Teori Harapan Dalam Hukum Tarikan

Teori Harapan

Teori Harapan

Dalam bidang psikologi terdapat teori yang dinamakan "Teori Harapan". Hasil rumusan teori ini ialah motivasi manusia untuk mengambil sesuatu tindakan ialah harapan apa yang akan berlaku setelah mengambil tindakan melebihi faktor-faktor lain.

Contohnya, anda melakukan sesuatu tindakan kerana dipengaruhi oleh sesuatu harapan yang anda inginkan. Teori Harapan ini merangkumi dari perkara yang kecil seperti apa yang anda lakukan dan cakap semasa bersosial hinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti pergerakan modal dalam pasaran kewangan antarabangsa.

Anda bebas untuk membuat sebarang harapan dalam hidup anda. Anda boleh membentuk tabiat yang dapat memberi hasil yang anda inginkan tanpa mengira bagaimana kedudukan anda pada masa sekarang.

Harapan anda membentuk sikap dan cara anda berkomunikasi dengan orang lain. Kesannya, anda boleh mengawal sepenuhnya masa depan anda dengan membuat harapan anda sendiri apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda dengan cara yang positif.

Namun demikian, harapan yang negatif juga boleh mempengaruhi anda. Sekiranya harapan anda merupakan sesuatu yang boleh merosakkan anda, ianya juga mempengaruhi sikan dan tabiat anda. Tindakan yang bersifat negatif juga akan memberikan kesan yang negatif.

Sekiranya anda mengulangi berulang kali, anda akan membentuk sikap yang negatif. Antaranya ialah memandang rendah terhadap diri sendiri. Cara berfikir seperti ini akan menjadi tabiat anda.

Berapa lama yang anda perlukan untuk membentuk tabiat yang baru?

Ianya bergantung kepada keadaan. Ia boleh mengambil masa dari satu saat hingga bertahun-tahun lamanya. Ini kerana sesuatu tabiat bergantung kepada tahap emosi dan keputusan yang anda buat untuk bertindak dalam cara yang tertentu.

Contohnya ialah anda pernah terkena renjatan elektrik. Ianya hanya dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.

Kesan daripada peristiwa ini akan kekal sepanjang hidup anda untuk berhati-hati apabila menghadapi situasi berkaitan dengan peralatan elektrik.

Ahli psikologi menamakan situasi ini dengan pengalaman emosi yang spesifik. Apa sahaja pengalaman anda sama ada positif atau negatif akan membentuk cara anda membuat harapan yang seterusnya membentuk tabiat anda.

Menurut pakar psikologi, anda memerlukan masa selama 21 hari untuk membentuk tabiat yang baru - tabiat yang kesukarannya pada tahap sederhana. Ianya seperti bangun awal, datang tepat pada waktu apabila membuat temujanji, bersukan pada setiap pagi dan lain-lain lagi.

Ianya memerlukan anda untuk mengulangi tabiat yang anda inginkan dalam masa 14-21 hari.

Bagaimana untuk membina tabiat yang baru?

Sebelum ini, saya sudah menerangkan mengenai 2 model tabiat manusia iaitu SBC Model yang bermaksud Stimulus-Behavior-Consequences / Stimulus-Sikap-Akibat dan model ABC yang membawa maksud antecedents-behaviors-consequences/ sebelum-sikap-akibat.

Sekarang saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat yang baru.

  1. Buat Keputusan Untuk Berubah
  2. Tahu dengan jelas apa tabiat yang anda inginkan pada diri anda. Contohnya, sekiranya anda ingin bangun jam 6.00 pagi setiap hari, tetapkan jam loceng anda dan bangun dengan serta-merta apabila jam anda berdering.

  3. Elakkan Untuk Mencari Alasan
  4. Anda perlu mengelakkan untuk memberi alasan atau cuba untuk mencari sebab untuk kekal dengan tabiat yang lama. Anda perlu berdisiplin.

    Anda bayangkan apa yang akan terjadi apa akibat yang paling buruk sekiranya anda tidak mengubah tabiat anda dan apa ganjaran yang anda perolehi sekiranya anda mengubah tabiat anda dapat dalam jangka masa:

    • 1 Tahun
    • 5 Tahun
    • 10 Tahun
    • 15 Tahun
    • 20 Tahun

  5. Beritahu Pada Orang Lain Anda Ingin Berubah
  6. Anda perlu memberitahu pada orang lain apa tabiat yang anda ingin buang atau miliki. Ianya akan memberi dorongan kepada anda apabila anda sedar ada orang mengambil berat mengenai diri anda.

  7. Bayangkan Diri Anda Dengan Tabiat Yang Baru
  8. Semakin kerap anda membayangkan diri anda dengan tabiat yang baru, semakin cepat ianya dapat diserap oleh minda separa sedar anda. Minda sedar dan minda separa sedar berkomunikasi dalam bentuk visual dan minda separa sedar tidak dapat membezakan antara perkara yang benar atau palsu.

    Anda boleh membayangkan bagaimana anda bertindak dengan tabiat yang baru.

  9. Memberi Semangat Kepada Diri Sendiri Berulang-kali
  10. Sebagai contohnya, anda boleh mengulang kata-kata yang dapat memberi anda semangat seperti berulang-ulang menyebut matlamat anda kepada diri sendiri. Ia seterusnya dapat membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda melalui tindakan anda.

  11. Konsisten dan Persisten
  12. Anda perlu tabah untuk membuang tabiat yang lama dan membentuk tabiat yang baru. Anda mungkin tidak berasa selesa pada awalnya namun sekiranya anda konsisten, ianya akan menjadi perkara yang mudah untuk anda.

  13. Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
  14. Setiap kali anda berjaya mengubah tabiat anda, anda boleh memberi ganjaran kepada diri anda sendiri seperti membeli buku, menonton wayang, atau lain-lain yang sesuai dengan diri anda.

Anda mungkin tahu dan sedar anda perlu mengubah tabiat anda namun sering bertangguh untuk berubah. Itu bukanlah masalah anda seorang. Masalah bertangguh merupakan masalah setiap orang.

Sudah menjadi lumrah bahawa tindakan manusia di dorong oleh emosi. Dua emosi utama yang memacu tindakan manusia ialah menjauhi kesusahan dan mendapatkan keseronokkan. Sikap bertangguh berpunca daripada anda menghubungkan tindakan yang perlu lakukan dengan kesusahan semasa melakukan sesuatu tindakan.

Anda membayangkan kesusahan yang anda hadapi apabila anda bertindak. Sekiranya anda ingin menhilangkan sikap bertangguh untuk mengambil tindakan, anda perlu membayangkan apa yang bakal anda dapat setelah anda mengambil tindakan.

Sebagai contoh, saya andaikan anda ingin mengurangkan berat badan dengan mengikut diet yang anda pilih sendiri.

Kemudian setelah berhari-hari anda berdiet, makanan kegemaran anda yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah terdapat di hadapan anda. Anda boleh memilih sendiri tindakan yang akan anda ambil:

  • terus dengan diet anda kerana membayangkan berat badan anda akan meningkat (menjauhi kesusahan sekiranya berat badan anda tidak turun)
  • makan makanan kegemaran anda dan membatalkan program diet anda (mendapatkan keseronokkan makanan kegemaran anda)

Apabila individu mengetahui kepentingan untuk mengubah tabiat dan kesan positif yang dapat diperolehi dengan tabiat yang baru, individu ini biasanya akan melakukan kesilapan dengan membuang tabiat negatif dan mempraktikkan tabiat positif dengan sekaligus.

Hasilnya tiada perubahan dalam hidup mereka kerana mereka akan kembali dengan tabiat lama mereka. Perkara ini berlaku kerana perubahan yang dilakukan tidak dapat di terima oleh minda separa sedar mereka.

Untuk memulakan tabiat yang baru,anda perlu bersabar dengan diri anda sendiri. Anda perlu mengubah tabiat anda satu demi satu.Anda boleh mengubah tabiat yang kritikal untuk di ubah buat masa sekarang dahulu.

Ini kerana tabiat lama anda tidak akan hilang. Apabila anda berhenti dengan tabiat yang baru, tabiat lama anda akan menjelma. Sekiranya anda berdisiplin, tabiat lama anda hanya menunggu masa untuk menjelma.

Setiap orang adalah unik. Tiada orang yang sama dengan anda. Apa yang membezakan anda dengan orang lain adalah minda anda.

Minda anda menentukan kebolehan anda untuk berfikir, membuat keputusan, dan mengambil tindakan. Pengetahuan dan pengalaman anda pada masa lalu terdapat dalam tindakan anda pada hari ini dan mempengaruhi cara anda berinteraksi dengan orang lain.

Kehidupan anda pada hari ini adalah satu kenyataan yang mesti anda terima. Ianya adalah hasil tindakan anda pada masa lalu.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil tindakan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Hanya anda yang dapat membantu diri anda.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki