Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #13

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #13


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #12 saya telah menulis prinsip ke-12 iaitu Lelaki Tahu perempuan Akan Mengalah di Saat-Saat Akhir.Dalam Prinsip yang ke-13 ini,saya akan menerangkan mengenai pilihan yang miliki sama ada untuk menjadi sebagai back-up kepada lelaki atau untuk menjadi wanita idaman.Dalam keadaan normal,Back-up utama kepada seorang lelaki ialah ibu mereka.

Prinsip #13

Pilihan yang Anda Beri Kepada Lelaki Akan Menentukan Sama Ada Anda Menjadi Back-up atau Wanita Idaman

Kasih sayang tanpa syarat merupakan sesuatu yang indah.Anda hanya perlu sepenuhnya cinta anda selepas lelaki yang anda cintai memenuhi syarat yang anda tetapkan.

Dalam bidang psiko-analisis,terdapat penemuan yang menarik mengenai lelaki.Ianya dikenali sebagai Sindrom Madonna.Kemudian,hasil daripada penemuan Sindrom Madonna ini,satu sindrom baru telah ditemui dalam golongan lelaki iaitu Sindrom Mama.Saya akan menerangkan dengan bahasa yang paling mudah mengenai Sindrom Mama dalam artikel ini.

Sindrom Mama ini akan dialami oleh lelaki yang sudah mempunyai teman wanita atau pasangan.Lelaki akan melihat teman wanita atau pasangan mereka sebagai "ibu" mereka.Lelaki akan lebih tertarik kepada wanita yang mempunyai sikap seperti ibu mereka.Ini kerana ibu mereka akan sentiasa di sisi mereka apabila mereka menghadapi masalah.Dalam keadaan normal,seorang ibu tidak akan menyusahkan anak mereka dan sentiasa ingin melihat anak mereka bahagia.

Dalam percintaan,sekiranya Sindrom Mama "di miliki" oleh teman lelaki,percintaan tidak akan kekal lama.Ini juga menjadi punca kenapa ada hubungan percintaan yang putus di tengah jalan dan alasan yang di berikan oleh lelaki yang membawa kepada maksud , "Dia tu baik tapi tiada chemistry diantara kami,".

Berikut merupakan formula mudah untuk diikuti berdasarkan prinsip ini:

Berhati-hati+Membosankan+Mama = Percintaan yang membosankan

Tidak Dapat Dijangka+Hubungan yang Dinamik = Percintaan yang Membara

Walaupun teman lelaki atau pasangan anda menyayangi anda,mereka tetap mahu anda menjadi seperti ibu mereka.Mereka tetap mahu anda memasak,membasuh pakaian, dan membersihkan rumah.

Masalah yag timbul sekiranya anda melayan teman lelaki seperti ibu mereka melayan mereka,mereka tidak akan berpuas hati.Terdapat teori yang mengatakan bahawa lelaki mencari pasangan yang mempunyai sikap seperti ibu mereka.Teori ini baik untuk di dengar namun ini tidak bermakna anda perlu melayan teman lelaki anda seperti ibu mereka melayan mereka.

Terdapat 4 perkara yang anda perlu elakkan untuk mengikut sikap ibu mereka:


  • Elakkan untuk kelihatan memeriksa di mana teman lelaki anda berada

  • Elakkan untuk menjangka teman lelaki/pasangan anda akan menghabiskan masa lapang mereka bersama-sama dengan anda

  • Elakkan untuk bertanya tempoh masa teman lelaki/pasangan tiada di sisi anda

  • Elakkan untuk memaksa teman lelaki/pasangan anda memenuhi permintaan anda



Anda juga akan turut membuatkan orang lelaki berasa kebudak-budakan sekiranya berkata:

  • "Pergilah rehat dulu,"

  • "Jangan berjaga sehingga lewat malam,"

  • "Telefon saya bila awak dah tiba,"

  • "Makan dulu sebelum keluar"

  • Lain-lain yang relevan

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #13 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.