4 Hukum Alam Dalam Hukum Tarikan

hukum alam

4 Hukum Alam Dalam

Anda adalah apa yang anda lakukan.

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan ini. Anda akan mengetahui amalan yang terbukti dan praktikal untuk anda lakukan. Anda akan mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda sekiranya anda melakukan semua amalan yang terdapat dalam artikel bersiri ini.

Saya ingin berkongsi dengan anda "amalan memurahkan rezeki" yang dipraktikkan oleh setiap orang yang telah berjaya menjadi jutawan dengan mengamalkannya. Sekiranya anda mengetahui dan mempraktikkan amalan-amalan yang terdapat dalam artikel ini, anda tidak akan sama dengan diri anda pada masa lalu.

Bertahun-tahun yang lalu, saya mula menanyakan soalan "Kenapa sesetengah orang jauh lebih berjaya daripada yang lain?"

Soalan ini membuatkan saya mencari-cari jawapan dalam pelbagai jenis buku termasuk falsafah, psikologi, agama, metafizik, sejarah, ekonomi, dan perniagaan. Seringkali jawapan yang saya jumpa adalah hampir sama.

Jawapannya ialah:

Anda berjaya atau gagal kerana diri anda sendiri. Semua yang berlaku dalam hidup anda pada hari ini atau masa depan adalah 100% bergantung kepada anda. Hidup anda pada hari ini ialah hasil pilihan, keputusan, dan tindakan anda pada masa lepas.

Anda boleh mencipta masa depan anda dengan menukar amalan anda. Anda boleh membuat pilihan dan keputusan yang baru yang selari dengan impian anda.

Amalan yang saya maksudkan adalah tabiat anda.

Cuba anda fikir sejenak, apa yang berlaku dalam hidup anda adalah bergantung kepada anda sendiri. Perkara yang menjadi penghalang kepada diri anda ialah diri anda sendiri.

Anda membataskan imaginasi anda. Anda boleh mengawal sepenuhnya hidup anda dengan mengawal fikiran, perkataan, dan tindakan anda sekarang. Barangkali penemuan yang paling penting dalam bidang psikologi dan kejayaan ialah 95% daripada apa yang anda fikir, rasa, lakukan, dan pencapaian anda ialah hasil daripada tabiat anda.

Bermula dari zaman kanak-kanak anda, anda telah mempunyai rangsangan secara automatik dan tanpa berfikir terhadap apa yang berlaku kepada anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, orang yang berjaya mempunyai "tabiat kejayaan" dan orang yang gagal mempunyai "tabiat kegagalan".

Kejayaan, kebahagiaan, kesihatan, kehidupan berlaku secara automatik dalam kehidupan anda apabila anda mempunyai "tabiat kejayaan". Tabiat kejayan ialah melakukan dan mengatakan sesuatu yang tepat pada masa dan situasi yang sesuai. Mungkin anda keliru dengan maksud kejayaan.

Ianya adalah subjektif. Definisi kejayaan yang saya maksudkan dalam artikel ini ialah "kebolehan untuk hidup dengan cara yang anda mahu, melakukan apa yang anda suka, bersama-sama dengan orang yang anda suka dan hargai".

Dalam maksud yang luas, kejayaan juga boleh dimaksudkan dengan mencapai impian anda, kemahuan, harapan, keinginan, dan matlamat dalam hidup anda. Walaupun setiap orang adalah berbeza dan unik, biasanya setiap orang mempunyai 4 matlamat atau keinginan yang sama iaitu:

  1. Kesihatan
  2. Matlamat yang biasa ingin dicapai oleh setiap orang ialah mempunyai kesihatan yang baik dan bentuk tubuh yang diidamkan. Ini kerana kita mahu meneruskan hidup tanpa mengalami masalah kesihatan dan penyakit. Pada hari ini dengan kemajuan sains perubatan, kualiti kesihatan dan jangka hayat manusia ditentukan oleh diri kita sendiri.

    Orang yang menjaga kesihatan adalah jauh lebih sihat berbanding dengan orang yang tidak menjaga kesihatan. Dalam artikel ini,saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat untuk menjaga kesihatan.

  3. Perhubungan yang Menyenangkan
  4. Matlamat ke-2 yang ingin dicapai oleh setiap orang ialah untuk memiliki perhubungan yang mengembirakan sama ada perhubungan yang bersifat peribadi atau dalam komuniti. 85% kebahagiaan anda adalah ditentukan oleh hubungan anda dengan orang lain dalam komuniti anda.

    Sekiranya hubungan anda dengan orang lain adalah baik, dan mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan anda, kualiti hidup anda akan meningkat. Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat untuk membina dan mengekal perhubungan dengan orang lain.

  5. Melakukan Apa yang Anda Suka
  6. Matlamat ke-3 yang ingin dicapai oleh setiap orang ialah untuk melakukan apa yang disukai, melakukannya dengan cara yang terbaik, dan mendapat bayaran yang setimpal dengan hasil kerja anda. Anda mahu mendapatkan kerja yang anda idamkan, dibayar dengan setimpal, serta dinaikkan pangkat dengan cepat.

    Anda ingin mendapatkan ganjaran untuk kenaikkan pangkat anda sama ada dari segi wang, status sosial, dan lain-lain. Dalam artikel ini saya akan menerangkan tabiat hampir setiap orang yang berjaya atau orang yang mendapat bayaran gaji tertinggi untuk setiap bidang yang diceburi.

  7. Mencapai Kebebasan Kewangan
  8. Matlamat ke-4 ialah mempunyai kebebasan kewangan. Anda ingin mencapai kebebasan kewangan kerana anda tidak ingin risau lagi mengenai kewangan anda. Anda ingin bebas sepenuhnya daripada masalah kewangan.

    Anda ingin lagi berasa cemas melihat harga makanan lagi pada menu makanan ketika anda makan di restoran.

Dalam artikel ini, anda juga akan didedahkan bagaimana untuk memiliki "tabiat kejayaan" daripada setiap lelaki dan wanita yang telah berjaya menjadi jutawan. Anda akan mengetahui bagaimana untuk berfikir dengan efektif, membuat keputusan yang lebih baik untuk diri anda sediri, dan mengambil tindakan yang efektif berbanding dengan orang lain.

Anda turut akan didedahkan bagaimana untuk menguruskan kewangan anda untuk membantu anda mencapai tahap kebebasan kewangan dengan lebih cepat daripada apa yang anda bayangkan. Berita baik mengenai tabiat ialah semua tabiat anda terhasil melalui pengalaman hasil daripada tindakan yang berulang-ulang yang telah anda ambil. Anda boleh belajar apa sahaja tabiat yang anda rasa baik untuk anda.

Dengan menggunakan semangat dan disiplin, anda boleh membentuk personaliti dan karakter yang anda mahu. Anda boleh menulis skrip untuk hidup anda dan sekiranya anda tidak gembira dengan skrip hidup anda sekarang, anda boleh mengubahnya. Seperti mana tabiat yang baik membantu anda untuk berjaya dan gembira pada hari ini, tabiat buruk anda juga bertanggungjawab kepada semua masalah yang anda hadapi.

Namun demikian, tabiat buruk boleh dibuang dan digantikan dengan tabiat yang lebih baik dengan proses yang sama iaitu tindakan yang anda ambil secara berulang-ulang. George Washington iaitu Presiden USA yang pertama dan Jeneral dalam Tentera Revolusi dikenali dengan nama Bapa Kepada Negara. Beliau dihormati oleh rakyat USA pada zaman kegemilangannya kerana kualiti yang ada pada karakter beliau.

