Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)

Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)

"Keyakinan adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang,"
Antara Kepercayaan dan Keyakinan
Pada zaman dahulu,di sebuah kota terdapat satu pertunjukkan sarkas.Persembahan diadakan di tengah-tengah pasar.
Seorang ahli sarkas menggunakan panah sebagai alat pertunjukkan.Dalam jarak 20 kaki terdapat pembantu beliau yang memegang sebiji tembikai dan diletakkan di atas kepalanya.Semua penonton terdiam.Pemanah tersebut menarik busur dan melepaskan panahnya dan tepat mengenai tembikai tersebut.Kesemua penonton yang ada bertepuk tangan.
Kemudian,pembantu beliau menggantikan buah tembikai yang dipegangnya tadi dengan buah tembikai susu.Sekali lagi pemanah tersebut menarik busurnya.Semua penonton yang hadir sekali lagi tergamam dan menanti dengan berdebar-debar.Suasana sunyi seketika.Pemanah tersebut pun melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai sasarannya.Sekali lagi penonton berasa takjub dan bertepuk tangan.
Untuk memeriahkan lagi keadaan,pembantu pemanah tadi menggantikan buah tembikai susu dengan buah manggis.Suasana menjadi sangat sunyi.Dengan cara yang sama,pemanah menarik busurnya dan melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala pembantunya.Untuk kali yang ketiganya,semua hadirin bertepuk tangan dan memuji kehandalan pemanah tersebut.
Apabila keadaan agak reda sedikit,pemanah membuat tawaran kepada hadirin untuk menggantikan tempat pembantunya dan akan menerima hadiah.Semua hadirin terdiam dan tiada sesorang pun yang sanggup menggantikan tempat pembantunya.Pemanah tersebut memandang seorang demi seorang muka penonton.Salah seorang penonton menjawab,"Kami percaya kamu mampu memanah dengan baik tetapi kami tidak yakin,".
Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 5-6 tahun mengangkat tangan dan bersedia untuk menggantikan tempat pembantu pemanah tadi.Pada mulanya,hadirin yang berada di sekitar kanak-kanak ini memarahi dan menyuruh kanak-kanak tersebut supaya melupakan hasratnya.Sebaliknya kanak-kanak tersebut terus melangkah dengan tenang ke tengah-tengah pentas.
Sebaik sahaja tiba di tengah pentas,dia terus mengambil buah manggis dan meletakkannya di atas kepala.Pemanah tersebut sambil tersenyum menarik busurnya.Semua hadirin tergamam dan terdiam.Apabila anak panah dilepaskan,ianya tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala kanak-kanak tadi.Muka kanak-kanak tersebut tetap tenang sepertimana sebelum ia naik ke pentas.
Seorang hadirin mendekati kanak-kanak tadi dan bertanya kenapa dia sedikitpun tidak risau atau takut.Kanak-kanak tersebut menjawab,"Pemanah itu ialah ayah saya.Saya percaya ayah saya menyayangi saya dan yakin ayah saya tidak akan mencederakan saya,".Tamat.
Dalam proses hypnosis,anda perlu percaya dan yakin dengan saranan-saranan yang didengar/dibaca untuk menjadikannya efektif.
Apakah Keyakinan?

Keyakinan adalah kesan daripada kepercayaan anda mengenai kebolehan dan harga diri anda.Ianya adalah 100% tanggungjawab anda.Apabila berlaku sesuatu situasi yang membuatkan anda ragu-ragu atau takut,ini kerana anda kurang yakin dengan diri anda.

Orang yang mempunyai keyakinan diri membuat sesuatu untuk membuktikan kepada diri sendiri.Ianya bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana pihak.Keyakinan diri dapat diperolehi sekiranya kita percaya dengan kebolehan dan potensi diri kita untuk melakukan sesuatu.Apabila sesuatu peluang telah tiba,orang yang mempunyai keyakinan akan segera mengambil peluang tersebut untuk mencapai apa yang diinginkan.

Sekiranya anda menerima kritikan untuk mencapai matlamat anda,ianya bukanlah masalah anda.Itu masalah mereka.Apa yang anda lakukan bukanlah untuk mencapai matlamat mereka sebaliknya anda melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat anda.Ianya bergantung kepada makna yang anda beri untuk kritikan yang anda terima.

Sekali lagi diulang,keyakinan adalah hasil dari persepsi/kepercayaan anda terhadap sesuatu realiti.Sekiranya anda ingin mencapai matlamat anda,antara yang boleh anda lakukan ialah mengubah kepercayaan anda.Sepertimana yang telah ditulis dalam artikel Kuasa Kepercayaan,kepercayaan terbentuk oleh 5 perkara.Cara terbaik untuk mengubah sistem kepercayaan anda ialah memiliki matlamat.

Barangkali anda pernah mengalami kegagalan pada masa lalu,ini tidak bermakna anda tidak akan berjaya buat selama-lamanya.Belajarlah sesuatu dari pengalaman lepas.


Mengikut teori aerodinamik,seekor lebah tidak mampu terbang.Eksperimen di dalam makmal jelas menunjukkan bahawa seekor lebah tidak akan mampu terbang kerana saiz,bentuk badan,dan beratnya jika dibandingkan dengan saiz sayapnya jelas mustahil untuk seekor lebah dapat terbang.Namun lebah mengabaikan kekuranganya itu dan yakin ia dapat terbang.
Moral:Pilihlah kepercayaan yang mampu memberikan keyakinan kepada anda
Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)