Kuasa Minda Sedar & Minda Separa Sedar [Infografik]

Kuasa Minda Sedar & Minda Separa Sedar

Minda dan Otak

Ada pendapat yang mengatakan bahawa minda dan otak adalah satu entiti yang sama. Ada juga pendapat bahawa minda merupakan satu bentuk organ didalam tubuh manusia.

Otak merupakan satu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar (selepas pembedahan dibuat) dan ianya boleh dikesan dengan alat-alat perubatan atau dibedah oleh pakar-pakar bedah (neuro).

Minda adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat, disentuh, atau berbau. Ianya tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah perubatan terkini.

Berbeza dengan otak yang merupakan sebahagian dari organ tubuh manusia.

Sebagai contohnya, ketika kita sedang tidur, minda sedang sibuk melaksanakan tugas-tugasnya.

kuasa minda

Ini termasuklah mengawal tempo nafas, denyutan jantung, proses pencernaan, aliran darah, sehinggalah kita bermimpi.

Ini merupakan kebenaran untuk menolak pendapat yang mengatakan minda dan otak / organ tubuh adalah sesuatu yang sama.

Minda merupakan sesuatu yang tidak berbentuk yang berfungsi untuk menerima maklumat dan mentafsirkan sesuatu realiti seperti objek / situasi/ keadaan.

Oleh kerana ianya tidak berbentuk, secara semulajadinya ianya tidak terhalang oleh sebarang objek fizik.

Ini juga menjelaskan bahawa keistimewaan manusia berbanding dengan haiwan kerana haiwan tidak mempunyai minda dan ianya hanya bertindakbalas terhadap satu objek / keadaan/ situasi dengan cara yang sama sahaja sepanjang hayatnya.

Sekiranya anda mengubah cara anda mentafsirkan sesuatu realiti, kehidupan anda juga akan turut berubah.

minda sedar

Hukum Alam & Kuasa Minda

Hukum alam sentiasa bergerak mengikut aturan yang tersendiri sama ada anda menyedarinya atau tidak.

Anda boleh memilih untuk hidup mengikut hukum alam ataupun tidak. Ianya sentiasa bergerak tanpa ada sesiapa yang boleh mengubahnya dan sentiasa bergerak tanpa mengira siapapun anda.

Contoh yang mudah ialah hukum graviti. Tanpa mengira siapapun anda,sekiranya anda melompat keluar dari mana-mana bangunan dari tingkat 12, anda akan terjatuh ke bumi.

Beginilah contoh bagaimana hukum alam bertindakbalas dalam kehidupan manusia.

Terdapat beberapa Hukum Alam yang mudah untuk kita fahami dan mengimplementasikannya dalam kehidupan:

minda separa sedar

Hukum Menanam dan Menuai

Anda menuai apa yang anda tanam. Sekiranya minda anda hanya memberikan perhatian kepada kesedihan, kekurangan, masa silam, kemiskinan, kesengsaraan, tindakan yang anda ambil akan sentiasa menjurus kepada apa yang anda berikan perhatian.

Sekiranya anda sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan, kebahagiaan, kekayaan, dan kejayaan, ianya akan diterjemahkan melalui tindakan anda.

Jadi,berilah perhatian terhadap apa yang anda inginkan kerana ianya bagaikan benih yang ditanam didalam minda anda.

Sekiranya anda menanam pokok rambutan, adalah mustahil pokok durian yang akan tumbuh.

rahsia minda

Hukum Polariti

Setiap sesuatu yang wujud dialam ini mempunyai pasangan masing-masing.

Contohnya seperti ada siang, ada malam. Ada lelaki, ada perempuan.

Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita juga berpasang-pasangan. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, pasti ada terdapat kebaikkannya.

Ini bergantung kepada cara kita memandang sesuatu situasi.

mencapai matlamat

Hukum Membesar

Setiap apa yang kita tanam, memerlukan masa untuk menghasilkan buah. Setiap idea, setiap apa yang anda tanam, memerlukan tindakan yang tertentu, dan masa yang sewajarnya sebelum kita dapat menuai hasilnya.

Setiap impian yang anda tanam didalam minda anda memerlukan anda untuk sentiasa kekal fokus, menjaganya, memberikan tenaga, dan akhirnya barulah anda dapat memetik hasilnya.

Sebagaimana biji benih yang memerlukan air, baja, dan cahaya matahari, anda juga perlu memberikan tenaga dengan sabar kerana sesuatu idea itu memerlukan masa untuk berhasil.

Orang-orang yang gagal mencapai impian masing-masing adalah kerana mereka kurang sabar untuk memetik hasilnya. Sekiranya apa yang mereka inginkan tidak dicapai dalam masa beberapa hari atau beberapa bulan, mereka akan mengalah.

Apabila keadaan ini terjadi, mereka akan mencari pihak / situasi untuk disalahkan. Ianya berlaku kerana mereka tidak memahami Hukum Membesar.

Anda tidak boleh memaksa sesuatu keadaan untuk berubah mengikut kehendak anda.

Sekiranya anda menanam pokok kelapa, walaupun anda sentiasa berada disebelah anak pokok sepanjang masa, ianya tidak akan membuatkan anak pokok kelapa tersebut berbuah dengan cepat.

Ianya memerlukan masa, cahaya, dan air yang secukupnya untuk sebelum dapat membesar dengan sempurna.

Apa yang anda perlukan untuk mencapai impian anda ialah anda sentiasa konsisten tentang keputusan yang anda buat dan memngambil tindakan dalam masa yang sewajarnya.

minda sedar

Hukum Getaran

Setiap sesuatu yang terdapat di alam ini mempunyai getaran yang tersendiri. Minda anda juga mempunyai getaran yang tersendiri. Ianya bergetar mengikur apa yang anda fikirkan.

Ianya adalah satu hukum yang adil untuk semua orang.

Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan kehidupan anda, anda perlu menetapkan matlamat / impian yang baru kerana sekiranya anda tidak menetapkan matlamat baru, anda akan terlepas peluang yang berada disekeliling anda dan akan tertarik dalam keadaan / situasi yang tidak menyenangkan.

Sekiranya anda masih tidak mencapai apa yang anda inginkan, anda perlulah meningkatkan getaran fikiran anda.

Cara untuk meningkatkan getaran fikiran ialah melalui persepsi, keyakinan,emosi, dan tindakan. Ianya akan dijelaskan dengan lebih lanjut selepas ini.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih baik, tingkatkanlah getaran fikiran anda.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan, lihat, dan dengar. Elakkan untuk bercakap mengenai apa yang anda tidak mahu.

Elakkan juga berfikir tentang apa yang anda tidak inginkan. Elakkan bergosip, merungut, dan yang seumpamanya. Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.

buat duit dengan kuasa minda

Memahami Kuasa Minda

Setiap manusia normal dilahirkan dengan satu instrumen yang dinamakan minda.

Kita tidak dilahirkan dengan sebarang manual bagaimana minda kita berfungsi atau bagaimana untuk menggunakannya.

Tanpa pengetahuan mengenai minda, impian seseorang itu tetap tinggal sebagai impian dan akan terperangkap dalam penjara harapan masing-masing.

Memandangkan tujuan blog ini ialah berkaitan hipnosis-diri / self-hypnosis, adalah sewajarnya kita mengetahui 3 komponen minda.

infografik kuasa minda

  1. Minda Sedar

  2. Ini adalah bahagian minda yang berfikir. Anda boleh memilih apa jua fikiran yang anda inginkan.Di sinilah idea ditetapkan.

    Maklumat yang diterima oleh minda sedar ialah melalui 5 deria anda iaitu sentuhan, bau, rasa, sentuhan, dan lihat. Anda membuat pilihan melalui minda sedar anda.

    Di bahagian ini anda menapis maklumat yang anda fikirkan untuk dihantar kepada minda separa sedar anda. Minda sedar anda terdiri daripada 6 kuasa mental. Sesetengah pihak memanggilnya dengan fakulti otak.

    Tidak kiralah apa nama yang anda panggil, ianya adalah sebahagian daripada anda dan anda boleh memilih untuk menguatkannya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

    1. Persepsi

    2. Ini adalah satu cara anda memandang terhadap seseorang/sesuatu situasi. Anda boleh mengubah persepsi anda untuk memandang sesuatu situasi / keadaan dengan cara yang berbeza.

      Anda mungkin memandang sesuatu situasi sebagai sesuatu yang teruk manakala orang lain memandangnya sebagai peluang. Anda boleh membuat keputusan bagaimana satu keadaan menjadi sesuatu yang baik atau teruk.