Ianya bukanlah satu kebetulan George Washington berjaya menjadi Presiden USA yang pertama. Beliau datang dari keluarga kelas pertengahan dengan beberapa kelebihan. Satu hari semasa beliau masih di peringkat awal remaja, beliau telah membaca buku yang bertajuk Peraturan Bermasyarakat dan Sikap Bersopan Dalam Syarikat dan Perbualan (The Rules of Civility and Decent Behaviour in Company and Conversation).

Sebagai seorang yang masih remaja, beliau menyalin 110 peraturan yang terdapat dalam buku itu ke dalam buku peribadi beliau. Beliau sentiasa membaca secara konsisten peraturan yang beliau salin itu sepanjang hidup beliau. Dengan mempraktikkan "Rules of Civility", beliau membentuk tabiat yang membantu beliau menjadi Presiden USA yang pertama.

Beliau mempelajari semua tabiat yang perlu beliau belajar untuk mencapai apa yang beliau idamkan. Pada zaman yang sama, Benjamin Franklin yang menjadi perintis kepada mesin cetak pada hari ini dan menjadi self-made millionaire yang pertama di USA, turut melakukan proses yang sama seperti George Washington.

Semasa zaman muda beliau, Benjamin seorang yang agak panas baran dan suka bertengkar. Beliau mendapati bahawa sikap beliau menjadikan punca beliau mendapat masalah dan merosakkan hubungan beliau dengan rakan sekerja beliau. Beliau menyelesaikan masalah sikap beliau dengan menulis semula skrip personaliti beliau.

Beliau bermula dengan menulis 12 kriteria sikap yang perlu dimiliki oleh beliau. Beliau menumpukan kepada satu sikap sahaja pada setiap minggu. Setiap hari, beliau akan mengingatkan diri beliau untuk mempraktikkan sikap baru.

Apabila beliau menjadikannya sebagai tabiat, ianya menjadi sebahagian daripada karakter beliau. Setelah masa berlalu, beliau menjadi salah seorang yang sangat popular dan menjadi seorang negarawan. Beliau menjadi sangat berpengaruh dan dilantik menjadi Duta USA ke Perancis semasa zaman revolusi di Perancis.

Dengan mengubah tabiat, beliau berjaya menjadi seorang yang cekap dan namanya tercatat dalam sejarah Amerika.

Satu daripada langkah terbesar untuk anda berubah ialah menukar tabiat anda. Matlamat anda sewajarnya untuk menjadi yang terbaik sesuai dengan diri anda. Sekali lagi,kehidupan anda pada hari ini adalah hasil daripada tabiat anda.

Dari mana tabiat anda bermula?

"Setiap tindakan yang berulang kali akan membentuk tabiat anda. Pada mulanya, tabiat anda bagaikan sarang labah-labah iaitu mudah untuk di ubah. Sekiranya dibiarkan, ianya akan merantai diri anda sendiri."

Anda merupakan ciptaan Tuhan yang unik. Anda lahir ke dunia ini dengan kebolehan dan bakat yang anda boleh gunakan sepenuhnya. Anda tidak perlu mensia-siakan potensi anda.

Otak anda memiliki 20 billion sel, setiap satunya bersambung dengan 20 000 sel yang lain. Kombinasi daripada otak anda yang tepat mampu untuk menjana idea sebanyak 1 dan diikuti nombor 0 sebanyak 8 mukasurat kertas A4.

Menurut pakar otak iaitu Tony Buzan - perintis kepada peta minda - nombor yang menggabungkan keseluruhan sel otak anda adalah jauh lebih hebat daripada semua molekul yang terdapat di dalam dunia ini. Apa yang telah anda capai dalam kehidupan anda hanyalah dengan menggunakan sebahagian kecil daripada keseluruhan potensi anda.

