Hukum Tarikan-Siri 1 :Pengenalan

Hukum Tarikan-Siri 1 :Pengenalan

Semua orang dikelilingi oleh atmosfera pemikiran.Dengan daya fikiran kita semua akan lebih maju atau jauh ke belakang.Apa yang kita dapat adalah berdasarkan kepada fikiran kita.

Hukum tarikan ialah prinsip yang terhasil akibat getaran yang terhasil daripada kesedaran anda sama ada anda menyedari atau tidak iaitu:-

  • fikiran
  • perasaan
  • persepsi
  • sikap
Ianya menjadi sebab kenapa jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan bermula dengan pemikiran dan perasaan anda yang seterusnya memberikan pengalaman dan tanggungjawab kepada realiti kehidupan anda.Menerima tanggungjawab kepada kehidupan anda tanpa sebarang syarat akan menguatkan diri anda.Apabila anda memahami bahawa anda merupakan sumber kepada kehidupan anda,anda boleh
mengubah kehidupan anda.

Apabila anda menyedari bahawa anda sentiasa disokong oleh alam semesta dimana setiap gelombang yang di pancarkan oleh anda akan bersatu dengan alam semesta,anda akan mampu untuk mengubah kehidupan anda sekiranya anda ingin berubah."Jalan" yang biasanya dikenali dengan nama "nasib baik"/luck akan muncul kerana alam semesta akan memberikan apa yang anda inginkan-bergantung
kepada getaran yang anda hasilkan.Inilah yang terhasil daripada Hukum Tarikan.

Persoalannya ialah,apakah maksud "berubah" bagi diri anda?
Hanya anda yang dapat menjawab soalan ini.

Hukum Tarikan ialah kuasa yang menarik sesuatu yang anda berikan perhatian.Ianya bermakna anda menjadi magnet untuk menarik sesuatu yang anda berikan perhatian pada sepanjang masa.

Untuk menggunakan kuasa Hukum Tarikan dengan sepenuhnya,anda perlu menyedari apa yang berlaku di dalam diri anda.Anda perlu berwaspada tentang fikiran,perasaan,kepercayaan, dan sikap anda yang menghasilkan pengalaman hidup anda.

Anda merupakan sebuah mesin yang menghasilkan realiti kehidupan anda pada setiap saat.Adalah mustahil sekiranya anda tidak mampu membina pengalaman baru.Yang membezakan pengalaman yang tercipta ialah pengalaman yang anda inginkan atau pengalaman yang tidak seperti anda harapkan.Rahsianya ialah anda sentiasa peka bagaimana pengalaman tersebut boleh terhasil.

Hukum Tarikan adalah jelas.Ianya sangat mudah difahami.ianya boleh membantu anda atau merosakkan anda.Untuk menarik apa yang anda mahukan dalam hidup,anda perlu menumpukan perhatian kepada apa yang anda mahukan dengan sepenuh hati.Maksud sepenuh hati ialah dengan fikiran positif iaitu anda akan mendapatkan apa yang anda mahu dan yakin dengan sepenuhnya.Ianya akan membantu anda mengambil tindakan yang tepat pada masa yang sesuai pada tempat yang betul.

Dalam siri pengenalan kepada Hukum Tarikan ini,saya akan menghuraikan kunci-kunci
untuk anda menggunakan kuasa Hukum Tarikan dengan sepenuhnya.

Kunci Pertama:Imaginasi

Teknologi yang terdapat pada hari ini merupakan hasil imaginasi pencipta satu ketika dahulu.Saya harap anda dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan imaginasi dengan ayat mudah ini.

Imaginasi anda merupakan pintu gerbang kepada sesuatu yang anda inginkan dan jambatan yang menhubungkan minda sedar dan minda separa separa sedar anda.ianya terbatas kepada bagaimana anda membayangkan sesuatu.Secara umumnya,ianya terbatas bagaimana anda membayangkan kehidupan anda.Imaginasi anda akan membina "kunci" kepada apa yang anda harapkan.Minda separa sedar tidak dapat membezakan apakah yang anda bayangkan dan apa yang menjadi realiti.Ianya hanya mematuhi arahan minda sedar anda-mengawal 5 deria anda (bau,warna,rasa,dengar,lihat).

Imaginasi anda merupakan "preview" anda mengenai masa depan anda.

Apabila anda memikirkan apa yang anda mahukan,anda hendaklah menggunakan 5 deria anda.Imaginasi adalah sesuatu yang berbeza dengan visualisasi kerana ianya turut melibatkan bunyi,tekstur,bau,rasa mengenai apa yang anda mahukan.


Untuk menggunakan kuasa Hukum Tarikan sepenuhnya,anda hendaklah menghasilkan perasaan seolah-olah anda sudah mendapat apa yang anda mahukan.Ianya akan menghasilkan getaran yang sangat kuat untuk menarik apa yang anda mahu.Bagaimana perasaan yang terhasil daripada imaginasi anda akan menentukan sama ada anda mendapat apa yang anda mahukan atau tidak.

Perasaan merupakan "antena" yang memancarkan gelombang anda kepada alam semesta.Hasilkan perasaan seolah-olah matlamat anda telah tercapai dan doa anda telah dikabulkan oleh Yang Maha Esa.Sekiranya anda masih belum dapat menghayati imaginasi anda,elakkan untuk menyimpan perasaan negatif-dengki/iri hati/memperkecil/memperlekeh kejayaan orang lain.Sebaliknya turut merasa gembira dengan kejayaan orang lain.Sekali lagi,anda menarik sesuatu yang anda berikan sepenuh perhatian dengan sepenuh hati.

Contohnya,anda ingin mendapatkan jodoh tetapi perasaan anda bercampur-campur dengan perasaan ragu-ragu atau merasa rendah diri/cemburu melihat kawan-kawan anda bahagia dengan pasangan masing-masing.Anda menghasilkan Hukum Tarikan yang menentang anda dan bukannya membantu anda.Perasaan anda mrupakan petunjuk yang jelas apa yang berlaku pada diri anda dan menandakan kepercayaan dan sikap anda yang mungkin perlu ditukar atau di ubah untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Sekiranya perhatian anda terganggu,anda hanya perlu bertanya kepada diri anda,
"Apa yang saya inginkan?"

Perasaan anda merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menarik apa yang anda mahukan dalam hidup anda.Ianya menjadi "bahasa" yang digunakan diantara minda sedar dan minda separa sedar seterusnya membentuk pengalaman yang bakal anda lalui dengan "membina" masa depan anda dengan "aktif" dan menghasilkan "luck" atau halangan dalam kehidupan anda.

Sekarang anda dengan serta-merta boleh menghasilkan perasaan mengenai apa yang anda
mahukan.Dalam contoh mengenai mencari jodoh tadi,anda boleh mula menyediakan separuh dari ruang almari anda.Anda bayangkan separuh daripada ruang almari anda untuk pasangan anda.Ini adalah contoh.Ianya bergantung kepada kreativiti anda untuk menghasilkan imaginasi yang anda mahukan.Tiada seorang pun yang mengetahui imaginasi anda.


Kunci Kedua:Kemahuan dan Matlamat

Kemahuan ialah titik permulaan untuk semua kejayaan.Kejayaan bukan dicapai dengan harapan,bukan dengan angan-angan tetapi yang menjadi penyebab utama kejayaan ialah kemahuan yang menyala-nyala dan berkobar-kobar yang akan melepasi semua halangan.

Kemahuan akan menyebabkan impian anda "bernafas" dan memberikan anda imaginasi dan jalan.Sekiranya anda mempunyai kemahuan yang jitu,imaginasi anda dan juga pemikiran serta kepercayaan anda untuk mencapai matlamat anda akan "bergabung".

Untuk mehubungkan di antara kemahuan dan matlamat anda,anda hanya perlu bertanya kepada diri anda sendiri, "Kenapa saya ingin mendapatkan ....(matlamat anda)?".Dengan menjawab pertanyaan ini,kemahuan dan emosi anda akan berkobar-kobar dan imaginasi anda akan menjadi lebih kreatif.

Dengan bertanya kepada soalan "Kenapa saya...?" akan membantu anda membina matlamat
yang jelas dan spesifik dan betapa realistik matlamat anda.Ianya juga akan memberikan
makna dan keyakinan yang tinggi kepada anda.Ianya bagaikan latihan untuk anda mengenalpasti
matlamat sebenar anda.

Kadang-kadang apa yang kita percaya ialah kita mahu menjadi "produk" yang diinginkan oleh orang lain (keluarga/kawan/pasangan dll),atau kemahuan berdasarkan ego yang kita percaya akan memuaskan hati kita atau rasional kita membuat sesuatu sedangkan ianya bertentangan dengan hati kita.Dengan bertanya soalan "Kenapa saya...?" akan membuatkan kitalebih jelas tentang kadar kemahuan kita terhadap sesuatu perkara.

Cara untuk menyatukan hati dan minda anda untuk menghasilkan apa yang anda inginkan dengan mencipta "penyebab masa depan".Secara asasnya,masa dan ruang adalah ilusi.Masa depan yang anda inginkan sebenarnya sudah wujud.Berbanding dengan berteka-teki tentang masa depan anda dengan keadaan sekarang,anda pergi kepada masa depan anda dan lihatnya dengan jelas.

Ini adalah asas menggunakan Hukum Tarikan.Anda melihat masa depan seperti yang anda inginkan.Anda saksikan melalui minda anda dan jadikan ianya benar-benar telah terjadi.Ianya dengan serta-merta meningkatkan getaran diri anda dan seterusnya anda menghantar gelombang kepada alam semesta.Masa depan anda membentuk kehidupan anda pada masa sekarang.Berita baiknya ialah anda boleh mencipta masa depan anda dan biarkan masa depan anda membentuk kehidupan anda sekarang.

Jadikan memikirkan tentang masa depan anda sebagai aktiviti harian.

  • Apakah yang anda mahukan?
  • Bagaimana cara anda berfikir,rasa, dan tindakan yang anda ambil pada masa depan?
  • Apakah pengetahuan baru yang anda dapat?
  • Kejayaan yang telah anda cipta?
  • Cabaran yang anda tempuhi? 
  • dan lain-lain
Ianya akan membantu anda untuk mencipta "ruang" anda sendiri.Untuk membina "kemahuan"
anda menjadi realiti anda perlu memberikan "ruang" dan bersedia untuknya.Apa yang perlu anda lakukan,tahap emosi dan mental anda untuk menjadikan kemahuan anda sebagai satu realiti?Anda perlu bersedia untuk "berfikir besar" dan mengambil langkah yang tepat untuk menjadikan kemahuan anda sebagai satu realiti.

Apakah sumber/peralatan,kenalan,skill yang anda perlukan?
Apakah postur tubuh dan pendapat anda sendiri?

Berfikir dari masa depan dan bertindak untuk mencipta masa depan anda.

Cara lain untuk mencipta ruang dalam kehidupan anda untuk mencapai cita-cita anda anda
ialah untuk membersihkan ruang yang dipenuhi dengan sampah.Ianya boleh dilakukan sama ada
secara fizikal atau mental.Secara fizikal,anda boleh membersihkan ruang pejabat/bilik,menyusun fail/kertas di atas meja,menukar warna/kertas dinding dan lain-lain.

Secara emosi dan mental ialah dengan memaafkan orang-orang yang melukakan/menyusahkan hidup anda dengan hati yang terbuka.Apa yang membentuk kehidupan anda pada hari ini ialah tindakan anda pada masa lepas.Dengan memaafkan,ianya akan membuatkan hidup anda lebih tenang dan bahagia yang seterusnya membantu anda menggunakan Hukum Tarikan dengan lebih efektif.

Kunci Ke-3: Kepercayaan dan Keyakinan

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

"Kepercayaan boleh menjadi pintu kepada kecemerlangan atau penjara hidup anda,"
Hadiah Harijadi
Pada suatu hari seorang suami membeli beberapa hadiah kepada isterinya sempena hari lahir yang ke-30 isterinya.Si suami menyorok semua hadiah itu di dalam bilik tidur mereka untuk membuat kejutan kepada isterinya.Si isteri diminta keluar rumah terlebih dahulu sementara si suami meletakkan semua hadiah yang dibelinya ditempat yang difikirkan sesuai.
Setelah selesai menyoroknya,si suami meminta si isteri mencari hadiah-hadiah yang disembunyikannya.Si suami hanya memberikan 2 'hint' iaitu semua hadiah berada dalam bilik tidur mereka dan terdapat lebih dari satu hadiah.
Kemudian si isteri pun masuk ke dalam bilik tidur untuk mencari hadiah-hadiah dari suaminya.Setengah jam kemudian,si isteri pun keluar sambil membawa 3 hadiah yang ditemuinya.Sambil tersenyum si isteri membawa ketiga-tiga hadiah tersebut kepada suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
Apabila si suami memandang isterinya,dia tersenyum dan bertanya pada isterinya adakah si isteri sudah mendapatkan semua hadiah?
Si isteri terkejut dengan soalan dari suaminya dan menjelaskan dia sudah menemui semua hadiah dari suaminya.Dia percaya bahawa dia telah menemui semua hadiah yang diberikan oleh suaminya.
Sambil tersenyum,si suami memberitahu kepada isterinya bahawa dia membeli sebanyak 30 hadiah kepada isterinya sempena menyambut hari kelahiran isterinya yang ke-30.Si suami pun menunjukkan semua hadiah yang di sembunyikan kepada si isteri.Tamat.
Inilah kesan kepercayaan dalam hidup kita.Kita hanya bertindak berdasarkan kepercayaan kita.Hypnosis berhasil kerana ianya mengubah kepercayaan kita terhadap sesuatu realiti.
Setiap orang memiliki set kepercayaan masing-masing dalam kehidupan.Ianya mempengaruhi semua aspek kehidupan kita seperti kesihatan,kewangan,keselamatan,perhubungan,keseronokkan, dan lain-lain lagi.

Pada asasnya,kepercayaan ialah sebarang nilai yang kita tetapkan dalam hidup kita terhadap sesuatu realiti.Ianya memberikan makna tertentu dan dijadikan sebagai kompas dalam kehidupan kita.Kita biasanya meanggap suatu kepercayaan sebagai agama atau fahaman-fahaman yang tertentu.

Kepercayaan boleh di atur yang kemudiannya dijadikan sebagai 'penyaring' kepada minda kita terhadap sesuatu realiti.Sekiranya kita percaya bahawa sesuatu realiti itu sebagai benar,seluruh minda kita akan menganggapnya sebagai benar.

Kepercayaan boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita inginkan dan boleh merosakkan diri kita  dengan membataskan tindakan atau fikiran kita.Ianya menjadi kompas dan peta untuk dijadikan panduan untuk mencapai apa yang kita inginkan dan memastikan kita berhasil mencapainya.

Kita boleh memilih kepercayaan yang membantu atau merosakkan kita.Kepercayaan kita tidaklah selalu benar.Ianya hanyalah ilusi dan boleh dicipta oleh kita sendiri.Kepercayaan seseorang di bentuk melalui:
  1. Persekitaran-keluarga,guru,rakan-rakan
  2. Insiden- sesuatu yang kejadian besar/kecil dan memberi kesan kepada kita;nampak hantu dll
  3. Pengetahuan-sumber maklumat-buku,movie,lagu,ceramah dll
  4. Pengalaman lepas-kejayaan menghasilkan kejayaan,kegagalan menghasilkan kegagalan
  5. Imaginasi - mencipta realiti yang anda inginkan dalam minda 
Apa yang anda nampak mengenai gambar di bawah:

1) Perempuan muda atau perempuan muda?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 2

2)Perempuan yang gemuk atau perempuan yang kurus?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

3)Gambar orang yang kusut masai atau perempuan yang cantik?


Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 4

 4)Gambar air yang separuh penuh atau separuh kosong?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 5

Apa pun yang anda percaya,anda adalah benar.Beginilah Hukum Alam - Hukum Polariti bertindak. Setiap sesuatu mempunyai pasangan masing-masing.Sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan,percayalah bahawa terdapat perkara yang menyenangkan dalam sesuatu situasi itu. Sekiranya anda berada dalam situasi yang menyenangkan,buatlah matlamat baru untuk dicapai.

Kepercayaan memberi kesan yang mendalam dalam kepada emosi seseorang.Faktor emosi yang terlibat  ialah tarikan kepada kenikmatan atau tolakan daripada kepedihan.Ianya bermaksud tindakan kita pada hari ini terbahagi kepada 2 iaitu sama ada untuk mendapat kenikmatan atau untuk menghindari kepedihan.

Anda boleh menguji sendiri kepercayaan anda.Caranya ialah dengan membuat keputusan untuk mencapai apa yang anda inginkan dan tanyalah diri anda sendiri kenapa anda masih tidak mencapainya.

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 6

Kepercayaan akan menghasilkan keyakinan. Keyakinan akan membuatkan kita berimaginasi. Daripada imaginasi akan membuatkan kita fokus.Setelah itu logik akal menyusunkan langkah untuk kita mencapainya.

Gerak hati akan bertindak apabila masa yang sesuai telah tiba.Arahan disampaikan kepada minda separa sedar. Minda separa sedar menterjemahkan melalui tubuh fizikal.Tindakan di ambil sebagai komponen terakhir untuk menjadikan sesuatu kepercayaan itu benar.

Pilihlah kepercayaan yang dapat membantu anda.

Kepercayaan anda mungkin betul atau salah,menjadi realiti anda.Kepercayaan dihasilkan dengan pilihan anda.kepercayaan anda mengenai sesuatu mungkin berbeza dengan realiti hidup anda.

Untuk membina harapan,anda perlu memastikan emosi anda bergabung dengan harapan anda.
Contohnya,anda inginkan perhubungan yang menggembirakan anda tetapi menyimpan perasaan
negatif terhadap pasangan anda atau diri anda sendiri,anda akan menghasilkan sesuatu yang tidak anda harapkan.

Kepercayaan anda terbentuk sewaktu anda di peringkat awal usia anda.Ianya boleh dibentuk oleh keluarga anda,kawan sekerja,media dan lain-lain lagi yang mungkin anda tidak sedar.

Persepsi bukanlah merupakan satu kebenaran tetapi ianya merupakan pendapat dan satu bentuk toleransi daripada satu pihak terhadap sesuatu perkara.Sesuatu yang baik mengenai persepsi ialah ianya dapat anda ubah dan membuang pendapat yang tidak menyokong anda untuk mencapai matlamat dan impian anda.

Apa sahaja yang dapat difikirkan oleh minda dan dipercayai oleh anda,akan dapat dicapai.

Kunci yang membezakan realiti bagi sesuatu perkara ialah sudut pandang satu pihak terhadap satu-satu perkara.Sekiranya sesuatu realiti tidak dapat diterima oleh anda sebagai satu kebenaran,anda tidak akan menerimanya sebagai satu kebenaran.Sudut pandang anda terhadap sesuatu perkara merupakan hasil sudut pandang anda.

Menyayangi diri sendiri dan memaafkan diri-sendiri akan membantu anda untuk menerima
satu kebenaran.

Kunci Ke-4: Peluang

Halangan yang muncul dalam kehidupan anda merupakan batu loncatan untuk anda mencapai matlamat anda.Ianya mungkin muncul dalam keadaan yang tidak anda jangka tetapi ia merupakan satu-satunya jambatan untuk anda mencapai matlamat anda.Keadaan yang sukar merupakan permukaan kepada jambatan anda sahaja.

ianya mungkin merupakan peluang untuk anda disayangi,mengecap kebahagiaan atau merasa gembira untuk menghasilkan getaran emosi yang kuat untuk menggunakan Hukum Tarikan.

Ianya mungkin menjadi krisis daripada apa yang anda ketahui.Apa yang mungkin muncul dalam hidup anda ialah berpisah dengan pasangan,dibuang kerja, atau lain-lain lagi.ianya akan menjadi faktor tolakan kepada anda untuk membuat sesuatu yang tidak pernah anda lakukan.Alam semesta telah bertindakbalas terhadap geombang yang anda pancarkan dan seterusnya menyediakan "jalan" untuk anda mencapai matlamat anda.

Setiap kesukaran,setiap kegagalan,setiap kesusahan merupakan benih yang anda tanam di dalam minda anda yang akan menghasilkan faedah yang besar kepada anda sekiranya anda tidak berputus asa.

Apabila anda menggunakan Hukum Tarikan,peluang akan tiba di hadapan anda.jadi adalah penting untuk anda mengambil peluang yang tersedia di hadapan anda dan bertindaklah dengan tindakan yang tepat.Setiap pengalaman,setiap peristiwa, yang berlaku dalam hidup anda membawa makna yang penting dalam kehidupan anda.Alam semesta telah menyediakan semua komponen yang anda perlukan untuk mencapai impian anda.Terserah kepada anda sama ada untuk menggunakan peluang yang muncul atau tidak.

Ini bermaksud anda perlu keluar dari zon selesa anda/membesarkan zon selesa anda,melakukan analisis,meminta pertolongan,menanam benih-benih kejayaan anda dan menjadi lebih proaktif untuk mencapai matlamat anda.

Ianya merupakan satu langkah yang penting untuk membantu anda menggunakan Hukum Tarikan secara maksimum.

Apabila peluang telah muncul dalam bentuk cabaran,dengarlah kata hati anda.Peluang mungkin muncul selepas sehari,seminggu,sebulan,setahun atau lebih lama lagi.Ianya bergantung kepada cara anda bertindakbalas.Setelah anda dapat melihat satu peluang,akan muncul peluang-peluang yang tidak terkira banyaknya.

Kunci ke-5:Cipta Kehidupan Anda

Anda bebas untuk menentukan kehidupan anda dengan harapan anda.Minda sedar dan minda separa sedar yang membentuk dunia anda.Anda sendiri yang membentuk kehidupan anda.Andalah yang membentuk hidup anda.

Bagaimana untuk mencipta kehidupan anda?

Dengan meminta dan menerima.Dengan membuat keputusan dan mengambil tindakan.Tanamkan
apa yang anda inginkan (kemahuan anda merupakan cara anda menggunakan Hukum Tarikan)
dan terbuka dan sanggup menerima hasilnya dalam dunia kehidupan anda sendiri.

Ianya bukanlah satu kerja yang susah,walaupun ianya memerlukan anda mengetahui apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya.Anda tahu apa yang anda inginkan,perasaan anda harmoni dengan apa yang anda inginkan dan anda menghargainya dengan bertindak.Anda merupakan halangan terbesar dalam hidup anda.Alam semesta sentiasa menurut kemahuan anda.

Dunia anda ialah hasil daripada minda anda dan petunjuk kepada kesedaran anda mengenai
kehidupan.Minda anda merupakan platform dan pintu gerbang untuk alam semesta mengenalpasti
apa yang anda mahukan dengan signal,isyarat dan suara hati anda dalam setiap saat kehidupan
anda.Alam semesta akan menghasilkan situasi yang terhasil daripada minda anda.

Semakin banyak anda menghargai apa yang diberikan oleh alam semesta kepada anda,semakin banyak bantuan yang anda terima.

Berhati-hati dengan sebarang perasaan negatif disekeliling anda.Sentia menghargai perkara yang baik dalam kehidupan anda.Ianya menjadi masalah utama kepada orang yang mula menggunakan Hukum Tarikan tanpa menghilangkan perasaan negatif dalam diri masing-masing.Apa yang kita benci tidak akan hilang sebaliknya melemahkan getaran kita sendiri.

Terdapat beberapa cara untuk mehilangkan perasaan negatif.Ianya terbahagi kepada dua iaitu dari sudut luaran dan dalaman diri anda sendiri.

Dari segi luaran ialah dengan mendengar muzik,menonton filem,bersukan,membaca dan lain-lain lagi.Dari segi dalaman ialah mengalihkan fokus pada perkara yang anda suka dan mencipta imaginasi anda sendiri,Perasaan anda merupakan petunjuk yang jelas mengenai apa yang berlaku pada kehidupan anda.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Pengenalan Hukum Tarikan.Saya akan menulis
mengenai Realiti Mindset pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.