dalam keadaan sedar sepenuhnya ketika sesi hipnosis berlansung dan mendengar suara hipnotis dengan jelas.

    Kesedaran klien akan berada makin tinggi semasa sesi hipnosis ini berlansung.

  5. Memberi Saranan

  6. Setelah minda berada dalam keadaan tenang sepenuhnya, hipnotis akan mula memberikan saranan-saranan yang bersesuaian dan di susun untuk menyelesaikan masalah klien dimana akan memberi kesan maksimum terhadap minda separa sedar klien.

    Terdapat saranan-saranan yang bersifat lansung seperti "Anda sekarang bertubuh lansing" (sekiranya klien ingin menurunkan berat badan) dan terdapat saranan-saranan yang berbentuk subjektif seperti metafora dan imaginasi.

    Sekiranya anda risau keadaan seperti ini akan menyebabkan anda menjadi robot - anda tidak dapat dibantu oleh hipnotis. Selain daripada itu klien juga boleh menolak untuk menerima saranan-saranan daripada hipnotis.

    Saranan-saranan yang diberikan terlebih dahulu telah di ubah untuk membantu klien menyelesaikan masalah. Hipnotis Profesional tidak akan memberikan saranan-saranan yang akan menyebabkan klien berasa risau dan ditimpa masalah.

  7. Kembali Sedar Seperti Biasa

  8. Setelah saranan-saranan diberikan, hipnotis akan mengeluarkan klien dari sesi hipnosis iaitu dengan tujuan klien kembali sedar seperti biasa. Keadaan seperti ini tidaklah sama seperti anda baru bangun dari tidur sebaliknya anda terjaga dengan keadaan minda anda berada dalam keadaan yang sangat tenang.

    Sekiranya anda tidak 'terjaga' selepas sesi hipnosis berlaku, ianya tidak akan mendatang mudarat kepadat anda.

Masalah Proses Hipnosis Tradisional

Masalah yang berlaku ketika anda ingin mendapatkan perkhidmatan hipnosis tradisional ialah ianya berkait rapat dengan 2 perkara iaitu masa dan wang anda.

Sebagaimana lain-lain perkhidmatan profesional, anda hendaklah meluangkan masa anda untuk menetapkan temujanji dan anda perlu pergi ke Klinik Hipnotis Profesional di sekitar kawasan tempat tinggal anda (sekiranya ada) untuk menjalankan sesi hipnosis.

Satu sesi hipnosis memerlukan masa antara 30 -60 minit untuk satu sesi. Kebiasaanya anda mungkin memerlukan lebih daripada satu sesi hipnosis dan bergantung kepada hipnotis untuk menetapkan berapa sesi yang perlu anda ikuti.

Ini memerlukan komitmen anda yang tinggi kerana anda mungkin tidak boleh meluangkan masa untuk menghadiri sesi hipnosis yang ditetapkan. Sekiranya anda mempunyai satu masalah untuk diselesaikan, adalah berbaloi untuk anda mengadakan temujanji dan kembali menjalankan rutin harian hidup anda.

Bagaimana sekiranya anda mempunyai lebih dari satu masalah dan anda ingin menggunakan kaedah hipnosis untuk menyelesaikan masalah anda?

Adakah anda mampu untuk meluangkan masa untuk menghadiri setiap sesi hipnosis?

Selain dari faktor masa, faktor kewangan juga perlu diambil kira. Sesi hipnosis yang menggunakan kaedah 1-1 / one by one (private hypnosis) bukanlah murah bagi sesetengah orang.

Fee yang dikenakan mungkin sama atau lebih tinggi berbanding jika anda menggunakan perkhidmatan - psikiatri / program perlansingan badan/ personal coaching dan lain-lain yang berkaitan dengan masalah anda.

Fee yang dikenakan adalah berbeza-beza antara hipnotis. Ianya bergantung kepada kos overhead bagi klinik, populasi penduduk di sesuatu kawasan dan kredibiliti hipnotis sendiri.

Sekiranya faktor kewangan tidak menjadi masalah bagi anda, anda boleh terus mengadakan temujanji dengan mana-mana hipnotis. Hipnotis Profesional akan dapat menukarkan pengetahuan, masa, pengalaman, dan kepakaran mereka dengan wang anda.

Sekiranya faktor masa dan kedudukan kewangan anda menjadi masalah untuk anda mendapat manfaat dari kaedah hipnosis, anda boleh belajar untuk menghipnosis diri anda sendiri.

Ianya bukan sahaja dapat membantu anda menjimatkan masa dan wang anda, malahan ianya juga dapat meningkatkan keyakinan serta membantu anda menyelesaikan masalah anda dan secara tidak lansung anda tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain lagi dalam usaha anda mencapai kejayaan.

Hypnosis Diri Tradisional

Self-Hypnosis Tradisional

Konsep self-hypnosis ialah satu proses yang memerlukan anda mempunyai daya kemahuan yang kuat untuk mencapai hasilnya. Ianya memerlukan anda bergantung kepada diri-sendiri sepenuhnya sebelum, semasa, dan selepas proses hipnosis.

Mungkin anda telah memahami sedikit sebanyak mengenai hipnosis iaitu ianya memerlukan anda mengawal emosi, mental, fizikal, dan semangat anda untuk menyerap saranan-saranan.

Self-hypnosis merujuk kepada keadaan seseorang yang bersedia untuk dihipnosis tanpa bantuan dari orang lain. Contoh terbaik anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk di hipnosis ialah ketika anda bangun dari tidur.

Ketika itu emosi, fizikal, mental dan semangat anda berada dalam keadaan yang sangat tenang. Secara teorinya, setiap orang mempunyai kebolehan untuk menghipnosis diri-sendiri untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Seperti mana sesi hipnosis biasa, self-hypnosis juga memerlukan pengetahuan kebolehan, pengetahuan, dan tindakan yang sewajarnya. Seandainya anda mempunyai ketiga-tiga perkara ini, anda akan dapat mengubah hidup anda dengan cepat dan mudah melalui kaedah self-hypnosis.

Proses Self-Hypnosis Tradisional

Proses self-hypnosis tradisional adalah sama sebagaimana proses hipnosis tradisional cuma ianya tidak memerlukan sebarang bantuan dari luar ketika sesi hipnosis sedang berlansung.

Pertama, anda perlu menenangkan diri anda secara berperingkat. Kemudian anda perlu menutup mata anda dan secara perlahan-lahan anda akan berada dalam keadaan yang sangat tenang.

Anda perlu memberi sepenuh perhatian terhadap saranan-saranan yang anda sendiri ucapkan berdasarkan saranan-saranan yang telah anda siapkan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi self-hypnosis. Saranan-saranan yang telah anda ucapkan akan memasuki minda separa sedar secara perlahan-lahan.

Selepas anda berpuas hati, anda perlu membuka mata anda dan kembali kepada keadaan yang normal.

Masalah Self-Hypnosis Tradisional

  1. Sukar di Praktikkan
  2. Anda perlu mempunyai kesabaran dan keyakinan yang tinggi untuk berjaya. Anda hendaklah memahami proses hipnosis dengan betul dan tahu bagaimana untuk membuat saranan-saranan yang efektif.

    Sekiranya anda seorang yang sibuk dan ingin cepat mendapatkan hasil, anda akan mencari kaedah self-hypnosis yang paling mudah untuk anda praktikkan.

    Biasanya apa yang terjadi, sekiranya anda seorang yang selalu inginkan sesuatu yang sempurna, anda tidak akan bersyukur dengan apa yang anda miliki dan apa yang anda miliki akan hilang.

    Anda tidak akan dapat menggunakan dan mempraktikkan pengetahuan mengenai self-hypnosis kerana anda akan sibuk untuk mencari kaedah yang lebih mudah dan akhirnya anda tidak mempraktikkan apa yang anda ketahui. Ianya menjadi sesuatu yang sia-sia.

  3. Memerlukan ingatan yang kuat
  4. Anda perlu mengingati semua teknik dan saranan-saranan yang akan anda gunakan kerana anda akan menutup mata anda.

    Oleh itu anda bukan sahaja perlu meluangkan masa untuk memahami hipnosis dan membuat saranan-saranan yang efektif, anda juga perlu meluangkan masa dan berusaha untuk mengingatinya.

  5. Tertidur

  6. Masalah utama dalam proses self-hypnosis tradisional ialah anda tertidur ataupun terlelap dalam sesi hipnosis. Sesi hipnosis akan menjadikan diri anda berada dalam keadaan yang sangat tenang dan tidak terganggu oleh bunyi bising.

    Walaupun anda terlelap untuk sedetik sahaja ketika proses self-hypnosis, anda kemungkinan akan melupakan skrip saranan-saranan yang telah anda siapkan atau anda mungkin terlupa sebab kenapa anda menghipnosis diri anda sendiri.

Hypnosis-Diri Moden

Self-Hypnosis Moden

Self-Hypnosis Moden ialah satu proses anda dapat menghypnosis-diri anda dengan mata yang terbuka.

Contohnya ialah sewaktu anda memandu kereta berseorangan pada waktu malam pada jarak yang jauh (mengambil masa lebih dari setengah jam).

Mata anda hanya fokus pada garisan putih di tengah-tengah jalan. Setelah anda sampai ke destinasi anda, pernahkah anda berasa waktu yang berlalu adalah sekejap sahaja walaupun masa perjalanan mungkin dalam 30 minit?

Sekiranya ini pernah berlaku pada anda, ianya adalah sesuatu yang normal. Ini kerana fikiran, emosi, fizikal dan mental anda memberi sepenuh perhatian kepada garisan putih di tengah-tengah jalan dan anda tidak sedar masa yang telah berlalu.

Contoh kedua pula ialah ketika anda menonton televisyen. Anda menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita yang disiarkan.

Proses hypnosis yang berlaku ialah anda ingin ingin dihypnosis (menonton tv), anda ingin berubah (menjangka plot-plot movie), dan minda anda terbuka untuk menerima hasilnya (memberi reaksi seperti rasa takut / gembira / lucu / sedih/ seram dll).

Anda menerima saranan-saranan (skrip cerita) dan bertindak balas terhadap saranan-saranan yang anda dengar yang turut mempengaruhi postur tubuh, denyutan jantung, tempo pernafasan dan lain-lain lagi dengan mata yang terbuka.

Tidak menjadi masalah kepada anda sekiranya anda tidak memahami bagaimana minda anda mengawal badan anda pada keadaan seperti anda sedang memandu kereta atau menonton televisyen. Biarkan ianya menjadi tugas kepada minda separa sedar anda untuk bertindakbalas.

Anda hanya perlu menghantar saranan-saranan kepada minda separa sedar anda untuk menyelesaikan masalah anda dengan cara yang betul dan yakin anda mampu mendapat hasilnya.

Self-Hypnosis Melalui Pembacaan

Sekiranya anda membaca buku dengan suara yang lembut dan dalam keadaan yang tenang, anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk di hypnosis.

Hipnotis Profesional menamakan keadaan ini dengan nama atmospheric hyperacuity - satu tahap pada minda individu ketika sedang menjalani proses hipnosis. Keadaan ini berlaku apabila seorang hipnotis selesai menjalankan sesi hypnosis pada klien mereka.

Jika diperhati dan diteliti, hypnotis tersebut berada dalam keadaan yang tenang dan santai sambil menghypnosis klien. Hypnotis memberikan saranan-saranan kepada klien dengan suara yang tenang dan jelas.

Hipnotis tidak menyedari bahawa mereka juga menghypnosis diri mereka pada masa yang sama.

Dengan peredaran masa, para hipnotis telah merumuskan bahawa setiap orang mampu untuk menghypnosis diri masing-masing dengan mata yang terbuka.

Kelebihan Hypnosis Moden Berbanding Hypnosis Tradisional

  1. Mata yang boleh dibuka
  2. Dapat membaca skrip sambil menyebutnya
  3. Tidak memerlukan anda memahami dan mengetahui bagaimana prosedur untuk melakukan sesi hipnosis dan bagaimana untuk membuat saranan-saranan yang efektif.

Kelemahan Self-hypnosis Moden

Anda perlu tahu membaca dan mempunyai kebolehan untuk bercakap secara lancar (tidak bisu / gagap)

Hipnosis Kuasa Fokus

Re-programming / Format Minda

Mengapa orang kaya akan terus kaya dan orang miskin akan terus miskin? Ini adalah persoalan yang biasa kita dengar.

Orang kaya akan terus mendapat peluang untuk menambah kekayaan mereka sedangkan orang miskin kurang berpeluang.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku?

Ini adalah kerana apa yang berada dalam minda mereka sendiri, yang lebih tepat adalah pada minda bawah sedar mereka.

Dengan lebih jelas lagi, ia adalah program atau format pemikiran dalam minda masing-masing.

Minda kita telah diprogramkan daripada kecil yang dipengaruhi oleh persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan, guru, media massa dan sebagainya.

Minda orang miskin selalu memikirkan tentang kemiskinan. Contohnya :

  • “Susahlah nak dapat duit”.
  • “Kerja kuat-kuat pun tak kaya-kaya juga”.
  • “Duit tak penting… cukuplah apa yang ada”.

Kalau beginilah pemikirannya, bagaimana nak dapat kekayaan?

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Mudah sahaja. Minda perlu diformat atau diprogram semula.

Bagaimana nak format semula minda?

Itulah yang saya ingin bongkarkan pada kali ini.

Dan saya pasti boleh mengubah hidup sesiapa sahaja.

Hipnosis atau “mind-programming” boleh membantu memperbaiki hidup anda dengan membuang semua kepercayaan negatif yang mana menjadi halangan bagi anda dalam mencapai kejayaan dan kekayaan.

Bagaimana hipnosis boleh membantu anda?

Anda boleh mengembangkan kesedaran kejayaan.

Pertama, hipnosis boleh membantu anda mengembangkan kesedaran tentang kejayaan. Ini adalah keadaan minda anda mengetahui tiada keraguan, yang mana bukan sahaja ia barangkali menjadikan anda kaya, malah anda sudah berada di landasan kejayaan.

Hipnosis boleh melakukannya kerana ia mengatasi halangan mental.

Apabila anda menggunakan hipnosis setiap hari, anda akan dapati ia sangat menenangkan dan seronok kerana tiada lagi halangan kepada kebolehan anda. Sebenarnya anda dalam proses mencapai keinginan yang anda impikan.

Yang pasti adalah anda menjadi lebih POSITIF dari hari ke hari.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki




Rahsia Hipnosis