Cabaran utama yang anda hadapi ialah anda lahir ke dunia ini dengan otak yang sangat hebat dan mempunyai fungsi yang tidak terbatas untuk berjaya, bahagia, dan mencapai apa yang anda mahukan tetapi tidak memiliki sebarang panduan untuk menggunakan otak anda. Hasilnya anda perlu menggunakan otak anda mengikut cita rasa anda sendiri.

Anda mungkin telah mengharungi kehidupan dengan melakukan yang terbaik apa yang perlu anda lakukan namun hasilnya tidak seperti yang anda harapkan. Saya tidak mengenali anda secara peribadi dan membuat andaian bahawa anda mungkin telah mengalami sekurang-kurangnya sedikit persamaan dengan cerita seperti berikut:

Anda dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Ayah anda sudah meninggal sewaktu anda masih kecil. Pada umur 10 tahun anda perlu bekerja untuk membeli pakaian dan makanan anda sendiri.

Anda mencari wang dengan melakukan apa sahaja di persekitaran tempat tinggal anda. Anda mungkin mengambil upah sebagai tukang kebun, menghantar surat khabar, dan menjahit. Apabila umur anda meningkat remaja anda telah menjadi sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel 5 bintang.

Kali pertama anda dinaikkan pangkat ialah anda diberikan kepercayaan untuk membasuh periuk dan belanga yang terdapat di hotel itu. Kelulusan akademik anda pula tidak seberapa dan anda berhenti kerja daripada hotel itu kerana tidak sesuai dengan jiwa anda. Seterusnya anda bertukar kerja sebagai buruh binaan.

Bagi mendapatkan sesuap nasi, anda perlu memerah keringat dari pagi sehingga petang. Sekali lagi anda berhenti kerja kerana ianya tidak sesuai dengan jiwa anda. Anda sekali lagi bertukar kerja sebagai jurujual kerana pendapatan anda bergantung hasil jualan yang anda lakukan.

Anda menelefon setiap prospek,pergi dari rumah ke rumah, dan dari pejabat ke pejabat untuk mendapatkan jualan. Sekiranya anda tidak dapat membuat jualan, anda tidak akan mampu untuk membayar sewa rumah anda dan akibatnya anda akan dihalau oleh tuan rumah.

Situasi anda sangat tidak menyenangkan anda untuk terus hidup. Anda telah bekerja keras sepanjang hari dan datang kerja lebih awal daripada orang lain serta balik jauh lebih lewat daripada orang lain namun hasil yang anda terima tidak seperti yang anda jangka.

Kemudian anda buntu dan memerhatikan kawan-kawan sekerja anda yang lain dan tertanya-tanya "Kenapa sebilangan jurujual lebih kaya dan berjaya serta bahagia berbanding dengan anda?".

Dengan satu soalan ini sahaja, anda menemui jawapan yang mengubah hidup anda buat selama-lanya. Anda mendapati tabiat anda jauh berbeza dengan tabiat jurujual yang paling berjaya di tempat anda bekerja.

Kemudian anda mula meminta nasihat daripada jurujual-jurujual yang berjaya mendapat komisyen yang tinggi dan melakukan jualan dengan teknik-teknik mendapatkan jualan yang anda pelajari daripada kawan-kawan sekerja anda. Hasil jualan anda meningkat dengan mendadak.

Kejayaan anda tidak berhenti di situ sahaja, anda mula hilang rasa malu untuk meminta bantuan dan nasihat orang lain apabila memerlukan pertolongan daripada daripada orang lain. Anda mula menambah pengetahuan dengan melabur ke atas diri anda sendiri iaitu menambah pengetahuan anda melalui buku-buku berkaitan jualan dan menghadiri seminar-seminar berkenaan jualan.

Anda terus mempraktikkan apa yang anda pelajari. Hasilnya apa yang anda dapat jauh berbeza dengan hasil yang anda dapat satu ketika dahulu. Kemudian anda dinaikkan pangkat sebagai pengurus jualan.

Tanpa segan silu dan penuh keyakinan, anda dapat mengajar kepada jurujual-jurujual yang baru apa yang anda lakukan dan pelajari berdasarkan pengalaman anda.

Cerita di atas merupakan rekaan sahaja. Maafkan saya sekiranya mengguris hati dan perasaan anda. Apa yang saya cuba sampaikan ialah beberapa hukum alam yang berlaku dalam cerita di atas.

  1. Hukum Sebab dan Akibat

  2. Secara mudahnya hukum ini berbunyi "setiap tindakan mempunyai kesannya". Semua yang berlaku dalam kehidupan anda mempunyai sebab yang tersendiri. Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan.

    Walaupun anda tidak mengetahui sebab mengapa sesuatu perkara terjadi dalam hidup anda, masih ada sebab ianya terjadi sama ada anda mengetahuinya atau tidak. Prinsip utama dalam Prinsip Kejayaan cukup mudah iaitu:

    Sekiranya anda melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang telah berjaya, anda turut akan mendapat hasil yang serupa jika mengambil tindakan yang serupa dengan mereka.

    Hukum alam adalah neutral. Ianya berlaku kepada setiap orang. Contohnya seperti hujan yang turun daripada langit.

    Ianya tiada kaitan dengan tuah atau peluang atau kebetulan. Inilah yang dinamakan Hukum Sebab dan Akibat. Hukum ini mudah dipraktikkan.

    Sekiranya anda ingin menjadi gembira, sihat, kaya, popular, positif, berkeyakinan atau lain-lain, apa yang perlu anda lakukan ialah cari orang yang telah mendapat apa yang anda inginkan dan belajar daripada mereka. Lakukan apa yang mereka lakukan.

    Adalah sesuatu yang pasti 2+2 = 4. Hasil yang anda dapat adalah sama dengan orang lain. Ianya bukan berlaku secara kebetulan.

    Apa yang perlu anda tanya kepada diri anda sendiri ialah:

    "Apakah yang dapat menjadikan anda lebih baik dalam bidang yang anda ceburi sekarang?"

    Kemudian kaitkan dengan Hukum Sebab dan Akibat. Sekiranya hasil yang anda dapat tidak seperti yang anda jangka, ini merupakan petunjuk bahawa pengetahuan atau tindakan anda masih tidak cukup. Anda mungkin menangguk-anggukkan kepala, tersenyum dan bersetuju dengan nasihat ini.

    Kemudian anda terus melakukan aktiviti harian anda. Anda mungkin terus kepada tabiat anda yang suka membuat kerja pada saat-saat akhir, membazirkan masa dengan rakan sekerja anda, pulang dari kerja tepat pada waktunya, dan membazirkan masa dengan kehidupan sosial atau menonton televisyen.

    Sekiranya ini yang berlaku pada anda, teruskan untuk membaca hukum alam yang lain.

  3. Hukum Kawalan

  4. "Anda merasa gembira apabila anda mencapai tahap yang anda rasa anda mengawal hidup anda. Anda berasa sedih apabila anda rasa anda tidak dapat mengawal hidup anda"

    Psikologi moden pada hari ini menggelarkannya dengan nama "Locus of Control Theory". Ahli psikologi membezakan locus anda dengan locus kawalan dalaman dan locus kawalan luaran.

    Kemampuan anda untuk mengawal diri anda bergantung kepada perkara yang berlaku pada anda. Ianya juga menentukan anda untuk berasa gembira atau bersedih.

    Sebagai contoh, sekiranya anda rasa berkeyakinan bahawa diri anda merupakan orang yang paling berkuasa dalam hidup anda, anda dapat membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab tentang apa jua yang berlaku dalam hidup anda adalah hasil daripada tindakan dan tabiat anda.

    Ini menunjukkan anda mempunyai locus kawalan dalaman. Hasilnya anda akan menjadi berkeyakinan, kuat, dan gembira. Hidup anda tidak dikawal oleh pihak lain.

    Sebaliknya, sekiranya anda merasakan hidup anda dikawal oleh faktor luaran atau orang lain, pekerjaan anda, majikan anda, pengalaman anda pada masa lalu, bil-bil yang perlu anda bayar, kesihatan anda, keluarga atau lain-lain, anda mempunyai locus kawalan luaran.

    Anda merasa anda menjadi mangsa keadaan. Anda rasa tidak dapat berbuat apa-apa. Anda merasa tidak mampu untuk mengubah kehidupan anda atau menjadikan kehidupan anda lebih baik dari sekarang.

    Kemudian anda akan mempunyai tabiat suka menyalahkan orang lain dan mencipta alasan kepada masalah yang sedang anda hadapi. Tabiat ini akan menjadikan anda seorang yang pemarah, kecewa, dan gagal.

    Hukum alam seterusnya yang ingin saya kongsi dengan anda ialah Hukum Kepercayaan. Ianya adalah asas bagi agama, psikologi, falsafah dan metafizik.

  5. Hukum Kepercayaan

  6. "Apa sahaja yang anda percaya dengan keyakinan akan menjadi realiti",

    Faktanya ialah, "Anda tidak percaya dengan apa yang anda lihat tetapi anda melihat apa yang anda percaya". Anda mungkin prejudis / bias mengenai realiti hidup anda dan anda melihat apa yang berlaku disekeliling anda berdasarkan dengan apa yang anda percaya.

    Kepercayaan yang paling buruk ialah kepercayaan yang membataskan potensi anda. Kepercayaan ini lahir dari pengalaman sepanjang anda hidup yang membuatkan anda terperangkap dalam dunia anda sendiri. Lama kelamaan ianya akan menjadi tabiat anda untuk memandang rendah terhadap diri anda sendiri.

    Anda mungkin percaya bahawa anda kurang pendidikan, kreativiti, personaliti, tidak tahu berkomunikasi, tidak dapat meningkatkan pendapatan anda, tidak dapat mengurangkan berat badan, atau tidak dapat mencapai matlamat anda.

    Hasil daripada kepercayaan ini membuatkan anda mengalami kompleks rendah diri, berputus asa untuk mencapai matlamat anda dan lebih teruk lagi anda memberitahu orang lain anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda. Kepercayaan anda kemudiannya menjadi realiti hidup anda.

    Perkara yang paling penting untuk anda mengubah hidup anda ialah mengubah kepercayaan anda. Anda perlu membayangkan bahawa anda mempunyai potensi yang tidak terbatas. Apabila anda telah menetapkan dalam minda anda bahawa anda tidak mempunyai batasan, anda akan menemui jalan untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

    Hasilnya hidup anda akan berubah. Semuanya bermula dengan imaginasi anda sahaja. Anda boleh mempraktikkannya pada bila-bila masa yang sesuai.

    Kepercayaan merupakan perkara yang paling sukar untuk diubah. Berita baiknya ialah semua kepercayaan anda terhasil melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

    Anda boleh membentuk kepercayaan yang memberikan anda semangat, keyakinan, dan tabah apabila menghadapi cabaran dengan mengubah minda separa sedar anda.

    Hukum alam lain yang turut saya ingin kongsikan ialah Hukum Jangkaan.

  7. Hukum Jangkaan

  8. "Apa yang anda jangka dengan keyakinan akan berlaku menjadi realiti"

    Ini bermaksud anda tidak mendapat apa yang anda inginkan tetapi anda mendapat apa yang anda jangkakan. Sekiranya anda benar-benar yakin menjangka sesuatu perkara akan berlaku, jangkaan anda akan memberi kesan kepada tabiat dan sikap anda.

    Semakin tinggi keyakinan anda, semakin anda konsisten dengan tindakan yang anda ambil kerana ianya selari dengan jangkaan anda. Hasilnya anda akan mendapat apa yang anda jangkakan.

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki