Panduan Meditasi

Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan

Dalam setiap budaya dan masyarakat,di seluruh dunia, manusia di didik dengan teknik yang diperlukan untuk bercakap, berfikir, bekerja dan menjalani kehidupan mengikut budaya setempat. Semasa di sekolah, kita belajar Sains, Kimia, Biologi dan Fizik untuk membantu kita memahami bagaimana hukum alam semulajadi terjadi.

Contoh mudahnya ialah hukum graviti. Sama ada anda kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, beragama Islam, Kristian, Buddha atau lain-lain, anda akan jatuh ke bawah sekiranya terjun ke luar bangunan daripada tingkat 10.

Namun demikian, sudah menjadi fitrah manusia, sentiasa tercari-cari dan tertanya-tanya mengenai diri sendiri. Kita boleh mencapai matlamat, berfesyen, dan mengikut nilai-nilai yang di ajar dalam budaya kita tanpa mengetahui dimensi diri kita sendiri. Ianya membuat kita sunyi dan terasa kosong.

Pengetahuan mengenai meditasi adalah sangat berbeza dengan semua perkara yang di ajar dalam pendidikan formal. Meditasi memerlukan pendekatan yang khas dan istimewa. Ianya mudah dilakukan iaitu memberikan fokus dan memahami diri kita pada beberapa tahap - badan kita dan aspek pernafasan.

Semoga artikel Panduan Meditasi dapat membantu anda untuk menyatukan minda sedar dan minda separa sedar anda.

Meditasi ialah "memberikan perhatian" terhadap sesuatu perkara. Semasa anda bermeditasi, anda memberikan perhatian terhadap dunia dalaman anda yang tidak di ketahui oleh orang lain.

Dunia dalaman anda menjadi asas kepada proses anda berfikir, menganalisis, berangan-angan, beremosi, dan memori. Ianya adalah tahap kesedaran anda yang membantu unsur harmoni kepada diri anda sendiri. Dengan kata lain, meditasi merupakan jambatan yang menghubungkan antara minda sedar dan minda separa sedar anda.

Meditasi memerlukan anda berada dalam keadaan sunyi, fokus, dan dalam jangka masa yang sama anda tenang. Tiada apa yang menyusahkan anda untuk anda fokus kepada diri anda sendiri. Cabaran untuk bermeditasi ialah anda perlu mengawal fikiran dengan fikiran anda.

Dengan latihan yang berterusan, anda akan dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika anda sedang bermeditasi. Ianya seperti air sungai yang mengalir dengan tenang menuju ke muara.

Adalah sangat mudah untuk anda memulakan bermeditasi. Ia sebenarnya bermula dengan fikiran anda. Anda hanya perlu membuat keputusan untuk bermeditasi.

Apabila anda melakukan demikian,anda akan mendapati anda tidak perlu melakukan sesuatu tindakan yang memerlukan fisiologi anda bergerak. Gaya hidup anda mungkin tidak berubah tetapi kehidupan anda akan berubah.

Meditasi memberikan ketenangan fikiran yang tidak dapat disifatkan dengan kata-kata. Ianya hanya dapat di rasa dengan pengalaman anda sendiri.

Meditasi tidak memerlukan anda melakukan anda melakukan sesuatu yang pelik sama ada anda masih baru atau sudah lama bermeditasi. Apa yang anda perlu lakukan ialah menumpukan perhatian sepenuhnya pada masa sekarang - bukan pada lalu atau masa depan.

Mungkin anda pernah mendengar atau membaca mengenai meditasi dan mendapati faedahnya berbeza-beza. Ini kerana kesannya berbeza-beza kepada setiap orang. Cuma yang pastinya ia meningkatkan tahap kesihatan dan perhubungan anda dengan orang lain.

Seperti banyak cara untuk anda mendaki gunung, terdapat pelbagai cara untuk anda bermeditasi yang anda boleh ikut. Semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai tahap fokus dalaman, tenang, dan penyabar.

