4 Peraturan Mental Dalam LoA

peraturan mental

4 Peraturan Mental

Terdapat 4 Peraturan Mental yang perlu anda tahu dan bertindak bagi mengeluarkan sepenuhnya potensi anda:

  1. Peraturan Tabiat

  2. Apa jua yang anda lakukan secara berulang-ulang akan menjadi tabiat. Ianya mudah difahami dan anda boleh memulakan apa-apa tabiat baru sekarang.

  3. Peraturan Emosi

  4. Setiap tindakan yang anda lakukan bermula dengan emosi anda sama ada positif atau negatif. Ianya seperti anda membuat unggun api. Untuk membuatkan api sentiasa bernyala anda perlu meletakkan kayu api secara berterusan.

    Sekiranya anda tidak meletakkan kayu api, dalam satu tempoh masa, api akan padam.

    Perkara yang anda fikirkan sepanjang masa menjadi seperti api yang terhasil daripada unggun api.

    Sekiranya anda memikirkan apa yang anda inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya seberapa lama yang anda dapat, anda akan menggunakan sepenuhnya potensi anda selagi anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

    Seperti unggun api, fokus anda boleh hilang sekiranya emosi negatif terdapat dalam diri anda.

  5. Peraturan Konsentrasi

  6. Apa yang anda tanam dalam minda anda, ianya akan tumbuh dan membesar dalam kehidupan. Apa sahaja yang anda fikirkan sepanjang masa akan bertambah.

    Semakin banyak emosi dan tenaga mental anda fokus terhadap apa yang anda fikirkan selalu, semakin banyak anda berfikir mengenai dan cara untuk mencapai matlamat anda, semakin cepat anda akan mendapatkannya.

    Emosi anda akan fokus terhadap apa yang anda mahukan dan semakin kurang tenaga mental anda dibazirkan untuk menyelesaikan masalah, rasa bimbang, dan ragu-ragu untuk mengambil tindakan.

  7. Peraturan Aktiviti Minda Separa Sedar

  8. Minda separa sedar menerima apa jua fikiran anda. Perancangan atau matlamat yang dibuat oleh minda sedar membentuk fikiran dan sikap anda untuk menjadikan matlamat anda menjadi realiti.

    Apa sahaja fikiran dan matlamat yang sentiasa anda ulang dalam minda sedar anda akan diterima oleh minda separa sedar anda. Minda separa sedar kemudiannya bertindak 24/7 (24 jam sehari / 7 hari seminggu) untuk menyusun fikiran, perkataan, dan tindakan anda bagi menjadikan matlamat anda satu realiti.

    Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara yang positif atau negatif. Ia hanya menurut arahan minda sedar.

    Minda sedar anda hanya memiliki satu fikiran sahaja pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif. Anda mungkin boleh memiliki 1000 fikiran dalam satu hari tapi anda hanya dapat berfikir satu perkara sahaja pada satu-satu masa.

    Anda bebas untuk memilih fikiran anda. Asas untuk berjaya ialah mempunyai fikiran yang jelas terhadap apa yang anda mahukan dan memiliki tindakan yang jelas apa yang perlu dilakukan.

    Apabila anda menjadikan tabiat untuk berfikir dan bercakap mengenai matlamat dan bagaimana untuk mendapatkannya, anda berkuasa penuh terhadap self-concept dan personaliti anda. Anda bergerak selari dengan potensi anda. Anda memulakan langkah pertama yang akan mengubah kehidupan anda buat selama-lamanya.

    Apa sahaja yang telah anda capai sepanjang hidup anda merupakan bayang-bayang kepada potensi anda sepenuhnya. Hanya anda yang dapat membataskan apa yang anda mampu lakukan. Anda boleh membuat keputusan apa yang anda inginkan di dalam hidup anda.

    Dengan membebaskan diri anda dari rasa takut kepada kegagalan, aktiviti minda separa sedar yang menyekat anda untuk terus maju serta meningkatkan self-esteem dan keyakinan anda, anda boleh mengeluarkan potensi anda yang masih terpendam di dalam diri anda.

    Dengan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap self-concept anda, anda mempunyai asas untuk mencapai lebih banyak matlamat anda berbanding pencapaian anda sebelum ini. Kehidupan anda pada hari ini menunjukkan cara anda berfikir, perasaan anda, dan tabiat anda.

    95% apa jua yang anda fikirkan, perasaan anda, dan apa yang anda lakukan sekarang ditentukan oleh tabiat anda.

"Fikiran mempunyai tujuan yang tertentu. Tujuan membawa kepada tindakan. Tindakan membentuk tabiat. Tabiat membentuk karakter.Karakter membentuk kehidupan."

- Tryon Edwards

Saya sudah menerangkan bahawa anda hanya terdapat satu fikiran sahaja dalam diri anda pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif.

Hampir semua berkenaan kehidupan anda adalah hasil dipengaruhi oleh fikiran, perasaan, dan sikap anda. 95% daripadanya hasil daripada tabiat anda. Kunci untuk mengubah kehidupan anda ialah memiliki tabiat yang dapat membantu anda untuk mencapai apa yang bersesuaian dengan anda.

Apa itu tabiat?

Definisi untuk tabiat ialah "tindakbalas kepada stimuli" iaitu tindakbalas yang berlaku didalam otak.

Dari mana tabiat anda berasal?

Tabiat ialah hasil anda bertindakbalas dengan cara yang tertentu kepada situasi yang tertentu. Ianya datang daripada awal kehidupan anda sehingga sekarang.

Contohnya seperti anda memandu kenderaan atau cara anda makan sama ada anda selesa memgang sudu atau garfu dengan tangan kanan atau tangan kiri. Apa sahaja yang menjadi tabiat anda, ianya menentukan siapakah diri anda.

Pada asalnya, ketika anda masih bayi, anda tidak mempunyai sebarang tabiat. Ianya dipelajari semasa usia anda meningkat. Tabiat yang berbeza mengambil masa yang berbeza untuk dibentuk.

Ianya sama ada anda ingin memulakan tabiat yang baru atau membuang tabiat yang buruk. Apabila tabiat anda dibentuk, ianya membentuk sistem hidup anda.

Stimulus-Behavior-Consequences

Ahli psikologi menamakan tabiat baru sebagai SBC Model iaitu Stimulus-Behavior-Consequences / Stimulus-Sikap-Akibat. Pertama, sesuatu perkara terjadi dalam hidup anda yang menghasilkan stimuli kepada otak anda yang membentuk fikiran atau perasaan anda.

Kedua, anda bertindakbalas dengan apa yang berlaku. Ketiga, hasilnya anda merasai akibat daripada tindakbalas yang anda lakukan.

Apabila anda mengulanginya banyak kali, ianya akan membentuk tabiat baru.

Satu eksperimen yang juga merupakan satu eksperimen yang memberi kesan yang besar mengenai kajian tingkahlaku manusia ialah Eksperimen Pavlov - sempena dengan nama saintis yang membuat kajian.

Dalam eksperimen ini, seekor anjing yang lapar telah dijadikan bahan ujikaji. Apabila anjing ini lapar, loceng akan dibunyikan dan akan diberi makan daging. Ianya dilakukan selama beberapa hari.

Apabila anjing ini lapar, ia akan mengeluarkan air liur dan terus makan. Setelah beberapa kali dilakukan, saintis hanya membunyikan loceng tanpa menyediakan makanan untuk anjing itu.

Walaupun tanpa makanan, apabila loceng di bunyikan, anjing ini secara automatik akan mengeluarkan air liur. Ini merupakan contoh tindakbalas pada stimuli.

Dengan cara yang sama, anda membentuk bagaimana untuk bertindakbalas dengan orang lain dan situasi berdasarkan pengalaman anda sama ada positif atau negatif.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat seseorang dalam hidup anda yang anda sayang dan cinta, fikiran anda kepada orang itu akan terbentuk. Anda mungkin berasa gembira apabila mendengar suara orang itu melalui telefon yang seterusnya membuatkan anda gembira dan tersenyum.

Sekiranya terdapat seseorang yang melukakan hati anda pada masa lalu yang membuatkan anda marah atau sedih, apabila memikirkan mengenai orang itu, atau hanya mendengar namanya, secara automatik membuatkan anda berasa marah atau sedih.

Ramai orang yang terperangkap oleh memori masa silam iaitu pengalaman yang tidak disukai. Apabila ini terjadi, ianya akan menjadi tabiat untuk anda terus mengingati pengalaman anda yang lalu dan lebih teruk ianya akan sentiasa menghantui diri anda.

Model ABC

Terdapat satu cara untuk membentuk tabiat iaitu ABC Model / Model ABC. ABC membawa maksud antecedents-behaviors-consequences / sebelum-sikap-akibat.

Terdapat ahli psikologi yang membuat kajian bahawa apa yang berlaku pada masa lepas hanya 15% membentuk tabiat anda. 85% tabiat anda pula bergantung kepada harapan anda apa yang akan berlaku pada masa depan - bergantung kepada apa hasil yang anda harapkan.

Sebagai contohnya anda menghadiri proses temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, 85% daripada motivasi anda dipengaruhi oleh apa yang anda harapkan akan berlaku sekiranya anda lulus dalam temuduga. Hanya 15% motivasi anda yang akan dipengaruhi oleh apa yang telah anda lakukan pada masa lepas.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki