Strategi Perang #2:Gerila

Strategi Perang #2:Gerila


Tiada orang yang lebih pantas mendaki puncak kuasa berbanding Napoleon Bonaparte (1769-1821).Pada 1793 beliau yang berpangkat Kapten telah menjadi Brigadier Jeneral dalam Tentera Revolusi Perancis.Pada 1796 beliau telah menjadi pemimpin Tentera Perancis di Itali berperang dengan Tentera Austria.Beliau memenangi peperangan itu dan menang sekali lagi 3 tahun kemudian.Beliau dilantik menjadi konsul pertama Perancis pada tahun 1801 dan seterusnya menjadi Maharaja pada tahun 1804.Pada tahun 1805 beliau telah menjatuhkan maruah tentera Austria dan tentera Russia dalam Peperangan Austerlitz.

Bagi kebanyakkan orang Napoleon bukan sekadar seorang Jeneral yang hebat sahaja tetapi juga genius dan merupakan Dewa Peperangan.Bukan semua orang berfikiran sedemikian.Terdapat jeneral-jeneral Prussia (nama lama negara Germany) yang berfikiran Napoleon hanya bernasib baik.Bagi beliau Napoleon terlalu terburu-buru dan agresif dan lawan Napoleon merupakan tentera yang penakut dan lemah. Sekiranya Napoleon bertempur dengan Prussia,mereka akan dapat membongkarkan kepalsuan yang menyelubungi Napoleon.

Salah seorang Jeneral Prussia ialah Frederick Louis (dalam bahasa Germany namanya-Friedrich Ludwig)-putera daripada Hohenlohe-Ingelfingen (1746-1818).Beliau berketurunan keluarga aristokrat Germany yang penuh dengan rekod ketenteraan.Beliau memulakan kerjayanya dalam tentera pada peringkat umur yang masih muda - berkhidmat untuk Frederick The Great (1712-86) iaitu orang yang menjadikan
Prussia sebagai negara yang hebat.Friedrich mendapat pangkat Jeneral ketika berusia 50 tahun-masih muda mengikut piawaian Prussia.

Bagi Frederick,kejayaan dalam peperangan bergantung kepada organisasi,disiplin, dan menggunakan strategi yang cemerlang oleh tentera terlatih.Tentera Prussia mengikut semua prinsip ini.Tentera Prussia berlatih tanpa mengenal erti belas-kasihan sehingga mereka mampu membuktikan mereka dapat mengawal senjata seumpama mesin.Jeneral-jeneral Prussia sering mengkaji kejayaan yang telah di capai oleh Frederick The Great.Teori Peperangan bagi mereka seperti matematik-kegunaannya tidak lapuk ditelan zaman.

Kehebatan tentera Prussia ini meresahkan jeneral-jeneral Napoleon kerana tentera mereka terdiri daripada rakyat biasa.Sekiranya diukur dari segi pengetahuan dan strategi mereka,keupayaan tentera Prussia jauh meninggalkan mereka.Tentera Perancis berada dalam situasi yang panik kerana mereka tahu mereka kemungkinan besar akan tewas dengan teruk apabila berdepan dengan Tentera Prussia yang berdisiplin tinggi.Khabar angin yang tersebar ketika itu ialah sekiranya tentera Perancis dan tentera Prussia berperang.Napoleon akan tewas dengan teruk dan Eropah akan kembali seperti asal.

Pada bulan Ogos 1806,Fredick Louis dan jeneral-jeneral Prussia mendapat apa yang mereka inginkan-berperang dengan Perancis.King Friedrich Wilhelm 3 iaitu raja Prussia membuat keputusan untuk berperang dengan Perancis kerana sudah letih melayan Napoleon yang sering mungkir janji.Beliau membuat keputusan untuk berperang dengan Perancis dalam jangka masa 6 minggu.Kemudian beliau meminta semua jeneral Prussia datang kepada beliau bersama dengan strategi-strategi untuk menawan Perancis.

Frederick Louis berasa sangat gembira.Sekiranya beliau berjaya memerangi Napoleon,ianya akan menjadi kemuncak kepada karier beliau.Beliau telah bertahun-tahun memikirkan strategi untuk memerangi Napoleon.Pada sesi pertama apabila semua jeneral Prussia bertemu,beliau telah membentangkan strategi beliau iaitu:


  • peperangan perlu berlaku di selatan Prussia dan semua tentera Prussia berada semua sudut yang tepat untuk menyerang tentera Perancis.

  • serangan perlu dilakukan dari arah serong-strategi yang disukai oleh Frederick The Great- yang boleh mengakibatkan kebinasaan kepada tentera Perancis


Jeneral-jeneral yang lain-semuanya berusia antara -60-an hingga 70-an-membentangkan strategi masing-masing.Semua strategi yang dibentangkan merupakan variasi daripada strategi-strategi yang telah digunakan oleh Frederick The Great.Pertemuan telah menjadi pertengkaran dan berlanjutan sehingga berminggu-minggu.Akhirnya King Friedrich terpaksa campur tangan dan mencipta strategi yang berkompromi dengan strategi-strategi jeneral beliau.

Seluruh Prussia telah diselubungi perasaan gembira dan mengingatkan mereka kepada kejayaan Frederick The Great.Bagaimanapun semua jeneral Prussia menyedari bahawa Napoleon telah mengetahui perancangan mereka.Napoleon mempunyai perisik yang handal dan Prussia mampu menggerakkan langkah pertama untuk berperang.Pada masa itu,tiada mana-mana tentera yang dapat menyekat kemaraan tentera Prussia.

Pada 5 Oktober,beberapa hari sebelum King Friedrich mengisytiharkan perang,beberapa berita yang tidak enak telah sampai ke telinga jeneral-jeneral Pressia.Skuad peninjau Prussia telah mengesan bahawa tentera Napoleon yang tidak tersusun telah bergerak ke timur dalam keadaan tersusun dan semakin menjauh dari selatan Prussia.Kapten dari skuad peninjau juga melaporkan bahawa tentera Napoleon bergerak dengan menggalas senjata dan bekalan mereka.Ia jauh berbeza dengan tentera Prussia yang menggunakan wagon-yang melambatkan mereka-untuk membawa bekalan mereka.Pergerakan tentera Napoleon jauh lebih laju daripada pergerakan tentera Prussia.

Sebelum jeneral-jeneral Prussia sempat untuk mengubah strategi mereka,tentera Napoleon secara tiba-tiba telah muncul dari arah utara dan siap untuk menakluk Berlin-ibu kota Prussia.Semua jeneral Prussia bertengkar dan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya iaitu untuk menyusun formasi tentera dan memikirkan untuk menyerang dari arah mana.Tentera Prussia diselubungi perasaan panik.Akhirnya King Friedrich mengeluarkan perintah untuk berundur.Tentera Prussia berkumpul pada arah utara dan menyerang dari 2 arah sekiranya tentera Napoleon menyerang Berlin.Frederick Louis telah di tugaskan untuk mengawal posisi belakang untuk melindungi tentera Prussia ketika mereka berundur.

Pada 14 Oktober,berhampiran dengan bandar Jena,Napoleon telah ditemui oleh Frederick Louis.Bilangan tentera kedua-dua pihak adalah seimbang tetapi tentera Napoleon tidak mempunyai disiplin yang kuat dan bertempur secara tunggang-langgang dan lari dengan tiba-tiba.Frederick Louis menyusun tenteranya mengikut arahan beliau seperti beliau mengawal orkestra.Di ringkaskan cerita,tentera Napoleon telah berjaya menawan Kampung Vierzehnheiligen.

Kemudian Frederick Louis mengarahkan tenteranya untuk mengambil kembali kampung tersebut.Untuk menaikkan semangat tenteranya,Frederick Louis telah mengarahkan skuad semboyan tenteranya untuk memalu drum perang seirama dengan bunyi drum ketika zaman kegemilangan Frederick The Great berperang.Semangat dan formasi tentera Prussia kembali pulih dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.Mereka berada dalam formasi yang sempurna dan terdedah kepada serangan.

Sebaliknya pula yang berlaku kepada tentera Napoleon.Mereka hanya bersembunyi di belakang tembok kebun dan di atas atap rumah penduduk kampung.Tentera Prussian dapat di lihat dengan jelas oleh skuad penembak Napoleon.

Keliru dengan apa yang berlaku,Frederick Louis mengarahkan tenteranya untuk berhenti dan mengubah formasi.Drum kembali dipalu tetapi skuad penembak Perancis telah mula menembak tanpa henti ke arah tentera Prussia dan sebahagian besar tentera Prussia telah ditewaskan.

Frederick Louis tidak pernah mengalami situasi seperti ini.Tentera Napoleon kelihatan seperti syaitan.Tidak seperti tentera Prussia,tentera Napoleon bergerak sesuka hati dan tidak dapat di baca.Tentera Napoleon menyerang dari segenap arah.Frederick Louis mengeluarkan arahan untuk berundur.Peperangan Jena telah berakhir dengan kemenangan menjadi milik tentera Napoleon.

Realiti yang perlu diterima oleh tentera Prussia pada tahun 1806 cukup mudah.Mereka ketinggalan 50 tahun dari segi strategi.Jeneral-jeneral mereka sudah tua dan disebalik bertindakbalas dengan situasi yang mereka hadapi,mereka hanya mengulangi strategi-strategi yang telah mereka gunakan pada masa lalu.Tentera mereka bergerak dengan perlahan.Mereka tidak menggunakan masa yang mereka miliki untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh Napoleon-pantas dan tidak teratur.Realiti telah menjelma di depan mereka tetapi mereka mengabaikannya.Sebaliknya mereka mempunyai keyakinan palsu bahawa mereka akan dapat menewaskan Napoleon.

Anda mungkin beranggapan bahawa kisah Prussia dan Napoleon hanyalah sebahagian dari sejarah masa lalu.Namun ianya mungkin sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kehidupan anda pada hari ini.Apa yang membataskan setiap individi ialah untuk berhadapan dengan realiti yang ditempuhi pada masa sekarang iaitu untuk berpijak di bumi yang nyata.

Semakin meningkat usia kita,kita akan semakin dipengaruhi oleh apa yang berlaku kepada kita pada masa lepas.Tabiat kita membentuk hidup kita.Sesuatu yang mendatangkan hasil yang kita inginkan pada masa lalu menjadi doktrin hidup kita-kemungkinan besar mencegah kita memahami realiti hidup kita pada masa sekarang.Apa yang sering kita lakukan secara berulang-ulang mencegah kita untuk menggunakan kreativiti kita.

Kita jarang menyedarinya kerana adalah mustahil untuk kita melihat apa yang berlaku dalam fikiran kita.Anda boleh memilih sama ada untuk menjadi seperti tentera Prussia yang mengulangi sejarah lalu atau menjadi Napoleon yang sentiasa mencari jalan baru dan tidak terpengaruh oleh sejarah silam.

Napoleon tidak pernah meanggap kejayaan beliau pada masa lalu sebagai satu jaminan kejayaan beliau akan berterusan pada masa depan.Hakikatnya,kejayaan anda pada masa lalu adalah halangan terbesar anda.

Setiap peperangan dan pertempuran adalah berbeza dan anda tidak dapat memastikan apa yang anda lakukan pada masa lalu untuk mencapai kejayaan akan turut menghasilkan kejayaan sekiranya dilakukan pada hari ini.Anda perlu terbuka untuk menerima realiti hidup anda pada masa sekarang-bukannya dipengaruhi oleh kejayaan pada masa lalu atau terlalu optimis pada masa depan.

Pada tahun 1605,Miyamoto Musashi iaitu seorang pemain pedang dan telah menjadi samurai ketika masih berusia 21 tahun telah di cabar untuk bertarung.Pencabarnya yang juga masih muda iaitu Matashichiro datangnya dari keluarha Yoshioka iaitu keluarga yang terkenal dengan kehandalan menggunakan pedang.Pada awal tahun 1605,Miyamoto Musashi telah menewaskan ayah Matashichiro iaitu Genzaemon dalam pertarungan.Beberapa hari kemudian Musashi telah membunuh adik bongsu Genzaemon dalam pertarungan yang lain.Keluarga Yoshioka dipenuhi dengan rasa dendam dan ingin membalas dendam.

Kawan-kawan Musashi merasakan bahawa cabaran Matashichiro merupakan satu perangkap dan menawarkan untuk menemani Musashi ke tempat pertarungan tetapi Musashi menolak dan bersendirian ke tempat pertarungan.Ketika pertarungan sebelum ini dengan keluarga Yoshioka,Musashi telah menimbulkan kemarahan mereka dengan hadir lewat beberapa jam.

Kali ini Musashi datang awal dan bersembunyi di sebalik pokok.Sebaliknya Matashichiro datang bersama sebilangan kecil pengawal-pengawalnya.Mereka beranggapan bahawa Musashi akan datang lewat seperti kebiasaan.

Mereka juga ingin menyerang hendap Musashi.Mereka bersembunyi di sebalik rumput dengan meniarap.Secara tiba-tiba Musashi keluar dari tempat persembunyiannya dan dengan sekali serangan
beliau telah berjaya membunuh Matashichiro.Diringkaskan cerita,Musashi turut membunuh semua pengawal yang mengiringi Matashichiro hanya dalam beberapa saat-ketika mereka masih meniarap.

Kejayaan Musashi telah menaikkan lagi reputasinya sebagai pemain pedang terhandal Jepun.Beliau kemudiannya berkelana ke seluruh Jepun untuk mencari lawan yang lebih hebat.Di satu bandar,beliau telah mendengar bahawa terdapat seorang pahlawan yang tidak terkalah bernama Baiken.

Baiken menggunakan senjata yang berbentuk sabit dan digabungkan dengan rod besi dan bebola besi.Musashi ingin melihat Baiken menggunakan senjatanya tetapi ditolak oleh Baiken.Baiken mengatakan hanya terdapat satu cara sahaja untuk Musashi melihat beliau menggunakan senjatanya iaitu melalui pertarungan.

Kawan-kawan Musashi menhalang Musashi supaya tidak bertarung dengan Baiken.Bukan sahaja tiada orang yang mampu untuk mengalahkan Baiken tetapi tiada orang yang mampu untuk mendekati Baiken dalam pertarungan.

Senjata yang digunakan oleh Baiken cukup unik.Bebola besinya mampu melayang-layang di udara untuk membina momentum dan akan menuju ke arah muka lawannya dengan mudah.Semasa lawannya cuba mengelakkan bebola besi Baiken,akan menggunakan bahagian sabit senjatanya untuk memenggal leher lawannya.

Musashi sekali lagi menolak saranan kawan-kawan beliau dan mencabar Baiken.Beliau muncul di depan khemah Baiken dengan membawa 2 pedang.Satu pedang panjang dan satu lagi pedang pendek.Baiken terkejut kerana beliau tidak pernah melihat dan berlawan dengan orang yang memiliki 2 pedang serentak.

Musashi juga turut memulakan serangan yang pertama dan tidak memberi peluang kepada Baiken untuk memulakan serangan.Tindakan Musashi memaksa Baiken untuk berundur.Baiken juga bertangguh untuk menggunakan bebola besinya kerana risau Musashi akan dapat menangkisnya dengan satu pedang dan menyerangnya dengan pedang yang lain.

Diringkaskan cerita Musashi telah berjaya mengacah dan menakutkan Baiken dengan pedang panjangnya dan membunuh Baiken dengan pedang pendeknya.Baiken yang tidak terkalah telah ditewaskan.

Beberapa tahun kemudian,Musashi telah mendengar berita mengenai kehebatan seorang samurai yang bernama Sasaki Ganryu.Sasaki menggunakan pedang yang sangat panjang.Pertarungan ini akan menjadi pertarungan kemuncak kepada Musashi.Sasaki telah menyahut cabaran Musashi.Tempat pertarungan berlaku di sebuah pulau berdekatan dengan rumah Sasaki.

Pada pagi pertarungan,pulau itu telah dipenuhi dengan orang yang ingin menyaksikan pertarungan antara Sasaki dan Musashi.Pertarungan antara pahlawan terbilang seperti ini tidak pernah berlaku.Sasaki tiba tepat pada masanya.Selepas 2 jam berlalu,Sasaki berasa sangat geram.Akhirnya satu bot yang cuba mendekati pulau tersebut telah kelihatan.

Penumpangnya kelihatan berbaring dan mengantuk.Di sebelahnya terdapat pendayung kayu yang sangat panjang.Penumpang bot itu ialah Musashi.Dia kelihatan seperti tidak mengetahui apa yang berlaku dan asyik melihat ke arah langit.

Apabila telah tiba di persisiran pantai,Musashi melilitkan kepalanya dengan tuala yang kotor dan melompat keluar dari bot bersama-sama dengan pendayung kayu yang jauh lebih panjang daripada pedang Sasaki.Musashi menghadapi pertarungan yang terhebat dalam hidup beliau dengan menjadikan pendayung kayu sebagai pedangnya dan tuala sebagai pelindung kepala.

Sasaki segera menjerit dengan marahnya kepada Musashi dengan mengatakan Musashi takut kerana telah datang lewat.Musashi hanya mendiamkan diri dan terus melangkah.Sasaki terus menghunuskan pedangnya dan melontar sarung pedangnya ke atas pasir.

Musashi hanya tersenyum dan mengatakan kekalahan Sasaki adalah sesuatu yang pasti kerana sarung pedang Musashi sudah menjauh dari Sasaki dan tidak akan kembali kepada Sasaki buat selama-lamanya.Perkara ini menyebabkan Sasaki semakin marah.

Kemudian Musashi terus menyerang menggunakan pendayungnya yang tajam ke arah mata Sasaki. Dengan pantas Sasaki menggunakan pedangnya dan cuba menyerang kepala Musashi tetapi tidak mengena.Tuala Musashi telah menjadi 2 bahagian.

Ini kali pertama tikaman Sasaki tidak mengena sasaran.Dalam jangka masa yang sama Musashi menyerang kaki Sasaki.Para penonton terkejut.Ketika Sasaki bersusah-payah untuk bangun,Musashi telah berjaya membunuh Sasaki dengan menyerang kepala Sasaki.

Kemudian selepas tunduk hormat kepada penonton,Musashi kembali ke bot beliau dan beredar. Sejak pertarungan ini,Musashi telah diiktiraf sebagai pemain pedang terhandal.

Miyamoto Musashi juga merupakan penulis buku "The Book of Five Rings".Beliau memenangi semua pertarungan yang dihadapinya dengan hanya satu sebab sahaja-strategi beliau berdasarkan siapakah lawannya dan keadaan tempat pertarungan.Ketika berdepan dengan Matashichiro beliau membuat keputusan untuk datang awal yang tidak dilakukannya pada pertarungan sebelum itu.Beliau tahu kemenangan dalam pertarungan bergantung kepada elemen kejutan.

Beliau membunuh musuhnya ketika musuhnya tidak bersedia dan sedang meniarap.Ketika menghadapi Baiken,beliau menggunakan 2 pedang untuk membataskan pergerakan Baiken.Ketika berhadapan dengan Sasaki beliau menggunakan strategi untuk memalukan Sasaki di khalayak ramai dengan hanya menggunakan tuala busuk dan pendayung kayu.

Lawan-lawan Musashi bergantung kepadi teknik,pedang yang unik, dan senjata yang ganjil.Di sebalik menerima realiti yang berada di depan mereka,mereka sibuk berlatih,menggunakan teknologi, dan menggunakan apa sahaja yang sudah mereka gunakan pada masa lalu.

Musashi yang sudah tahu asas menggunakan strategi ketika masih muda menjadikan kelebihan musuh-musuhnya sebagai penyebab utama kekalahan mereka.Musashi memulakan langkah dengan sesuatu yang tidak terjangka oleh musuh-musuhnya yang membuatkan mereka teragak-agak.

Dalam mengharungi kehidupan,anda mesti bebaskan fikiran anda dari sebarang mitos dan salah-faham. Strategi bukanlah dipelajari seperti anda belajar melalui buku teks untuk diikuti seperti anda memasak menggunakan resepi.Kejayaan tidak memiliki formula ajaib.

Idea merupakan pemangkin kepada kejayaan anda.Ia diam di dalam fikiran anda dan boleh memberikan anda inspirasi dan petunjuk untuk membentuk kehidupan anda.Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda.Syaratnya ialah anda perlu menerima realiti hidup anda pada masa sekarang. Kemudian anda boleh merancang strategi hidup anda dengan efektif.

Sekiranya kita merenung kembali kepada pada masa lalu iaitu pada pengalaman yang buruk,kita mungkin beranggapan sepatutnya melakukan "X" berbanding dengan "Y" yang kita lakukan pada masa lalu sekiranya kita dapat melakukannya sekali lagi.Ramai jeneral-jeneral terdahulu melakukan kesilapan dengan melihat pada masa lalu dan beranggapan dengan mengulangi satu taktik akan merubah situasi peperangan.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada Fredick Louis.Selepas beberapa tahun berlakunya Peperangan Jena,merenung kembali bahawa strateginya untuk menawan Kampung Vierzehnheiligen adalah strategi yang di bina sambil lewa.

Masalahnya ianya sudah terlambat.Begitu juga dengan kita.Kita meanggap kita kekurangan pengetahuan, sumber,masa, atau lain-lain.Semakin banyak buku yang kita baca,teori yang kita tahu, atau berfikir membuatkan masalah kita menjadi bertambah buruk.Setiap orang mempunyai fikiran masing-masing dan bertindak dengan cara yang sama pada sesuatu yang telah berlaku pada masa lepas.

Strategi Perang #2:Gerila 2

Jeneral-jeneral yang hebat adalah pencipta strategi yang kreatif.Ianya bukan kerana mempunyai pengetahuan yang luas tetapi mereka mampu mengubah strategi mereka apabila diperlukan dan fokus dengan mendalam terhadap realiti yang berlaku.Dengan cara ini kreativiti mereka akan meningkat dan dapat mencari peluang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Pengetahuan,pengalaman, dan teori-teori yang anda tahu mempunyai batasan.Tiada guna sekiranya anda memikirkan strategi untuk mencapai apa yang anda mahu pada masa depan sekiranya anda gagal untuk menerima realiti hidup anda pada masa sekarang.Strategi yang anda bina akan menjadi tidak efektif.

Seorang ahli falsafah perang iaitu Carl von Clausewitz menamakan fenomena ini dengan nama "perselisihan" iaitu perbezaan yang berlaku antara strategi anda dengan realiti yang berlaku.Perselisihan seperti ini tidak dapat dielakkan kerana kehidupan anda mungkin berubah secara perlahan-lahan dan anda tidak menyedarinya kerana faktor masa.Situasi ini seperti fenomena katak direbus.

Pada awalnya katak diletakkan dalam periuk bersama-sama dengan air sejuk di atas dapur.Api dinyalakan sehingga mencapai takat didih.Katak yang asyik berenang-renang di dalam periuk dari awal sudah tidak dapat membuat apa-apa apabila air semakin panas.Seterusnya katak mati.

Situasi seperti ini boleh berlaku kepada anda sama ada dari segi kesihatan,kewangan,kerjaya,agama,sosial, dan lain-lain lagi.Sekiranya anda dapat menerima realiti yang berlaku dalam hidup anda sekarang,anda akan menjadi lebih realistik iaitu berpijak di bumi yang nyata dan bukannya di alam fantasi.Sekiranya anda hidup dibayangi oleh pengalaman masa silam anda,anda tidak dapat membina strategi yang efektif kerana anda tidak menerima realiti pada masa sekarang.

Anda mungkin dapat menerima pelajaran yang bernilai sekiranya anda menganalisis apa yang berlaku kepada anda pada masa lalu.Namun adalah jauh lebih penting sekiranya anda meningkat keupayaan untuk berfikir mengenai apa yang berlaku kepada anda pada masa sekarang-bukannya pada masa lalu atau masa akan datang.Dengan menganalisis apa yang berlaku pada masa lalu,anda akan belajar daripada kesilapan anda.Minda seperti air.Ianya mengikut bekas.Apabila anda berfikir,ianya seperti air sungai yang
mengalir.Semakin anda berfikir,semakin laju ia mengalir.Ianya seperti otot-otot anda,akan menjadi bertambah kuat sekiranya sering dilatih.

Sekiranya anda obses dengan sesuatu idea,persepsi, dan pengalaman pada masa lalu-sama ada kejayaan atau kegagalan-akan membentuk batasan kepada minda anda.Sekali lagi,anda akan gagal untuk menerima realiti hidup anda sekiranya anda tidak jujur kepada diri anda sendiri.

Langkah pertama untuk menerima realiti ialah anda tahu proses yang berlaku sehingga menghasilkan sesuatu kepada anda-sama ada anda menyukainya atau tidak.Langkah kedua ialah untuk meneutralkan minda anda agar tidak cenderung terhadap sesuatu perkara.

1.Semak Kembali Kepercayaan dan Persepsi Anda

Apabila Napoleon ditanya apakah prinsip peperangan beliau,beliau menjawab beliau tidak mempunyai apa-apa prinsip.Kelebihan Napoleon ialah kebolehannya untuk bertindakbalas terhadap apa yang berlaku dan mencipta peluang yang boleh diambilnya apabila sesuatu perkara berlaku.

Apabila anda berhadapan dengan sesuatu situasi yang baru,sebaiknya anda membayangkan anda tidak mengetahui apa-apa pun tentang apa yang berlaku dan anda perlu bermula dari awal untuk memahami apa yang berlaku.

Cara ini akan menhalang anda memiliki perangkap mental-terbatas dengan pengalaman lalu dan akan membantu anda untuk menerima realiti tentang situasi yang berlaku pada masa sekarang. Anda mampu membina strategi anda sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

2.Lupakan Memori Pada Masa Lalu

Pengalaman masa lalu boleh menjadi penhalang utama anda-walaupun ianya pengalaman yang manis.Sekiranya ia merupakan pengalaman manis,anda akan cenderung untuk menggunakan strategi yang sama.Ianya membuatkan anda berasa selesa dan malas serta tidak menerima realiti yang berlaku dengan jujur.Sekiranya ia merupakan pengalaman pahit ianya akan membuatkan anda berasa ragu-ragu untuk bertindak.Apa yang perlu anda fikirkan ialah apa yang berlaku dalam hidup anda pada masa sekarang.

Semasa Peperangan Vietnam,Jeneral Vietnam Utara iaitu Vo Nguyen Giap mempunyai prinsip asas iaitu selepas memenangi perang,dia akan meyakinkan dirinya sebagai seorang yang gagal.Hasilnya,setiap kali beliau memenangi peperangan,beliau tidak akan minum arak atau mengulangi strategi yang sama untuk peperangan seterusnya.Dia akan memikirkan setiap situasi sebagai situasi yang baru.

3.Biarkan Minda Anda Bergerak

Semasa kita masih kanak-kanak,minda kita sentiasa bergerak.Kita terbuka untuk pengalaman baru dan menyerap semua maklumat yang kita terima.Kita cepat belajar kerana dunia sekeliling kita membuatkan kita berasa seronok.Apabila kita bersedih,kita akan mencari jalan secara kreatif untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dan melupakan masalah yang berlaku dengan cepat.

Semua ahli strategi yang handal seperti Alexander The Great,Napoleon, dan Musashi juga boleh dilihat seperti kanak-kanak dalam aspek ini.Kadang-kadang,secara faktanya mereka bertindak seperti kanak-kanak.Penyebabnya mudah.Pakar Strategi melihat sesuatu perkara dengan seadanya iaitu tidak bias atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Mereka sangat sensitif kepada kemungkinan berlakunya sesuatu yang bahaya atau memberi peluang kepada mereka.Tiada yang akan kekal sama dalam kehidupan.Pakar strategi tidak bertindak berdasarkan idea tetapi bertindak apa yang berlaku kepada mereka pada masa sekarang-seperti kanak-kanak.

Minda mereka sentiasa bergerak dan mereka sentiasa seronok dan sentiasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara.Mereka dapat melupakan pengalaman masa lalu dengan cepat kerana apa yang berlaku pada masa sekarang adalah jauh lebih menarik hati mereka.

Ahli falsafah Greek iaitu Aristotle pernah mengatakan bahawa tanda sesuatu yang hidup itu ialah bergerak.Apa yang tidak bergerak merupakan sesuatu yang mati.Pada peringkat awal kehidupan kita,minda anda kemungkinannya seperti tentera Napoleon yang bergerak dengan pantas.Apabila usia anda semakin meningkat,minda anda mungkin bertukar menjadi seperti tentera Prussia.

Anda mungkin perlu melakukan sesuatu yang baru seperti mempunyai hobi baru-yang membuatkan anda berasa seronok dan bernilai untuk diberikan perhatian.Elakkan untuk membuang masa anda dengan perkara yang tidak dapat anda ubah atau kawal.Anda mempunyai kuasa untuk membuat pilihan hidup anda.

4.Titik Penolak

Dalam ajaran Tao,terdapat falsafah Yin dan Yang.Secara mudahnya,Yin & Yang merupakan konsep berpasangan.Contohnya,siang dan malam atau lelaki dan wanita.Menurut konsep ini,apabila sesuatu perkara mencapai tahap ekstrem,ianya akan bertukar sifat.Contohnya besi apabila dipanaskan secara ekstrem akan menjadi cair.

Apabila anda menjadi realistik tentang apa yang berlaku dalam kehidupan anda,ianya mungkin menjadi kunci kepada anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Perkara-perkara yang menjadi titik penolak biasanya sesuatu yang ekstrem seperti bangkrup,perceraian,kesihatan yang teruk dan lain-lain.Anda mungkin melakukan sesuatu yang berbeza selepas sesuatu situasi buruk berlaku kepada anda.Ianya juga dikenali sebagai "wake-up call"-supaya anda menerima realiti hidup anda dengan sepenuh hati.Dalam peperangan elakkan untuk musuh anda membuat elemen kejutan.


Setakat ini dahulu untuk artikel Strategi Perang #2:Gerila.Saya akan menerangkan mengenai Strategi #3:Seimbang pada artikel bersiri Strategi Perang yang akan datang.Sekian terima kasih.

4 ulasan:

  1. Bagus artikel ni..

    5 Bintang.. (-:

    BalasPadam
  2. Know your ground
    know your enemy
    know yourself
    u can win thousand battles...terbaik la artikel ni..

    BalasPadam
  3. Are there any online hypnosis videos that actually work?
    stress

    BalasPadam
    Balasan
    1. I don't know what kind of online hypnosis video did you mean. By the way, there is a lot of audio hypnosis to specific purpose. You only need to googling and choose a suitable hypnosis audio to your need. If u're lucky, you can get it by free or need to buy it.

      Padam

Tuliskan komen atau cadangan anda.