Banyak teknik untuk bermeditasi yang wujud dan ianya tiada beza selagi mana anda dapat memberikan tumpuan kepada dimensi dalaman diri anda. Langkah permulaan untuk memulakan meditasi ialah anda berwaspada dan tenang.

Secara mudahnya ialah anda menetapkan azam untuk menjadikan meditasi sebagai aktiviti seharian anda. Faedah daripada meditasi hanya dapat diperolehi apabila anda menjadikan ianya sebagai aktiviti harian anda. Ianya akan membantu anda menjadi individu yang fokus dan tenang.

Perkara yang paling penting ialah keputusan anda untuk memulakan meditasi. Apabila anda membuat keputusan untuk memulakan meditasi, minda anda akan memberikan sepenuh perhatian untuk membantu anda bermeditasi. Proses ini akan menyatukan minda sedar dan minda separa sedar bergerak dengan selari.

Perlu diingatkan meditasi ialah kesedaran. Apa yang anda lakukan dengan penuh kesedaran ialah meditasi. Tindakan anda bukanlah persoalan tetapi kualiti yang terhasil daripada tindakan anda.

Berjalan boleh menjadi meditasi sekiranya anda berjalan dengan penuh kesedaran. Mandi juga boleh menjadikan anda bermeditasi sekiranya anda fokus pada air yang mengalir pada badan anda. 70% badan manusia terdiri daripada air. Mungkin anda boleh bersatu dengan air.

Cuba berikan perhatian apa yang anda lakukan sehari-hari. Sekiranya anda bekerja, fokus pada kerja yang sedang anda lakukan. Memberikan perhatian pada setiap detik merupakan teknik meditasi yang paling tinggi.

Ianya membawa anda kepada diri anda dan aktiviti yang sedang anda lakukan. Di antara fikiran dan tindakan anda, anda akan dapat mengetahui tentang diri anda sendiri.

Saya ingin berkongsi mengenai salah satu teknik meditasi. Anda duduk di tempat yang sunyi dan tenang sambil bersila. Kedua-dua tangan anda memegang lutut anda.Kemudian anda menyedut udara dengan hidung anda,dan tahan di perut.Kemudianhembuskan kembali nafas melalui hidung.

Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 2
Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 3
Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 4

Kadar masa anda menyedut, menahan, dan menghembuskan nafas hendaklah sama. Katakan anda menyedut udara selama 11 saat, anda hendaklah menahan dan melepaskan nafas anda selama 11 saat juga. Sekiranya anda tidak mampu, anda lakukan selama mana anda mampu.

Lakukan teknik ini selama mana anda mampu.Saya cadangkan antara 15 minit untuk orang yang baru bermeditasi.

Selama anda bermeditasi dengan teknik ini, bayangkan anda menghirup aura berwarna perak masuk ke badan anda. Semasa anda menahan nafas, bayangkan aura tersebut mengalir ke seluruh badan anda.S emasa anda menghembuskan nafas, anda bayangkan aura yang berwarna hitam keluar daripada badan anda dan badan anda bersinar-sinar dengan cahaya perak berkilauan.

Ianya merupakan perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam tubuh anda. Teknik meditasi ini baik untuk meningkatkan fokus dan membuatkan anda berseri-seri.

Anda boleh mencubanya sendiri. Anda tulis di atas kertas apa yang anda lakukan pada hari ini. Kemudian lakukan meditasi menggunakan aktiviti ini. Kemudian terus menulis aktiviti anda pada setiap hari.

Kesan daripada meditasi memerlukan masa berbeza-beza untuk setiap orang.Saya cadangkan anda lakukan untuk 3-21 hari sahaja untuk anda mencuba kesan daripada anda bermeditasi. Kemudian bandingkan kertas yang anda tulis sebelum anda memulakan meditasi dan kertas yang anda tulis pada hari yang ke-21.

Semakin anda konsisten melakukan meditasi, semakin bertambah baik kualiti kehidupan anda. Anda boleh mencubanya sendiri.

