Cara Mengubah Hidup Diri Sendiri Dengan Hukum Tarikan

cara mengubah hidup diri sendiri

Cara Mengubah Hidup Diri Sendiri

Berikut merupakan tips-tips yang boleh membantu anda mengubah tabiat dengan lebih mudah:

  • Tidak menonton rancangan kegemaran anda dalam masa 30 hari.
  • Mengelakkan untuk membuang masa dengan sia-sia apabila melayari internet.
  • Sentiasa bercukur setiap hari sekiranya anda lelaki.
  • Memotong rambut dengan gaya yang berbeza.
  • Perkenalkan diri anda pada orang yang tidak anda kenali pada setiap hari.
  • Lakukan sesuatu yang berbeza pada waktu petang sekiranya anda mempunyai peluang.
  • Bersihkan rumah atau pejabat selama 30 minit setiap hari.
  • Elakkan untuk ketagih kepada rokok, makanan ringan, minuman berkafein dan yang seumpamanya.
  • Bangun tidur lebih awal daripada biasa.
  • Membaca buku selama satu jam setiap hari.
  • Cari 10 perkataan dalam bahasa asing setiap hari.
  • Meditasi sekali atau dua kali setiap hari.
  • Tuliskan apa yang berlaku pada anda sepanjang hari apabila ingin tidur.
  • Tidak mendengar lagu-lagu sedih.
  • Tidak menonton filem-filem seram.

Ianya bergantung kepada anda untuk memilih sebilangan daripada tips-tips ini ataupun melakukan semuanya sekaligus. Anda perlu ingat bahawa kehidupan anda pada hari ini dibentuk oleh tabiat anda pada masa lalu.

Saya nasihatkan anda untuk hanya mengubah 3 tabiat anda dalam masa 30 hari percubaan seperti berdiet atau melakukan senaman. Apabila anda ingin berubah secara mendadak, anda mungkin terasa sukar dan kembali kepada tabiat lama anda.

Anda akan semakin mudah untuk berubah sekiranya anda mengajak kawan-kawan anda untuk melakukan apa yang fikirkan perlu untuk menukar tabiat anda. Selain itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim.

Percubaan selama 30 hari adalah praktikal dan mudah untuk dilakukan. Apabila anda fokus hanya untuk memilih satu pendekatan sahaja dalam masa 30 hari, ianya menjadikan anda lebih mudah untuk mengubah tabiat anda.

Anda pilih sahaja mana-mana tabiat yang anda ingin ubah dan alaminya sendiri bagaimana memiliki tabiat yang baru. Anda boleh bermula sekarang.

Bertindak sekarang akan memudahkan anda untuk mengubah tabiat anda.

Berbanding dengan mengubah semua tabiat buruk anda dalam masa satu hari, adalah lebih mudah untuk tetapkan sasaran walaupun kecil tetapi membantu anda menuju kepada apa yang anda inginkan.

Setelah anda selesa dengan perubahan yang kecil, anda boleh terus untuk mengubah tabiat anda yang lain.

Tindakan yang kecil tapi berhasil adalah jauh lebih baik daripada tindakan yang drastik tapi sia-sia.

Contohnya, sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, pertama sekali anda perlu sedar berapa kali anda makan dalam masa satu hari, tempat anda makan, dan apa yang anda makan.

Kemudian pendekkan masa untuk anda berada di tempat yang anda selalu makan. Katakan anda selalu makan di depan televisyen, kurangkan masa selama 25% setiap hari untuk berada di depan televisyen.

Anda juga boleh menukar makanan apa yang anda makan setiap hari. Lakukan sedikit demi sedikit dalam masa 30 hari sahaja.

Kaedah untuk tempoh 30 hari ini sesuai untuk tabiat yang sentiasa anda lakukan pada setiap hari. Sekiranya anda benar-benar ingin mengubah tabiat anda, anda perlu membuat keputusan yang lahir dari hati untuk berubah.

Tiada gunanya untuk anda menukar tabiat anda sekiranya anda tidak ingin berubah. Tanya kepada diri anda sendiri sama ada anda benar-benar ingin berubah ataupun tidak.

Saya percaya bahawa anda seperti kebanyakkan orang yang ingin menjana lebih banyak pendapatan pada setiap bulan untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik.

Perbezaan utama diantara orang yang menjana 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 angka sebulan adalah kerana setiap orang mempunyai mindset yang berbeza.

Apabila mindset sudah berbeza, maka tindakan yang diambil juga berbeza kerana mindset anda menentukan tindakan yang anda ambil pada setiap hari. Mindset yang berbeza menjadikan tahap fokus setiap individu menjadi berbeza-beza.

Anda perlu sedar bahawa wang akan sentiasa pergi kepada sesiapa yang menghargainya dan sentiasa bergerak pada setiap masa. Wang juga tidak jatuh dari langit.

Orang tua-tua ada berpesan, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mungkin kita mendapat sagunya. Adalah mustahil untuk kita mendapat lebih banyak wang sekiranya tidak menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.

Lebih mudah bagi anda memahami idea ini sekiranya memiliki perniagaan sendiri. Perniagaan anda tidak akan bertahan lama sekiranya produk / perkhidmatan yang anda tawarkan tidak menjadikan hidup orang lain lebih mudah.

Ataupun mungkin produk / perkhidmatan yang anda tawarkan mudah digantikan oleh orang lain.

Anda juga perlu sedar, sekiranya anda menjana lebih banyak wang, anda tidak akan merosakkan hidup anda sendiri dan juga hidup orang lain. Bahkan juga, anda dapat membantu orang lain untuk hidup dengan lebih selesa sekiranya anda memiliki lebih banyak wang.

Anda juga tidak perlu takut untuk menjana lebih banyak wang kerana risau anda akan berubah. Wang bukanlah benda hidup. Sekiranya anda memiliki bisnes, bisnes anda umpama pokok yang menghasilkan wang. Anda hanya perlu menjaga pokok anda dengan cara yang tepat iaitu sentiasa mengambil tindakan untuk menjadikan pokok anda sentiasa subur.

Ia hanyalah bagaikan kanta pembesar bagi setiap orang. Sekiranya anda seorang manusia yang baik ketika kekurangan wang, anda tetap akan menjadi seorang manusia yang baik selepas menjana lebih banyak wang. Begitulah sebaliknya.

Perbezaan pendapatan bagi setiap orang adalah tindakan yang diambil pada setiap hari.

Tiada salahnya sekiranya anda memberikan peluang kepada diri anda sendiri untuk berubah. Sekarang, kita terus ke langkah-langkah untuk mengubah hidup dalam masa 100 hari.

Mengawal kehidupan seharian

Pastikan anda menyelesaikan tugas anda dahulu selepas bangun tidur. Abaikan handphone, text, e-mail, dan PM dari orang lain.

Selesaikan dahulu kerja yang perlu anda buat. Ini termasuklah dengan mandi, bersenam, dan sebagainya.

Elakkan untuk memberi respons kepada orang lain.

Ini akan membantu anda untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya. Selain itu juga, anda dapat mengelakkan anda membazirkan masa.

Dalam keadaan normal, apabila kita mempunyai temu janji dengan sesiapa sahaja, kita akan datang dengan lebih awal. Begitu juga apabila kita mempunyai jadual kerja, kita mengadakan temu janji dengan diri kita sendiri.

Apabila anda mengawal kehidupan anda pada setiap hari, anda dapat mengawal hasil tindakan anda pada setiap hari.

Apabila anda merancang kehidupan anda pada setiap hari, anda dapat mengawal hasil yang anda perolehi pada setiap hari.

Semakin banyak kawalan anda dalam kehidupan seharian anda, hasil yang anda dapat juga akan menjadi semakin baik.

Anda perlu ingat bahawa anda hanya boleh mengawal kehidupan anda sahaja. Elakkan untuk mengawal kehidupan orang lain.

Anda mungkin sudah menetapkan matlamat hidup anda namun persoalan yang timbul adalah sejauh manakah anda mampu untuk terus fokus mencapainya.

Saya sudah berkali-kali mendengar dan juga membaca buku-buku motivasi yang mencadangkan saya memberitahu setiap orang yang saya kenal mengenai matlamat saya kerana ianya akan membakar semangat untuk mencapai matlamat.

Ini tidak efektif dan saya tahu kerana saya telah mencubanya. Anda tidak perlu memberitahu pada setiap orang mengenai matlamat anda.

Anda hanya perlu memberitahu kepada orang yang anda percaya, hormat, dan dapat menjadikan anda lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda.

Anda perlu memilih masa yang sesuai dengan diri anda untuk melakukan perkara yang perlu anda lakukan pada setiap hari.

Ini kerana masa seseorang menjadi produktif tidak sama bagi setiap orang. Lebih buruk lagi sekiranya anda memiliki perniagaan sendiri.

Anda mungkin "merasa" anda "terlalu kaya" untuk menjual. Anda perlu sedar, selagi tiada jualan, keuntungan anda tidak bertambah.

Lebih teruk lagi, anda boleh menjadi bangkrupt sekiranya jualan anda tidak mampu untuk menampung kos operasi perniagaan anda.

Sekiranya anda berniaga dan kekurangan modal untuk memastikan perniagaan anda dapat beroperasi dengan lancar, anda perlu bersyukur kerana anda akan mencari jalan dengan cara yang kreatif yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini bagi memastikan perniagaan anda dapat berjalan dengan lancar.

Memiliki modal yang cukup juga boleh merosakkan diri anda sendiri kerana anda akan mengambil risiko dengan membahagikan tugas yang anda perlu selesaikan sendiri kepada orang lain yang tidak memahami kemahuan anda.

Kekurangan modal akan menyebabkan anda membuat keputusan dan mengambil tindakan yang lebih tepat untuk perniagaan anda.

Masalah bagi kebanyakkan orang adalah tidak tahu apa yang benar-benar dimahukan. Anda mungkin tidak tahu apa yang anda "benar-benar" mahukan.

Adakah ianya hanya sekadar angan-angan, kemahuan orang lain atau sememangnya lahir dari hati anda?

Petunjuk bagi anda untuk mengetahui apa yang anda mahukan adalah anda dapat bercakap tentang apa yang anda "benar-benar" mahukan dengan cara orang lain boleh memahami kemahuan anda.

Selain itu juga, anda juga dapat bercakap tentang tindakan yang anda ambil pada setiap hari untuk mendapat apa yang anda mahu.

Setiap hari, anda mengetahui apakah perkara yang penting dan perlu diselesaikan segera. Keutamaan anda pada setiap hari adalah penting & segera, penting & tidak segera, tidak penting & segera, dan tidak penting & tidak segera.

Hanya diri anda yang mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk anda berjaya dalam hidup anda. Maksud berjaya bergantung kepada diri anda sendiri.

Anda perlu mengetahui satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan pada setiap hari untuk mengubah hidup anda.

Lakukan perkara tersebut berkali-kali lebih lama berbanding dengan melakukan perkara yang tidak mengubah hidup anda. Satu perkara yang perlu anda lakukan perlu berada dalam jadual hidup anda pada setiap hari.

Semakin lama anda meluangkan masa untuk melakukan satu perkara penting ini pada setiap hari, semakin cepat anda dapat mengubah hidup anda.

Anda perlu merancang bagaimana anda dapat menjadi lebih baik pada setiap hari walaupun hanya sedikit. Anda boleh menambah kemahiran baru atau menambah baik kemahiran anda yang sudah anda miliki.

Anda boleh bermula dengan membaca blog, buku, atau mengikuti seminar yang berkaitan dengan bidang anda. Elakkan untuk merasa anda tahu segala-galanya dalam bidang anda.

Apa yang anda tahu tidak berguna lansung sekiranya anda masih tidak bertindak.

Tiada jalan pintas untuk anda menguasai bidang yang anda ceburi. Anda perlu membaca 50 buku yang berkaitan dengan bidang anda dan terus membaca buku yang sama berulang-ulang sepanjang tahun.

Anda tidak perlu membaca semua buku terbaik dalam bidang anda kerana bukan setiap buku terbaik perlu dibaca. Anda hanya perlu membaca buku-buku yang dapat mengubah hidup anda ke tahap yang lebih baik.

Luangkan sedikit masa pada setiap hari untuk membaca buku. Buku yang perlu dimasukkan dalam koleksi anda adalah buku The Richest Man in Babylon / Orang Terkaya di Babylon.

Anda tetap perlu untuk merancang melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mengubah hidup anda kerana ini dapat mengelakkan anda membazirkan masa pada setiap hari.

Aktiviti-aktiviti ini mungkin perlu dilakukan namun tidak menyumbang menjadikan kehidupan anda menjadi lebih baik.

Apabila anda menyediakan jadual harian untuk aktiviti-aktiviti ini, anda tahu bila perlu dilakukan dan waktu untuk berhenti. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan pada masa anda tidak produktif.

Sekiranya anda tidak merancang untuk aktiviti-aktiviti seperti ini, anda mungkin sibuk sepanjang hari namun tidak mencapai apa-apa yang bermakna sepanjang tahun.

Anda perlu menetapkan prinsip bagi diri anda sendiri dan menetapkan standard untuk orang lain dapat mendekati anda. Ini tidak semestinya dari aspek kewangan dan kebendaan.

Ianya seperti anda menetapkan diri anda sebagai seorang yang jujur, menepati janji, dan tidak bercakap dan mendengar mengenai keburukkan orang lain.

Contoh: Sekiranya terdapat orang yang bercakap mengenai keburukkan orang lain semasa berbual dengan anda, anda perlu meninggalkan orang tersebut kerana mengetahui keburukkan orang lain tidak meningkatkan kualiti hidup anda.

Apa jua prinsip yang anda pilih, pastikan ianya dapat menjadikan kehidupan anda menjadi lebih baik.

Walau apa pun bidang yang anda ceburi, anda perlu memerhati gaya hidup orang yang lebih berjaya daripada anda. Anda perlu sedar, kejayaan mereka adalah hasil tindakan mereka.

Oleh kerana tindakan yang anda ambil pada setiap hari berbeza dengan tindakan anda pada setiap hari, mereka lebih berjaya daripada anda. Anda boleh meniru sedikit sebanyak gaya hidup mereka dalam kehidupan setiap hari.

Sekiranya anda sukar untuk mencari orang yang berjaya dalam bidang yang anda ceburi, anda boleh bermula dengan membaca blog, buku, dan menghadiri seminar oleh orang yang berjaya mendapat hasil yang anda inginkan.

Pada zaman internet ini, masalah manusia di seluruh dunia adalah terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi dengan mudah. Sekiranya anda bercakap mengenai satu masalah dengan 10 orang yang berbeza, anda boleh mendapat 10 idea yang sangat bernas yang berbeza-beza.

Anda tidak memerlukan idea terbaik yang terdapat dalam dunia ini. Anda hanya memerlukan idea yang relevan untuk anda mengubah hidup.

Cara terbaik adalah mendapat nasihat daripada orang yang telah mendapat hasil yang anda inginkan. Anda mungkin perlu mengeluarkan sedikit wang seperti membeli buku, mendapatkan khidmat nasihat profesional, atau juga menghadiri seminar.

Namun demikian, ianya adalah jauh lebih murah dan pantas untuk berjaya berbanding dengan mendapat nasihat yang anda boleh dapat dengan percuma yang mungkin mengambil masa sepanjang hayat untuk anda mendapat apa yang anda inginkan.

Setiap orang mempunyai batasan masing-masing. Anda tidak akan tahu batasan anda selagi anda belum bertindak.

Sekiranya anda mengalah apabila berdepan dengan cabaran anda untuk lebih berjaya, anda akan takut untuk mengeluarkan potensi anda ke tahap maksimum.

Apabila rasa takut menyelubungi diri anda, anda akan memandang rendah terhadap kemampuan anda. Apabila anda mengalami rasa rendah diri, anda akan bertindak negatif dengan mensabotaj diri anda sendiri dengan takut untuk mengambil sebarang tindakan walaupun kecil dan hanya dalam tempoh yang singkat setiap hari.

Ini tidak bermaksud, anda perlu mengambil semua risiko yang wujud secara sekaligus pada hari ini. Anda perlu mengira semua risiko yang anda perlu ambil untuk mengubah kehidupan anda.

Seterusnya, kurangkan semua risiko yang wujud dengan menjadi lebih baik pada setiap hari.

Walaupun mungkin mengambil masa yang panjang sekiranya matlamat anda terlalu besar, ianya akan berhasil apabila tindakan kecil yang anda ambil pada setiap hari sudah cukup.

Anda perlu memberitahu orang lain mengenai perniagaan anda. Ini akan meningkatkan keyakinan anda. Sekiranya anda tidak memberitahu kepada orang lain, orang lain mungkin tidak mengetahui mengenai perniagaan anda.

Anda mungkin risau sekiranya terdapat orang yang mencemuh anda berlagak atau sombong. Sebelum anda merasa rendah diri dengan kata-kata negatif seperti ini, anda perlu menilai kembali pencapaian orang yang mencemuh anda.

Sekiranya anda berjaya mencapai sasaran anda tidak kira pada setiap hari, minggu, bulan atau tahun, anda perlu memberi ganjaran kepada diri anda sendiri.

Anda boleh membeli apa yang anda mahukan mengikut tahap pencapaian anda. Walaupun demikian, anda perlu menghukum diri anda sendiri sekiranya anda gagal mencapai sasaran anda.

Anda boleh memilih sendiri hukuman terhadap diri anda sendiri seperti anda perlu melakukan perkara yang anda benci sebanyak 10 kali.

Sekiranya anda ingin mengubah kehidupan anda dengan lebih cepat, anda perlu menukar harga dari hasil kerja anda kepada kualiti produk / perkhidmatan yang anda tawarkan.

Elakkan untuk dibayar berdasarkan mengikut tempoh masa untuk anda menyiapkan kerja anda. Anda mungkin memerlukan pengalaman selama bertahun-tahun untuk menyiapkan sesuatu kerja yang hanya mengambil masa anda selama seminit.

Sebagai contoh, terdapat sebuah kereta yang rosak di tepi jalan dan pemilik kereta tersebut menelefon seorang mekanik.

Dipendekkan cerita, mekanik tersebut berjaya membaiki kereta tersebut dengan hanya memutarkan satu skru tidak sampai dalam masa seminit. Apabila ditanya caj yang perlu dibayar, mekanik tersebut mengenakan caj sebanyak RM50.

Pemilik kereta tidak berpuas hati kerana baginya terlalu mahal. Harga yang patut dibayar adalah hanya seringgit kerana terlalu mudah untuk dibaiki.

Jawapan mekanik tersebut adalah, "Memang betul kerja untuk memulas skru hanya seringgit, RM49 lagi adalah sebab saya mengambil masa selama 4 tahun untuk mengetahui skru mana yang perlu diputar,".

Saya harap anda dapat faham moral disebalik cerita ini.

Tindakan anda pada hari ini adalah bergantung kepada idea yang anda miliki untuk menjadi lebih baik. Sekiranya anda tetap dengan idea yang telah anda tanam dalam hidup anda selama bertahun-tahun namun masih tiada tindakan bermakna yang anda ambil, anda perlu memilih idea yang lain.

Ini kerana idea lama yang anda miliki tidak praktikal untuk anda pada hari ini. Buktinya adalah anda masih tidak mengambil tindakan untuk menjadikan idea anda dapat mengubah kehidupan anda walaupun sebaik mana pun idea tersebut.

Saya ulang sekali lagi, anda tidak memerlukan idea yang terbaik tetapi idea yang praktikal dimana anda boleh mengambil tindakan pada hari ini untuk mengubah hidup anda pada masa sekarang.

Tindakan anda adalah petunjuk sama ada sesuatu idea boleh membantu anda atau merosakkan anda. Kehidupan anda hanya berubah selepas anda mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda.

Anda perlu menerima kenyataan sekiranya idea terbaik anda tidak mengubah apa-apa lansung dalam hidup anda. Lebih teruk lagi sekiranya membuatkan kehidupan anda menjadi lebih teruk.

Titik perbezaan antara idea yang relevan dan tidak berguna adalah tindakan anda pada hari ini. Sekiranya anda sudah mengambil tindakan namun hasilnya masih tidak seperti yang anda harapkan, anda perlu mengubah kaedah anda mengambil tindakan.

Kehidupan anda pada hari ini dipengaruhi oleh kawan-kawan anda pada masa lalu dan masa sekarang. Saya tidak kenal anda tapi saya cukup yakin pendapatan anda dalam lingkungan 20% lebih tinggi atau lebih rendah dari orang-orang yang rapat dengan anda dalam kehidupan seharian anda.

Anda perlu menilai kembali orang-orang yang rapat dengan anda. Anda boleh membuat penilaian sama ada dari aspek nilai atau tindakan yang mereka lakukan.

Anda perlu rapat dengan orang-orang yang telah mendapat perkara yang anda inginkan. Dengan menjadi lebih baik, anda akan dapat menarik orang-orang terbaik dalam bidang anda untuk rapat dengan anda.

Anda perlu mempunyai tempat untuk anda menyimpan wang anda yang anda dapat lihat pada setiap hari. Anda boleh menggunakan sampul surat atau bekas kaca / plastik. Anda juga dapat membina tabiat menabung.

Wang yang anda simpan tidak boleh digunakan oleh anda. Ini dilakukan untuk mempraktikkan wang sentiasa ada dalam mindset anda. Anda hanya perlu mengambil tindakan yang tepat sekiranya anda kekurangan wang.

Sekiranya anda dalam keadaan kesempitan wang, anda boleh bermula dengan menyimpan sebanyak 10 sen pada setiap hari. Walaupun terasa mudah, ianya tidak semestinya mudah untuk dilakukan.

Anda boleh mencabar diri sendiri untuk mengira tempoh anda tidak perlu menggunakan wang simpanan anda setiap kali anda bermula.

Anda juga boleh mencabar diri sendiri untuk mengira berapa lama anda mampu untuk menabung sebanyak 10 sen pada setiap hari. Tujuan kaedah ini adalah untuk membantu anda menilai kehidupan anda pada setiap hari.

Ini merupakan sesuatu perkara yang sering diingatkan oleh mana-mana pakar kewangan. Sekiranya anda sudah berkali-kali mendengar atau membaca tentang pengurusan kewangan tapi masih belum membuat apa-apa rekod kewangan anda, anda perlu faham sebab anda kekurangan wang pada hari ini.

Rekod kewangan anda bukan sahaja dapat membantu anda mengesan ke mana wang anda dibelanjakan, malahan juga dapat membantu anda untuk mengesan masa anda dihabiskan - sama ada menjadikan kehidupan anda lebih baik atau lebih teruk.

Anda juga dapat mengetahui tahap kemampuan anda untuk menjana wang pada setiap hari dan dengan sebab ini, anda dapat mengetahui dengan tepat kemahiran anda yang perlu ditingkatkan bagi menjana lebih banyak wang.

Melabur kepada diri sendiri bukan sahaja dari aspek wang, malahan juga dari aspek masa pada setiap hari. Sekiranya anda tidak dapat menjadi lebih baik pada hari ini, anda tidak dapat menyediakan perkhidmatan / produk yang lebih baik kepada orang lain.

Selain itu juga, akan terdapat orang lain yang akan menjadi lebih baik dari anda dan mengambil tempat anda pada hari ini.

Apabila anda berhadapan dengan situasi yang tidak anda inginkan, anda perlu mencari perkara positif disebalik situasi yang berlaku. Ini akan membuatkan anda kekal positif untuk mengambil tindakan yang tepat.

Berbanding dengan membiarkan diri anda memiliki fikiran negatif seperti marah atau sedih atau menyalahkan orang lain, dengan menukar cara anda menilai sesuatu situasi dapat menjadikan anda lebih realistik.

Berfikir diatas kertas. Apabila anda buntu apabila berhadapan dengan masalah yang besar, anda perlu menulis di atas kertas senarai tindakan yang tidak perlu dilakukan.

Apabila terus menulis, anda secara tidak lansung akan menganalisis masalah anda dengan lebih terperinci.

Sebagai contoh, sekiranya anda perlu meningkatkan pendapatan anda dan buntu, perkara yang perlu ditulis adalah perkara yang tidak perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan anda.

Anda tidak perlu untuk memberi respons sekiranya terdapat idea anda yang berkonflik dengan idea orang lain. Anda tidak perlukan orang lain untuk bersetuju atau tidak setuju dengan idea anda kerana keadaan ini tidak membuktikan anda betul atau silap.

Perbezaannya hanyalah anda perlu menambah baik idea anda selepas melakukan analisis dengan mendapatkan maklumat yang tepat dari mana-mana sumber.

Bagi mengubah kehidupan anda pada hari ini, anda perlu menilai diri anda sendiri. Anda merupakan orang yang paling memahami diri anda.

Menilai diri anda sendiri akan membantu anda untuk mengetahui halangan-halangan anda dan mencari jalan untuk mengubah kehidupan anda pada hari ini.

Anda perlu membezakan perkara yang perlu dibeli sama ada diperlukan, keinginan, atau ganjaran untuk diri anda sendiri kerana telah mencapai matlamat anda.

Apabila anda membeli barang yang tidak diperlukan dan mahal bagi anda, masalah akan timbul sekiranya barang tersebut mudah rosak, memerlukan kos kewangan dan masa untuk diselenggara ataupun anda risau barang anda dicuri.

Anda tidak perlu makan berseorangan pada setiap masa. Dengan keluar makan dengan orang-orang yang menyokong anda akan memberikan anda perasaan positif dan juga menyelesaikan masalah anda.

Anda juga dapat bersosial dengan orang-orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Rakan serumah atau ahli keluarga tidak termasuk dalam kategori ini kerana tidak dapat diubah.

Masa anda merupakan aset yang paling berharga sepanjang hidup anda. Anda perlu mengawal dan menghadkan orang lain untuk mehubungi anda agar anda dapat terus fokus dengan kerja anda.

Sebagai contoh, anda boleh membuat tempoh masa dalam kehidupan anda untuk menjawab panggilan telefon / text bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja sekiranya anda dihubungi oleh orang yang tidak anda kenali.

Fokus anda akan mudah hilang sekiranya diganggu. Ini secara tidak lansung membina reputasi anda sebagai seorang yang tegas dan memberikan anda lebih kawalan dalam kehidupan anda.

Anda hanya perlu meniru dan menambah baik model produk / perkhidmatan terbaik yang terdapat dipasaran. Anda tidak perlu ego untuk dikenali sebagai seorang yang kreatif dengan mencipta produk / perkhidmatan bermula dari awal. Wang tidak datang dengan produk / perkhidmatan yang kreatif.

Wang hanya akan datang sekiranya anda dapat menjadikan kehidupan orang lain menjadi lebih baik.

Industri kreatif yang terbesar adalah bidang hiburan. Bidang hiburan juga bidang terbesar yang meniru hasil kerja orang lain.

Sebagai contoh, syarikat Sony menggabungkan pemain kaset dan radio untuk mencipta Sony Walkman yang akhirnya mencipta fenomena dalam industri hiburan untuk jangka masa yang panjang.

Sekiranya anda memiliki banyak produk yang belum terjual, anda boleh re-branding kembali produk anda dengan menukar teknik pembungkusan atau pemasaran.

Sekiranya anda sedang bekerja untuk mengubah hidup anda, anda perlu kurangkan masa untuk makan.

Sekali lagi saya ulang, masa merupakan aset anda yang penting. Sekiranya keadaan sesuai dengan ruang tempat anda bekerja, anda boleh makan di meja anda bekerja.

Sekiranya anda dapat meningkatkan kemampuan anda bercerita sama ada dengan menggunakan text atau bersemuka, anda dapat meningkatkan kehidupan anda ke tahap yang baru. Kemahiran untuk bercerita adalah penting untuk anda membuatkan orang lain memahami sesuatu perkara yang anda sampaikan.

Elakkan menyalahkan orang lain sekiranya terdapat orang yang salah faham dengan anda. Anda perlu meningkatkan teknik berkomunikasi anda agar orang lain boleh memahami apa yang anda sampaikan.

Teknik komunikasi terbaik adalah dengan bercerita kerana bukan sahaja dapat membantu anda memulakan perbualan, malahan juga dapat membuatkan orang lain memahami apa yang anda sampaikan dan dapat membuatkan orang lain mengingati apa yang anda sampaikan dalam jangka masa yang panjang dengan mudah yang dapat membuatkan orang lain mempromosi produk / perkhidmatan yang anda tawarkan.

Perniagaan anda akan mengalami perbezaan yang besar dari aspek keuntungan sekiranya anda dapat menjual banyak produk / perkhidmatan kepada pelanggan yang sama berbanding menjual kepada pelanggan baru.

Selain daripada pelanggan anda dapat membantu untuk mempromosi produk / perkhidmatan anda kepada orang lain. Walaupun demikian, anda perlu membuat senarai pelanggan yang sesuai dengan model perniagaan anda.

Sekiranya terdapat pelanggan yang membuatkan kos anda dari aspek masa dan kewangan bertambah, anda tidak usah ragu-ragu untuk mengeluarkan nama pelanggan anda untuk anda menjual produk / perkhidmatan anda pada masa akan datang.

Anda perlu mempunyai kemahuan untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang anda ceburi. Anda akan menjadi orang yang terbaik dalam bidang anda dengan menambah baik tindakan anda pada setiap hari.

Kemahuan anda untuk menjadi yang terbaik tidak bermakna anda dapat memburuk-burukkan orang-orang yang lebih baik daripada anda. Sebagai permulaan, anda boleh bersaing dengan mengubah tagline produk / perkhidmatan anda.

Janji yang besar akan menghasilkan wang yang banyak sekiranya benar.

Saya tidak kenal anda dan sudah pasti saya tidak tahu kekuatan utama anda. Apa yang pasti adalah anda suka melakukan sesuatu yang anda mahir. Jadikan kekuatan utama anda sebagai sumber utama anda untuk menjana lebih banyak wang.

Anda mungkin pernah mendengar atau membaca mengenai Bill Gates yang merupakan orang terkaya di dunia selama bertahun-tahun dan merupakan pengasas syarikat Microsoft.

Setiap tahun, Bill Gates akan mengadakan pertandingan membuat program yang hanya boleh disertai oleh programmer Microsoft yang turut disertai oleh beliau. Sejak dari kali pertama sehingga hari ini, Bill Gates kekal menjadi juara bagi pertandingan ini dan kekal menjadi programmer terbaik Microsoft.

Selain dari kemahiran mencipta program, Bill Gates juga pakar dalam semua aspek yang terlibat dalam operasi Microsoft. Sekiranya orang terkaya di dunia menggunakan kemahiran utama beliau untuk menjana wang, anda perlu mencari jalan untuk mengatasi halangan anda sekiranya anda tidak dapat menjana lebih banyak wang dengan menggunakan kemahiran anda.

Sekiranya anda masih tidak mengetahui kekuatan anda, anda perlu menjawab soalan-soalan dibawah untuk dijadikan panduan:

  1. Apakah yang anda suka lakukan?
  2. Apakah kemahiran yang boleh anda ajarkan pada orang lain?
  3. Siapakah yang menerima faedah daripada apa yang anda suka lakukan?
  4. Apakah yang diperlukan atau diinginkan oleh orang lain?
  5. Bagaimanakah kehidupan orang yang menerima kemahiran anda dapat berubah menjadi lebih baik?

Orang kaya memiliki banyak wang kerana berjaya menjadikan masalah dalam kehidupan mereka sebagai sumber untuk mengambil tindakan.

Manakala orang miskin melihat masalah hidup sebagai ganjaran kerana mereka mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat lebih banyak alasan untuk masih tidak bertindak.

Wang hanya mengalir kepada orang yang mengambil tindakan yang tepat dan bukannya orang yang pakar untuk memberi alasan. Semakin gigih anda berusaha, semakin banyak peluang untuk anda mengubah hidup anda.

Kemahiran anda menulis akan meningkatkan tahap pendapatan. Kemahiran menulis tidak semestinya hanya perlu dimiliki oleh penulis.

Anda memerlukan kemahiran menulis untuk menghantar atau menjawab text dari pelanggan anda, update blog dan juga update status di media sosial.

Sekiranya anda baru memulakan bisnes, orang yang tidak mengenali anda lebih percaya dengan produk / perkhidmatan anda.

Anda perlu membezakan antara orang yang dapat meningkatkan jumlah wang anda dengan orang yang sekadar mahu menghabiskan wang anda.

Kekalkan semangat anda untuk mengubah kehidupan anda. Sekiranya anda kehilangan semangat, adalah sukar untuk anda mendapatkannya kembali.

Anda akan lebih bersemangat untuk mencari alasan untuk kekal dengan kehidupan anda sekarang berbanding dengan mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik sekiranya anda kehilangan semangat dalam usaha anda mengubah kehidupan.

Anda perlu fokus kepada perkara yang perlu anda lakukan pada setiap hari sekiranya anda ingin mengubah kehidupan anda dalam masa yang pantas.

Oleh kerana masa anda terhad pada setiap hari, masa untuk anda melakukan perkara yang perlu anda lakukan akan semakin kurang sekiranya anda melayan permintaan dari orang lain yang tiada dalam jadual harian anda.

Ini juga membantu anda untuk kekal fokus terhadap hidup anda sendiri. Sekiranya anda tidak membuat perancangan pada setiap hari, anda akan terjatuh dalam rancangan orang lain pada setiap hari bagi membantu mereka mengubah hidup mereka.

Apa jua perkara yang anda pernah baca atau dengar tidak membawa anda ke mana-mana sekiranya anda tidak mempraktikkan apa yang anda tahu.

Perkara yang anda tahu tidak bermakna anda memahaminya kerana kebijaksanaan hanya boleh diperolehi dengan melakukan sesuatu perkara yang sama berulang-ulang kali.

Wang sentiasa pergi pada orang yang layak mendapatkannya. Sebelum wang yang besar pergi kepada anda, wang akan menguji anda sama ada anda layak memilikinya atau tidak.

Anda perlu membuktikan kepada wang bahawa anda sememangnya layak untuk memilikinya. Apa jua bidang yang anda ceburi, wang akan menguji kemahuan anda dengan mengukur sejauh mana kemampuan anda untuk mengurangkan tidur pada setiap hari.

Semakin lama anda diuji, semakin besar jumlah wang yang akan datang kepada anda.

Anda perlu fokus untuk mendapatkan apa yang anda benar-benar inginkan. Elakkan untuk memiliki kemahuan yang baru sekiranya kemahuan anda yang lama belum dapat dicapai.

Apabila anda menukar kemahuan anda, anda perlu menukar fokus tindakan anda. Ini akan menjadi sebab untuk anda mensabotaj diri anda sendiri.

Sekiranya ada orang yang ingin menambahkan wang anda, dan anda pula tiada sebab yang kuat untuk menolaknya, anda perlu memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan produk / perkhidmatan dari anda. (Saya tidak bermaksud anda perlu menyertai mana-mana syarikat MLM, membeli insurans, atau menyertai skim cepat kaya)

Ringkasan untuk mengubah hidup dalam menggunakan Hukum Tarikan:

  1. 3 jam pertama pada setiap hari adalah milik anda
  2. Mempunyai jadual kerja pada setiap hari
  3. Buat kerja pada waktu yang anda tentukan
  4. Bersyukur kerana kekurangan modal
  5. Bercakap tentang perkara yang anda mahukan
  6. Mengetahui keutamaan setiap hari
  7. Lakukan satu perkara pada setiap hari berterusan
  8. Merancang menjadi lebih baik pada setiap hari
  9. Baca 50 buku berkaitan dengan bidang anda
  10. Aktiviti yang tidak mengubah hidup juga perlu dijadual
  11. Memiliki prinsip
  12. Memerhati gaya hidup orang yang lebih berjaya dalam bidang yang anda ceburi
  13. Hanya mengambil nasihat daripada orang yang telah mendapat hasil yang anda inginkan
  14. Menggunakan sepenuhnya potensi diri anda:
  15. Promosikan diri anda sekiranya ada peluang
  16. Memberi ganjaran dan menghukum diri sendiri
  17. Hasil kerja anda dibayar berdasarkan kualiti produk / perkhidmatan
  18. Hanya menggunakan idea yang praktikal dengan keadaan anda
  19. Membina dan memutuskan hubungan
  20. Membina magnet wang
  21. Merekod setiap pendapatan dan perbelanjaan
  22. Melabur kepada diri sendiri
  23. Dapat mengubah situasi teruk menjadi positif dengan pantas
  24. Berfikir dengan cara berlawanan
  25. Bebaskan fikiran anda
  26. Menilai diri sendiri
  27. Beli sesuatu yang menjadi keperluan
  28. Makan bersama dengan orang yang menyokong anda
  29. Tidak menjawab panggilan telefon / text yang tidak dijadual
  30. Tidak mencipta sesuatu dari awal
  31. Kurangkan masa untuk makan
  32. Menambahbaik kemampuan untuk bercerita
  33. Lebih mudah untuk menjual kepada pelanggan sedia ada berbanding dengan mencari pelanggan baru
  34. Bersemangat menjadi yang terbaik
  35. Menggunakan kekuatan utama anda
  36. Orang kaya memiliki wang, orang miskin memiliki alasan
  37. Meningkatkan kemahiran menulis
  38. Kenal pasti orang yang dapat meningkatkan keuntungan anda
  39. Kekalkan momentum untuk meningkatkan pendapatan anda
  40. Berikan jawapan Ya sekali dengan didahulukan 100 kali Tidak
  41. Belajar dengan melakukan
  42. Bersedia untuk diuji oleh wang
  43. Kekalkan fokus anda
  44. Memberi peluang sekiranya terdapat orang yang ingin menambah wang anda

Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki