Panduan Menjual Dengan Hukum Tarikan

Panduan Menjual Dengan Hukum Tarikan

Pandual Menjual Dengan Law of Attraction

Terdapat 7 langkah untuk meningkatkan self-esteem anda dalam bidang jualan. Ianya juga turut dapat meningkatkan cara anda berfikir mengenai diri anda sendiri dan potensi anda:

1. Bercita-cita Tinggi

Jurujual profesional mempunyai kemahuan yang bernyala-nyala untuk berjaya dalam bidang jualan. Apa jua yang anda lakukan, anda perlu bermula dengan kemahuan untuk berjaya yang sentiasa membara. Ianya telah terbukti sejak zaman-berzaman.

Sekiranya anda bercita-cita tinggi dan mempunyai perancangan yang jelas untuk mencapai matlamat anda, tiada apa pun yang dapat menyekat anda. Dalam bidang jualan,ini merupakan titik penentu yang membezakan anda akan berjaya menjadi jurujual profesional atau kekal menjadi jurujual amatur. Anda akan berkali-kali mengalami penolakan dan bantahan daripada prospek anda sepanjang anda menjadi jurujual.

Sekiranya anda berputus asa, anda mungkin tidak akan kekal lama dalam bidang jualan. Hanya cita-cita yang sentiasa membara yang dapat menjadikan anda tabah menghadapi kegagalan semasa anda gagal membuat jualan.

Oleh kerana mengejar cita-cita mereka, jurujual profesional mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi jurujual terbaik dalam industri mereka. Biasanya jurujual profesional pada hari ini memulakan kerjaya jualan mereka kerana tiada pilihan lain.

Apa jua yang mereka lakukan tidak mengubah kehidupan mereka.Mereka sangat pasti dengan pilihan mereka untuk terlibat dengan bidang jualan. Sebaliknya yang berlaku dengan jurujual amatur. Mereka sentiasa mencari peluang untuk melakukan kerja lain di sebalik memberi komitmen kepada kerjaya menjual mereka.

Mereka menjual sambil lewa. Hasilnya mereka akan kekal menjadi jurujual amatur. Jurujual profesional bertindak sebaliknya.

Mereka membuat keputusan untuk menjadi jurujual terbaik. Mereka sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan lain-lain untuk meningkat kemahiran menjual mereka. Tahap cita-cita anda menentukan tindakan yang anda ambil pada hari ini.

2. Sentiasa Bersemangat

Jurujual profesional sentiasa mengatasi ketakutan yang biasanya membuatkan jurujual amatur kekal sebagai jurujual amatur. Ketakutan merupakan halangan utama untuk sesiapa sahaja berjaya. Ketakutan terbesar manusia dewasa ialah ketakutan menghadapi kegagalan.

Takut kepada kegagalan atau perkara lain bagaikan brek kepada potensi anda. Ianya mencegah anda untuk mengambil tindakan, membuatkan anda bertangguh, atau menjauhi situasi yang tidak anda sukai. Jurujual amatur tidak banyak menjual kerana takut untuk gagal membuat jualan.

Kehidupan anda juga akan turut berubah sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda takut lakukan sebelum ini. Sekiranya anda tidak melakukan perkara yang anda takut, ketakutan akan menguasai hidup anda.

Secara faktanya, adalah mustahil untuk anda berjaya tanpa menghadapi kegagalan. Jurujual profesional lebih banyak menghadapi kegagalan berbanding jurujual amatur. Mereka sanggup menghadapi kegagalan.

Ketakutan kedua yang biasa dialami oleh jurujual ialah takut untuk di tolak oleh pelanggan. Mereka takut untuk mencari prospek dan menerangkan mengenai produk / servis yang mereka tawarkan kerana takut pelanggan tidak akan membeli produk / servis yang mereka tawarkan.

Ini merupakan halangan terbesar untuk anda berjaya membuat jualan. Melainkan anda dapat mengatasi halangan ini, adalah mustahil untuk anda menjadi jurujual profesional. Jurujual amatur akan mencari alasan untuk tidak membuat jualan kerana takut di tolak.

Apa yang perlu jurujual amatur perlu tahu ialah walaupun jualan anda gagal, prospek anda tidak menyentuh soal peribadi anda. Sekiranya prospek anda memberi jawapan negatif terhadap jualan anda, ianya tidak berkait dengan soal peribadi anda, neutral, dan tidak menjadikan anda sasaran untuk disalahkan.

Mereka hanya meluahkan pandangan mereka terhadap produk / servis yang anda tawarkan sahaja.

3. Memberi komitmen sepenuhnya

Semua orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang mereka lakukan. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati. Jurujual profesional yakin dengan syarikat mereka bekerja dan mereka bangga dengan syarikat mereka.

Mereka yakin dengan produk atau servis yang mereka tawarkan. Mereka yakin produk / servis yang mereka tawarkan dapat menyelesaikan masalah pelanggan mereka. Mereka begitu seronok apabila menerangkan mengenai produk / servis yang mereka tawarkan.

Mereka percaya dengan pelanggan mereka dan ingin membantu mereka. Jurujual profesional memandang diri mereka sebagai "pembantu" dan selalu mencari jalan untuk meningkatkan taraf kehidupan pelanggan mereka melalui produk / servis yang mereka tawarkan. Mereka sememangnya ingin mengubah kehidupan pelanggan mereka menjadi lebih baik dengan apa yang mereka jual.

Jurujual profesional yakin terhadap diri mereka dan kemampuan mereka untuk berjaya. Mereka mempunyai keyakinan yang tidak goyah terhadap kemampuan mereka untuk mencapai matlamat mereka dan mengatasi rintangan yang timbul. Mereka berkeyakinan, positif, dan istimewa.

4. Profesional

Jurujual profesional mempunyai bussiness card, berpakaian kemas, memakai kasut dan sebagainya. Ini akan menyebabkan prospek mereka lebih yakin dengan mereka. Prospek mereka akan lebih terbuka dan berminat untuk mengetahui apa yang akan keluar dari mulut mereka.

Jurujual profesional akan cuba memahami masalah pelanggan mereka terlebih dahulu. Mereka juga memahami produk / servis yang mereka tawarkan dan mengetahui sama ada produk / servis mereka dapat menyelesaikan masalah pelanggan mereka. Mereka berusaha untuk mengetahui masalah prospek mereka yang dapat mereka selesaikan.

5. Bertanggungjawab

Permulaan untuk anda mengubah hidup anda ialah apabila anda menerima 100% tanggungjawab dalam kehidupan anda dan apa jua yang berlaku dalam hidup anda. Jurujual profesional tidak mengkritik mengenai apa-apa terutamanya syarikat mereka, persaingan, atau cabaran menjual dalam pasaran yang sengit.

Jurujual profesional tidak mempunyai masa untuk membuat alasan. Di sebalik mencari alasan, mereka mencari jalan untuk memastikan mereka berjaya mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mengkritik orang lain terutamanya pesaing mereka dan menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal membuat jualan.

6. Membuat persediaan dan Perancangan

Membuat persediaan yang rapi merupakan petunjuk bahawa anda seorang yang profesional. Semakin anda bersedia untuk bertemu dengan pelanggan, semakin meningkat tahap keyakinan anda.

Jurujual profesional akan cuba untuk memahami latar belakang pelanggan mereka sebelum mereka bertemu buat kali yang pertama. Mereka membuat perancangan dan persediaan sebelum dan selepas mereka menjual.

7. Sentiasa belajar

Secara faktanya untuk menjana lebih banyak pendapatan, anda perlu lebih banyak belajar. Anda boleh meluangkan masa antara 30 minit sehingga 60 minit pada setiap hari membaca buku-buku berkaitan teknik menjual sebelum anda pergi menjual.

Anda boleh menghabiskan satu buku dalam masa satu minggu. Dengan menjadikannya sebagai satu tabiat, anda boleh menghabiskan 50 buah buku setahun.

Tiada jaminan dengan membaca buku dapat menjamin anda dapat meningkatkan pendapatan anda namun peluang anda untuk meningkatkan jualan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tidak membaca buku lansung.

Jurujual profesional tidak sahaja membaca buku, bahkan mereka mempunyai audio dan video cd / dvd mengenai teknik menjual. Mereka meletakkannya pada handphone mereka dan di dalam kereta mereka.

Setakat ini menurut pengetahuan saya,kebanyakkan audio dan video mengenai teknik menjual kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris.

Mereka juga menghadiri seminar atau bengkel berkaitan teknik menjual. Mereka sentiasa mencari maklumat yang baru untuk meningkatkan kemahiran mereka. Kejayaan mereka menjual pada hari ini tidak menjadi penhalang kepada mereka untuk terus belajar meningkatkan kemahiran mereka.

Jurujual amatur sebaliknya jarang sekali berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka. Mereka hanya belajar mengenai jualan pada tahun pertama mereka menjual dan tidak menambah maklumat baru untuk tahun-tahun berikutnya.

Mereka selalu resah apabila memikirkan tentang wang. Mereka tidak sanggup untuk bekerja keras dan menambah pengetahuan mereka dan akhirnya kehidupan mereka tidak menjadi lebih baik.

Sekiranya anda mendapat maklumat baru dan melakukan sesuatu yang baru, anda akan berasa kemampuan anda semakin meningkat. Anda akan menjadi lebih positif dan gembira. Keyakinan anda juga akan turut meningkat.

Kunci untuk anda meningkatkan kemahiran anda ialah anda melaburkan sekurang-kurangnya 3% dari pendapatan anda. Sekiranya pendapatan anda RM50,000.00 setahun, seharusnya anda melabur sekurang-kurangnya RM1500.00 setahun untuk meningkatkan kemahiran anda.

Pulangan dari anda melabur ke atas diri-sendiri mungkin 10,20, atau 50 kali dari nilai pelaburan anda. Tiada orang yang dapat mencuri pengetahuan anda dan anda dapat menggunakan pengetahuan anda sepanjang hayat.

Begitu juga yang berlaku sekiranya anda tidak melabur ke atas diri anda sendiri. Anda tidak akan ke mana-mana.

Buat permulaan anda boleh meminjam buku mengenai jualan di perpustakaan berdekatan dengan rumah anda atau mendapatkan maklumat percuma di internet. Sekiranya anda tidak menambah kemahiran jualan anda, kesan yang lebih buruk ialah anda berasa cemburu dengan kejayaan jurujual yang lain.

Jurujual yang lain mungkin dapat menjana komisyen yang lebih tinggi, memandu kereta baru, atau pergi bercuti. Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi jurujual profesional atau jurujual amatur.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki