Hukum Tarikan-Siri 15 : Menetapkan Sasaran

Hukum Tarikan-Siri 15 : Menetapkan Sasaran


Dalam artikel yang lepas,saya sudah menulis bagaiimana anda dapat berpijak di bumi yang nyata.Ini untuk membantu anda agar dapat mencapai apa yang anda inginkan.Sekiranya anda berasa negatif ketika menjawab soalan-soalan yang terdapat pada artikel yang lalu,sekurang-kurangnya anda menjadi lebih realistik dan tidak bergantung kepada harapan semata-mata.

Dalam artikel kali ini,saya akan membantu anda untuk menetapkan sasaran bagi setiap bahagian dalam soalan yang telah di cadangkan pada artikel yang lalu.Anda perlu menetapkan sasaran untuk setiap bahagian soalan dalam artikel yang lepas.

Berikut merupakan beberapa petunjuk yang anda boleh tetapkan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Anda hanya perlu menetapkan satu sasaran sahaja.Sekiranya anda yakin dapat menetapkan lebih banyak sasaran,anda boleh melakukan demikian.


Realiti
  • Mengaku anda menipu diri sendiri atau perkara yang anda rahsiakan daripada orang lain
  • Tuliskan apa yang anda jangkakan apa yang akan berlaku pada kehidupan anda pada 5,10, dan 20 tahun akan datang daripada sekarang sekiranya anda tidak berubah
  • Menambah pengetahuan mengenai sesuatu yang anda tidak tahu atau kurang pengetahuan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan
  • Bertanya pada orang yang anda rasa selesa untuk meminta pandangan mengenai realiti anda yang anda rasa salah/tidak tepat.Kemudian anda nilaikan sendiri dengan pandangan anda.
  • Jauhkan diri dari televisyen/video/radio selama 30 hari.

Hubungan
  • Hantar kepada seseorang kad/nota yang ditulis dengan tulisan tangan anda sendiri.
  • Memulakan perbualan dengan seseorang yang anda rasa benci/menyampah.
  • Ucapkan "I Love You" atau "Saya ambil berat terhadap awak" pada orang yang tidak pernah mendengar daripada anda.
  • Bagi hadiah pada orang yang anda sayang/hargai untuk menunjukkan anda menghargai hubungan yang terjalin.Tidak perlu hadiah yang mahal.Cukup sekadar pen,diari atau lain-lain.
  • Ajak kawan anda yang tidak pernah ke rumah anda untuk berkunjung rumah anda.

Kuasa
  • Tuliskan senara baru matlamat anda untuk setiap sudut hidup anda seperti kesihatan,kewangan,pendidikan,agama, dan lain-lain.
  • Luangkan masa sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari untuk anda mengambil tindakan khusus untuk mencapai impian anda.Abaikan untuk melakukan tugasan yang lain dalam tempoh ini.
  • Mula berdoa untuk mencapai impian anda.Sekiranya anda sudah berdoa,gandakan bilangan doa anda.
  • Rancang hidup anda pada hari esok bermula daripa anda bangun pagi.Ketika anda ingin tidur pada hari esok,anda tetapkan sendiri skala dari 1-10  bagaimana anda dapat mengikut rancangan anda sendiri.
Kesatuan
  • Buat baik pada orang yang tidak pernah lansung.
  • Kongsikan pengalaman buruk anda dengan orang lain agar orang lain juga dapat manfaat dari pengalaman buruk anda.
  • Renungkan kembali pengalaman anda pada masa lalu sama ada anda pernah menilai seseorang secara tidak adil.Kemudian fikirkan bagaimana untuk membaiki keadaan.
  • Luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan di tempat yang mengandungi tumbuhan atau tepi laut.Tenangkan fikiran anda.

Tanggungjawab
  • Elakkan untuk mengambil tindakan yang tidak membantu anda
  • Lakukan sesuatu yang baru yang anda sudah lama ingin lakukan.Contohnya seperti program diet,cara baru berinteraksi dengan orang lain atau lain-lain lagi.
  • Pakai pakaian yang anda ingin pakai dan tidak berfesyen mengikut mana-mana orang.
  • Ajar orang lain apa yang anda tahu.
Keberanian
  • Cari tindakan yang anda tahu anda akan mendapat banyak faedah sekiranya dilakukan tetapi anda masih tidak bertindak.
  • Lakukan satu perkara yang anda takut untuk melakukannya pada hari ini.
  • Senyum pada orang yang tidak anda kenali.
Sinergi
  • Telefon seseorang yang anda kenal dan berbual dengan cara anda sendiri sepanjang masa anda berbual.
  • Ambil kertas dan senaraikan 20 idea baru bagaimana anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Perhatikan bagaimana kuasa,hubungan, dan kuasa orang lain di persekitaran anda.

Sasaran yang anda tetapkan akan membantu anda untuk menukar impian anda menjadi realiti dengan lebih cepat.Anda akan mengetahui beberapa perkara yang mudah untuk anda lakukan tetapi sukar dilakukan oleh orang lain.Anda dapat mengukur diri anda sendiri.& hari adalah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan kesannya.Sekiranya anda inginkan cabaran,anda boleh melakukan semua sasaran anda dalam masa 1 hari.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:  Menetapkan Sasaran.
Saya akan menulis mengenai Menjadi Orang Baru pada artikel yang akan datang.

Sekian,terima kasih.