Bagaimana Minda Separa Sedar Menjahanamkan Hidup Anda

Bagaimana Minda Separa Sedar Menjahanamkan Hidup Anda


Setiap orang pernah melalui beberapa siri kejayaan dan kegagalan sepanjang hidup ini.Anda mungkin pernah mencapai kejayaan yang besar satu ketika dahulu tetapi sekarang ianya sudah berlalu.Anda kembali seperti asal dan mungkin juga menjadi jauh lebih teruk dari masa dahulu.

Maksud saya kejayaan yang anda raih satu ketika dahulu ialah anda mendapat apa yang anda
inginkan.Tidak mengira sama ada dari sudut perkahwinan, kesihatan, kewangan, perniagaan, pendidikan,status sosial, atau lain-lain.Saya harap anda faham maksud saya.Sekali lagi saya ulang,kejayaan yang saya maksudkan ialah anda mendapat apa yang anda inginkan.

Dalam artikel ini saya akan cuba menjelaskan mengapa kejayaan yang anda raih satu ketika
dahulu kini telah hilang.

Cuba anda renungkan kembali keadaan diri anda sebelum anda meraih kejayaan satu ketika dahulu.

  • Apa yang anda lakukan untuk mencapainya?
  • Apakah fokus anda setiap hari untuk mencapainya?
  • Apa yang membuatkan anda melakukan apa yang perlu lakukan untuk anda meraih kejayaan itu?
  • Adakah anda membuat keputusan yang jelas untuk mencapai kejayaan yang anda raih itu?
  • Bagaimana dengan emosi,fizikal,kewangan, dan semangat anda sebelum meraih kejayaan itu?
  • Apakah yang mendorong anda untuk mencapainya?
Ini hanya untuk membantu anda untuk merenung kembali masa silam anda.Berikut merupakan beberapa contoh "kejayaan" yang saya maksudkan:
  • Anda dapat berkahwin dengan orang yang anda idamkan.
  • Anda mendapat berat badan yang anda idamkan.
  • Anda berjaya mendapat keuntungan dari perniagaan anda.
  • Anda mendapat kenaikkan pangkat.
  • Apa-apa sahaja yang anda dapat
Saya merumuskan secara kasar bahawa ianya telah menjadi sejarah hidup anda.Sekarang semuanya telah berlalu.Anda telah mendapat apa yang tidak pernah anda dapat.pada ketika itu,ianya merupakan pengalaman yang baru dalam hidup anda.

Minda separa sedar anda tanpa anda sedari telah merosakkan diri anda sendiri.Ini kerana anda telah
menetapkan satu "standard" kepada diri anda sedari.Anda telah menghantar arahan kepada minda separa sedar bahawa apa yang anda dapat telah cukup dan anda tidak dapat menerima hakikat anda sudah berjaya.

Kesan daripada minda separa sedar ini juga mendatangkan kesan kepada orang disekeliling anda.Contohnya:

  • Anda membenci orang yang rapat dengan anda.
  • Hubungan anda dengan orang lain menjadi rosak.
  • Suara anda berubah apabila bercakap.
  • Anda menjadi tidak neutral apabila menilai orang lain.
  • Anda menjadi sensitif.
  • Anda berasa curiga dengan orang yang rapat dengan anda.
Alasannya cukup mudah kenapa ianya berlaku.Minda separa sedar anda tidak dapat menerima perubahan dalam hidup anda.Apabila anda sudah mencapai apa yang anda inginkan, anda mungkin:
  • Tidak konsisten dengan tindakan yang anda ambil sebelum ini.
  • Fokus anda pada setiap hari telah berubah.
  • Semangat anda menjadi luntur.
  • Perasaan takut menyelubungi diri anda kerana anda takut kejayaan yang anda raih akan hilang.
  • Bertangguh untuk bertindak.
  • Mula merokok
  • Tidak menjaga makan
Cara untuk mengatasi masalah ini daripada berulang juga mudah.Anda perlu membuat keputusan untuk kembali mencapai apa yang anda telah anda dapat satu ketika dahulu.Ambil tindakan yang telah anda buat dahulu.Kemudian anda nilai apa hasil yang anda dapat.Sekiranya gagal,anda ubah pendekatan untuk mencapainya kembali.

Anda telah meraih apa yang anda dapat dahulu.Anda tahu apa yang perlu anda lakukan.Sekarang ianya terserah kepada anda bagaimana untuk mendapatkannya kembali.Sekiranya anda tidak tahu apa yang anda perlu lakukan,anda buat keputusan untuk mendapatkannya kembali.Gunakan minda separa sedar anda untuk mencari jawapan.

Sekiranya minda separa sedar anda masih tidak membantu anda mencari jawapannya,sebelum tidur anda perlu menulis apa yang menjadi persoalan kepada diri anda di atas kertas.

Minda separa sedar akan memberi anda jawapan yang anda perlukan.Anda boleh mencuba sekiranya anda ragu-ragu.Minda separa sedar anda merosakkan anda apabila anda tidak mempunyai matlamat yang spesifik.Apabila anda telah meraih kejayaan,anda tidak menetapkan matlamat yang baru.

Setiap pengakhiran merupakan satu permulaan.Teruskan melangkah.Hanya orang mati tidak bergerak.buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda masih hidup di dalam dunia ini.

Sekian terima kasih.