Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #9

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #9


Dalam artikel yang lalu,saya telah menulis bagaimana untuk membentuk tabiat yang baru.Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai disiplin dan sikap optimis dan pesimis.

Tabiat kritikal yang perlu anda miliki untuk mencapai impian anda ialah mempunyai disiplin.Definisi kepada disiplin oleh Elbert Hubbard ialah "Kebolehan untuk anda melakukan apa yang perlu anda lakukan sama ada anda menyukainya atau tidak".

Tabiat disiplin mempunyai maksud seperti dalam Hukum Kawalan yang telah saya huraikan pada artikel-artikel yang lalu.Hukum Kawalan ialah "anda berasa gembira dengan diri anda apabila anda berasa anda mengawal hidup anda".

Semakin tinggi tahap disiplin anda untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan,sama ada anda menyukainya atau tidak,semakin positif dan meningkat tahap keyakinan anda.

Terdapat hubungan secara terus di antara disiplin dan self-esteem.Semakin tinggi tahap disiplin anda,semakin tinggi tahap anda menghormati dan menghargai diri anda.Apabila anda mempunyai disiplin,anda akan semakin menguasai hidup anda sendiri.Anda akan menjadi semakin kuat dan tabah apabila menghadapi cabaran dalam hidup anda.

Seperti anda dapat menguatkan otot-otot anda dengan bersenam di gymnasium,semakin lama anda "work-out",semakin kuat otot-otot anda.Begitu juga dengan tahap disiplin anda.Setiap kali anda melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan,semakin tinggi tahap disiplin anda.Seperti tabiat-tabiat yang lain,anda juga boleh belajar dan memiliki tabiat untuk berdisiplin.

Tabiat mental yang boleh anda miliki ialah bersikap optimis.Mengikut Dr.Martin Seligman dalam bukunya "Learned Optimis",manusia belajar untuk menjadi optimis dengan berfikir seperti orang optimis berfikir.Begitu juga sebaliknya.Orang yang optimis menganalisis risiko dan ganjaran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.orang yang pesimis pula menjauhi segala risiko dan tidak melakukan apa-apa untuk berubah.Lebih teruk lagi sekiranya mereka takut untuk berfikir bagaimana untuk mengubah hidup mereka.

Apakah yang difikirkan oleh golongan optimis sepanjang masa?

Ianya mudah sahaja.Golongan optimis berfikir mengenai apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.Mereka tahu sejarah masa lalu tidak sama dengan masa depan mereka.Walaupun hidup mereka dalam keadaan susah,tertekan, atau apa-apa yang membawa maksud kehidupan yang negatif,mereka mampu untuk kekal yakin dan positif untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.Ini kerana mereka menumpukan seluruh masa,tenaga,emosi, dan lain-lain untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Sebaliknya,golongan pesimis bertentangan dengan golongan optimis.Mereka sibuk untuk berfikir dan bercakap mengenai apa yang mereka tidak mahu sepanjang masa.Mereka memikirkan tentang orang yang tidak disukai,masalah dalam hidup mereka sama ada pada masa sekarang dan masa lepas, dan kriteria yang paling menonjol ialah mencari siapa yang perlu disalahkan mengenai masalah yang mereka hadapi.Semakin lama mereka memikirkan tentang perkara yang mereka benci,semakin tertekan hidup mereka.Lebih teruk sekiranya mereka hanya menumpukan fokus dalam kehidupan seharian terhadap perkara-perkara yang mereka benci.

Dalam bidang perubatan,terdapat satu kaedah perubatan alternatif yang dinamakan "psychoneuroimmunology".Kajian dalam bidang ini menunjukkan bahawa kualiti fikiran anda mendatangkan kesan terhadap sistem imun badan anda.Dengan memiliki tabiat optimis,di gabungkan dengan sikap yang positif,anda akan menguatkan sistem imun badan anda dan mencegah pelbagai jenis faktor yang boleh mendatangkan penyakit kepada anda.Selain itu anda juga akan sentiasa bersemangat dan bertenaga sepanjang masa.

Apabila anda memiliki tabiat untuk bersikap optimis dengan mempunyai disiplin,anda akan mampu untuk menumpukan fikiran anda terhadap apa yang anda mahukan.Anda juga akan mampu untuk kekal fokus dalam jangka masa yang panjang dan mengenalpasti tindakan yang perlu anda ambil untuk mencapai matlamat anda.Sekain anda jelas dengan apa yang anda mahukan,anda akan semakin sibuk untuk memikirkan mengenai perkara-perkara yang penting bagi anda.Apabila ini berlaku,tenaga dan semangat anda akan semakin membara untuk anda terus maju.Semakin banyak tindakan yang anda ambil,semakin cepat anda mendapatkan apa yang anda mahu.

Orang yang optimis berfikir dengan cara yang berbeza dengan golongan pesimis.Mereka berfikir dengan realistik apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup mereka.Mereka tahu kehidupan mereka pada hari ini merupakan hasil daripada tindakan mereka pada masa lalu.Matlamat mereka boleh di ukur.Contohnya seperti ingin mengurangkan berat badan,mereka tahu berapa kg berat badan mereka yang perlu di hilangkan.

Cara pertama untuk mempraktikkan tabiat optimis ialah melalui orientasi masa depan.Dalam proses ini,anda abaikan terlebih dahulu situasi hidup anda sekarang buat seketika.Kemudian anda bayangkan anda pada masa depan-sama ada dari segi perkahwinan,kerjaya,kesihatan,perniagaan,agama,pendidikan, kewangan dan lain-lain yang relevan.Anda bayangkan anda mempunyai tongkat sakti yang mampu mencipta dan memberi apa yang anda mahukan.Kemudian,tanya kepada diri anda sendiri apa yang anda mahukan pada masa depan?

Setelah anda tahu apa yang anda mahu,anda tanya kembali kepada diri anda sendiri,"Apa yang perlu anda lakukan bermula hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu?".


Semakin anda jelas tentang apa yang anda mahu,semakin tepat tindakan yang anda dapat ambil.Anda akan mengetahui apa sebenarnya yang anda mahu dalam hidup anda.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Saya akan menulis mengenai matlamat pada artikel yang seterusnya. Nantikan bahagian #10 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.