Hukum Tarikan-Siri 16 : Menjadi Orang Baru

Hukum Tarikan-Siri 16 : Menjadi Orang Baru
Berbanding untuk mengubah mana-mana bahagian dalam hidup anda yang mungkin membuatkan anda terasa sukar untuk berubah,adalah lebih baik untuk anda memulakan tindakan yang baru di dalam kehidupan.Ini kerana ianya akan membantu anda bertindak sesuai dengan realiti,hubungan anda dengan orang lain dan kemampuan anda pada masa sekarang.

Dengan mengambil tindakan yang baru,anda dapat mencegah masalah tindakan anda yang tidak selari dengan realiti,hubungan anda dengan orang lain dan kemampuan anda pada masa lalu.

Bayangkan anda berjumpa dengan orang yang tidak anda kenal.Anda tidak mempunyai sebarang masalah berbangkit mengenai masa lalu anda.Anda bebas untuk membina hubungan secara jujur dan ikhlas.Anda akan dapat untuk bersikap terbuka dan keyakinan kerana anda tidak mempunyai sebarang isu dengan orang ini.Anda boleh menerima pandangan orang ini dan mungkin juga dapat menjemput orang ini melakukan aktiviti yang anda suka bersama-sama.

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama apabila anda memulakan tindakan atau aktiviti yang baru pada masa lapang anda.

Sebagai contohnya,sekiranya hobi anda mengumpul barangan antik anda boleh menambahkan pengetahuan anda dengan membaca buku mengenai barangan antik,berhubung dengan pengumpul barangan antik yang lain, atau menyediakan ruang khas dalam rumah anda untuk meletakkan koleksi barangan antik anda. Sekiranya anda sudah mempunyai ruang khas untuk meletakkan koleksi anda,anda boleh mengubah ruang untuk meletakkan koleksi barangan antik anda itu.

Anda boleh juga memulakan hobi baru atau apa-apa sahaja yang akan menukar rutin harian anda.Anda juga boleh menukar makanan/minuman anda.Anda juga boleh menukar cara anda berjalan.Anda hanya perlu tukar walaupun sedikit sahaja rutin harian anda.

Apabila anda memulakan aktiviti baru didalam hidup anda,anda sudah dapat mengambil tindakan yang selari dengan realiti,hubungan, dan kemampuan anda walaupun anda masih jauh dari impian anda.

Elakkan untuk mengharapkan kesempurnaan.Apabila anda melakukan kesilapan,maafkanlah diri anda sendiri dan terus menukar cara anda mengambil tindakan.Lakukan yang terbaik apa yang anda mampu dan nilaikan sendiri hasil tindakan anda.Ini kerana Hukum Tarikan berfungsi mengikut hukum alam.Anda menuai apa yang anda tanam.

Anda mungkin telah mengalami beberapa siri kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.Apa yang
perlu anda renungkan ialah:

  1. Adakah anda sudah menggunakan sepenuhnya potensi anda?
  2. Adakah kejayaan anda menjadi perangkap kepada anda bahawa potensi anda sudah digunakan sepenuhnya?
  3. Adakah kejayaan anda dicapai semata-mata untuk memenuhi jangkaan orang lain?


Perkara-perkara ini kelihatan abstrak dan anda mampu menambah soalan lain mengenai kejayaan dan kegagalan anda seperti adakah kejayaan yang anda capai adalah sesuatu yang anda inginkan? atau
soalan-soalan lain yang dapat membantu anda untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.

Semoga artikel yang ringkas ini dapat membantu anda untuk kembali bemengenai tindakan anda pada
masa lepas.Anda perlu sedar bahawa masa lepas tidak menentukan masa depan.Masa depan anda ialah hasil tindakan anda pada hari ini.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:  Menetapkan Sasaran.
Saya akan menulis mengenai Membentuk Tabiat Positif pada artikel yang akan datang.

Sekian,terima kasih.