Membina Keyakinan Diri Dengan Law of Attraction

Membina Keyakinan Diri Dengan Law of Attraction

Membina Keyakinan Diri

Keyakinan merupakan satu perkara yang ganjil dalam hidup kita kerana ianya boleh "menyusahkan" hidup anda untuk jangka masa yang pendek atau panjang atau selama-lamanya sekiranya tidak dimiliki oleh anda. Anda mungkin berfikir anda "mengetahuinya" dan dapat "merasa" kehadiran keyakinan dalam diri anda.

Mungkin anda mengalami kesukaran untuk menjawab apakah yang dimaksudkan dengan "keyakinan". Keyakinan ialah pengalaman anda pada setiap hari, sesuatu yang anda kerap lakukan, dan ianya "hilang" apabila anda memerlukannya pada saat-saat yang anda memerlukannya.

Mungkinkah ini yang anda faham mengenai "keyakinan"?

Dalam artikel ini saya akan mengupas kekeliruan mengenai keyakinan yang biasanya dirujuk kepada keyakinan diri (self-confidence). Mungkin juga anda tercari-cari cara bagaimana untuk membina keyakinan tetapi malangnya hasil yang anda dapat masih sama - cuba mengelak dari berdepan / melakukan dengan perkara yang menakutkan anda.

Dengan memiliki keyakinan, anda akan terasa lebih gembira, bebas dan dapat mengambil peluang yang anda cari. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan, ramai orang dapat merasanya tetapi mengalami kesukaran untuk menjelaskannya. Keyakinan bukanlah satu keajaiban yang boleh didapati daripada pil atau dapat di beli di supermarket.

Maksud Keyakinan

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri, lebih baik kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keyakinan. Terdapat 3 makna mengenai keyakinan:

  • kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan standard yang tertentu
  • percaya dengan kebolehan orang lain
  • menjaga rahsia maklumat tertentu  

Dengan kata lain, keyakinan merupakan kebolehan untuk menyesuaikan dan melakukan sesuatu dalam apa jua keadaan walaupun ianya mencabar kebolehan anda atau orang lain. Keyakinan bukanlah sesuatu yang dapat anda rasa dalam hati anda dan anda boleh meanggapnya sebagai bonus jika anda dapat merasainya.

Sekarang, mungkin anda sudah mengenal pasti bahawa keyakinan sentiasa muncul dalam kehidupan seharian anda. Mungkin anda pernah melakukan satu kerja walaupun anda tidak selesa untuk melakukannya pada masa yang tertentu dan apabila anda memulakan kerja tersebut - anda berasa selesa dan menyiapkannya.

Ini untuk membantu anda apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan. Ianya adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa anda mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu yang anda tidak suka dan mendapat hasil yang anda jangkakan. Anda yakin sesuatu perkara dapat anda lakukan walaupun anda rasa tidak selesa.

Anda tidak perlu risau sama ada anda berasa selesa atau tidak apabila melakukan sesuatu yang mencabar atau anda hanya perlu tenang apabila melakukan tindakan yang anda pilih. Orang yang berkeyakinan tinggi hanya merasa tenang dalam semua situasi. Keyakinan hanyalah perasaan dan semuanya akan berlaku dengan lancar. Tiada apa yang perlu anda takutkan.

Perasaan yakin berada dalam diri anda apabila anda sering melakukan sesuatu atau sudah biasa dengan sesuatu situasi. Anda juga boleh mencipta keyakinan daripada pengalaman anda dan gunakannya apabila diperlukan. Ini bukanlah bermakna anda tidak akan berasa takut / risau / bimbang. Anda mungkin akan mengalami perasaan seperti ini dalam situasi yang tertentu - mungkin berulang-ulang kali.

Berikut merupakan petunjuk bagaimana anda dapat mengesan keyakinan di dalam diri anda:

  • Anda terasa tenang
  • Anda bernafas seperti biasa
  • Anda melakukan sesuatu dengan matlamat yang jelas
  • Anda lebih proaktif dan energetik
  • Anda tahu anda dapat mengawal situasi buruk yang mungkin timbul walaupun anda tidak dapat mengawalnya
  • Anda tahu semuanya akan selesai pada akhirnya walaupun mengambil masa yang lama

Tiada cara untuk mengukur keyakinan kerana ianya adalah perkara yang subjektif. Orang lain mungkin mengukur keyakinan anda berdasarkan penampilan dan tindakan anda. Namun hanya anda sendiri yang mengetahui apa yang anda rasa.

Keyakinan anda adalah berbeza mengikut masa dan tempat yang tertentu. Sekiranya anda mengimbas kembali 10 tahun yang lepas, anda mungkin mendapati keyakinan anda sudah banyak meningkat sehingga ke hari ini.

Tahap keyakinan anda mungkin berbeza untuk situasi yang berbeza. Mungkin dalam beberapa aspek kehidupan anda, keyakinan anda telah menurun. Mungkin anda pernah mengambil risiko dan mengalami kesusahan akibat dari risiko yang anda ambil. Ini menyebabkan keyakinan anda menurun.

Sekiranya anda tidak sihat dan terpaksa melakukan kerja yang sukar, keyakinan anda juga boleh menurun. Ketika anda sihat dan bersemangat untuk menyelesaikan kerja anda, anda mungkin mempunyai keyakinan untuk menakluk dunia.

Ini bukanlah bermaksud anda boleh terus pergi ke puncak Gunung Everest kerana anda sudah mempunyai keyakinan yang tinggi.

Meningkatkan keyakinan bukanlah satu perkara yang sukar. Anda perlu ingat bahawa KLCC tidak dibina dalam masa sehari. Ambil sedikit masa dan ruang untuk meningkatkan keyakinan anda. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Mengambil langkah yang kecil adalah realistik untuk mencapai tahap keyakinan yang anda inginkan.

Apabila anda memiliki keyakinan diri, anda akan dapat:

  • Mengetahui arah tuju anda:
  • Anda tahu apa yang anda inginkan, mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan membezakan perkara yang penting dan sia-sia untuk anda.

  • Motivasi:
  • Anda bersemangat dan gembira apa yang sedang anda lakukan dan menjauhkan perkara yang dapat mengganggu perhatian anda

  • Kestabilan Emosi:
  • Anda mempunyai kesabaran dan mengambil pendekatan yang sesuai dengan kemampuan anda. Anda juga memiliki ketabahan untuk mengatasi cabaran (nama lain untuk "masalah")

  • Mindset Positif:
  • Anda dapat kekal optimistik dan mempunyai sudut pandang positif apabila menghadapi cabaran. Anda positif dengan kemampuan anda sendiri.

  • Realistik:
  • Anda tahu kemampuan diri anda. Anda sedar anda mempunyai kelemahan dan mengambil tindakan anda berdasarkan kelebihan yang anda miliki.

  • Fleksibeliti:
  • Tindakan anda merupakan reflek kepada situasi yang anda hadapi. Anda mampu melihat kehidupan anda dalam gambaran yang besar dan memerhatikan dengan teliti apa yang berlaku kepada anda sendiri dan terbuka untuk melakukan perubahan.

  • Menambah Pengetahuan:
  • Anda dapat mengembangkan kebolehan anda. Melalui kehidupan seharian sebagai proses untuk meningkatkan kebolehan anda. Ini kerana anda tidak menipu diri sendiri dengan meanggap anda mengetahui semua perkara dan tiada apa yang perlu anda pelajari.

  • Kesihatan dan Tenaga:
  • Anda menghargai diri anda. Anda menyedari bahawa dalam diri anda mengandungi tenaga yang sentiasa bergetar untuk membantu anda. Anda mampu menangani tekanan daripada hasil tindakan anda yang tidak sepeti anda jangka.

  • Keberanian:
  • Anda berani untuk mengambil risiko. Anda mampu bertindak walaupun anda tahu ada perkara yang tidak anda ketahui sepenuhnya dalam situasi yang sukar untuk menyelesaikan masalah.

  • Tujuan Hidup:
  • Anda memilih tema yang jelas untuk mencorakkan hidup anda. Anda tidak peduli dengan kritikan negatif daripada orang lain dan terbuka untuk menerima kritikan positif.

Mengukur Tahap Keyakinan

Berikut merupakan beberapa petunjuk untuk mengukur tahap keyakinan anda:

  1. Anda mengetahui apa yang penting dalam hidup anda.
  2. Anda tahu apa yang anda inginkan.
  3. Anda tidak menyalahkan orang lain apabila menemui kegagalan dan mengkaji faktor penyebab kegagalan anda.
  4. Anda mampu berfikir secara rasional walupun situasi dalam keadaan emosional.
  5. Banyak perkara yang anda lakukan dengan gembira.
  6. Anda dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang anda lakukan.
  7. Anda menghormati diri anda dan orang lain.
  8. Anda tahu mengenai kekuatan dan kelemahan diri anda.
  9. Anda mengetahui kelebihan diri anda daripada orang lain.
  10. Anda berbincang dengan orang lain atau mencari maklumat secukupnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang kritikal.
  11. Anda dapat melihat hasil daripada tindakan yang anda ambil untuk jangka masa yang pendek dan panjang.
  12. Anda sentiasa melakukan perkara yang baru untuk mengembangkan bakat anda dan mengatasi cabaran yang baru.
  13. Anda sentiasa mencari peluang untuk belajar dan menjadi bertambah baik dari masa ke semasa.
  14. Anda mengambil berat mengenai tahap kesihatan anda.
  15. Anda memiliki ketabahan untuk menghadapi tekanan yang melanda hidup anda.
  16. Anda mengambil risiko setelah mengira ganjaran dan kerugian yang akan anda tanggung.
  17. Anda mengambil tindakan yang perlu anda ambil tanpa bertangguh.
  18. Anda sentiasa bermuhasabah atau bermeditasi.
  19. Anda tahu dan jelas apa yang perlu anda lakukan.

Membina keyakinan bermula dengan kekuatan / kelebihan yang anda miliki. Sekiranya anda berbakat dan meminati bidang muzik, teruskan dengan minat anda.

Ianya merupakan kekuatan yang anda miliki berbanding dengan orang lain. Anda perlu jujur dan menghargai kelebihan / kekuatan anda. Anda perlu memberi perhatian terhadap bidang yang berkaitan minat anda. Ianya akan membuatkan anda berjaya dengan lebih pantas.

Viktor E.Frankl merupakan pengasas Logotherapy dan antara ahli terapi yang terhebat di abad ke-20. Beliau seorang Yahudi dan berasal dari Austria. Apabila Tentera Nazi telah menawan Austria, beliau antara orang Yahudi yang terselamat daripada Peristiwa Hollacaust - pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Hitler.

Beliau terselamat kerana kepakaran beliau dalam bidang neuro dan psikologi. Kepakaran beliau dalam bidang psikoterapi telah digunakan di 4 Kem Maut Nazi iaitu untuk merawat tekanan perasaan yang dialami oleh banduan baru.

Teori beliau yang paling diterima ialah apa jua keadaan manusia, makna yang diberikan oleh seseorang terhadap sesuatu perkara yang menjadikan manusia untuk terus bertindak. Teori ini yang membantu beliau terselamat daripada di bunuh oleh Tentera Nazi.

Secara mudahnya, teori beliau menjelaskan kenapa anda melakukan apa yang anda lakukan sekarang.

Contohnya, semua orang inginkan wang. Makna yang anda berikan kepada wang yang mendorong anda untuk mendapatkan wang. Contohnya anda ingin mendapatkan wang kerana ingin menyara keluarga anda, makna yang anda berikan pada wang ialah keluarga yang gembira. Saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

Dalam kem maut tersebut, Frankl menyaksikan sendiri banduan-banduan yang mempunyai harapan untuk keluar dengan selamat daripada kem itu mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi berbanding dengan banduan yang sudah berputus asa.

Apabila Frankl merawat banduan yang sudah berputus asa,beliau akan merawat pesakitnya dengan 3 langkah berikut:

  1. Membuatkan pesakit beliau menghargai kehidupan.Beliau akan mengimbas kembali pencapaian, kejayaan, dan apa-apa yang membanggakan yang pernah dilakukan oleh pesakit beliau.
  2. Membantu pesakit beliau melihat kehidupan mereka dalam skala yang luas. Beliau membuatkan pesakit beliau untuk menggambarkan kehidupan mereka sekiranya mereka terselamat daripada kem maut itu.
  3. Mencari makna yang membawa kesan positif dalam kehidupan pesakit beliau. Contohnya,di dalam kem maut ini, kehidupan tidak membawa apa-apa erti yang bermakna. Beliau akan membantu pesakit beliau mencari makna kehidupan yang memberi kesan positif.

Anda boleh menilai keyakinan anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah. Kemudian catatkan nota dalam diari anda dan lihat kembali pada 6 bulan yang akan datang hasil jawapan anda.

Anda akan dapat mengukur sejauh mana anda telah berubah. Anda perlu jujur dengan diri anda ketika menjawab soalan-soalan ini.

Anda juga perlu tahu bahawa tiada jawapan yang betul dan salah. Sekiranya anda menjawab dengan jujur, anda akan mengetahui tahap keyakinan anda.


Anda tahu dengan jelas perkara yang penting bagi anda.

Anda tahu apa yang anda mahu dalam hidup anda.

Anda tidak menghukum diri anda sekiranya berlaku kegagalan dalam hidup anda.

Anda boleh kekal tenang apabila berdepan dengan perkara yang emosional.

Apa yang anda lakukan pada setiap hari merupakan perkara yang mengembirakan anda.

Anda terlupa dengan masa yang berlalu ketika anda melakukan perkara yang anda suka.

Anda dikenali sebagai seorang yang optimis.

Anda menghormati diri anda dan orang disekeliling anda.

Anda realistik mengenai kekuatan dan kelemahan diri anda.

Anda tahu apa yang orang lain tahu mengenai kelebihan anda.

Anda berbincang dengan orang yang mahir dalam sesuatu perkara sebelum mengambil keputusan.

Anda sentiasa melihat sesuatu situasi dengan gambaran yang menyeluruh dan teliti.

Anda suka melakukan perkara yang baru kerana inginkan cabaran yang baru dalam hidup anda.

Anda sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran anda.

Anda menjaga kesihatan anda.

Anda mampu untuk menguruskan tekanan dalam hidup anda.

Anda mengambil risiko selepas anda mengambil kira ganjaran dan kerugian yang anda akan terima.

Anda tidak melakukan perkara yang remeh-temeh dengan sempurna.

Anda bermeditasi atau berfikir dengan mendalam mengenai hubung kait antara perkara-perkara yang berbeza yang berlaku dalam hidup anda.

Anda tahu apa yang anda mesti lakukan sekarang. Anda mempunyai impian dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadikannya realiti.

Kemudian berikan anda:

5 markah untuk setiap jawapan Sangat Bersetuju =

4 markah untuk setiap jawapan Bersetuju =

3 markah untuk setiap jawapan Tidak Pasti =

2 markah untuk setiap jawapan Tidak Setuju =

1 markah untuk setiap jawapan Sangat Tidak Setuju =

Jumlah =

Nilaikan markah anda dengan kategori berikut:


80-100:

Tahniah! Anda memiliki keyakinan yang tinggi. Anda tahu untuk memberikan keutamaan kepada perkara yang penting yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang anda mahukan.


60-80:

Bagus! Anda mempunyai keyakinan dalam hampir semua situasi. Hanya beberapa sudut kehidupan anda yang perlu anda perbaiki. Anda akan menemui kaedah-kaedah yang dapat membantu anda di sepanjang artikel keyakinan diri ini.


40-60:

Anda berada di tempat yang betul. Anda mungkin mengalami beberapa kekeliruan dalam beberapa aspek kehidupan anda sekarang. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang perlu anda lakukan sekarang. Luangkan masa untuk memperbaiki aspek-aspek yang memerlukan perhatian anda.


20-40:

Petunjuk yang jelas anda seorang yang jujur dan ingin berubah. Keyakinan anda mungkin rendah pada saat ini namun ianya hanya bersifat sementara. Anda akan mendapat panduan-panduan yang dapat membantu anda dalam artikel ini. Sekiranya anda mengikuti panduan-panduan yang terdapat dalam artikel ini, anda mampu untuk mengubah hidup anda.


Selepas anda menilai markah yang anda dapat, anda perlu melihat kembali pada aspek-aspek yang anda sangat tidak setuju.

Kemudian fokus kepada aspek-aspek yang anda tidak setuju, Tidak Pasti, dan setuju. Anda boleh menggunakan markah yang anda dapat untuk mengukur tahap keyakinan anda pada setiap bulan.

Kunci keyakinan yang dimiliki oleh orang yang memiliki keyakinan yang tinggi ialah tahap self-esteem yang tinggi. Mereka tahu cara untuk menyayangi diri mereka sendiri dan mereka menghargai kebolehan yang ada pada mereka. Ini membantu mereka untuk menghadapi situasi yang mencabar bagi mereka.

Kebolehan anda untuk mengambil tindakan yang efektif dalam hidup anda dipengaruhi oleh pelbagai perkara dalam hidup anda. Tahap keyakinan anda akan menurun sekiranya anda tidak menghargai kelebihan yang anda miliki.

Apabila anda fokus kepada kelemahan yang terdapat pada diri anda, tahap keyakinan anda akan menjadi rendah.

Tahap keyakinan yang paling rendah akan terjadi sekiranya anda mementingkan kesempurnaan. Ianya akan memberhentikan anda untuk mengambil tindakan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah anda mengambil tindakan yang mesti anda lakukan dengan cara yang terbaik yang anda mampu pada masa ini.

Setakat ini dahulu artikel Keyakinan Diri. Saya akan menyambung artikel ini dengan menulis mengenai mengetahui bakat anda dalam sambungan yang akan datang. Sekian terima kasih.


Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki