Hukum Tarikan-Siri 29 : Minda & Wang

Hukum Tarikan-Siri 29 : Minda & Wang


Dalam artikel yang lepas,saya sudah menulis artikel untuk membantu anda menguji diri sendiri.Dalam artikel ini saya akan menulis mengenai Minda dan Wang.

Adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa wang memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.Bagaimanapun adakah anda sedar apakah peranan yang dimainkan oleh wang dalam hidup anda?

  • Adakah dengan tidak mengambil peluang untuk menambah wang anda merupakan satu "kerugian"?

  • Adakah dengan memiliki wang mampu untuk membantu kita memahami realiti hidup kita dengan lebih baik?

  • Yang mana satu yang lebih baik sama ada anda memberi wang atau menerima wang?

  • Adakah dengan menjadi miskin membuatkan kita lebih bahagia berbanding dengan menjadi kaya?


Wang merupakan satu subjek yang luas dan setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri. Kehidupan kita juga telah memberi kita sudut pandang yang berbeza mengenai wang.Wang yang kita miliki akan di tukar dengan sesuatu yang kita perlukan.Pada masa dahulu,wang di simpan dalam peti dan di kunci serta dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.Masa terus berlalu.

Adakah anda melakukan perkara yang serupa?

Seperti kebanyakkan orang lain,saya juga membesar dengan pendapat yang tersendiri mengenai wang.Saya mendapati bahawa memiliki banyak wang merupakan satu perkara yang hebat.Dengan memiliki banyak wang,seseorang itu kelihatan seperti seorang yang intelek dan memiliki apa yang diinginkan.

Wang mampu untuk memberi anda makanan,selimut,pakaian,kenderaan,rumah, dan lain-lain lagi.Wang membentuk budaya masyarakat di sekeliling anda.Sekiranya anda merupakan wang,anda merupakan penyelesai masalah.Ianya mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan juga mampu memberikan anda masalah.Kenyataan yang paling saya suka mengenai wang ialah ianya berpotensi untuk menjadi alat penyelesai masalah.Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya.

Mungkin anda berpandangan bahawa wang tidak membawa apa-apa erti kepada anda.Anda mungkin menyedari bahawa kebanyakkan perkara yang anda lakukan memerlukan wang.Sekiranya anda tiada wang,anda tidak dapat membeli makanan,ubat-ubatan, dan lain-lain lagi.

Anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang melakukan sesuatu yang tidak bermoral untuk mendapatkan wang.Dalam sesuatu masa anda mungkin kagum dengan orang yang memiliki kekayaan dan dalam jangka masa yang sama anda berasa tertekan dengan perkara yang berkaitan wang.

Adakah anda pernah mempunyai konflik seperti ini?

Sekiranya anda mengalami konflik seperti ini,anda tidak keseorangan kerana konflik ini bermula dengan cara anda bersosial.Seseorang mungkin pernah memberitahu anda bahawa wang merupakan satu perkara yang penting dan seorang lagi memberitahu anda bahawa wang tidak penting.

Anda bayangkan setiap kali musim perayaan.Para pengiklan mengiklankan produk mereka agar kita berbelanja,berbelanja, dan berbelanja wang yang kita miliki untuk membeli produk mereka.Mesej mereka ialah semakin anda membeli produk mereka,anda akan beraya dengan lebih gembira.

Cara anda bersosial juga memberi kesan kepada hubungan anda dengan orang lain menerusi perspektif kewangan.

  • Adakah anda pernah meneka pendapatan seseorang?

  • Apakah cara anda bercakap dengan kawan anda yang berstatus jutawan berbeza dengan kawan anda yang belum menjadi jutawan?

  • Bagaimana pula dengan layanan anda kepada kawan anda yang sentiasa tidak memiliki wang?

  • Bagaimana sudut pandang anda kepada orang yang memiliki pendapatan 10 kali ganda lebih banyak daripada anda?

  • Bagaimana pula layanan anda kepada kawan anda yang mempunyai pendapatan 10% daripada pendapatan anda?


