Neuro Linguistic Programming -Siri 9: Meningkatkan Kehidupan

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 9 : Meningkatkan Kehidupan Dengan Kepercayaan


Dalam artikel bersiri Neuro Linguistic Programming (NLP) siri-8,saya telah menerangkan mengenai cara untuk menukar kepercayaan anda.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana anda dapat menggunakan kepercayaan anda untuk meningkatkan kualiti kehidupan anda.

Kepercayaan anda-pada tahap maksimum-mempunyai kuasa yang membawa kesan positif atau negatif dalam hidup anda.Kepercayaan anda boleh membantu anda untuk mengumpul kekayaan, kesihatan yang baik,dan kebahagiaan.Kepercayaan anda juga turut dapat membuatkan anda terus hidup dalam kemiskinan,kesihatan yang buruk, dan hidup anda dalam keadaan tidak terurus.

Kepercayaan yang saya maksudkan bukanlah yang berkaitan dengan kepercayaan dalam konteks agama.Kepercayaan yang saya maksudkan ialah kepercayaan yang anda cipta melalui pengalaman hidup anda.Ianya membentuk realiti anda dan seterusnya membentuk tabiat anda.Anda boleh membentuk satu kepercayaan yang dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti hidup anda.Contohnya kepercayaan yang biasa di terima oleh golongan masyarakat umum:


  • Semakin banyak anda berbelanja,semakin lambat atau mustahil untuk anda menjadi kaya-bergantung kepada persepsi anda mengenai kekayaan.Anda boleh mengubah kepercayaan ini dengan mencipta kepercayaan bahawa semakin banyak anda berbelanja,semakin cepat anda menjadi kaya.Daripada kepercayaan ini,anda akan mencari sebab untuk mencari keyakinan kepada kepercayaan ini melalui tindakan.Anda akan mula membeli buku-buku berkaitan kekayaan/kewangan,menghadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan kekayaan,dan lain-lain.Anda akan mendapat nasihat-nasihat berkaitan kewangan daripada pakar kewangan bertauliah.

  • Semakin banyak anda makan,anda semakin sukar untuk menurunkan berat badan - sekali lagi ianya bergantung kepada persepsi anda mengenai maksud menurunkan berat badan.Anda boleh menukar kepercayaan anda dengan semakin banyak anda makan,semakin cepat anda dapat menurunkan berat badan.Hasil daripada kepercayaan ini akan menukar tabiat makan anda.Anda akan menukar menu makanan anda dengan memakan buah-buahan sepanjang hari dan menjauhi makanan-makanan yang dapat menyebabkan berat badan anda bertambah.


Seperti mana anda boleh memilih kepercayaan yang positif yang dapat membantu anda,anda juga boleh memiliki kepercayaan yang negatif-menyekat potensi anda selama-lamanya sekiranya tidak di ubah.Sekiranya anda mempunyai pengalaman buruk pada masa lalu contohnya seperti putus cinta, anda akan takut untuk bercinta lagi.Sekiranya pada zaman sekolah dahulu anda pernah menghantar artikel untuk majalah/surat khabar dan disiarkan,anda akan mempunyai kepercayaan bahawa anda berbakat untuk menjadi seorang penulis buku.

Anda perlu berhati-hati menggunakan perkataan-perkataan tertentu semasa anda berdialog dengan diri anda sendiri.Perkataan-perkataan yang perlu di beri perhatian semasa berdialog dengan diri sendiri:

  • Saya tidak boleh....
  • Esok......
  • Nanti....
  • Kalau......
  • Seandainya....

Perkataan-perkataan yang dapat membantu anda mengembangkan potensi anda:

  • Bagaimana....
  • Apa....

Antara kepercayaan yang mempengaruhi kekayaan ialah kepercayaan anda mengenai orang kaya.Sebilangan besar orang percaya orang kaya:

  • tamak
  • kedekut
  • mementingkan diri sendiri

Sebaliknya yang berlaku pada kepercayaan orang kaya:

  • dengan kekayaan yang dimiliki boleh mencipta peluang pekerjaan

  • orang tidak kaya kerana sibuk memikirkan duit di dalam poket orang lain berbanding dengan duit dalam poket mereka sendiri

  • semakin banyak mereka dapat menyelesaikan masalah orang lain,semakin bertambah kekayaan mereka

  • golongan orang makan gaji tamak dan hanya mementingkan diri mereka sendiri.Soalan-soalan yang sering di tanya oleh calon-calon semasa sesi temuduga ialah:
    • Berapa hari mereka dapat cuti dalam setahun?
    • Adakah mereka dapat claim apabila bekerja lebih masa?
    • Adakah pihak syarikat menyediakan klinik panel?
    • Adakah gaji mereka di bayar lebih sekiranya bekerja pada hari cuti am?

Kepercayaan anda terhasil daripada nilai yang ada pada diri anda.Ianya merupakan "trigger" kepada tindakan anda.Sebagai contoh,sekiranya anda menjumpai dompet dengan sejumlah wang didalamnya, sekiranya nilai yang ada pada diri anda ialah kejujuran,anda akan menghantarnya ke balai polis berdekatan dan berpuas hati dengan tindakan anda.Sekiranya kejujuran tidak penting bagi anda,anda akan mengambil wang dijumpai dan menggunakannya mengikut kemahuan anda.

Sekiranya anda ingin tahu apakah nilai yang menjadi keutamaan kepada diri anda,anda hanya perlu bertanya kepada diri anda sendiri,"Apakah perkara yang paling penting bagi anda?"Jawapan yang anda berikan akan menunjukkan nilai anda.

Nilai yang terdapat dalam diri anda akan mempengaruhi anda untuk membuat keputusan.Antaranya ialah:

  • pilihan untuk memilih kawan-kawan/rakan kongsi
  • pilihan untuk membuat pembelian sesuatu produk/servis
  • pilihan untuk memilih makanan yang anda gemari
  • pilihan untuk menghabiskan masa lapang anda
  • pilihan untuk memilih makna bahagia dalam hidup anda

Tindakan manusia di dorong untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan menjauhi kesusahan.Ianya bergantung kepada nilai yang ada pada anda.

Nilai yang mendorong:

  • Kasih sayang
  • Kebebasan
  • Kesihatan
  • Kebahagiaan
  • Kekayaan
Nilai yang dielakkan:

  • Rasa bersalah
  • Kesedihan
  • Kesunyian
  • Kemarahan
  • Kemiskinan
Semuanya subjektif.Ianya bergantung sepenuhnya kepada makna yang anda berikan kepada setiap nilai.Setiap nilai membentuk emosi anda.Semua tindakan manusia didorong oleh emosi.

Perkataan emosi diambil daripada "emotion" iaitu gabungan daripada ayat energy in motion / tenaga yang bergerak.Apabila anda mengubah fisiologi-anggota tubuh badan- anda,tenaga di dalam badan anda akan bergerak.

Ianya akan membentuk tindakan yang anda ambil.Sekiranya anda tidak mengambil tindakan,ini bermakna tenaga di dalam badan anda tidak bergerak.Kehidupan anda tidak akan berubah sekiranya anda tidak mengambil tindakan.

Tindakan manusia dipacu oleh emosi.Sumber tenaga universal ialah wang.

Di Malaysia,matawang yang dicetak mempunyai gambar Sultan dan tanda tangan Gabenor Bank Negara.Tiada orang yang sanggup bersusah payah semata-mata untuk mendapatkan kertas yang mempunyai gambar sultan dan tanda tangan Gabenor Bank Negara semata-mata.

Anda mungkin bersusah-payah dan bersengkang mata untuk mendapatkan wang.Namun adakah anda tahu apakah faktor utama yang mendorong anda untuk mendapatkan wang?
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang ialah untuk menyara keluarga anda,nilai utama anda ialah kasih sayang kepada keluarga anda.

  • Sekiranya anda mendapatkan wang untuk membantu orang lain,nilai utama anda ialah membantu orang lain.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk membeli barangan mewah,nilai utama anda ialah status sosial.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk mempunyai masa bersama keluarga anda,nilai utama anda ialah masa bersama keluarga anda.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk membayar hutang-hutang anda,nilai utama anda ialah kebebasan.

  • Sekiranya anda mendapatkan wang untuk membeli produk/peralatan kesihatan,nilai utama anda ialah kesihatan.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk berseronok,nilai utama anda ialah berseronok.

Anda boleh menggunakan nilai yang anda tetapkan sendiri sekiranya anda memerlukan sumber motivasi untuk mendapatkan wang.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 9 : Meningkatkan Kehidupan Dengan Kepercayaan .Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Mengetahui Nilai pada artikel yang akan datang.