Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

"Kepercayaan boleh menjadi pintu kepada kecemerlangan atau penjara hidup anda,"

Hadiah Harijadi
Pada suatu hari seorang suami membeli beberapa hadiah kepada isterinya sempena hari lahir yang ke-30 isterinya.Si suami menyorok semua hadiah itu di dalam bilik tidur mereka untuk membuat kejutan kepada isterinya.Si isteri diminta keluar rumah terlebih dahulu sementara si suami meletakkan semua hadiah yang dibelinya ditempat yang difikirkan sesuai.
Setelah selesai menyoroknya,si suami meminta si isteri mencari hadiah-hadiah yang disembunyikannya.Si suami hanya memberikan 2 'hint' iaitu semua hadiah berada dalam bilik tidur mereka dan terdapat lebih dari satu hadiah.
Kemudian si isteri pun masuk ke dalam bilik tidur untuk mencari hadiah-hadiah dari suaminya.Setengah jam kemudian,si isteri pun keluar sambil membawa 3 hadiah yang ditemuinya.Sambil tersenyum si isteri membawa ketiga-tiga hadiah tersebut kepada suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
Apabila si suami memandang isterinya,dia tersenyum dan bertanya pada isterinya adakah si isteri sudah mendapatkan semua hadiah?
Si isteri terkejut dengan soalan dari suaminya dan menjelaskan dia sudah menemui semua hadiah dari suaminya.Dia percaya bahawa dia telah menemui semua hadiah yang diberikan oleh suaminya.
Sambil tersenyum,si suami memberitahu kepada isterinya bahawa dia membeli sebanyak 30 hadiah kepada isterinya sempena menyambut hari kelahiran isterinya yang ke-30.Si suami pun menunjukkan semua hadiah yang di sembunyikan kepada si isteri.Tamat.
Inilah kesan kepercayaan dalam hidup kita.Kita hanya bertindak berdasarkan kepercayaan kita.Hypnosis berhasil kerana ianya mengubah kepercayaan kita terhadap sesuatu realiti.
Setiap orang memiliki set kepercayaan masing-masing dalam kehidupan.Ianya mempengaruhi semua aspek kehidupan kita seperti kesihatan,kewangan,keselamatan,perhubungan,keseronokkan, dan lain-lain lagi.

Pada asasnya,kepercayaan ialah sebarang nilai yang kita tetapkan dalam hidup kita terhadap sesuatu realiti.Ianya memberikan makna tertentu dan dijadikan sebagai kompas dalam kehidupan kita.Kita biasanya meanggap suatu kepercayaan sebagai agama atau fahaman-fahaman yang tertentu.

Kepercayaan boleh di atur yang kemudiannya dijadikan sebagai 'penyaring' kepada minda kita terhadap sesuatu realiti.Sekiranya kita percaya bahawa sesuatu realiti itu sebagai benar,seluruh minda kita akan menganggapnya sebagai benar.

Kepercayaan boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita inginkan dan boleh merosakkan diri kita  dengan membataskan tindakan atau fikiran kita.Ianya menjadi kompas dan peta untuk dijadikan panduan untuk mencapai apa yang kita inginkan dan memastikan kita berhasil mencapainya.

Kita boleh memilih kepercayaan yang membantu atau merosakkan kita.Kepercayaan kita tidaklah selalu benar.Ianya hanyalah ilusi dan boleh dicipta oleh kita sendiri.Kepercayaan seseorang di bentuk melalui:


  1. Persekitaran-keluarga,guru,rakan-rakan
  2. Insiden- sesuatu yang kejadian besar/kecil dan memberi kesan kepada kita;nampak hantu dll
  3. Pengetahuan-sumber maklumat-buku,movie,lagu,ceramah dll
  4. Pengalaman lepas-kejayaan menghasilkan kejayaan,kegagalan menghasilkan kegagalan
  5. Imaginasi - mencipta realiti yang anda inginkan dalam minda 
Apa yang anda nampak mengenai gambar di bawah:

1) Perempuan muda atau perempuan muda?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 2

2)Perempuan yang gemuk atau perempuan yang kurus?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

3)Gambar orang yang kusut masai atau perempuan yang cantik?


Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 4

 4)Gambar air yang separuh penuh atau separuh kosong?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 5

Apa pun yang anda percaya,anda adalah benar.Beginilah Hukum Alam-Hukum Polariti bertindak.Setiap sesuatu mempunyai pasangan masing-masing.Sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan,percayalah bahawa terdapat perkara yang menyenangkan dalam sesuatu situasi itu.Sekiranya anda berada dalam situasi yang menyenangkan,buatlah matlamat baru untuk dicapai.

Kepercayaan memberi kesan yang mendalam dalam kepada emosi seseorang.Faktor emosi yang terlibat  ialah tarikan kepada kenikmatan atau tolakan daripada kepedihan.Ianya bermaksud tindakan kita pada hari ini terbahagi kepada 2 iaitu sama ada untuk mendapat kenikmatan atau untuk menghindari kepedihan.

Anda boleh menguji sendiri kepercayaan anda.Caranya ialah dengan membuat keputusan untuk mencapai apa yang anda inginkan dan tanyalah diri anda sendiri kenapa anda masih tidak mencapainya.

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 6

Kepercayaan akan menghasilkan keyakinan.Keyakinan akan membuatkan kita berimaginasi.Daripada imaginasi akan membuatkan kita fokus.Setelah itu logik akal menyusunkan langkah untuk kita mencapainya.Gerak hati akan bertindak apabila masa yang sesuai telah tiba.Arahan disampaikan kepada minda separa sedar.Minda separa sedar menterjemahkan melalui tubuh fizikal.Tindakan di ambil sebagai komponen terakhir untuk menjadikan sesuatu kepercayaan itu benar.

Pilihlah kepercayaan yang dapat membantu anda.