Tuesday, December 9, 2014

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #10

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #10



Dalam bahagian terakhir artikel yang lalu,saya telah menerangkan mengenai cara pertama mempraktikkan tabiat optimis.Ianya ialah melalui orientasi masa depan.Maksud mudahnya ialah apa jua situasi yang anda hadapi pada masa sekarang merupakan sebahagian daripada proses untuk anda mendapatkan apa yang anda mahukan pada masa depan.

Untuk mempraktikkannya,anda bayangkan seketika anda sudah mencapai apa yang anda mahukan.Kemudian anda kembali kepada realiti hidup sekarang dan tanyakan kembali kepada diri anda sendiri:

"Apa yang perlu saya lakukan pada hari ini,bermula saat sekarang untuk mencipta masa depan yang saya mahukan?"

Secara tidak lansung anda memiliki tabiat perspektif jangka panjang.Di sebalik anda fokus berterusan kepada realiti hidup anda sekarang dan tindakan yang dapat anda ambil untuk mendapat ganjaran sementara,anda berfikir mengenai apa yang anda mahukan dan ke mana arah tuju hidup anda.Semakin anda jelas dengan apa yang anda mahukan pada masa depan,semakin tepat keputusan yang dapat anda ambil pada masa sekarang.

Anda juga akan mendapati anda mempunyai matlamat yang lebih baik dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan setiap hari untuk mencapai matlamat anda.Secara tidak lansung,anda akan juga akan memiliki tabiat menangguhkan kepuasan.Contohnya anda mungkin letih dengan kerja seharian anda dan andaikan anda ingin mengurangkan berat badan,anda dapat mengurangkan masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk bersenam.

Syarat kedua untuk memiliki tabiat optimis ialah tindakan anda berorientasikan matlamat.Ini untuk mengelakkan anda untuk hidup di dalam ilusi dan mensabotaj diri anda sendiri.Secara mudahnya,tindakan anda pada setiap hari selari dengan tindakan anda.Anda tahu apa matlamat anda,anda dapat mengukur/mengira matlamat anda, dan spesifik.Anda mempunyai objektif dan tidak membuang masa secara sia-sia.

Ini tidak bermakna anda perlu mempunyai matlamat yang perlu dilaksanakan pada setiap minit.Walaupun ianya adalah sesuatu yang baik tetapi anda tidak dapat lari dari fitrah sebagai seorang manusia biasa.Sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti-keupayaan- yang cukup,ianya akan membuatkan
anda tertekan dan lebih cepat berputus asa.

Anda boleh membuat perancangan strategik hidup anda.Anda hanya perlu duduk dan ambil pen dan kertas.Senaraikan apa yang anda mahu dalam jangka masa singkat(kurang 5 tahun),sederhana (dalam jangka masa 5 tahun),dan panjang(melebihi 5 tahun).Kemudian anda boleh membangunkan blueprint dan tindakan yang perlu anda ambil pada setiap hari.

Apabila anda sudah terbiasa untuk menulis matlamat anda dan membuat perancangan,ianya akan menjadi mudah untuk anda seperti mana anda bernafas.Saya akan menerangkan 7 langkah membina matlamat sekejap sahaja lagi.Dengan mempunyai matlamat yang di tulis,anda akan meningkatkan peluang anda untuk mencapai matlamat anda sebanyak 1000%.Ianya bukan sekadar teori atau cakap-cakap kosong.

Pada bulan Februari 2003,USA Today telah melaporkan kajian mengenai orang yang mempunyai matlamat tahun baru pada tahun sebelumnya.Mereka mendapati bahawa orang yang menetapkan matlamat tahun baru tetapi tidak menulisnya,hanya 4% daripada responden yang telah mencapai matlamat mereka.Manakala responden yang menulis matlamat mereka,sebanyak 46% daripada responden yang telah mencapai matlamat mereka.

Perbezaan orang yang menulis matlamat dan tidak menulis matlamat dan mencapainya ialah 11.5 kali ganda.

  • Bilangan responden yang tidak menulis matlamat dan mencapainya:4%
  • Bilangan responden yang menulis matlamat dan mencapainya:46%
  • Perbezaan: 46%/4%=11.5 kali ganda


Terdapat banyak formula dan resepi cara menetapkan matlamat.Anda juga mungkin telah mengetahui banyak cara untuk menetapkan matlamat.Apa sahaja cara yang anda gunakan untuk mnetapkan matlamat anda adalah jauh lebih baik daripada tidak mempunyai matlamat lansung.Di bawah ini saya kongsikan 7 Langkah Mencapai Matlamat yang bagi saya efektif untuk menetapkan matlamat:

7 Langkah Menetapkan Matlamat

Langkah Pertama:
Anda buat keputusan apa yang anda mahukan secara spesifik dalam aspek-aspek hidup anda.Aspek-aspek kehidupan yang saya maksudkan seperti pendidikan,kesihatan,kewangan,sosial,perhubungan,perkahwinan, dan lain-lain lagi.Tuliskan apa yang anda mahu.Anda perlu pastikan ianya spesifik dan boleh di ukur.

Contohnya anda ingin mencapai berat badan sebanyak 50kg,mempunyai wang sebanyak RMXXX,XXX,XXX,XXX.XX dan sebagainya-bergantung kepada matlamat anda.

Langkah Ke-2:
Tetapkan deadline-tarikh yang anda mahu untuk matlamat anda menjadi realiti.Sekiranya matlamat anda besar-sekali lagi bergantung kepada kapasiti anda-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan tetapkan sub-deadline.

Contohnya matlamat anda ingin mencapai simpanan sebanyak RM1,000,000.00 dalam masa setahun,anda boleh menetapkan sub-deadline anda untuk mendapat RM83,333.34 pada setiap bulan.


Langkah ke-3:
Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda.Tuliskan semuanya sehingga lengkap.

Langkah ke-4:
Susun senarai perkara yang perlu anda lakukan kepada perancangan.Perancangan anda perlu di susun mengikut keutamaan dan turutan.

Dalam menyusun mengikut keutamaan,anda dapat mengenalpasti tindakan yang paling penting dapat anda lakukan untuk mencapai matlamat anda.Sekiranya anda tidak menetapkan keutamaan terhadap tindakan yang perlu anda ambil,masa dan tenaga anda mungkin terbuang dengan sia-sia.Anda mungkin menggunakan banyak masa dan tenaga anda untuk melakukan tindakan yang memberi kesan kecil atau tidak relevan untuk membantu anda mencapai matlamat anda.

Menyusun perancangan anda mengikut turutan pula ialah anda mengenal pasti sesuatu perkara yang perlu diselesaikan sebelum perkara yang lain dapat dilakukan.Contohnya anda ingin memiliki kereta,anda terlebih dahulu perlu tahu untuk memandu kereta.Dengan menyusun tindakan mengikut turutan,ianya mengelakkan anda membuang masa dan lebih yakin untuk mencapai matlamat anda.

Langkah ke-5:
Kenal pasti halangan atau faktor yang mencegah anda untuk mencapai matlamat anda sama ada dari sudut luaran atau diri anda sendiri.Tanya kepada diri anda sendiri:

"Kenapa saya masih tidak mencapai matlamat saya?"

Apabila anda dapat mengenal pasti halangan dan faktor yang mencegah anda,anda boleh fokus bagaimana untuk mengatasinya.Ianya mungkin anda kekurangan sumber yang anda perlukan,kekurangan pengetahuan,kurang kemahiran atau tabiat anda yang tidak selari dengan matlamat anda.Mungkin juga kerana anda memerlukan bantuan dari orang lain.Apa sahaja yang mencegah anda,anda perlu mengenal pasti halangan anda.

Langkah ke-6:
Apabila anda telah menetapkan matlamat anda,membuat blueprint untuk mencapai matlamat anda dan mengenal pasti halangan anda,terus ambil tindakan yang mampu anda lakukan hari ini.Elakkan untuk menggunakan strategi harapan-berharap dan terus berharap akan berlaku keajaiban dalam hidup anda.lakukan perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran anda.Proses anda untuk mencapai matlamat anda telah bermula dengan jelas.

Langkah ke-7:
Lakukan sesuatu pada setiap hari yang mampu mendekatkan anda untuk mencapai matlamat anda yang terpenting.Jadikan sebagai tabiat untuk merancang apa yang perlu anda lakukan pada setiap hari untuk mencapai matlamat anda yang terpenting.

Tabiat melakukan sesuatu pada setiap hari yang dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda akan memberikan anda momentum untuk terus bertindak.Tindakan anda pada setiap hari bergantung kepada anda sendiri sejauh mana anda yakin anda akan mencapai matlamat anda.

Sekaligus anda akan dapat menggunakan Hukum Tarikan/Law of Atrraction.Hasilnya anda akan semakin cepat bertindak dan semakin hampir dengan matlamat anda.Matlamat anda juga mula bergerak menuju kepada anda.

Satu kajian telah dijalankan kepada semua eksekutif syarikat-syarikat gergasi.Majoriti daripada mereka merumuskan bahawa tabiat yang paling penting untuk mencapai kejayaan yang di raih oleh syarikat mereka ialah semua kakitangan mengambil tindakan pada setiap hari untuk mencapai matlamat syarikat.Tabiat ini lebih kritikal berbanding dengan tabiat-tabiat yang lain.Anda boleh mencubanya sendiri.

Anda boleh juga menulis matlamat anda pada setiap hari.Ianya mudah tapi jarang dilakukan kerana terlalu mudah tetapi kesannya luar biasa.Anda sediakan buku nota dan pen berhampiran dengan anda sebelum tidur.Setiap pagi sebelum anda melakukan apa-apa,tuliskan apa yang anda ingin capai pada hari itu.

Anda boleh juga membuat senarai to-do-list / sesuatu yang anda mesti lakukan pada hari itu.Ianya secara tidak lansung akan memberi kesan kepada minda separa sedar anda.Hidup anda akan berubah tanpa anda sedar.Anda boleh melakukannya sendiri sekarang.

Tabiat ini akan memberikan anda tenaga sepanjang hari dan secara tidak lansung anda dapat menggunakan Hukum Tarikan/Law of Attraction sekali lagi.Kreativiti anda untuk mencari jalan mendapat apa yang anda mahu juga akan meningkat.

Sebelum saya mengakhiri artikel ini,saya ingin mengingatkan anda bahawa kejayaan anda untuk mencapai matlamat anda bergantung kepada self-image anda.Selain itu ianya juga berkait dengan persepsi anda terhadap matlamat anda.Contohnya anda ingin menjadi jutawan dalam masa setahun,secara mudahnya anda perlu mendapatkan RM83,333.34.Keyakinan anda mungkin goyah dengan matlamat anda.

Untuk mengembalikan keyakinan anda,anda perlu menukar persepsi anda.Contohnya anda boleh menukar RM83,333.34 kepada matawang lain seperti US Dollar,Euro,Dollar Singapura atau lain-lain.Angka yang perlu anda dapat akan kelihatan lebih rendah dan keyakinan anda mungkin akan kembali meningkat.

Begitu juga sekiranya anda ingin mengurangkan berat sebanyak 50kg dalam masa 6 bulan.Mungkin anda merasakan bahawa ianya mustahil.Anda boleh menukar persepsi anda dengan matlamat anda ialah mengurangkan berat badan anda sebanyak 0.05 tan dalam masa 6 bulan.

Secara faktanya,ianya merupakan sesuatu perkara yang sama tetapi membawa pengertian yang berbeza kepada anda.Apabila anda yakin bahawa anda dapat mencapai sesuatu,kreativiti anda akan meningkat untuk mencari jalan agar anda dapat mencapai apa yang anda mahukan.Persepsi anda membentuk dunia anda.

Apa jua persepsi anda,ianya merupakan satu perkara yang benar.Selain itu anda boleh memanjangkan tempoh masa untuk mencapai matlamat anda sekiranya anda merasakan mustahil untuk mencapai matlamat anda dalam jangka masa yang tertentu.Apa jua yang berlaku,hanya anda yang dapat mengubah hidup anda.

Andaikan anda tidak berjaya mencapai matlamat anda dalam jangka masa yang ditetapkan oleh anda sendiri.Dalam contoh tadi saya menggunakan contoh untuk menjadi jutawan dan mengurangkan berat badan.Andaikan anda gagal walaupun telah membuat matlamat dan perancangan serta mengambil tindakan,persoalan yang timbul ialah:

  • Adakah pengetahuan dan kedudukan kewangan anda lansung tidak meningkat?
  • Adakah berat badan anda lansung tidak berkurang?


Sekiranya anda memberi jawapan "Tidak" kepada 2 soalan di atas,saya sarankan anda mengambil pen dan kertas dan mempraktikkan 7 Langkah Menetapkan Matlamat.Halangan terbesar manusia ialah diri sendiri.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Saya akan menulis mengenai potensi anda pada artikel yang seterusnya.Nantikan bahagian #11 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Tuliskan komen atau cadangan anda.