Hukum Tarikan-Siri 11 : Berani Untuk Berubah

Hukum Tarikan-Siri 11 : Berani Untuk Berubah


Keberanian hanya akan wujud apabila anda menggabungkan realiti dan potensi anda.Ianya akan membuatkan anda mengambil tindakan yang besar untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Tanpa keberanian,anda tidak akan mengambil tindakan yang anda perlukan dalam proses mendapatkan apa yang anda mahu.Impian anda hanya bertukar menjadi realiti apabila anda berani membuat impian anda sendiri dan impian anda lahir dari hati anda - bukannya diransang oleh faktor luaran seperti keinginan pihak lain,media, atau lain-lain.

Faedah utama sekiranya anda memiliki keberanian ialah anda tidak takut untuk gagal.Ini kerana anda tahu bahawa anda gagal kerana tidak melakukan atau tidak mengetahui tindakan yang tepat untuk anda mencapai matlamat anda.

Apabila anda mengetahui apa yang anda inginkan dalam jangka masa yang panjang namun anda mendapat hasil yang tidak seperti anda jangkakan,keberanian anda akan menjadi jambatan untuk anda terus melangkah mencapai impian anda.

Mungkin anda ingin memutuskan hubungan dengan pasangan anda,berhenti kerja atau lain-lain yang anda ingin lakukan tetapi masih belum bersedia kerana tidak dapat membayangkan apa yang berlaku sekiranya anda mengambil tindakan.Dengan memiliki keberanian,anda akan mampu mengatasi cabaran yang mungkin timbul dengan tindakan yang anda ambil.

Ini kerana anda memiliki keberanian untuk mencapai apa yang anda mahukan.Keberanian memberi anda kekuatan untuk menghadapi halangan untuk mendapatkan apa yang anda mahu dalam jangka masa yang panjang.Tanpa keberanian anda akan menjalani hidup tidak seperti yang anda inginkan - lebih teruk lagi berpura-pura bahagia.

Mungkin anda ingin berhenti kerja kerana tempat kerja anda tidak memuaskan hati anda.Mungkin juga mengekalkan hubungan dengan pasangan anda membuatkan anda hidup dalam kekecewaan.Anda perlu berani untuk mengubah hidup anda.Anda perlu mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda.Elakkan menungggu bulan jatuh ke riba.Tiada apa yang akan berubah sekiranya anda tidak mengambil tindakan.

Sekiranya anda berharap pihak lain yang akan mengubah hidup anda,anda tidak akan dapat menggunakan hukum tarikan kerana untuk menggunakan hukum tarikan,anda memerlukan
keberanian.Hanya orang yang pengecut yang berharap pihak lain yang akan mengubah hidup mereka.Orang yang pengecut tidak mempunyai realiti yang tepat seterusnya hati dan perasaan mereka dipenuhi dengan ketakutan.Dengan keberanian,anda akan dapat mengatasi halangan anda selama ini.


Keberanian lahir dari hati dan jiwa anda.Sekiranya anda takut kepada bayang-bayang anda sendiri untuk mengambil tindakan,ini menandakan bahawa anda apa yang anda inginkan tidak selari dengan hati dan jiwa anda.

Dalam apa jua yang anda lakukan,tanyalah kepada diri anda sendiri,

"Adakah apa yang saya inginkan selari dengan hati dan jiwa saya?"

Sekiranya anda menjawab "Tidak",anda akan dapat mengetahuinya dan anda perlu melakukan sesuatu yang lain.

Adakah anda mengetahui dari dalam hati anda bahawa apa yang anda lakukan sekarang merupakan tindakan yang tepat?Sekiranya tindakan yang anda ambil tidak lahir dari isi hati anda sendiri,sedikit demi sedikit tindakan yang anda ambil akan merosakkan anda secara perlahan-lahan.

Anda perlu sedar apabila tindakan yang anda ambil tidak selari dengan hati anda,anda tidak akan menyedarinya sehinggalah situasi hidup anda memberikan petunjuk.Keberanian hanya akan lahir dari hati anda dan keinginan anda untuk kekal dengan realiti hidup anda sekarang membuatkan anda menjadi bertambah lemah.

Apabila anda mengikut hati anda,anda akan berda di persimpangan jalan.Ianya akan menghasilkan situasi yang tidak anda duga.Anda akan menjadi keliru dengan tindakan yang anda ambil.


Apabila anda telah menyedari bahawa tindakan yang anda ambil tidak dipengaruhi oleh hati anda,berhenti dari tindakan yang anda lakukan.Kemudian luangkan sedikit masa untuk mengetahui apa sebenarnya yang anda ingin lakukan agar selari dengan hati anda.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda tidak tahu tindakan apa yang perlu anda ambil agar selari dengan hati anda?

Sekiranya anda berada dalam situasi ini,langkah yang perlu anda ambil ialah berhenti dari apa yang sedang anda lakukan sekarang.Kemudian,anda cari tindakan apa yang sesuai dengan anda.Ini membuatkan anda menjadi berani,memiliki pengetahuan apa yang perlu anda lakukan, dan memiliki kebebasan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan sebelum impian anda benar-benar menjadi realiti.

Keberanian membuatkan anda berdepan dengan realiti hidup anda pada masa sekarang dan mengambil tindakan untuk menukarkan impian anda menjadi realiti.

Dengan memiliki keberanian,anda berani untuk mengambil langkah pertama untuk mendekatkan diri anda kepada apa yang anda mahukan.Elakkan untuk terus menanti peluang muncul di depan anda.Anda mengambil tindakan berdasarkan realiti anda sekarang dan konsisten dengan tindakan yang anda perlu lakukan.Gunakan sepenuhnya sumber yang anda miliki.

Adalah bagus sekiranya anda mempunyai matlamat yang spesifik.Namun sekiranya matlamat anda bukan didorong oleh hati anda sendiri,ianya akan membuatkan anda terus bertangguh untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.

Apabila anda benar-benar lapar,adakah anda:

1)Menunggu makanan yang anda suka muncul di depan anda?

2)Bertindak mendapatkan makanan?

Apabila anda mempunyai matlamat yang spesifik dan didorong oleh hati anda,anda akan bertindak dengan sepenuh hati untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Keistimewaan menggunakan kuasa Hukum Tarikan ialah ia sepenuhnya bergantung kepada diri anda sendiri.

Ketakutan biasanya menhalang anda untuk melihat peluang di depan anda.Kesilapan terbesar setiap orang bukanlah dengan kesalahan yang telah anda lakukan tetapi tidak mengambil tindakan apabila peluang telah muncul didepan mata.

Apabila anda mengambil langkah pertama,anda membuang semua ketakutan yang menyelubungi
anda selama ini dan memberi tumpuan kepada peluang yang terdapat disekeliling anda.Anda akan mendapati keuntungan jangka masa panjang untuk anda berbanding dengan kesan jangka pendek terhadap tindakan yang anda ambil.

Dalam jangka masa panjang,tindakan yang anda ambil yang mungkin menyebabkan anda kesusahan adalah lebih baik berbanding dengan hidup dalam ketakutan terhadap bayang-bayang anda sendiri.Ketakutan untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan mungkin disebabkan oleh imaginasi anda sendiri.Kesan lebih teruk ialah membuatkan anda merasa tertekan dan irihati dengan kejayaan orang lain.Kesannya kepada anda mungkin untuk tempoh sehari,seminggu,setahun, atau sepanjang hayat anda.

Keberanian untuk anda mengambil tindakan juga mungkin membuatkan anda merasa tidak selesa untuk sementara waktu.Namun ianya memberikan anda panduan untuk terus melangkah mencapai impian anda.Cara untuk mengurangkan risiko anda ialah dengan belajar daripada orang yang mempunyai impian seperti anda dan telah mencapai impian mereka.

Keberanian memberikan anda semangat untuk menghadapi kegagalan.Ini menjadi sebab kenapa
ramai orang masih tidak mencapai impian mereka kerana tidak berani mengambil risiko dan menunggu peluang muncul didepan mereka.Ini didorong oleh rasa takut dan tamak.Tidak perlu dihairankan sekiranya anda sering mendengar mengenai skim cepat kaya.

Orang yang takut menghadapi kegagalan ialah orang yang memandang rendah terhadap diri sendiri untuk jangka masa yang panjang.Mereka menggunakan potensi mereka untuk menipu diri mereka sendiri.Ianya boleh dihapuskan dalam masa beberapa saat sahaja dengan mula mengambil langkah pertama yang perlu dilakukan.

Sekiranya anda memerluka sesuatu,anda perlu bertindak.Anda mungkin menghadapi dilema sama ada anda takut ditolak atau anda perlu berani untuk mengambil tindakan.Kalau anda gagal,anda masih dapat hidup.Anda dapat belajar dari pengalaman anda dan menjadi semakin matang.Sekiranya anda berjaya,anda akan mendapatkan apa yang anda mahu dengan lebih cepat dengan mengambil tindakan.

Anda tidak perlu mengambil tindakan dengan tergesa-gesa.Lakukan sedikit demi sedikit.Sekiranya orang lain tidak bersetuju dengan matlamat anda,abaikan sahaja kerana matlamat anda merupakan hak anda.Hanya anda yang memahami realiti hidup anda.Semua jelas sekiranya anda jujur kepada diri sendiri.Kegagalan terbesar biasanya menjadi senjata utama untuk mencapai matlamat anda.

Kongsikan pandangan dan kemahuan anda secara terbuka.Jadikan ianya mudah difahami oleh orang
lain untuk mendapatkan pandangan yang jujur.Dengan keberanian ianya hanya mengambil sedikit masa sahaja.

Anda mungkin berasa hampa namun anda telah berjaya mengeluarkan keberanian anda.Elakkan perasaan takut gagal.Ianya akan sentiasa berlaku setiap kali anda ingin mengubah hidup anda.Sekiranya terdapat seseorang menolak kemahuan anda,ini tidak bermaksud orang itu membenci anda.

Contohnya seseorang meminta pandangan mengenai sesuatu makanan.Sekiranya anda tidak bersetuju tidak membuatkan anda membenci orang yang bertanya itu.Walaupun anda menolak pandangan seseorang itu,adakah anda merasa sedikit hormat kepada kejujuran dan keterbukaan orang yang bertanya itu?

Apabila seseorang itu mengetahui anda jujur walaupun menolak pandangan anda,mereka akan memberikan anda peluang yang lain untuk anda mendapatkan apa yang anda mahu.Contohnya anda seorang jurujual,walaupun pelanggan anda menolak tawaran anda,anda boleh meminta mereka memberikan nama rakan-rakan mereka yang mungkin berminat dengan produk anda.

Dengan menggabungkan potensi anda,keberanian akan memberikan anda kekuatan untuk membina hubungan dengan orang yang anda perlukan.Ini kerana keberanian memberikan anda kekuatan untuk menyedari potensi yang anda miliki.Ini membuatkan anda untuk menghormati orang lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan kerana anda tahu kelemahan dan kekuatan yang anda miliki.

Rasa hormat pada orang lain timbul apabila anda menggabungkan realiti hidup anda dan potensi anda dikeluarkan sepenuhnya.Anda hanya dapat mengambil tindakan yang tepat apabila anda jujur terhadap realiti hidup anda.Tindakan yang tidak tepat akan terhasil apabila anda tersilap mengenai realiti hidup anda.Dengan menghormati orang lain,anda melihat realiti yang berbeza.Anda boleh bermula dengan menghormati diri anda sendiri terlebih dahulu.

Sekiranya anda berasa malu atau tidak bermotivasi,sebab mudahnya ialah kerana anda berasa keseorangan.Anda tidak dapat bertindak selari dengan realiti,kuasa, dan potensi yang ada di dalam diri anda.Apabila situasi ini terjadi,anda perlu berpijak dibumi yang nyata dan memandang realiti hidup dan potensi anda dengan jujur.

Kenang kembali pada masa anda berasa sangat bersemangat yang datangnya daripada diri anda sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran.Dengan keberanian,anda dapat mengambil tindakan dengan pantas.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Berani Untuk Berubah Sepenuhnya.Saya akan menulis mengenai Gerak Hati pada artikel yang akan datang.
Sekian,terima kasih.
Baca Lagi