Meningkatkan Jualan Dengan Law of Attraction

Meningkatkan Jualan Dengan Law of Attraction

Meningkatkan Jualan Dengan Law of Attraction

Apakah perkara yang paling penting dan di lakukan oleh jurujual yang berpendapatan tinggi yang turut di lakukan oleh anda?

Jawapannya ialah berfikir. Kualiti fikiran anda mempengaruhi keseluruhan kualiti hidup anda.

Semakin anda jujur apabila berfikir mengenai diri anda, matlamat anda, dan perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda, anda akan semakin berjaya dengan setiap perkara yang anda lakukan.

Apakah aset kewangan yang paling bernilai dalam diri anda?

Ianya ialah kemampuan anda untuk menjana pendapatan. Kebolehan anda untuk mendapatkan wang boleh diertikan sebagai kemahiran yang membuatkan anda dibayar oleh orang lain. Perbezaan diantara jurujual profesional dan jurujual amatur ialah jurujual profesional mempunyai kemahiran menjana pendapatan yang tinggi manakala jurujual amatur tidak memiliki kemahiran ini.

Kemahiran anda menjana pendapatan adalah hasil daripada pengetahuan dan pengalaman anda. Paling kritikal ialah tabiat anda. Berita baik untuk anda ialah kemahiran untuk anda menjana pendapatan sehingga anda layak menjadi jurujual profesional boleh dipelajari walaupun anda tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Anda boleh meningkatkan kemahiran menjana pendapatan anda sepanjang anda terlibat dengan kerjaya anda. Seperti mana aset yang lain, kemahiran anda untuk menjana pendapatan juga boleh meningkat atau menurun.

Bagi jurujual yang berada pada kedudukan 20% ke atas, kemahiran mereka menjana pendapatan meningkat 11% setiap tahun (berdasarkan kajian Universiti Chicago). Jurujual yang berada dalam kedudukan 80% terbawah - sekiranya masih terlibat dengan bidang jualan - kemahiran menjana pendapatan mereka hanya meningkat 1% setiap tahun.

Sekiranya kemahiran menjana pendapatan anda meningkat 11% setiap tahun, anda mampu untuk meraih pendapatan anda sebanyak dua kali ganda dalam masa 7 tahun dan terus meningkat untuk tahun-tahun seterusnya.

Sekiranya kemahiran untuk anda menjana pendapatan hanya meningkat 1% pada setiap tahun kerana anda tidak berusaha untuk meningkatkan kemahiran menjana pendapatan anda, ianya mengambil masa selama 72 tahun untuk meraih pendapatan anda sebanyak dua kali ganda.

Ini masih tidak mengambil kira faktor inflasi, kemunculan teknologi baru, persaingan yang semakin meningkat serta kestabilan ekonomi negara.

Mungkin perbezaan paling utama dalam dunia pekerjaan pada hari ini sekiranya dibandingkan dengan masa lalu ialah anda bertanggungjawab sepenuhnya pada kerjaya dan kedudukan kewangan anda. Bukan menjadi tanggungjawab majikan anda untuk menjadikan anda sebagai orang kaya.

Kesilapan yang terbesar dilakukan oleh jurujual amatur ialah mereka mempunyai mindset bahawa mereka bekerja sebagai jurujual produk / servis syarikat mereka. Kerjaya jurujual memerlukan anda untuk berfikir bahawa anda bekerja untuk diri anda sendiri dan bukannya syarikat yang memberi anda peluang untuk menjadi jurujual.

Anda boleh menetapkan sendiri matlamat pendapatan anda pada setiap bulan - kelebihan kerjaya jurujual - dengan mengukur jumlah jualan yang dapat anda buat.

Seringkali apa jua yang gagal anda lakukan memberi kesan yang besar dalam hidup anda. Sekiranya anda gagal merancang hidup anda, ianya membuatkan anda terpaksa menanggung realiti hidup anda sekarang dan juga memberi kesan kepada kemahiran menjana pendapatan anda.

Sekiranya anda gagal untuk menyusun dan meletakkan keutamaan apa yang patut anda lakukan, ianya akan menyusahkan anda. Sekiranya anda tidak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda, ianya juga akan memberi kesan negatif kepada hidup dan masa depan anda.