Dengan apa yang berlaku sepanjang hidup anda,anda mungkin mendapati bahawa wang juga merupakan satu masalah.Mungkin hidup anda akan menjadi lebih baik sekiranya wang tidak di cipta dalam dunia ini atau sekurang-kurangnya fungsi wang berada pada tahap yang paling minimum dalam hidup anda.

Sekiranya wang sering menjadi masalah dalam kehidupan,bukankah lebih bijaksana sekiranya penggunaan wang diharamkan dalam dunia ini?

Wang juga mempunyai prinsip seperti yang terdapat dalam realiti,hubungan, dan kuasa anda serta sama juga dengan aspek-aspek lain dalam hidup anda.Adalah sesuatu yang silap sekiranya anda mengasingkan diri dari kebenaran kepentingan wang dalam kehidupan.

Faktor utama wang berfungsi ialah kita bersetuju sebulat suara bahawa RM100.00 bernilai RM100.00.Sekiranya kita bersetuju secara sebulat suara,wang tidak mempunyai apa-apa nilai.

Nilai apa-apa perkara,termasuk nilai wang,di bentuk oleh persetujuan sosial.Ianya mungkin perjanjian yang melibatkan 2 pihak seperti anda membeli barangan di kedai runcit.Ianya juga mungkin persetujuan daripada banyak pihak seperti anda membeli saham di pasaran saham.

Anda juga boleh melepaskan diri daripada persetujuan sosial yang melibatkan wang.Ianya seperti anda menggunakan sistem barter,emas,perak dan lain-lain lagi.Walaupun ianya tidak praktikal bagi semua tempat,pilihan tetap ada.Wang merupakan kredit sosial.Semakin banyak wang yang anda miliki,semakin tinggi kedudukan sosial anda-stigma masyarakat.Bab kata pepatah,hina besi kerana berkarat,hina manusia kerana melarat.

Mari kita luangkan sedikit masa untuk berfikir mengenai realiti wang.

Seperti yang semua orang tahu,wang merupakan salah-satu sumber untuk terus hidup.Apabila anda mendapat wang,anda mendapat sumber untuk terus hidup.Apabila anda berbelanja,anda menukar wang dengan nilai.Apabila anda menghasilkan wang-tidak kira dengan apa cara-anda menukar nilai hasil kerja anda dengan wang.

Satu cara untuk mendapatkan wang ialah menjual sesuatu yang dimiliki.Satu cara lain ialah anda mendapatkan barangan dan menjualnya dengan harga dari anda membelinya.Para kapitalis-peniaga yang mempunyai modal pada skala billion- menggunakan sumber-sumber yang boleh di temui di dalam dunia ini dan menjualnya untuk mendapatkan wang.Sekiranya anda bukan kapitalis,anda boleh menggunakan pendekatan dengan membeli saham-saham syarikat mereka dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi-sekiranya anda pelabur profesional.

Cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang ialah dengan menjual masa anda.Anda mendapatkan pekerjaan dan menukar masa anda bekerja dengan wang.Semakin tinggi kemahiran anda,semakin tinggi peluang anda untuk mendapat wang yang lebih banyak.

Perbezaan antara pekerjaan yang mempunyai nilai RM25/jam dengan pekerjaan RM250/jam ialah kesan hasil kerja anda kepada nilai sosial.Ianya bukan salah sesiapa.Ianya telah menjadi persetujuan bahawa jumlah gaji bergantung kepada nilai hasil kerja anda.

Secara fitrah,cara paling mudah untuk mendapatkan wang ialah dengan melakukan perkara yang tidak bermoral.Mengikut sejarah,cara yang paling popular ialah dengan menjadi pencuri.Saya tidak berminat untuk menghuraikan lebih lanjut dengan menerangkan mengenai perkara yang tidak bermoral yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan wang dalam blog saya.

Ini merupakan satu realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini dan anda perlu menerima realiti terdapat orang-yang rapat dengan anda-mungkin melakukan perbuatan yang tidak bermoral untuk mendapatkan wang.

Untuk mengatakan bahawa wang tidak penting atau mendatangkan masalah merupakan satu realiti yang agak janggal untuk diterima.Apabila anda mempunyai realiti yang jujur,mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, dan menggunakan seluruh potensi anda,kepentingan mengenai kuasa yang dimiliki oleh wang tidak dapat dielakkan.Melainkan anda hidup di dalam hutan atau tempat terpencil,wang mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada anda.

Idea yang saya jelaskan mengenai wang dan faktor sosial tadi adalah untuk menyampaikan mesej bahawa wang mempunyai kesan yang kritikal kepada hubungan anda dengan orang lain.

Adakah anda suka dengan seseorang yang selalu membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang anda?

Terdapat 2 cara biasa untuk mendapatkan wang:

  1. Menyelesaikan masalah orang lain
  2. Terlibat dengan perkara yang tidak menyelesaikan masalah orang lain.


Pilihan pertama termasuk mendapatkan pekerjaan dan membuktikan hasil kerja anda,menjalankan perniagaan yang menyediakan produk atau servis,menjual kembali produk yang anda beli dengan menambah nilai produk anda, dan melabur dalam perkara-perkara ini.

Pilihan kedua termasuklah dengan berjudi,meminta sedekah,aktiviti yang tidak bermoral, atau melabur dalam perkara-perkara ini.

Terdapat 2 strategi asas yang berbeza untuk mendapatkan wang:

  1. Membuat sumbangan kepada orang lain
  2. Bergantung kepada orang lain


Melainkan anda mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak menggunakan strategi ini seperti anda mewarisi harta yang melimpah-ruah daripada ibubapa anda atau lain-lain -anda boleh menggunakan satu atau kedua-dua strategi ini sekarang.

Bagaimanapun hanya satu strategi yang akan menjadi dominan dalam hidup anda.Sama ada anda membuat sesuatu sumbangan yang bernilai dan di bayar atau anda hidup dengan bergantung kepada orang lain.

Anda perlu menyedari bahawa sumbangan yang anda lakukan adalah satu cara untuk menukarnya dengan wang.Orang yang bergantung kepada orang lain tidak perlu membuat sumbangan kepada masyarakat untuk mendapatkan wang.Mereka hanya perlu berharap kepada ihsan daripada pihak lain.Namun pada akhirnya mereka akan menukar wang mereka dengan satu perkara lain yang mereka perlukan.

Melainkan anda telah menemui cara untuk hidup tanpa memerlukan bantuan orang lain,anda akan selalu bergantung kepada masyarakat di sekeliling anda seperti mendapatkan makanan,pakaian,dan lain-lain lagi.Anda hanya perlu menukar apa yang anda perlukan dengan sejumlah wang.

Persoalan yang timbul ialah adakah anda membalas kebaikkan yang anda terima daripada masyarakat dengan setimpal dengan apa yang telah anda terima?

Pada beberapa tahap anda sememang perlu bergantung kepada orang lain.Contohnya ketika anda masih kanak-kanak anda sememangnya mengharapkan bantuan daripada ibubapa atau penjaga anda.Namun apabila anda sudah dewasa,anda sudah mula dapat membuat sumbangan kepada masyarakat dengan hasil usaha anda sendiri.

Dengan nyatanya,sepanjang hidup anda,anda akan menerima dan memberi sumbangan kepada masyarakat.Namun apakah prinsip yang anda miliki apabila ianya berkaitan dengan perkara yang menghasilkan wang?

Adakah anda membuat sumbangan yang setimpal dengan hasil yang anda dapat?

Sekiranya anda bekerja,anda juga berkongsi cara syarikat anda membuat sumbangan kepada orang lain dengan kemahiran yang anda miliki.Adakah anda bekerja dengan syarikat yang memberi sumbangan kepada masyyarakat ataupun meminta-minta daripada masyarakat?

Dalam kehidupan anda,anda bertanggungjawab sepenuhnya mengenai soal kewangan anda.Sekiranya realiti hidup anda sekarang membuatkan anda tidak selesa dengan kedudukan anda sekarang dan mengharapkan kedudukan kewangan anda menjadi lebih baik,menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan ianya berlaku.Anda hendaklah menerima realiti kedudukan kewangan anda pada masa sekarang dengan menerima dengan hati yang terbuka hasil tindakan anda pada masa lalu.

Terdapat pakar kewangan yang biasanya menyarankan kita untuk menetapkan matlamat kewangan.Secara mudahnya jumlah yang kita belanja hendaklah kurang daripada jumlah pendapatan kita.Daripada saranan ini,saya mendapat pelajaran yang cukup berguna.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat kewangan yang kita ingin capai,ianya bergantung sepenuhnya kepada kejujuran kita terhadap diri sendiri.Ianya memerlukan kemahuan yang sentiasa bernyala-nyala dan tidak kunjung padam walau apapun yang berlaku.Matlamat yang tidak membuatkan anda menjadi lebih baik merupakan matlamat yang tidak berguna-matlamat yang anda tidak ingin capai buat selama-lamanya.

Adakah anda benar-benar serius untuk mencapai matlamat kewangan anda?

Adakah ianya lahir dari hati anda sendiri?

Ataupun ianya lahir lahir dari perasaan irihati dan cemburu dengan kedudukan kewangan orang lain?

Anda sendiri yang dapat menjawabnya.Sekiranya matlamat kewangan anda tidak lahir dari hati anda, jumlah wang yang anda miliki tidak memberi apa-apa makna kepada anda.Lebih buruk lagi,potensi yang terdapat dalam diri anda hanya akan dikeluarkan mengikut wang yang akan terima di sebalik anda menggunakan seluruh potensi anda dengan lebih bijaksana.

Di sebalik fokus kepada matlamat kewangan,saya memilih untuk mempercayai apa yang wang boleh berikan kepada saya.Saya percaya ianya memberikan saya kebebasan untuk membeli buku-buku yang saya sukai.

Di sebalik matlamat kewangan,saya memilih untuk menetapkan matlamat untuk membeli buku-buku yang saya ingin baca.Untuk menguatkan semangat saya,saya akan membaca review di mana-mana laman web mengenai buku.

Sekiranya anda percaya bahawa wang boleh memberikan anda rumah idaman anda,anda boleh memilih untuk membuat matlamat untuk memiliki rumah idaman anda.Sebelum anda memiliki rumah idaman anda,anda boleh membaca tau mencari maklumat mengenai rumah idaman anda.Ianya secara tidak lansung membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda.Sekali lagi,ianya bergantung kepada persepsi anda mengenai wang dan apa yang boleh anda dapat daripadanya.

Apabila saya menggunakan kaedah ini,ianya memberikan saya kebebasan dalam kehidupan.Realitinya, kebanyakkan orang tidak mencapai matlamat mereka apabila mereka menetapkan sejumlah wang yang spesifik untuk mencapai matlamat mereka.

Sekiranya anda mendapati bahawa faktor kewangan anda menjadi penhalang anda untuk mencapai
matlamat anda,anda memandang rendah terhadap diri anda sendiri dan menyekat kreativiti anda. Sekiranya anda menjadikan wang sebagai asas untuk mencapai matlamat anda,anda akan membataskan pilihan yang anda miliki untuk mencapai matlamat anda.

Ini merupakan sebab saya lebih suka menetapkan matlamat material berbanding menetapkan matlamat kewangan.Ini merupakan cara alternatif sekiranya anda sering gagal untuk mencapai matlamat kewangan anda.Anda boleh menetapkan matlamat kewangan anda sekiranya matlamat kewangan anda membuatkan anda sentiasa bersemangat untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Dalam contoh saya tadi,satu masa dahulu apabila saya ingin membeli buku-buku yang saya inginkan dan kekurangan bajet,saya akan membeli buku-buku second-hand ataupun membacanya di perpustakaan. Saya tidak pasti apa pilihan yang anda ada apabila anda menggunakan kreativiti anda untuk mencapai matlamat material anda.

Wang merupakan sebahagian daripada sistem hidup pada hari ini.Kuasa wang hanya akan muncul apabila digunakan.Wang hanya bernilai apabila digunakan dan bukannya apabila dimiliki.Apabila anda mendapat wang,anda menukarnya dengan nilai yang anda berikan.

Apabila anda menggunakannya,anda memberi menukar wang anda dengan nilai sumbangan yang di hasilkan oleh orang lain-sama ada produk atau servis.Adalah menjadi tindakan yang bijaksana sekiranya anda menyimpan sebahagian daripada wang anda.Ia mungkin dapat menjadi penyelamat kepada anda pada masa-masa sukar anda.

Cara terbaik untuk menghasilkan wang ialah melalui sumbangan yang anda berikan kepada orang lain.Lakukan apa yang anda lakukan dengan cara terbaik yang anda dapat lakukan untuk orang lain.Sama ada anda bekerja atau berniaga,lakukan sesuatu dengan cara terbaik yang anda mampu.Ianya akan memberi kesan baik kepada anda dan juga orang lain.

Masalah dengan memfokuskan usaha anda untuk melakukan sumbangan kepada masyarakat ialah sumbangan anda tidak selari dengan keperluan orang lain.Sekiranya sumbangan yang anda lakukan tidak selari dengan hati anda tetapi selari dengan kemahuan orang lain,ini boleh menyebabkan anda kurang bermotivasi untuk terus melakukan apa yang sedang anda lakukan.

Sebaliknya,sekiranya anda membuat sumbangan dengan sepenuh hati anda dan masyarakat tidak menghargai sumbangan anda,anda mungkin menyukai apa yang anda lakukan tetapi terpaksa mengabaikan bil-bil yang perlu anda bayar.

Penyelesaiannya ialah anda perlu mencari persamaan di antara apa yang anda minat dan apa yang masyarakat inginkan.Ini akan memantu anda untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai dan membuatkan orang lain gembira.

Kedua-dua perkara ini adalah kritikal sekiranya anda ingin menghasilkan wang.Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk mencari antara apa yang anda suka lakukan dan ianya dihargai oleh masyarakat.Cara terbaik ialah anda berkongsi apa yang anda suka lakukan dengan orang lain.Elakkan
untuk membuat anggapan bahawa kerja ini terlalu mudah namun ianya berbaloi untuk dilakukan.

Elakkan untuk mengharapkan seseorang akan memahami kemahiran dan bakat anda.Sekiranya anda membiarkan orang lain menilai anda,anda mungkin mendapat bayaran yang tidak setimpal dengan kemahiran dan bakat anda.Anda perlu mengambil inisiatif dan meminta bayaran yang setimpal.Sekiranya harga yang anda minta adalah setimpal dengan apa yang anda hasilkan,akan muncul orang yang akan sanggup membayar harga yang anda minta.

Elakkan untuk berasa malu atau rendah diri apabila meminta bayaran yang setimpal.Ianya merupakan petunjuk bahawa anda tidak yakin dengan nilai hasil kerja anda.Sekiranya anda tidak dapat melakukan sesuatu yang anda janji dapat dilakukan oleh anda,elakkan untuk meminta harga/gaji yang lebih tinggi melainkan anda benar-benar telah bersedia.

Sekiranya anda memahami bahawa apa yang anda hasilkan sememangnya bernilai,anda hanya memerlukan sedikit keberanian untuk meminta kenaikkan bayaran yang anda terima sebagai pertukaran dengan hasil kerja anda.Anda perlu berterus-terang dan dalam jangkamasa yang sama anda perlu membuktikan kenapa anda layak mendapat kenaikkan bayaran yang patut anda terima.

Walaupun anda melakukan sesuatu yang anda suka,anda memerlukan keberanian untuk terus kekal melakukan apa yang sedang anda lakukan.Anda mungkin berhadapan dengan orang yang tidak jujur.Saya mendapati bahawa semakin saya dapat menyeimbangkan realiti,hubungan,dan potensi saya,saya akan dapat menghadapi masalah yang saya terima dengan berlapang dada.

Mungkin cara terbaik untuk anda mencapai kekayaan ialah untuk membebaskan diri anda dari belenggu kemiskinan.Anda perlu sedar bahawa kehidupan anda terlalu bernilai untuk diteruskan walau apa pun situasi kehidupan anda sekarang.Lakukan sesuatu dengan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Minda & Wang.Saya akan menulis mengenai Menarik Wang pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tuliskan komen atau cadangan anda.