Panduan-Meditasi---Siri-2-Melihat-Diri-Sendiri

Meditasi ialah "lidah" pada jiwa anda dan "bahasa" pada fikiran anda.

Apabila kita meneliti kehidupan kita, kita akan mendapati daripada kita masih di zaman kanak-kanak hanya dilatih untuk memeriksa dan mengenali dunia luaran kita.

Dengan kekurangan pengetahuan dan latihan,kita tidak mampu untuk memahami diri kita sendiri.

Mungkin anda menyedari apabila anda cuba untuk menonjolkan pelbagai hubungan dengan dunia luaran, anda tidak dapat menunjukkan kemampuan atau identiti sebenar diri anda. Anda mungkin terpaksa berpura-pura bersetuju dengan pandangan orang lain walaupun sebenarnya anda tidak bersetuju lansung.

Kekeliruan dan kekecewaan mungkin terhasil daripada perhubungan anda dengan orang lain. Kita seringkali di ajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Pernahkah anda berhubung dengan fikiran anda sendiri?

Bahagian minda kita yang tidur iaitu minda separa sedar yang mentafsirkan pengalaman dan emosi, dan jarang yang tahu bagaimana untuk melatihnya dengan betul. Kegembiraan yang anda dapat dengan dunia luaran anda hanyalah seketika dan tidak kekal. Namun demikian, anda tahu anda tidak dapat menipu diri sendiri.

Perjalanan anda ketika menjalani meditasi ialah cara untuk meningkatkan perhubungan anda dengan dunia luaran anda. Hidup anda akan menjadi lebih bermakna dan gembira.

Meditasi ialah "senjata" yang sangat ampuh untuk membantu anda meningkatkan hubungan dengan dunia luaran anda. Anda hanya perlu mencuba untuk bermeditasi. Meditasi akan memberikan anda pengalaman baru.

Minda kita akan cenderung untuk "merayau" ke dalam pengalaman lalu anda dan imaginasi anda sendiri - angan-angan, impian, masa depan dan sebagainya. Minda tidak tahu bagaimana untuk "merasai" masa sekarang iaitu pada saat ini di tempat anda berada.

Ini kerana 5 deria anda sentiasa mengesan dan menghantar maklumat pada minda anda. Minda anda sangat sibuk. Hanya dengan meditasi mengajar kita bagaimana untuk "menyedari sepenuhnya" detik sekarang ini. Meditasi memberikan jalan untuk mengawal fikiran dengan fikiran.

Dalam meditasi, perkara yang paling penting ialah pengalaman yang anda lalui semasa bermeditasi. Sesetengah orang berpendapat, meditasi tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh untuk dilakukan atau boleh digantikan dengan aktiviti yang lain.

Meditasi ibarat seperti anda mengubah lagu. Apabila anda mengubah lagu, tiada titik yang jelas untuk anda capai. Apabila anda bermain alat muzik, titik yang menhubungkan alat muzik dan tangan anda menjadi titik yang paling penting. Meditasi merupakan titik yang menyambungkan minda sedar dan minda separa sedar anda.

Dengan menjalani meditasi, fikiran anda fokus pada satu titik dalam diri anda. Hasilnya minda anda tidak akan mengalami kekeliruan atau halangan untuk membantu anda mencapai matlamat anda kerana anda mempunyai daya fokus yang sangat tinggi. Setelah beberapa ketika, minda anda akan selesa untuk fokus dan anda perlu berdisiplin untuk tetap bermeditasi.

Bagi memulakan meditasi, anda perlu memahami apakah maksud meditasi. Kemudian pilih teknik yang sesuai dengan anda dan lakukan secara konsisten dan sebaik-baiknya pada tempat dan masa yang sama setiap hari.

Tubuh badan kita akan memberikan reaksi yang terbaik apabila kita membiasakan diri dan mengikut rutin harian kita. Ini menjadi sebab mengapa bayi biasanya tidur pada masa yang tetap, bangun pada masa yang tetap dan makan pada masa yang tetap.

Apabila meningkat dewasa, kita mungkin mengabaikan rutin harian kita. Kita terpengaruh dengan faktor luaran seperti perhubungan dengan orang-orang di sekeliling kita dan cenderung untuk kita kehilangan nilai-nilai yang kita dapat daripada rutin harian kita semasa di zaman kanak-kanak.

Kita perlu mengingatkan diri kita kepada kepentingan rutin harian yang meningkatkan kualiti hidup kita pada setiap hari. Setiap tindakan akan menghasilkan reaksi. Kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil daripada tindakan anda pada masa lalu.

Dalam dunia moden hari ini, jarang orang yang dapat bersabar dan hanya bermeditasi untuk jangka masa yang singkat dan kemudian "give-up". Kemudian mereka merumuskan meditasi tidak mendatangkan sebarang hasil dan merupakan aktiviti yang sia-sia. Ianya seperti seorang kanak-kanak yang menanam pokok bunga dan kecewa kerana tiada bunga yang keluar daripada pokok selepas seminggu di tanam.

Sekiranya anda menjadikan meditasi sebagai rutin harian anda. anda akan dapat merasakan kehidupan anda berubah sedikit demi sedikit. Kesan pertama ialah anda menjadi lebih tenang dan segar. Seterusnya anda akan mendapat lebih banyak kesan positif. Sesetengah dari manfaat meditasi memerlukan anda untuk menjalani meditasi dalam jangka masa yang panjang kerana ianya tidak mudah dicapai. Sekiranya anda tekun menjalankan meditasi, anda sendiri yang akan mendapat hasilnya.

Sebelum anda memulakan meditasi,tanamkan keyakinan untuk melihat dunia dalaman anda sendiri. Anda akan mengetahui cara:

  • Bagaimana untuk merehatkan tubuh badan anda.
  • Contohnya anda memulakan meditasi 2-4 jam selepas anda makan.

  • Bagaimana untuk duduk dengan selesa.
  • Contohnya anda mandi dahulu sebelum memulakan meditasi.

  • Bagaimana untuk bernafas.
  • Pernafasan dan meditasi mempunyai hubungan yang sangat rapat. Banyakkan meminum air mineral atau air yang ditapis. Ianya untuk menggantikan molekul air yang keluar daripada badan semasa anda bermeditasi. Semasa anda bermeditasi, bernafaslah dengan lembut iaitu bulu hidung anda tidak bergerak semasa anda menarik atau menghembus nafas.

  • Bagaimana untuk melihat objek apakah yang berada dalam minda anda
  • .

    Manusia berfikir dalam bentuk visual. Anda abaikan apa yang terbayang dalam imaginasi anda semasa anda menjalankan meditasi kerana semasa anda bermeditasi, anda perlu memberi sepenuh perhatian kepada fikiran anda dengan pernafasan anda.

  • Bagaimana untuk mengukur kualiti anda berfikir.
  • Kesan daripada meditasi akan menghasilkan kesan positif yang membantu meningkatkan hidup anda dan lebih fokus pada kerja anda.

  • Bagaimana untuk mencegah minda anda daripada terganggu oleh apa-apa situasi.
  • Contohnya ketika anda bermeditasi, anda menetapkan sesuatu perkara yang bermain-main dalam minda anda sama ada betul atau salah, ia di anggap anda sudah diganggu.

Sekiranya anda bermeditasi dengan kefahaman yang betul dan jelas serta dengan teknik dan sikap yang betul, anda akan mendapati meditasi membuatkan anda terasa segar dan memberikan tenaga. Selepas anda bermeditasi dalam jangka masa yang tertentu, tubuh anda akan mengalami perubahan.

Ianya bukanlah secara mendadak. Ini berlaku kerana gelombang dalam tubuh anda tubuh anda beransur-ansur untuk bergerak dengan harmoni dengan gelombang alam semesta.

Selepas anda berjaya meningkatkan fokus semasa bermeditasi, badan anda akan mengeluarkan gelombang yang akan berhubung dengan alam semesta secara perlahan-lahan. Ianya dapat diukur apabila anda sedang bermeditasi, akan datang perkara-perkara yang menganggu tumpuan anda seperti serangga seperti nyamuk menggigit anda atau badan anda mengeluarkan bunyi.

Sekiranya anda menyedari perkara-perkara ini berlaku ketika anda bermeditasi, ini menunjukkan anda masih terpengaruh dengan dunia luaran anda. Teruskan berusaha. Hasil daripada meditasi hanya dapat di capai dengan usaha anda sendiri.

/Panduan-Meditasi---Siri-2-Melihat-Diri-Sendiri-gangguan-nyamuk
Panduan-Meditasi---Siri-3-Melaburkan-Masa-Anda

Konsentrasi membantu kita dengan banyak cara. Ianya membantu kita memahami apa yang orang lain cakap dengan lebih cepat, membantu kita mengingati perkara-perkara yang penting, membantu kita membuat dan mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Dengan konsentrasi, anda akan mendapati minda anda menjadi sangat fokus untuk menyelesaikan masalah anda. Bayangkan anda dapat meghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk jangka masa yang panjang dalam jangka masa yang pendek.

Semasa anda belajar di sekolah rendah, mungkin anda pernah menjalankan eksperimen Sains dimana anda mengambil kanta dan memfokuskan cahaya matahari melalui kanta ke atas kertas.

Sekiranya kanta terlalu dekat atau terlalu jauh, tiada apa yang berlaku. Anda memerlukan jarak yang tepat diantara kanta dan kertas untuk membakar kertas.

Inilah yang dinamakan konsentrasi. Sekiranya prinsip ini digunakan dengan betul ianya akan membantu anda mengubah kehidupan anda.

Panduan-Meditasi---Siri-3-Melaburkan-Masa-Anda-kanta

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang mencari menantu. Raja tersebut membuat tawaran, sesiapa yang dapat memanah ikan yang terdapat dalam kolam istana, akan dapat berkahwin dengan tuan puteri.

Ramai orang yang menyertai tawaran raja tersebut. Mereka semua memerhatikan ikan tersebut dan menggunakan panah masing-masing namun tiada orang yang berjaya memanah ikan tersebut.

Tiba-tiba seorang pemuda berjaya memanah ikan tersebut. Apabila ditanya agaimana beliau boleh memanah ikan tersebut, pemuda tersebut menjawab,dia hanya fokus pada anak mata ikan tersebut.

Inilah rahsia untuk fokus. Apabila anda dapat fokus pada sesuatu perkara, minda anda akan menjadi hamba anda - anda boleh mengarahkannya untuk melakukan apa yang anda mahu. Anda boleh membuang semua fikiran negatif dan hanya fokus pada satu perkara yang positif sahaja.

Anda boleh membuat keputusan untuk bersama dengan orang yang membuatkan anda gembira dan meninggalkan orang yang membuatkan moral anda menurun. Anda boleh melakukan perkara yang mengembirakan anda dan meninggalkan perkara yang membosankan anda.

Meditasi secara tetap akan membantu anda meningkatkan fokus. Jangan berharap anda dapat meningkatkan fokus dalam jangka masa satu hari. Ianya terhasil daripada hubungan minda sedar dan minda separa sedar anda.

Anda sentiasa perlu menhubungkan kedua-dua minda ini selalu. Kebolehan anda untuk memahami apa yang anda suka dan perkara yang anda benci akan meningkat. Anda akan dapat mengawal fikiran anda dengan fokus - sesuatu yang mungkin tidak pernah anda jangka.

Anda tidak perlu memaksa fikiran anda untuk fokus. Sekiranya anda memaksa, ianya adalah satu perkara yang sia-sia dan akan menghasilkan masalah yang lebih besar. Hanya terdapat 2 perkara yang dapat meningkatkan daya fokus fikiran anda:

  1. Menjauhkan perkara yang menganggu fikiran anda
  2. Meditasi iaitu anda mengawal fikiran dengan fikiran anda
Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki