Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Pengenalan

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Pengenalan


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita saya akan menulis panduan untuk wanita mencari jodoh dan cinta sejati.Sekiranya anda seorang wanita,artikel bersiri ini sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mencari jodoh dan cinta sejati.

Artikel bersiri ini tidak terbatas untuk wanita yang masih bujang sahaja malahan juga sesuai untuk wanita yang telah bersuami.Mungkin anda menjadi pasangan yang "terlalu baik" untuk pasangan anda.Telah menjadi fitrah bahawa setiap wanita terasa malu sekiranya dilihat sebagai insan yang "terlalu memerlukan lelaki".

Artikel bersiri ini saya percaya akan dapat membuka minda golongan wanita untuk mencegah mana-mana lelaki bahawa mereka berhak 100% untuk berbuat apa sahaja terhadap mereka.Ini sebenarnya bertujuan untuk membuatkan kaum lelaki menghargai hubungan cinta yang terjalin.

Hubungan cinta yang sentiasa membara bukanlah disebabkan oleh penampilan semata-mata.Ianya juga sangat berkait dengan sikap anda.Sekiranya anda seorang wanita dan ingin menjaga pasangan anda dari curang atau sentiasa senang apabila bersama dengan anda,anda perlu untuk tidak melatah walaupun dalam situasi yang tidak menyenangkan anda.

Media cetak atau elektronik mungkin telah memberikan persepsi yang salah mengenai hubungan cinta.Sekiranya anda seorang wanita,pernahkah situasi seperti berikut berlaku pada anda:

Anda membaca sebuah majalah berkaitan wanita dan membaca tajuk artikel yang membawa maksud cara mendapatkan perhatian lelaki.Kemudian artikel tersebut menyiarkan cerita-cerita atau
gambar-gambar model perempuan dengan memakai aksesori/kosmetik yang tertentu.Kemudian anda mungkin terpengaruh dengan majalah tersebut dan menukar penampilan anda sama ada sedikit demi sedikit atau secara keseluruhan.

Apakah mesej yang anda sampaikan kepada minda separa sedar anda?

Anda memerlukan pengesahan daripada orang lain untuk bertindak.

Seandainya anda seorang wanita berkerjaya,pernahkah anda pergi bekerja tanpa memakai sebarang kosmetik?

Apa yang anda rasa sekiranya anda tidak memakai sebarang kosmetik untuk pergi ke tempat kerja?

Dalam artikel bersiri ini,saya akan membantu anda untuk mendapatkan jodoh dengan lelaki yang anda idamkan dan mendapat cinta sejati.Anda bebas untuk menetapkan peraturan anda dan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan kaum lelaki.Saya harap artikel bersiri ini akan membantu anda mendapatkan cinta sejati dengan standard yang anda tetapkan sendiri.

Anda akan menjadi wanita yang tabah dan kuat apabila berdepan dengan orang lelaki.Anda tidak terhegeh-hegeh untuk mendapatkan cinta dari lelaki.Mungkin anda pernah putus cinta atau bercerai sebelum ini.Dalam artikel bersiri ini juga,sedikit sebanyak akan memberikan sebab kenapa hubungan anda putus di tengah jalan.

Dalam siri pengenalan ini,saya akan menerangkan sedikit mengenai kunci untuk mengekalkan hubungan cinta.Anda mungkin hairan apabila terdapat pasangan suami isteri yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga selama 30 tahun tetapi terdapat pasangan yang bercerai sebelum usia perkahwinan mereka belum mencapai 3 tahun.

Kunci untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki ialah "cabaran mental".Kaum lelaki sukakan cabaran mental.Anda tidak perlu menjadi wanita yang "terlalu baik" untuk pasangan anda.Ini tidak bermakna anda boleh curang dengan pasangan anda.Sekiranya anda curang,anda telah merosakkan hubungan anda sendiri.

Cabaran mental yang saya maksudkan ialah tidak membiarkan orang lelaki berfikir bahawa anda memerlukan mereka dalam hidup anda.Ianya adalah untuk membuatkan hubungan cinta anda dan pasangan anda kekal membara.

Setakat ini dahulu bahagian pengenalan untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita.

Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan artikel bersiri ini.Sekian,terima kasih.