      Anda boleh mengubah hidup anda dengan menukar cara anda memandang sesuatu realiti.

      Secara metaforanya, sekiranya anda memandang realiti anda selama ini dengan kacamata bewarna merah, anda memandang dunia ini penuh dengan warna merah.

      Sekiranya anda menukarnya dengan kaca mata hitam,anda akan melihat dunia ini dipenuhi dengan warna hitam.

    3. Imaginasi

    4. Imaginasi ialah sesuatu yang terbayang oleh anda didalam minda anda. Tidak kiralah apa yang anda bayangkan, suara apa yang anda dengar atau rasakan dalam minda anda, ianya merupakan imaginasi anda.

      Setiap manusia mempunyai impian masing-masing. Sekiranya anda seperti orang lain yang normal, imaginasi bermula ketika dari zaman kanak-kanak anda.

    5. Fokus

    6. Kebolehan ini membantu anda untuk fokus kepada apa yang anda berikan perhatian. Kebanyakkan orang gagal untuk mencapai impian masing-masing kerana kurangnya fokus. Fokus akan memberikan kekuatan untuk mencapai impian.

      Daya fokus yang tinggi akan memberikan kekuatan untuk seseorang itu menghadapi apa jua keadaan, situasi, atau keadaan yang mencabar.

    7. Memori

    8. Anda memiliki memori yang sempurna. Anda tidak pernah melupakan apa-apa pun. Anda hanya dapat mengingati sesuatu yang anda berikan perhatian.

    9. Gerak Hati

    10. Ianya sering disebut sebagai deria keenam. Apabila berlaku sesuatu keadaan yang sukar, setelah anda mengambil kira semua maklumat, dengarlah gerak hati anda. Ianya tidak pernah menipu diri anda.

      Biasanya gerak hati seorang perempuan lebih tinggi dari seorang lelaki. Gerak hati sesorang lelaki bagaikan lampu sebuah kereta pada waktu malam dan gerak hati seorang perempuan bagaikan lampu jalan di sepanjang jalan.

      Tanpa mengira sama ada anda seorang lelaki atau perempuan, percayalah kepada gerak hati anda. Ianya boleh dilatih dan dikuatkan.

    11. Logik / Rasional

    12. Semua manusia normal boleh berfikir. Anda mempunyai kebolehan untuk menerima atau menolak apa-apa jua idea / saranan. Logik ialah kaedah yang anda gunakan untuk mentafsirkan sesuatu realiti.

  3. Minda Separa Sedar

  4. Bahagian inilah yang paling mempengaruhi hidup anda. Ianya menjadi pusat kuasa anda.

    Setiap fikiran yang diterima oleh minda sedar anda akan diterima sepenuhnya oleh minda separa sedar.

    Ianya tidak mempunyai pilihan untuk menolaknya. Sekiranya anda memikirkan sesuatu yang negatif, minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti dalam kehidupan anda dan begitulah sebaliknya.

    Ianya akan menterjemahkannya melalui satu instrumen sahaja iaitu badan anda.

  5. Tubuh Badan

  6. Inilah bahagian minda yang terkecil dalam kehidupan anda. Ianya adalah hasil dari minda sedar dan minda separa sedar anda. Ianya tidak pernah menipu.

    Ianya mengikut sepenuhnya apa yang anda fikirkan.

Kehidupan anda pada hari ini hasil tindakan anda pada masa lalu

  • Anda inginkan kehidupan yang lebih baik? Ubahlah tabiat anda.
  • Anda inginkan tabiat yang lebih baik? Ubahlah arahan minda sedar anda kepada minda separa sedar anda.
  • Bagaimana ingin melakukannya? Ubahlah cara anda berfikir.
Hipnosis Kuasa Minda (Pengenalan)
Halangan utama setiap manusia bermula di dalam minda

Hubungan Antara Minda Sedar & Minda Separa Sedar

Bahagian ini menerangkan fungsi dan hubungan antara minda sedar dan minda separa sedar dan sekaligus akan menjelaskan bagaimana untuk mengubah kepercayaan atau meninggalkan tabiat buruk anda - walaupun dengan perancangan yang rapi - menjadi sukar untuk dilakukan.

2 Minda dalam 1

Pernahkah anda terfikir kenapa sukar untuk:

  • Meningkatkan tahap keyakinan anda?
  • Menjaga pemakanan anda?
  • Berhenti merokok?
  • Menikmati hidup yang bahagia?
  • Menjadi kaya dan berjaya?
  • Mehilangkan tekanan dalam hidup?
  • Melupakan pengalaman silam?

Terdapat penjelasan yang ringkas mengenai situasi ini.

Sebahagian besar saintis yakin bahawa minda manusia terbahagi kepada dua entiti iaitu minda sedar dan minda separa sedar.

Minda sedar ialah minda yang mendominasi hidup anda berkaitan dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat keputusan pada setiap hari.

Ianya bertindakbalas dengan maklumat yang diterima dan mengelaskannya berdasarkan kategori mengikut sudut pandang kita.

Sebagai contohnya, seseorang telah memberitahu anda bahawa makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah roti canai, burger dan sushi dan secara automatik minda sedar anda akan menolak idea tersebut kerana ianya adalah mustahil dan makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah rendang, ketupat dan lemang.

Bukanlah sesuatu yang serius sekiranya minda sedar anda menolak idea makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah roti canai, burger, dan sushi kerana idea ini telah ditapis oleh minda sedar anda terlebih dahulu dan kemudiannya ditolak kerana minda sedar kita mempunyai ‘sistem penapisan maklumat’.

Ini hanyalah sebahagian penjelasan bagaimana minda sedar anda berfungsi. Minda separa sedar adalah jauh lebih besar dan tidak mempunyai sebarang ‘sistem penapisan maklumat’.

Ianya akan mengikut apa yang minda sedar anda fikirkan. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung anda dan pernafasan anda tanpa anda sedari.

Sekiranya ‘minda sedar’ anda membuat keputusan untuk meminum segelas air, minda separa sedar anda akan memberikan ‘arahan’ kepada seluruh otot-otot yang berkaitan bagi memastikan anda dapat meminum air tersebut.

Buat duit jemput rezeki

Minda separa sedar seolah-olah sebuah super komputer yang sangat kompleks yang memiliki bank memori yang sangat besar. Secara asasnya, pengalaman hidup anda disimpan di sini.

Memori yang tersimpan di sini ialah apa jua suara yang telah anda dengar, rasa, bau, lihat, dan sentuh sepanjang hidup.

Otak anda menyimpan segala maklumat dan tidak akan dilupakan melainkan sesuatu telah berlaku yang menyebabkan otak anda rosak.

kuasa minda

Kapten Kapal dan Krew

Konsep mudah untuk memahami Kuasa Minda ialah seperti kapten kapal dan krewnya. Bayangkan minda sedar anda sebagai kapten dan minda separa sedar sebagai krewnya serta kehidupan anda sebagai kapalnya.

Apabila anda memikirkan sesuatu, ianya adalah hasil minda sedar anda menterjemahkan satu realiti dan akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda separa sedar anda. Krew hanya mematuhi arahan kapten dan begitulah yang terjadi kepada minda separa sedar anda. Ian hanya mengikut 'arahan' minda sedar anda.

Andaikan anda memikirkan anda letih, minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti. Degupan jantung, tempo pernafasan,kadar aliran darah dan yang seumpamanya akan membentuk tubuh anda menjadi letih.

Mesejnya jelas iaitu setiap apa yang terfikir oleh minda sedar anda akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda sedar anda yang perlu dipatuhi. Ianya akan bertindakbalas dengan automatik dan segera.

Ini merupakan satu hukum alam dan sentiasa berlaku. Tidak kira apa arahan kapten, krew akan mematuhinya dan menterjemahkannya melalui tubuh. Sama ada dalam bentuk fizik atau tindakan anda. Krew hanya memiliki satu perkataan terhadap kaptennya iaitu,"Ya".

Ini kerana krew tidak memiliki kebolehan untuk menolak sebarang arahan daripada kapten. Apa jua arahan yang diberi oleh kapten akan dipenuhi oleh krew. Beginilah bagaimana seseorang manusia melalui kehidupan.

Berdasarkan maksud hipnosis menunjukkan bahawa kita telah dihipnosis sejak kita lahir ke dunia ini. Apa yang telah kita lalui dalam kehidupan ini telah mempengaruhi minda kita.

Kehidupan anda juga boleh berubah dengan menggunakan hipnosis.


Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki



Kuasa Minda Sedar & Minda Separa Sedar