Kuasa Minda

Kuasa Minda


Apakah Minda?

Ada pendapat yang mengatakan bahawa minda dan otak adalah satu entiti yang sama.Ada juga pendapat bahawa minda merupakan satu bentuk organ didalam tubuh manusia.Otak merupakan satu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar (selepas pembedahan dibuat) dan ianya boleh dikesan dengan alat-alat perubatan atau dibedah oleh pakar-pakar bedah (neuro).

Minda,adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat,disentuh, atau berbau.Ianya tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah perubatan terkini.Berbeza dengan otak yang merupakan sebahagian dari organ tubuh manusia.

Sebagai contohnya,ketika kita sedang tidur,minda sedang sibuk melaksanakan tugas-tugasnya.Ianya termasuklah mengawal tempo nafas,denyutan jantung,proses pencernaan,aliran darah, sehinggalah kita bermimpi.Ini adalah untuk menolak pendapat yang mengatakan minda dan otak/organ tubuh adalah sesuatu yang sama.

Minda  merupakan sesuatu yang tidak berbentuk yang berfungsi untuk menerima maklumat dan mentafsirkan sesuatu realiti seperti objek/situasi/keadaan.Oleh kerana ianya tidak berbentuk,secara semulajadinya ianya tidak terhalang oleh sebarang objek fizik.

Ini juga menjelaskan bahawa keistimewaan manusia berbanding dengan haiwan kerana haiwan tidak mempunyai minda dan ianya hanya bertindakbalas terhadap satu objek/keadaan/situasi dengan cara yang sama sahaja sepanjang hayatnya.

Sekiranya anda mengubah cara anda mentafsirkan sesuatu realiti,kehidupan anda juga akan turut berubah.

Hukum Alam

Hukum alam sentiasa bergerak mengikut aturan yang tersendiri sama ada anda menyedarinya atau tidak.Anda boleh memilih untuk hidup mengikut hukum alam ataupun tidak.Ianya sentiasa bergerak tanpa ada sesiapa yang boleh mengubahnya dan sentiasa bergerak tanpa mengira siapapun anda.

Contoh yang mudah ialah hukum graviti.Tanpa mengira siapapun anda,sekiranya anda melompat keluar dari mana-mana bangunan dari tingkat 12,anda akan terjatuh ke bumi.Beginilah contoh bagaimana hukum alam bertindakbalas dalam kehidupan manusia.

Terdapat beberapa Hukum Alam yang mudah untuk kita fahami dan mengimplementasikan dalam kehidupan:

1)Hukum Menanam dan Menuai
   
Anda menuai apa yang anda tanam.Sekiranya minda anda hanya memberikan perhatian kepada kesedihan,kekurangan,kesedihan,kemiskinan,kesengsaraan, tindakan yang anda ambil akan sentiasa menjurus kepada apa yang anda berikan perhatian.

Sekiranya anda sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan,kebahagiaan,kekayaan, dan kejayaan,ianya akan diterjemahkan melalui tindakan anda.Jadi,berilah perhatian terhadap apa yang anda inginkan kerana ianya bagaikan benih yang ditanam didalam minda anda.Sekiranya anda menanam pokok rambutan,adalah mustahil pokok durian yang akan tumbuh.

2)Hukum Polariti

Setiap sesuatu yang wujud dialam ini mempunyai pasangan masing-masing.Contohnya seperti ada siang.ada malam.Ada lelaki,ada perempuan.Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita juga berpasang-pasangan.Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku,pasti ada terdapat kebaikkannya.Ianya bergantung kepada cara kita memandang sesuatu situasi.

3)Hukum Berkembang

Setiap apa yang kita tanam,memerlukan masa untuk menghasilkan buah.Setiap idea,setiap apa yang anda tanam,memerlukan tindakan yang tertentu,dan masa yang sewajarnya sebelum kita dapat menuai hasilnya.

Setiap impian yang anda tanam didalam minda anda memerlukan anda untuk sentiasa kekal fokus,menjaganya,memberikan tenaga,dan akhirnya barulah anda dapat memetik hasilnya.Sebagaimana biji benih yang memerlukan air,baja, dan cahaya matahari,anda juga perlu memberikan tenaga dengan sabar kerana sesuatu idea itu memerlukan masa untuk berhasil.

Orang-orang yang gagal mencapai impian masing-masing adalah kerana mereka kurang sabar untuk memetik hasilnya.Sekiranya apa yang mereka inginkan tidak dicapai dalam masa beberapa hari atau beberapa bulan,mereka akan mengalah.Apabila keadaan ini terjadi,mereka akan mencari orang/situasi untuk disalahkan.Ianya berlaku kerana mereka tidak memahami Hukum Berkembang.

Anda tidak boleh memaksa sesuatu keadaan untuk berubah mengikut kehendak anda.Andaikata anda menanam pokok kelapa,walaupun anda sentiasa berada disebelah anak pokok sepanjang masa,ianya tidak akan membuatkan anak pokok kelapa tersebut berbuah dengan cepat.Ianya memerlukan masa,cahaya, dan air yang secukupnya untuk berkembang.

Apa yang anda perlukan untuk mencapai impian anda ialah anda sentiasa konsisten tentang keputusan yang anda buat dan memberi tenaga dan masa yang sewajarnya.

4)Hukum Getaran

Setiap sesuatu yang terdapat di alam ini mempunyai getaran yang tersendiri.Minda anda juga mempunyai getaran yang tersendiri.Ianya bergetar mengikur apa yang anda fikirkan.Ianya adalah satu hukum yang adil untuk semua orang.

Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan kehidupan anda,anda perlu menetapkan matlamat/impian yang baru kerana sekiranya anda tidak menetapkan matlamat baru,anda akan terlepas peluang yang berada disekeliling anda dan akan tertarik dalam keadaan/situasi yang tidak menyenangkan.

Sekiranya anda masih tidak mencapai apa yang anda inginkan,anda perlulah meningkatkan getaran fikiran anda.Cara untuk meningkatkan getaran fikiran ialah melalui persepsi,keyakinan,emosi, dan tindakan.Ianya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih baik,tingkatkanlah getaran fikiran anda.Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan,lihat, dan dengar.Elakkan untuk bercakap mengenai apa yang anda tidak mahu.Elakkan berfikir tentang apa yang anda tidak inginkan.Elakkan bergosip,merungut, dan yang seumpamanya.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.

Memahami Kuasa Minda

Setiap manusia normal dilahirkan dengan satu instrumen-minda.Kita tidak dilahirkan dengan sebarang manual bagaimana minda kita berfungsi atau bagaimana untuk menggunakannya.Tanpa pengetahuan mengenai minda,impian seseorang itu tetap tinggal sebagai impian dan akan terperangkap dalam penjara harapan masing-masing.

Memandangkan tujuan blog ini ialah berkaitan hypnosis-diri/self-hypnosis,adalah sewajarnya kita mengetahui 3 komponen minda.

1)Minda Sedar

Ini adalah bahagian minda yang berfikir.Anda boleh memilih apa jua fikiran yang anda inginkan.Di sinilah idea ditetapkan.Maklumat yang diterima oleh minda sedar ialah melalui 5 deria anda iaitu sentuhan,bau,rasa,sentuhan, dan lihat.Anda membuat pilihan melalui minda sedar anda.

Di bahagian ini anda menapis maklumat yang anda fikirkan untuk dihantar kepada minda separa sedar anda.Minda sedar anda terdiri daripada 6 kuasa mental.Sesetengah pihak memanggilnya dengan fakulti otak.Tidak kiralah apa nama yang anda panggil,ianya adalah sebahagian daripada anda dan anda boleh memilih untuk menguatkannya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

1)Persepsi
   
Ini adalah satu cara anda memandang terhadap seseorang/sesuatu situasi.Anda boleh mengubah persepsi anda untuk memandang sesuatu situasi/keadaan dengan cara yang berbeza.Mungkin anda memandang sesuatu situasi sebagai sesuatu yang teruk manakala orang lain memandangnya sebagai peluang.Anda boleh memutuskan bagaimana satu keadaan menjadi sesuatu yang baik atau teruk.Anda boleh mengubah hidup anda dengan menukar cara anda memandang sesuatu realiti.

Secara metaforanya,sekiranya anda memandang realiti anda selama ini dengan kacamata bewarna merah,anda memandang dunia ini penuh dengan warna merah.Sekiranya anda menukarnya dengan kaca mata hitam,anda akan melihat dunia ini dipenuhi dengan warna hitam.

2)Imaginasi

Imaginasi ialah sesuatu yang terbayang oleh anda didalam minda anda.Tidak kiralah apa yang anda bayangkan,suara apa yang anda dengar atau rasakan dalam minda anda,ianya merupakan imaginasi anda.Setiap manusia mempunyai impian masing-masing.Sekiranya anda seperti orang lain yang normal,imaginasi bermula ketika dari zaman kanak-kanak anda.

3)Fokus

Kebolehan ini membantu anda untuk fokus kepada apa yang anda berikan perhatian.Kebanyakkan orang gagal untuk mencapai impian masing-masing kerana kurangnya fokus.Fokus akan memberikan kekuatan untuk mencapai impian.Daya fokus yang tinggi akan memberikan kekuatan untuk seseorang itu menghadapi apa jua keadaan,situasi, atau keadaan yang mencabar.

4)Memori

Anda memiliki memori yang sempurna.Anda tidak pernah melupakan apa-apa pun.Anda hanya dapat mengingati sesuatu yang anda berikan perhatian.

5)Gerak Hati

Ianya sering disebut sebagai deria ke-6.Apabila berlaku sesuatu keadaan yang sukar,setelah anda mengambil kira semua maklumat,dengarlah gerak hati anda.Ianya tidak pernah menipu diri anda.

Biasanya gerak hati seorang perempuan lebih tinggi dari seorang lelaki.Gerak hati sesorang lelaki bagaikan lampu sebuah kereta pada waktu malam dan gerak hati seorang perempuan bagaikan lampu jalan di sepanjang jalan.Tidak kira sama ada anda seorang lelaki atau perempuan,percayalah kepada gerak hati anda.Ianya boleh dilatih dan dikuatkan.

6)Logik

Semua manusia normal boleh berfikir.Anda mempunyai kebolehan untuk menerima atau menolak apa-apa jua idea/saranan.Logik ialah sesuatu yang anda gunakan untuk mentafsirkan sesuatu realiti.


2)Minda Separa Sedar

Bahagian inilah yang paling mempengaruhi hidup anda.Ianya menjadi pusat kuasa anda.Setiap fikiran yang diterima oleh minda sedar anda akan diterima sepenuhnya oleh minda separa sedar.Ianya tidak mempunyai pilihan untuk menolaknya.

Sekiranya anda memikirkan sesuatu yang negatif,minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti dalam kehidupan anda dan begitulah sebaliknya.Ianya akan menterjemahkannya melalui satu instrumen sahaja-badan anda.

3)Tubuh Badan Anda.

Inilah bahagian minda yang terkecil dalam kehidupan anda.Ianya adalah hasil dari minda sedar dan minda separa sedar anda.Ianya tidak pernah menipu.Ianya mengikut sepenuhnya apa yang anda fikirkan.
Ianya membentuk sikap anda.

Sikap dan tindakan akan menghasilkan keputusan (realiti kehidupan anda).

Anda inginkan kehidupan yang lebih baik?Tukarlah sikap anda.
Anda inginkan sikap yang lebih baik?Tukarlah arahan minda sedar anda kepada minda separa sedar.
Bagaimana ingin melakukannya?Tukarlah cara anda berfikir.