Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #14

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #14


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #13 saya telah menulis prinsip ke-13 iaitu Pilihan yang Anda Beri Kepada Lelaki Akan Menentukan Sama Ada Anda Menjadi Back-up atau Wanita Idaman.Dalam artikel ringkas ini saya akan menerangkan mengenai Prinsip ke #14 - berguna sekiranya anda merupakan golongan wanita.

Prinsip #14

Sekiranya Anda Mengambil Tahu Semua Perkara,Lelaki akan Menjadi Pasif dan Mencari Jalan Untuk Melindungi Kebebasan Mereka

Elakkan untuk membuatkan lelaki seolah-olah perlu mendapat keizinan anda pada setiap hari apabila mereka ingin melakukan sesuatu.Anda akan membuatkan mereka berasa tidak selesa sekiranya anda seolah-olah menyiasat apa yang mereka lakukan.Sekiranya mereka berasa terkonkong,mereka akan mencari jalan untuk memutuskan hubungan cinta yang telah anda bina.

Contohnya apabila anda sedang keluar dan secara tiba-tiba seseorang menelefon lelaki yang keluar bersama-sama dengan anda,elakkan untuk mengambil tahu siapa yang menelefon mereka atau apa yang dibualkan.

Biarkan lelaki memberitahu anda dengan rela hati sesuatu perkara sekiranya mereka mahu.Elakkan untuk meminta lelaki menghabiskan sepanjang masa terluang bersama-sama dengan anda sahaja.Elakkan juga untuk menyampaikan mesej bahawa anda rindu kepada lelaki sekiranya anda hanya tidak melihat teman lelaki anda dalam jangka masa yang singkat seperti dalam tempoh  2 jam.Ia membuatkan lelaki berasa rimas dengan anda.

Elakkan juga untuk melayan teman lelaki anda seperti kanak-kanak dengan percakapan anda seperti "Pergi basuh tangan awak,","Pergi kemaskan rambut awak," dan yang seumpama dengan ini.Elakkan juga untuk bertanya soalan yang sama 3 kali berturut-turut.Ianya akan membuatkan lelaki berasa bosan dengan anda.

Sekiranya anda merasakan teman lelaki anda curang,elakkan untuk menunjukkan rasa curiga anda.Renung kembali apa yang telah anda lakukan sehingga membuatkan teman lelaki anda sanggup curang dengan anda.

Mungkin anda telah melanggar prinsip ini atau prinsip-prinsip lain yang telah saya huraikan sebelum ini.Kemudian ubah cara anda melayan teman lelaki anda.Kebarangkalian untuk mempertahankan hubungan cinta anda masih ada.

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #14 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.
Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.