Panduan Asas Menjual #1

Panduan Asas Menjual #1


Ini merupakan artikel pertama untuk artikel bersiri Panduan Asas Menjual.Ramai orang yang terlibat dengan bidang jualan untuk mendapatkan lebih banyak wang.Anda mungkin memiliki perniagaan,jurujual, menyertai MLM, atau lain-lain yang memerlukan anda untuk menjual dan terus menjual.Kelebihan menyertai bidang jualan ialah hasilnya boleh dijangka dan boleh dipelajari walaupun anda tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik.Pendapatan anda juga selari dengan kemahiran anda.

Pada tahun 2014 ini,pasaran untuk semua produk atau servis telah berubah berbanding dengan 20 tahun yang lepas.Setiap hari,pasaran anda akan menjadi semakin sengit.Pesaing anda akan muncul di mana-mana.Terdapat 7 realiti yang mesti anda terima dengan hati yang terbuka sekiranya anda terlibat dengan bidang jualan:


  1. Orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli

  2. Proses untuk menjual menjadi semakin kompleks

  3. Anda perlu mempunyai fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk terus kekal dalam bidang jualan

  4. Persedian untuk membuat jualan memerlukan perancangan yang tersusun rapi

  5. Pelanggan menjadi semakin cerewet

  6. Anda perlu membuat beberapa panggilan telefon untuk berjaya menjual

  7. Mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar 



1.Orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli

Realiti yang pertama ialah orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli.Pesaingan menjadi semakin sengit untuk semua industri.Wang yang dimiliki oleh pelanggan pula terhad.

2.Proses untuk menjual menjadi semakin kompleks

Proses untuk menjual semakin sukar berbanding dengan masa lalu.Produk atau servis yang ditawarkan ,harga, dan kelebihan syarikat adalah lebih kompleks pada hari ini.Keperluan pelanggan,keinginan, kemahuan, dan masalah pelanggan juga semakin kompleks.Anda perlu menghubungi beberapa kali pelanggan anda dan mungkin juga berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan jualan.Pada masa hadapan,saya yakin proses untuk menjual akan menjadi jauh lebih sukar.Anda perlu bekerja dengan lebih keras hanya untuk mengekalkan kedudukan anda pada masa sekarang.


3.Anda perlu fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk terus kekal dalam bidang jualan

Realiti baru ini memerlukan anda mempunyai fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas.Anda perlu tahu pelanggan ideal anda.Orang yang memerlukan dan mampu untuk membeli produk/servis anda dalam jangka masa yang singkat.Anda tidak akan mampu untuk meluangkan masa menerangkan mengenai produk/servis anda kepada semua orang.

Apabila anda berfikir dengan mendalam siapakah pelanggan ideal anda,anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri:

"Kenapa pelanggan ideal anda membeli daripada anda dan bukannya daripada pesaing anda?Apakah kelebihan produk/servis yang anda tawarkan?"

Di anggarkan sebanyak USD8 billion telah dilaburkan oleh pelbagai syarikat besar dan kecil untuk menjawab soalan ini.Semakin anda jelas kriteria pelanggan ideal anda,semakin cepat anda dapat mengenal pasti mereka apabila anda berjumpa dengan mereka.Pusatkan perhatian anda kepada orang yang berpotensi menjadi pelanggan anda.Ianya kan membuatkan anda terus maju dengan lebih pantas.


4.Persedian untuk membuat jualan memerlukan perancangan yang tersusun rapi

Maksud membuat persediaan ialah anda perlu membuat homework mengenai pelanggan anda sebelum berjumpa untuk kali yang pertama.Ini termasuk mengenai kerja,syarikat mereka,gaya hidup mereka, dan lain-lain yang relevan.Dengan teknologi pada hari ini,anda mampu mencari maklumat yang anda perlukan dengan pantas.

Integriti merupakan faktor utama untuk anda terus maju dalam bidang jualan.Pelanggan anda menilai anda terlebih dahulu sebelum menilai produk/servis anda.Semakin tinggi kepercayaan pelanggan anda terhadap anda,semakin mudah untuk anda menjual.

Semakin lengkap persediaan anda,semakin tinggi integriti anda di mata pelanggan anda.Semakin banyak yang anda tahu mengenai pelanggan anda,keyakinan anda juga akan semakin meningkat semasa anda berjumpa dengan mereka untuk kali yang pertama.


5.Pelanggan menjadi semakin cerewet

Pelanggan hari ini menjadi cerewet kerana dipengaruhi oleh pengalaman buruk mengenai pembelian pada masa lepas.Mereka juga takut sekiranya membuat pembelian yang salah,membayar harga yang lebih tinggi,menerima produk/servis tidak seperti yang dijanjikan, ataupun masalah yang dialami oleh mereka selepas membuat pembelian .

Pelanggan juga turut di hubungi oleh pesaing-pesaing anda.Sekiranya mempunyai waktu terluang, pelanggan anda boleh melayari internet dan membandingkan segala sudut produk/servis yang anda tawarkan dengan produk/servis pesaing anda.Pengetahuan pelanggan juga boleh melebihi pengetahuan yang di miliki oleh anda mengenai produk/servis anda.Mereka juga mampu untuk mempertikaikan produk/servis yang anda tawarkan.Ini membuatkan proses mereka membuat pembelian menjadi lebih perlahan.



6.Anda perlu membuat beberapa panggilan telefon/pertemuan untuk berjaya menjual
Anda perlu membuat follow-up dengan prospek anda.Ini kerana satu kajian menunjukkan:

2% jualan dilakukan untuk pertemuan kali pertama
3% jualan dilakukan untuk pertemuan kali kedua
5% jualan dilakukan untuk pertemuan kali ketiga
10% jualan dilakukan ketika pertemuan kali keempat
80% jualan dilakukan antara pertemuan kali kelima hingga ke dua belas

Sekiranya sekarang ini anda terlibat dalam bidang jualan,di manakah kedudukan anda dengan prospek anda?


7.Mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar

Untuk mendapatkan pesanan adalah sukar pada hari ini.Pelanggan mempunyai sumber yang terhad dan sukar untuk mencuba produk/servis yang baru.Pelanggan membuat pembelian selepas mengambil kira faktor kewangan,mental, dan fizikal.Lebih teruk lagi sekiranya produk/servis yang anda tawarkan kepada mereka akan memberi mereka masalah yang baru dari sudut pandang mereka.

Terdapat pelbagai sebab mengapa untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar pada hari ini.Ini kerana anda perlu mematuhi beberapa peraturan untuk membuat jualan.


  1. Peraturan pertama:Tiada Kuasa Tiada Jualan.Ianya berlaku kerana prospek yang anda jumpa tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembelian.

  2. Peraturan kedua:Tiada Wang Tiada Jualan.Sekiranya kedudukan kewangan prospek anda tidak mampu untuk membuat pembelian,anda tidak akan dapat membuat jualan.

  3. Peraturan ketiga:Tiada Keperluan Tiada jualan.Keadaan ini biasanya berlaku kerana prospek anda merasakan produk/servis yang anda tawarkan tidak dapat memudahkan hidup mereka.

  4. Peraturan keempat:Tidak Terdesak Tiada Jualan.Ianya berlaku kerana prospek takut untuk membuat kesilapan pembelian.Sekiranya mereka mampu untuk menangguhkan keputusan untuk membuat pembelian,mereka akan terus bertangguh untuk membeli.Anda perlu menambahkan sebab-sebab yang relevan kenapa mereka perlu membuat pembelian pada hari ini.Anda juga boleh membuat tawaran penghantaran percuma,servis ekstra,diskaun istimewa, atau lain-lain yang relevan.




Semua ini merupakan realiti baru dalam bidang jualan yang anda perlu terima dengan hati yang terbuka.Ia bukan soal peribadi.Semua orang yang terlibat dalam bidang jualan menghadapi keadaan yang sama.

Sekiranya anda ingin terus kekal dalam bidang jualan,anda perlu tahu apa yang perlu anda tahu dan lakukan apa yang perlu anda lakukan.Tiada rahsia lain untuk berjaya dalam bidang jualan.Berita baiknya ialah,teknik jualan anda akan meningkat sedikit demi sedikit sekiranya anda menambah pengetahuan anda dan mengambil tindakan.

Setakat ini dahulu untuk artikel ini.Saya akan menulis mengenai psikologi menjual pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tuliskan komen atau cadangan anda.