Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 10 : Mengetahui Nilai



Dalam artikel Neuro Linguistic Programming yang lalu,saya telah menerangkan bahawa manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan menjauhi kesusahan.Ianya bergantung kepada anda apakah makna yang anda berikan kepada kedua-dua perkara ini.Dalam artikel ini saya akan menerangkan cara untuk mengetahui nilai yang penting bagi anda.

Nilai anda yang cenderung kepada emosi negatif,keputusan negatif, atau trauma mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan anda.Kecenderungan ini dapat diatasi dengan menggunakan time-line therapy-saya akan huraikan pada artikel-artikel yang akan datang.

Boleh dikatakan semua bentuk terapi membantu anda untuk mengenalpasti nilai negatif berdasarkan pengalaman masa lalu anda-membebaskan minda separa sedar anda yang terperangkap pada masa lalu dan berpijak di bumi yang nyata pada masa sekarang.

Secara asasnya time-line therapy menggunakan prinsip bahawa memori yang anda miliki sekarang disimpan dalam minda separa sedar dan selari berdasarkan usia anda yang semakin meningkat.Dengan menukar memori anda,anda boleh melupakan memori yang tidak membantu anda.Sekaligus akan membantu anda untuk mengawal hidup anda dan mengawal cara anda bertindakbalas terhadap sesuatu situasi dan membantu anda untuk memilih apa yang baik untuk anda pilih dalam hidup anda.

Secara asasnya,nilai yang terdapat pada anda terbentuk melalui 3 tempoh masa dalam hidup anda:

  • Pada saat anda dilahirkan hingga berusia 7 tahun.Pada tempoh ini,sebahagian besar nilai yang anda belajar dipelajari tanpa sedar daripada ibubapa/penjaga anda. 

  • Ketika berusia 8-13 tahun,nilai yang anda belajar secara sedar dan tanpa sedar daripada orang-orang disekeliling anda.Pada usia 10 tahun,nilai anda dibentuk dengan kuat.Cuba renung kembali apa yang berlaku kepada anda semasa anda berusia 10 tahun.

  • Ketika anda berusia 14-21 tahun.Anda belajar membentuk nilai melalui cara anda bersosial.Pada tempoh ini,anda menyedari bahawa nilai yang anda percaya memberi kesan kepada hubungan anda dengan orang lain.  


Sekiranya anda mengenalpasti terdapat aspek-aspek dalam kehidupan anda boleh diubah,anda boleh mengenal pasti nilai yang ada pada anda untuk mendapatkan petunjuk untuk membantu anda membuat perubahan positif.Dengan mengikut langkah-langkah dibawah,anda boleh mengenalpasti nilai yang menyekat anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.


  1. Pilih nilai (atau konteks) dalam kehidupan anda yang anda tidak berpuas hati.Contohnya anda tidak menyukai persekitaran tempat kerja anda.

  2. Tuliskan nilai apa yang penting bagi anda.Anda akan mengetahui nilai-nilai yang penting bagi anda.Contoh tadi,kenapa anda masih bekerja di tempat yang sama?

  3. Susun 5 nilai yang penting di bawah bagi anda.Nilai yang paling penting berada pada kedudukan paling atas.Sebagai contoh tadi,berkaitan dengan kerja,anda boleh meletakkan Sekuriti sebagai nilai paling tinggi.

    1. Kejayaan
    2. Kuasa
    3. Pencapaian
    4. Cabaran
    5. Sekuriti

    Apabila anda menyusun nilai-nilai ini mengikut susunan dengan jujur berdasarkan kepentingannya bagi anda,anda akan mengetahui nilai yang penting bagi anda.

  4. Apabila anda menyusun nilai-nilai anda,tanyakan pada diri anda sendiri,apakah satu nilai yang berguna untuk meningkatkan kehidupan anda pada hari ini ke tahap yang lebih baik tetapi tiada dalam kehidupan anda pada hari ini.Pada kedudukan ke berapakah nilai yang tiada dalam kehidupan anda ini anda letakkan?

Apabila anda mengenalpasti nilai yang menjadi keutamaan anda,untuk mencapai yang anda mahukan akan menjadi lebih mudah.Malangnya anda juga boleh turut mengalami konflik dengan nilai-nilai yang anda miliki.Anda berfikir bagaimana untuk mendapatkan apa yang anda mahu namun minda separa sedar anda secara tidak lansung mencegah anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Contohnya,anda mungkin dilahirkan dalam keadaan miskin dan mempunyai nilai yang kuat untuk menjauhi kemiskinan pada masa sekarang.Ianya akan menimbulkan konflik sekiranya anda ingin mempunyai nilai kekayaan.Anda ingin kaya tetapi fikiran anda selalu fokus kepada "Saya tidak ingin miskin".Memori ini disimpan dalam minda separa sedar anda melalui pengalaman anda pada masa lalu dan membantu anda untuk terus tidak menjadi miskin.

Konflik lain yang mungkin timbul ialah anda ingin mendapatkan 2 matlamat tetapi anda fikir anda hanya dapat memiliki 1 daripada matlamat sahaja.Contohnya anda ingin kurus dan tetapi anda juga ingin makan apa yang anda mahu pada bila-bila masa yang anda mahu.

Adakah dengan menukar nilai anda miliki sekarang  akan mendatangkan kesan kepada aspek-aspek kehidupan anda yang lain?

Contohnya,anda mungkin mempunyai konflik nilai sekiranya nilai utama anda ialah kekayaan tetapi anda juga berfikir bahawa dengan memiliki wang akan merosakkan hubungan anda dengan orang lain.

Apa yang anda perlu fikirkan ialah apakah nilai yang penting bagi anda.Contoh yang mudah ialah kekayaan.Ianya subjektif.Andaikan anda meanggap kekayaan ialah kemampuan anda untuk hidup tanpa masalah kewangan.Bagi sesetengah orang makna kepada kekayaan ialah kemampuan untuk melakukan apa yang anda suka pada masa yang anda mahu.

Kunci utama untuk mengetahui nilai anda ialah makna yang anda berikan kepada "kesusahan" dan "kesenangan".

Apabila memikirkan mengenai nilai anda,anda mungkin membayangkannya dalam bentuk gambar,suara, atau perasaan.Untuk menukar nilai anda,anda perlu menukar susunan hierarki nilai anda.Andaikan nilai-nilai yang penting mengikut keutamaan anda ialah:

  1. Kebebasan
  2. Pencapaian
  3. Kewangan
  4. Sekuriti
  5. Keseronokkan
  6. Kesihatan

Andaikan juga,tahap kesihatan anda adalah buruk pada masa sekarang.Anda kemudiannya membuat keputusan untuk menjadikan kesihatan sebagai nilai utama anda.Anda ingin menjadikannya sebagai nilai paling utama dalam hidup anda.Anda boleh melakukannya dengan cara berikut:

  1. Apabila anda berfikir mengenai kebebasan,anda perhatikan apakah yang terlintas dalam fikiran anda seperti berikut:
    1. Saiz imej
    2. Warna yang anda nampak sama ada berwarna-warni atau hitam putih
    3. Jarak imej yang anda nampak sama ada dekat atau jauh dari anda
    4. Imej yang anda nampak sama ada statik atau bergerak
    5. Iimej jelas atau kabur

  2. Kemudian cuba bayangkan apa yang anda nampak dalam fikiran anda apabila anda berfikir mengenai kesihatan.Kriterianya sama seperti dalam langkah 1.

  3. Tukar kualiti imej yang anda bayangkan ketika berfikir mengenai kesihatan dengan kualiti imej kebebasan anda.Lakukan secara bersahaja.

Sekarang anda sudah mempunyai pengalaman untuk menggunakan teknik ini menggunakan gambar.Anda juga boleh menggunakan kriteria lain seperti audio (senyap atau bising) dan perasaan yang anda alami.

Sekiranya sekarang ini anda buntu atau berputus asa untuk mencapai impian anda,anda boleh mencuba teknik dibawah:


  1. Tuliskan apa yang menjadi matlamat anda dan sebab kenapa anda perlu mencapainya.Susun mengikut keutamaan anda.

  2. Kemudian,tutup mata anda.Imaginasikan anda keluar dari tubuh anda dan pergi ke masa depan iaitu pada masa anda telah mencapai apa yang anda bayangkan.Masanya bergantung kepada anda sama ada 5 minit,15 minit atau seterusnya.

  3. Perhatikan apa yang anda nampak,dengar, dan rasa.Anda boleh menguatkan bunyi yang anda dengar dalam imaginasi anda itu.

  4. Daripada tempat pada masa depan itu,lihat kepada diri anda sekarang dan biarkan minda separa sedar anda mencari peluang untuk mengetahui apa yang perlu "diketahuinya" untuk membantu anda.Anda perlu memerhatikan apa langkah pertama yang perlu anda ambil untuk mencapai impian anda sepanjang anda berimaginasi.

  5. Apabila anda telah berjaya berimaginasi sepenuhnya,buka mata anda dan ambil langkah pertama yang perlu anda ambil.Anda mungkin terkejut dengan hasil daripada imaginasi anda.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 10: Mengetahui Nilai.Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Bertanggungjawab Terhadap Diri-Sendiri pada artikel yang akan datang.Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tuliskan komen atau cadangan anda.