Apakah sumber yang paling berharga yang anda miliki sekarang?

Jawapannya ialah masa anda. Apabila anda mula menjadi jurujual, sekiranya anda seperti kebanyakkan orang yang baru bekerja dalam apa-apa kerjaya, anda memiliki sedikit wang atau tiada lansung tetapi memiliki banyak masa.

Pada kemuncak kerjaya jurujual, anda mungkin memiliki masa terluang yang sedikit tetapi mempunyai sejumlah wang yang banyak. Perkara yang paling buruk yang boleh berlaku dalam hidup anda ialah selepas anda bekerja selama 30 tahun atau 40 tahun, anda masih perlu bekerja kerana anda tidak mampu untuk meneruskan kehidupan sekiranya anda tidak bekerja.

Pernah menjadi isu satu ketika dahulu di mana pencarum KWSP hanya boleh mengeluarkan caruman ketika pencarum berusia 60 tahun dan ianya di bantah oleh majoriti pencarum. Pihak KWSP menggunakan sebab had untuk pencarum mengeluarkan caruman ialah sebilangan besar pencarum menghabiskan seluruh caruman dalam jangka masa yang singkat. Malangnya perkara ini menimpa kebanyakkan warga emas pada masa sekarang.

Return of Equity

Jurujual yang berada dalam kedudukan 20% teratas mempunyai perancangan strategik peribadi. Tujuan perancangan strategik dalam perniagaan ialah untuk meningkatkan ROE (Return of Equity). Secara mudahnya ia bermaksud meningkatkan pulangan kewangan yang dilaburkan dalam perniagaan.

Return On Energy

Matlamat jurujual untuk memiliki perancangan strategik peribadi juga untuk meningkatkan ROE. ROE yang saya maksudkan ialah Return On Energy. Ini ialah pulangan yang anda dapat sebagai seorang manusia.

Mental, emosi, dan tenaga fizikal anda merupakan sumber anda sebagai seorang manusia. Kebanyakkan orang tidak pernah mengetahui bahawa kemahiran menjana pendapatan merupakan aset kewangan mereka yang paling berharga. Mereka mengabaikan aset yang mereka miliki dan meanggap mereka mengetahui semua perkara untuk menjana pendapatan.

Sebilangan juga meanggap mereka tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan yang mereka inginkan. Dengan sebab itu mereka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah ataupun menggunakan masa yang mereka miliki untuk merosakkan diri mereka sendiri.

Jurujual amatur bangun pada pagi hari, bersarapan, pergi ke tempat kerja, berborak-borak kosong dengan rakan sekerja yang lain, keluar untuk makan tengah hari, cuba membuat beberapa jualan pada setiap hari, kembali kerumah selepas habis waktu kerja dan menonton televisyen.

Anda tidak perlu berasa risau kerana anda sedang membaca artikel ini. Biarkan jurujual amatur yang lain berasa terkejut dengan pencapaian anda selepas anda habis membaca artikel ini. Kehidupan anda terlalu berharga untuk disia-siakan.

Anda menggunakan seluruh masa anda untuk meningkatkan return on energy anda pada tahap semaksimum mungkin.

Anda perlu ingat bahawa apabila anda menjadi jurujual, anda bekerja untuk diri anda sendiri. Anda yang menentukan pendapatan anda. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pendapatan anda, anda memerlukan sedikit keberanian untuk berbincang dengan bos anda.

Hanya terdapat satu cara sahaja untuk jurujual mendapat lebih banyak pendapatan. Ianya tidak lain dan tidak bukan ialah membuat lebih banyak jualan. Anda sendiri boleh menentukan seberapa banyak jualan yang boleh anda buat pada setiap bulan.

Dengan memiliki perancangan strategik peribadi, anda mempunyai matlamat untuk jangka masa pendek (kurang 5 tahun), sederhana (kurang 10 tahun), dan panjang (lebih 10 tahun).

  • Di manakah kedudukan anda sekarang?
  • Apa yang anda ingin capai pada masa depan?
  • Apa langkah yang perlu anda ambil?
Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki