Keyakinan Diri - Siri 3 : Memahami Kekuatan

Keyakinan Diri - Siri 3 : Memahami Kekuatan


Dalam artikel lepas,saya telah menerangkan mengenai Petunjuk Tahap Keyakinan.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana anda dapat memahami kekuatan anda.Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut,saya akan menerangkan mengenai Viktor E.Frankl.

Viktor E.Frankl merupakan pengasas Logotherapy dan antara ahli terapi yang terhebat di abad ke-20.Beliau seorang Yahudi dan berasal dari Austria.Apabila Tentera Nazi telah menawan Austria,beliau antara orang Yahudi yang terselama daripada Peristiwa Hollacaust-pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Hitler.

Beliau terselamat kerana kepakaran beliau dalam bidang neuro dan psikologi.Kepakaran beliau dalam bidang psikoterapi telah digunakan di 4 Kem Maut Nazi iaitu untuk merawat tekanan perasaan yang dialami oleh banduan baru.

Teori beliau yang paling diterima ialah apa jua keadaan manusia,makna yang diberikan oleh seseorang terhadap sesuatu perkara yang menjadikan manusia untuk terus bertindak.Teori ini yang membantu beliau terselamat daripada di bunuh oleh Tentera Nazi.

Secara mudahnya,teori beliau menjelaskan kenapa anda melakukan apa yang anda lakukan sekarang.
Contohnya,semua orang inginkan wang.Makna yang anda berikan kepada wang yang mendorong anda untuk mendapatkan wang.Contohnya anda ingin mendapatkan wang kerana ingin menyara keluarga anda,makna yang anda berikan pada wang ialah keluarga yang gembira.Saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

Dalam kem maut tersebut,Frankl menyaksikan sendiri banduan-banduan yang mempunyai harapan untuk keluar dengan selamat daripada kem itu mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi berbanding dengan banduan yang sudah berputus asa.

Apabila Frankl merawat banduan yang sudah berputus asa,beliau akan merawat pesakitnya dengan 3 langkah berikut:

  1. Membuatkan pesakit beliau menghargai kehidupan.Beliau akan mengimbas kembali pencapaian,kejayaan, dan apa-apa yang membanggakan yang pernah dilakukan oleh pesakit beliau.

  2. Membantu pesakit beliau melihat kehidupan mereka dalam skala yang luas.Beliau membuatkan pesakit beliau untuk menggambarkan kehidupan mereka sekiranya mereka terselamat daripada kem maut itu.

  3. Mencari makna yang membawa kesan positif dalam kehidupan pesakit beliau.Contohnya,di dalam kem maut ini,kehidupan tidak membawa apa-apa erti yang bermakna.Beliau akan membantu pesakit beliau mencari makna kehidupan yang memberi kesan positif.


Anda boleh menilai keyakinan anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah.Kemudian catatkan nota dalam diari anda dan lihat kembali pada 6 bulan yang akan datang hasil jawapan anda.Anda akan mengukur sejauh mana anda telah berubah.Anda perlu jujur dengan diri anda ketika menjawab soalan-soalan ini.

Anda juga perlu tahu bahawa tiada jawapan yang betul dan salah.Sekiranya anda menjawab dengan jujur,anda akan mengetahui tahap keyakinan anda.


Anda tahu dengan jelas perkara yang penting bagi anda.
Anda tahu apa yang anda mahu dalam hidup anda.
Anda tidak menghukum diri anda sekiranya berlaku kegagalan dalam hidup anda.
Anda boleh kekal tenang apabila berdepan dengan perkara yang emosional.
Apa yang anda lakukan pada setiap hari merupakan perkara yang mengembirakan anda.
Anda terlupa dengan masa yang berlalu ketika anda melakukan perkara yang anda suka.
Anda dikenali sebagai seorang yang optimis.
Anda menghormati diri anda dan orang disekeliling anda.
Anda realistik mengenai kekuatan dan kelemahan diri anda.
Anda tahu apa yang orang lain tahu mengenai kelebihan anda.
Anda berbincang dengan orang yang mahir dalam sesuatu perkara sebelum mengambil keputusan.
Anda sentiasa melihat sesuatu situasi dengan gambaran yang menyeluruh dan teliti.
Anda suka melakukan perkara yang baru kerana inginkan cabaran yang baru dalam hidup anda.
Anda sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran anda.
Anda menjaga kesihatan anda.
Anda mampu untuk menguruskan tekanan dalam hidup anda.
Anda mengambil risiko selepas anda mengambil kira ganjaran dan kerugian yang anda akan terima.
Anda tidak melakukan perkara yang remeh-temeh dengan sempurna.
Anda bermeditasi atau berfikir dengan mendalam mengenai hubung kait antara perkara-perkara yang berbeza yang berlaku dalam hidup anda.
Anda tahu apa yang anda mesti lakukan sekarang.Anda mempunyai impian dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadikannya realiti.
Kemudian berikan anda :
5 markah untuk setiap jawapan Sangat Bersetuju

4 markah untuk setiap jawapan Bersetuju

3 markah untuk setiap jawapan Neutral

2 markah untuk setiap jawapan Tidak Setuju

1 markah untuk setiap jawapan Sangat Tidak Setuju


Jumlah=
Nilaikan markah anda dengan kategori berikut:

80-100:

Tahniah!Anda seorang yang memiliki keyakinan yang tinggi.Anda tahu untuk memberikan keutamaan kepada perkara yang penting yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang anda mahukan.


60-80:
Bagus!Anda mempunyai keyakinan dalam hampir semua situasi.Hanya beberapa sudut kehidupan anda yang perlu anda perbaiki.Anda akan menemui kaedah-kaedah yang dapat membantu anda di sepanjang artikel bersiri keyakinan diri ini.


40-60:
Anda berada di tempat yang betul.Anda mungkin mengalami beberapa kekeliruan dalam beberapa aspek kehidupan anda sekarang.Anda mungkin tertanya-tanya apa yang perlu anda lakukan sekarang.Luangkan masa untuk memperbaiki aspek-aspek yang memerlukan perhatian anda.


20-40:
Petunjuk yang jelas anda seorang yang jujur dan ingin berubah.Keyakinan anda mungkin rendah pada saat ini namun ianya hanya bersifat sementara.Anda akan mendapat panduan-panduan yang dapat membantu anda dalam artikel bersiri Keyakinan Diri.Sekiranya anda mengikuti panduan-panduan yang terdapat dalam artikel bersiri Keyakinan Diri ini,anda mampu untuk mengubah hidup anda.



Selepas anda menilai markah yang anda dapat,anda perlu melihat kembali pada aspek-aspek yang anda sangat tidak setuju.Kemudian fokus kepada aspek-aspek yang anda tidak setuju,neutral, dan setuju.Anda boleh menggunakan markah yang anda dapat untuk mengukur tahap keyakinan anda setiap bulan.

Kunci keyakinan yang dimiliki oleh orang yang memiliki keyakinan yang tinggi ialah tahap self-esteem yang tinggi.Mereka tahu cara untuk menyayangi diri mereka sendiri dan mereka menghargai kebolehan yang ada pada mereka.Ini membantu mereka untuk menghadapi situasi yang mencabar bagi mereka.

Kebolehan anda untuk mengambil tindakan yang efektif dalam hidup anda dipengaruhi oleh pelbagai perkara dalam hidup anda.Tahap keyakinan anda akan menurun sekiranya anda tidak menghargai kelebihan yang anda miliki.Apabila anda fokus kepada kelemahan yang terdapat pada diri anda,tahap keyakinan anda akan menjadi rendah.

Tahap keyakinan yang paling rendah akan terjadi sekiranya anda mementingkan kesempurnaan.Ianya akan memberhentikan anda untuk mengambil tindakan.Apa yang anda perlu lakukan ialah anda mengambil tindakan yang mesti anda lakukan dengan cara yang terbaik yang anda mampu.

Setakat ini dahulu artikel Keyakinan Diri - Siri 3 : Memahami Kekuatan.Saya akan menulis mengenai mengetahui bakat anda dalam artikel yang akan datang.Sekian terima kasih.

Panduan Asas Menjual #1

Panduan Asas Menjual #1


Ini merupakan artikel pertama untuk artikel bersiri Panduan Asas Menjual.Ramai orang yang terlibat dengan bidang jualan untuk mendapatkan lebih banyak wang.Anda mungkin memiliki perniagaan,jurujual, menyertai MLM, atau lain-lain yang memerlukan anda untuk menjual dan terus menjual.Kelebihan menyertai bidang jualan ialah hasilnya boleh dijangka dan boleh dipelajari walaupun anda tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik.Pendapatan anda juga selari dengan kemahiran anda.

Pada tahun 2014 ini,pasaran untuk semua produk atau servis telah berubah berbanding dengan 20 tahun yang lepas.Setiap hari,pasaran anda akan menjadi semakin sengit.Pesaing anda akan muncul di mana-mana.Terdapat 7 realiti yang mesti anda terima dengan hati yang terbuka sekiranya anda terlibat dengan bidang jualan:


  1. Orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli

  2. Proses untuk menjual menjadi semakin kompleks

  3. Anda perlu mempunyai fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk terus kekal dalam bidang jualan

  4. Persedian untuk membuat jualan memerlukan perancangan yang tersusun rapi

  5. Pelanggan menjadi semakin cerewet

  6. Anda perlu membuat beberapa panggilan telefon untuk berjaya menjual

  7. Mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar 



1.Orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli

Realiti yang pertama ialah orang yang menjual lebih ramai daripada orang yang membeli.Pesaingan menjadi semakin sengit untuk semua industri.Wang yang dimiliki oleh pelanggan pula terhad.

2.Proses untuk menjual menjadi semakin kompleks

Proses untuk menjual semakin sukar berbanding dengan masa lalu.Produk atau servis yang ditawarkan ,harga, dan kelebihan syarikat adalah lebih kompleks pada hari ini.Keperluan pelanggan,keinginan, kemahuan, dan masalah pelanggan juga semakin kompleks.Anda perlu menghubungi beberapa kali pelanggan anda dan mungkin juga berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan jualan.Pada masa hadapan,saya yakin proses untuk menjual akan menjadi jauh lebih sukar.Anda perlu bekerja dengan lebih keras hanya untuk mengekalkan kedudukan anda pada masa sekarang.


3.Anda perlu fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas untuk terus kekal dalam bidang jualan

Realiti baru ini memerlukan anda mempunyai fokus yang tinggi dan matlamat yang jelas.Anda perlu tahu pelanggan ideal anda.Orang yang memerlukan dan mampu untuk membeli produk/servis anda dalam jangka masa yang singkat.Anda tidak akan mampu untuk meluangkan masa menerangkan mengenai produk/servis anda kepada semua orang.

Apabila anda berfikir dengan mendalam siapakah pelanggan ideal anda,anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri:

"Kenapa pelanggan ideal anda membeli daripada anda dan bukannya daripada pesaing anda?Apakah kelebihan produk/servis yang anda tawarkan?"

Di anggarkan sebanyak USD8 billion telah dilaburkan oleh pelbagai syarikat besar dan kecil untuk menjawab soalan ini.Semakin anda jelas kriteria pelanggan ideal anda,semakin cepat anda dapat mengenal pasti mereka apabila anda berjumpa dengan mereka.Pusatkan perhatian anda kepada orang yang berpotensi menjadi pelanggan anda.Ianya kan membuatkan anda terus maju dengan lebih pantas.


4.Persedian untuk membuat jualan memerlukan perancangan yang tersusun rapi

Maksud membuat persediaan ialah anda perlu membuat homework mengenai pelanggan anda sebelum berjumpa untuk kali yang pertama.Ini termasuk mengenai kerja,syarikat mereka,gaya hidup mereka, dan lain-lain yang relevan.Dengan teknologi pada hari ini,anda mampu mencari maklumat yang anda perlukan dengan pantas.

Integriti merupakan faktor utama untuk anda terus maju dalam bidang jualan.Pelanggan anda menilai anda terlebih dahulu sebelum menilai produk/servis anda.Semakin tinggi kepercayaan pelanggan anda terhadap anda,semakin mudah untuk anda menjual.

Semakin lengkap persediaan anda,semakin tinggi integriti anda di mata pelanggan anda.Semakin banyak yang anda tahu mengenai pelanggan anda,keyakinan anda juga akan semakin meningkat semasa anda berjumpa dengan mereka untuk kali yang pertama.


5.Pelanggan menjadi semakin cerewet

Pelanggan hari ini menjadi cerewet kerana dipengaruhi oleh pengalaman buruk mengenai pembelian pada masa lepas.Mereka juga takut sekiranya membuat pembelian yang salah,membayar harga yang lebih tinggi,menerima produk/servis tidak seperti yang dijanjikan, ataupun masalah yang dialami oleh mereka selepas membuat pembelian .

Pelanggan juga turut di hubungi oleh pesaing-pesaing anda.Sekiranya mempunyai waktu terluang, pelanggan anda boleh melayari internet dan membandingkan segala sudut produk/servis yang anda tawarkan dengan produk/servis pesaing anda.Pengetahuan pelanggan juga boleh melebihi pengetahuan yang di miliki oleh anda mengenai produk/servis anda.Mereka juga mampu untuk mempertikaikan produk/servis yang anda tawarkan.Ini membuatkan proses mereka membuat pembelian menjadi lebih perlahan.



6.Anda perlu membuat beberapa panggilan telefon/pertemuan untuk berjaya menjual
Anda perlu membuat follow-up dengan prospek anda.Ini kerana satu kajian menunjukkan:

2% jualan dilakukan untuk pertemuan kali pertama
3% jualan dilakukan untuk pertemuan kali kedua
5% jualan dilakukan untuk pertemuan kali ketiga
10% jualan dilakukan ketika pertemuan kali keempat
80% jualan dilakukan antara pertemuan kali kelima hingga ke dua belas

Sekiranya sekarang ini anda terlibat dalam bidang jualan,di manakah kedudukan anda dengan prospek anda?


7.Mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar

Untuk mendapatkan pesanan adalah sukar pada hari ini.Pelanggan mempunyai sumber yang terhad dan sukar untuk mencuba produk/servis yang baru.Pelanggan membuat pembelian selepas mengambil kira faktor kewangan,mental, dan fizikal.Lebih teruk lagi sekiranya produk/servis yang anda tawarkan kepada mereka akan memberi mereka masalah yang baru dari sudut pandang mereka.

Terdapat pelbagai sebab mengapa untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan lebih sukar pada hari ini.Ini kerana anda perlu mematuhi beberapa peraturan untuk membuat jualan.


  1. Peraturan pertama:Tiada Kuasa Tiada Jualan.Ianya berlaku kerana prospek yang anda jumpa tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembelian.

  2. Peraturan kedua:Tiada Wang Tiada Jualan.Sekiranya kedudukan kewangan prospek anda tidak mampu untuk membuat pembelian,anda tidak akan dapat membuat jualan.

  3. Peraturan ketiga:Tiada Keperluan Tiada jualan.Keadaan ini biasanya berlaku kerana prospek anda merasakan produk/servis yang anda tawarkan tidak dapat memudahkan hidup mereka.

  4. Peraturan keempat:Tidak Terdesak Tiada Jualan.Ianya berlaku kerana prospek takut untuk membuat kesilapan pembelian.Sekiranya mereka mampu untuk menangguhkan keputusan untuk membuat pembelian,mereka akan terus bertangguh untuk membeli.Anda perlu menambahkan sebab-sebab yang relevan kenapa mereka perlu membuat pembelian pada hari ini.Anda juga boleh membuat tawaran penghantaran percuma,servis ekstra,diskaun istimewa, atau lain-lain yang relevan.




Semua ini merupakan realiti baru dalam bidang jualan yang anda perlu terima dengan hati yang terbuka.Ia bukan soal peribadi.Semua orang yang terlibat dalam bidang jualan menghadapi keadaan yang sama.

Sekiranya anda ingin terus kekal dalam bidang jualan,anda perlu tahu apa yang perlu anda tahu dan lakukan apa yang perlu anda lakukan.Tiada rahsia lain untuk berjaya dalam bidang jualan.Berita baiknya ialah,teknik jualan anda akan meningkat sedikit demi sedikit sekiranya anda menambah pengetahuan anda dan mengambil tindakan.

Setakat ini dahulu untuk artikel ini.Saya akan menulis mengenai psikologi menjual pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #13

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #13


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #12 saya telah menulis prinsip ke-12 iaitu Lelaki Tahu perempuan Akan Mengalah di Saat-Saat Akhir.Dalam Prinsip yang ke-13 ini,saya akan menerangkan mengenai pilihan yang miliki sama ada untuk menjadi sebagai back-up kepada lelaki atau untuk menjadi wanita idaman.Dalam keadaan normal,Back-up utama kepada seorang lelaki ialah ibu mereka.

Prinsip #13

Pilihan yang Anda Beri Kepada Lelaki Akan Menentukan Sama Ada Anda Menjadi Back-up atau Wanita Idaman

Kasih sayang tanpa syarat merupakan sesuatu yang indah.Anda hanya perlu sepenuhnya cinta anda selepas lelaki yang anda cintai memenuhi syarat yang anda tetapkan.

Dalam bidang psiko-analisis,terdapat penemuan yang menarik mengenai lelaki.Ianya dikenali sebagai Sindrom Madonna.Kemudian,hasil daripada penemuan Sindrom Madonna ini,satu sindrom baru telah ditemui dalam golongan lelaki iaitu Sindrom Mama.Saya akan menerangkan dengan bahasa yang paling mudah mengenai Sindrom Mama dalam artikel ini.

Sindrom Mama ini akan dialami oleh lelaki yang sudah mempunyai teman wanita atau pasangan.Lelaki akan melihat teman wanita atau pasangan mereka sebagai "ibu" mereka.Lelaki akan lebih tertarik kepada wanita yang mempunyai sikap seperti ibu mereka.Ini kerana ibu mereka akan sentiasa di sisi mereka apabila mereka menghadapi masalah.Dalam keadaan normal,seorang ibu tidak akan menyusahkan anak mereka dan sentiasa ingin melihat anak mereka bahagia.

Dalam percintaan,sekiranya Sindrom Mama "di miliki" oleh teman lelaki,percintaan tidak akan kekal lama.Ini juga menjadi punca kenapa ada hubungan percintaan yang putus di tengah jalan dan alasan yang di berikan oleh lelaki yang membawa kepada maksud , "Dia tu baik tapi tiada chemistry diantara kami,".

Berikut merupakan formula mudah untuk diikuti berdasarkan prinsip ini:

Berhati-hati+Membosankan+Mama = Percintaan yang membosankan

Tidak Dapat Dijangka+Hubungan yang Dinamik = Percintaan yang Membara

Walaupun teman lelaki atau pasangan anda menyayangi anda,mereka tetap mahu anda menjadi seperti ibu mereka.Mereka tetap mahu anda memasak,membasuh pakaian, dan membersihkan rumah.

Masalah yag timbul sekiranya anda melayan teman lelaki seperti ibu mereka melayan mereka,mereka tidak akan berpuas hati.Terdapat teori yang mengatakan bahawa lelaki mencari pasangan yang mempunyai sikap seperti ibu mereka.Teori ini baik untuk di dengar namun ini tidak bermakna anda perlu melayan teman lelaki anda seperti ibu mereka melayan mereka.

Terdapat 4 perkara yang anda perlu elakkan untuk mengikut sikap ibu mereka:


  • Elakkan untuk kelihatan memeriksa di mana teman lelaki anda berada

  • Elakkan untuk menjangka teman lelaki/pasangan anda akan menghabiskan masa lapang mereka bersama-sama dengan anda

  • Elakkan untuk bertanya tempoh masa teman lelaki/pasangan tiada di sisi anda

  • Elakkan untuk memaksa teman lelaki/pasangan anda memenuhi permintaan anda



Anda juga akan turut membuatkan orang lelaki berasa kebudak-budakan sekiranya berkata:

  • "Pergilah rehat dulu,"

  • "Jangan berjaga sehingga lewat malam,"

  • "Telefon saya bila awak dah tiba,"

  • "Makan dulu sebelum keluar"

  • Lain-lain yang relevan

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #13 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 28 : Menguji Diri Sendiri

Hukum Tarikan-Siri 28 : Menguji Diri Sendiri


Dalam artikel yang lepas,saya sudah menulis mengenai 6 tema personaliti hasil kajian Dr.John Holland.Dalam artikel ini saya akan membantu anda untuk menguji diri sendiri.Ini kerana terdapat kajian mengenai kerjaya dan tempat kerja.Hasilnya golongan pekerja bukanlah "mangsa" dari persekitaran tempat kerja tetapi aktif untuk mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personaliti mereka.

Apabila personaliti anda dan persekitaran tempat kerja anda sesuai,anda akan lebih menyukai kerja anda dan seterusnya bakat dan potensi anda dapat berkembang dengan lebih cepat.Kesan yang lebih baik lagi ialah anda dapat melupakan mengenai masa yang berlalu sepanjang anda bekerja.Dalam beberapa sudut,anda boleh di kategorikan "workaholic".

Pertimbangkan perkara yang berkaitan,personaliti,kemahiran, dan kemudian cari apa pekerjaan yang sesuai dengan personaliti anda.Anda boleh menggunakan apa jua kaedah yang anda tahu setakat ini untuk mengetahui pekerjaan yang sesuai dengan anda.Anda mungkin memiliki lebih daripada satu tema personaliti yang telah dihuraikan pada
artikel sebelum ini.

Perkara yang paling kritikal setakat ini ialah untuk mengetahui 3 tema utama personaliti anda.Anda hanya perlu gabungkan huruf pertama untuk setiap tema daripada 3 tema untuk membentuk Kod Holland.

Untuk menyusun kod ini anda ambil huruf tema yang utama,di ikuti dengan tema kedua dan ketiga yang paling tinggi.
R=Realistik
F=Mencari Fakta
S=Sosial
A=Artistik
E=Berniaga (enterprise)
C=Konvensional (conventional)

Contohnya 3 kedudukan tema anda ialah:
1)Artistik
2)Mencari Fakta
3)sosial

Kod Holland anda ialah AFS.Untuk mengenalpasti persekitaran kerja yang sesuai dengan anda,anda perlu menguji tema personaliti anda sendiri.

Langkah 1:Untuk setiap tema,tandakan tick pada item yang sesuai dengan anda.Setiap perkara yang anda tick.anda berikan 1 markah untuk diri anda sendiri.

Realistik


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Mencari Fakta


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Artistik


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Sosial


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Berniaga (enterprise)


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Konvensional (conventional)


Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Sekarang anda tentukan hasil ujian ini.

Jumlahkan semua tema yang telah anda tick.Tentukan 3 tema tertinggi gambaran mengenai diri anda.

Sejauh manakah anda mempercayai ketepatan ujian ini mengenai personaliti anda?

Individu realistik memiliki karakter yang suka bersaing,tegas, dan meminati aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan kemahiran yang tinggi.Individu kategori ini suka terlibat dengan situasi yang memerlukan penyelesaian masalah.Mereka berpijak di bumi yang nyata dan tidak suka kepada teori-teori yang abstrak.Mereka cenderung kepada bidang saintifik atau kejuruteraan di sebalik bidang kesenian dan kebudayaan.

Individu yang suka mencari fakta lebih suka berfikir berbanding untuk bertindak.Mereka hanya akan bertindak selepas membuat dan menyusun perancangan mereka.Mereka biasanya suka bertindak secara bersendirian.

Individu artistik menilai hubungan dengan cara yang di fahami oleh mereka sendiri.Mereka kurang meminati kerja-kerja yang memerlukan kemahiran fizikal.Mereka memiliki persamaan dengan individu dalam kategori mencari fakta tetapi meminati bidang seni dan budaya.

Individu kategori sosial suka menempatkan diri mereka dalam posisi memberi tunjuk ajar atau membantu orang lain.Kategori ini bersifat kontra dengan individu dari kategori mencari fakta dan realistik.Mereka lebih suka berkomunikasi ddengan orang lain dan tidak meminati dengan aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal.Mereka sensitif dengan keperluan orang lain.Mereka mementingkan aktiviti sosial,isu sosial, dan hubungan bersifat peribadi.

Individu kategori berniaga petah berkata-kata dan memaksimumkan kemahiran ini untuk mempengaruhi orang lain berbanding untuk menyelesaikan masalah orang.Mereka
mementingkan status sosial.

Individu kategori konvensional biasanya mematuhi peraturan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi,Mereka mementingkan perancangan untuk mencapai objektif mereka.Mereka seperti juga dengan individu kategori berniaga iaitu mementingkan status sosial.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Menguji Diri Sendiri.
Saya akan menulis mengenai Minda & Wang pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #9

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #9


Dalam artikel yang lalu,saya telah menulis bagaimana untuk membentuk tabiat yang baru.Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai disiplin dan sikap optimis dan pesimis.

Tabiat kritikal yang perlu anda miliki untuk mencapai impian anda ialah mempunyai disiplin.Definisi kepada disiplin oleh Elbert Hubbard ialah "Kebolehan untuk anda melakukan apa yang perlu anda lakukan sama ada anda menyukainya atau tidak".

Tabiat disiplin mempunyai maksud seperti dalam Hukum Kawalan yang telah saya huraikan pada artikel-artikel yang lalu.Hukum Kawalan ialah "anda berasa gembira dengan diri anda apabila anda berasa anda mengawal hidup anda".

Semakin tinggi tahap disiplin anda untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan,sama ada anda menyukainya atau tidak,semakin positif dan meningkat tahap keyakinan anda.

Terdapat hubungan secara terus di antara disiplin dan self-esteem.Semakin tinggi tahap disiplin anda,semakin tinggi tahap anda menghormati dan menghargai diri anda.Apabila anda mempunyai disiplin,anda akan semakin menguasai hidup anda sendiri.Anda akan menjadi semakin kuat dan tabah apabila menghadapi cabaran dalam hidup anda.

Seperti anda dapat menguatkan otot-otot anda dengan bersenam di gymnasium,semakin lama anda "work-out",semakin kuat otot-otot anda.Begitu juga dengan tahap disiplin anda.Setiap kali anda melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan,semakin tinggi tahap disiplin anda.Seperti tabiat-tabiat yang lain,anda juga boleh belajar dan memiliki tabiat untuk berdisiplin.

Tabiat mental yang boleh anda miliki ialah bersikap optimis.Mengikut Dr.Martin Seligman dalam bukunya "Learned Optimis",manusia belajar untuk menjadi optimis dengan berfikir seperti orang optimis berfikir.Begitu juga sebaliknya.Orang yang optimis menganalisis risiko dan ganjaran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.orang yang pesimis pula menjauhi segala risiko dan tidak melakukan apa-apa untuk berubah.Lebih teruk lagi sekiranya mereka takut untuk berfikir bagaimana untuk mengubah hidup mereka.

Apakah yang difikirkan oleh golongan optimis sepanjang masa?

Ianya mudah sahaja.Golongan optimis berfikir mengenai apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.Mereka tahu sejarah masa lalu tidak sama dengan masa depan mereka.Walaupun hidup mereka dalam keadaan susah,tertekan, atau apa-apa yang membawa maksud kehidupan yang negatif,mereka mampu untuk kekal yakin dan positif untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.Ini kerana mereka menumpukan seluruh masa,tenaga,emosi, dan lain-lain untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Sebaliknya,golongan pesimis bertentangan dengan golongan optimis.Mereka sibuk untuk berfikir dan bercakap mengenai apa yang mereka tidak mahu sepanjang masa.Mereka memikirkan tentang orang yang tidak disukai,masalah dalam hidup mereka sama ada pada masa sekarang dan masa lepas, dan kriteria yang paling menonjol ialah mencari siapa yang perlu disalahkan mengenai masalah yang mereka hadapi.Semakin lama mereka memikirkan tentang perkara yang mereka benci,semakin tertekan hidup mereka.Lebih teruk sekiranya mereka hanya menumpukan fokus dalam kehidupan seharian terhadap perkara-perkara yang mereka benci.

Dalam bidang perubatan,terdapat satu kaedah perubatan alternatif yang dinamakan "psychoneuroimmunology".Kajian dalam bidang ini menunjukkan bahawa kualiti fikiran anda mendatangkan kesan terhadap sistem imun badan anda.Dengan memiliki tabiat optimis,di gabungkan dengan sikap yang positif,anda akan menguatkan sistem imun badan anda dan mencegah pelbagai jenis faktor yang boleh mendatangkan penyakit kepada anda.Selain itu anda juga akan sentiasa bersemangat dan bertenaga sepanjang masa.

Apabila anda memiliki tabiat untuk bersikap optimis dengan mempunyai disiplin,anda akan mampu untuk menumpukan fikiran anda terhadap apa yang anda mahukan.Anda juga akan mampu untuk kekal fokus dalam jangka masa yang panjang dan mengenalpasti tindakan yang perlu anda ambil untuk mencapai matlamat anda.Sekain anda jelas dengan apa yang anda mahukan,anda akan semakin sibuk untuk memikirkan mengenai perkara-perkara yang penting bagi anda.Apabila ini berlaku,tenaga dan semangat anda akan semakin membara untuk anda terus maju.Semakin banyak tindakan yang anda ambil,semakin cepat anda mendapatkan apa yang anda mahu.

Orang yang optimis berfikir dengan cara yang berbeza dengan golongan pesimis.Mereka berfikir dengan realistik apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup mereka.Mereka tahu kehidupan mereka pada hari ini merupakan hasil daripada tindakan mereka pada masa lalu.Matlamat mereka boleh di ukur.Contohnya seperti ingin mengurangkan berat badan,mereka tahu berapa kg berat badan mereka yang perlu di hilangkan.

Cara pertama untuk mempraktikkan tabiat optimis ialah melalui orientasi masa depan.Dalam proses ini,anda abaikan terlebih dahulu situasi hidup anda sekarang buat seketika.Kemudian anda bayangkan anda pada masa depan-sama ada dari segi perkahwinan,kerjaya,kesihatan,perniagaan,agama,pendidikan, kewangan dan lain-lain yang relevan.Anda bayangkan anda mempunyai tongkat sakti yang mampu mencipta dan memberi apa yang anda mahukan.Kemudian,tanya kepada diri anda sendiri apa yang anda mahukan pada masa depan?

Setelah anda tahu apa yang anda mahu,anda tanya kembali kepada diri anda sendiri,"Apa yang perlu anda lakukan bermula hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu?".


Semakin anda jelas tentang apa yang anda mahu,semakin tepat tindakan yang anda dapat ambil.Anda akan mengetahui apa sebenarnya yang anda mahu dalam hidup anda.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Saya akan menulis mengenai matlamat pada artikel yang seterusnya. Nantikan bahagian #10 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 3

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 3


Dalam bahagian satu,saya telah menerangkan mengenai musuh dalaman dan dalam bahagian 2 saya telah menerangkan mengenai musuh luaran.Artikel ini merupakan artikel terakhir untuk strategi 1.

Kita tinggal di dalam era di mana jarang manusia menunjukkan permusuhan secara terang-terangan.Undang-undang yang wujud dari segi sosial,politik,dan ketenteraan telah banyak kali berubah dari zaman purba dahulu kala.Anda juga memerlukan kaedah yang baru untuk mengenalpasti siapakah musuh anda.Jarang sekali anda akan berjumpa dengan orang yang terang-terangan menunjukkan sikap permusuhan terhadap anda.

Amat sukar untuk anda mendapat musuh yang secara terang-terangan menyerang anda,menunjukkan permusuhan, dan keinginan untuk melihat anda dalam kesusahan.Sebaliknya musuh anda akan menyerang anda secara bersembunyi.Walaupun dunia hari ini lebih banyak persaingan,sikap yang agresif kurang sesuai dipraktikkan dalam zaman sekarang.Jadi musuh anda akan menyerang anda tanpa disedari dan tidak terjangka oleh anda.

Kaedah yang paling mudah untuk musuh anda merosakkan anda ialah dengan membina hubungan persahatan dengan anda.Mereka akan mendekati anda untuk melakukan lebih banyak kerosakkan kepada anda-musuh utama anda ialah orang-orang yang dekat dengan anda.Sekiranya mereka tidak menjalinkan persahabatan dengan anda,mereka akan menawarkan bantuan untuk membantu anda.Pada awalnya mereka kelihatan sangat prihatin terhadap anda namun pada akhirnya mereka akan merosakkan anda untuk memenuhi agenda mereka.

Musuh anda juga mungkin memiliki seni peperangan menggunakan moral anda.Mereka menjadikan anda mangsa atau kambing hitam,menjadikan anda diselubungi rasa bersalah terhadap apa yang anda telah lakukan.Seterusnya mendapatkan apa yang mereka inginkan daripada anda.Medan peperangan di penuhi dengan pahlawan,orang yang licik,tidak boleh dipercayai,dan bijaksana.Siapa yang mempunyai strategi terbaik akan memenangi peperangan.

Dalam bahasa Latin perkataan "musuh" di sebut "inimicus" yang membawa kepada maksud "bukan kawan". Tugas pertama anda untuk membentuk strategi ialah meluaskan makna "musuh" dalam kehidupan anda.Musuh anda ialah orang yang menentang anda,menghalang anda, dan memperlekehkan anda dengan apa jua cara.Anda perlu mengenalpasti siapakah musuh anda iaitu orang yang ingin anda hidup dalam kesusahan.dengan mengenal pasti siapakah musuh anda,anda akan menyedari peluang yang tersembunyi untuk bertindak balas.

Anda juga boleh terus menunggu untuk melihat apa seterusnya yang akan berlaku atau terus bertindakbalas. Anda boleh mengambil tindakan secara terang-terangan atau tersembunyi juga- untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku.Apa jua yang anda lakukan,anda perlu bertindak sebagai predator dan bukannya mangsa.Elakkan untuk merasa bahawa anda tidak dapat melakukan apa-apa.

Biasanya orang-orang disekeliling anda bijak menyembunyikan perasaan bermusuhan dengan anda.Namun tanpa mereka sedar mereka menunjukkan sikap-sikap permusuhan terhadap anda.salah seorang daripada teman rapat dan penasihat pemimpin Parti Komunis Cina iaitu Mao Tse-Tung ialah Lin Biao.Lin Biao juga merupakan seorang pemimpin yang paling sesuai untuk mewarisi kepimpinan Parti Komunis pada masa itu.Pada akhir tahun 1960 an dan awal 1970-an,Mao telah menyedari terdapat perubahan pada Lin Biao.

Lin Bao kelihatan terlalu baik pada Mao.Setiap orang memuji Mao.Lin Bao pula pada ketika itu bersungguh-sungguh menolak semua pujian yang di berikan kepada dirinya.Pada pandangan Mao terdapat sesuatu yang tidak kena.Mao kemudian memerhati tindak-tanduk Lin dengan penuh berhati-hati.Akhirnya Mao membuat kesimpulan bahawa Lin Biao mempunyai agenda untuk mengambil kedudukan Mao atau setidak-tidaknya menyingkirkan Mao dari kedudukan tertinggi Parti Komunis.

Tindakan Mao adalah tepat.Lin Biao sedang sibuk memikirkan strategi untuk menyingkirkan dirinya. Moralnya ialah anda perlu menyedari siapakah musuh anda.Anda perlu percaya dengan suara hati anda.Anda perlu menyedari perubahan perasaan anda apabila dekat dengan orang-orang yang rapat dengan anda.Sekiranya seseorang yang rapat dengan anda membuatkan anda berasa tidak selesa,kemungkinan besar mereka merupakan musuh anda yang tersembunyi selama ini.Sekurang-kurangnya anda mempunyai sistem keselamatan anda sendiri.

Sekiranya sekarang ini anda dalam kesusahan,anda boleh duduk dahulu dan memikirkan siapakah musuh anda selama ini.Pepatah Cina ada menyebut bahawa anda perlu memukul rumput untuk mengejutkan ular.Seringkali cara terbaik untuk mengenal pasti seseorang ialah melalui pertengkaran dan keadaan yang tertekan.Produser Hollywood iaitu Harry Cohn yang juga merupakan Presisiden Universal Pictures sering menggunakan kaedah ini.Beliau akan sengaja membuatkan pengarah dan penulis skrip berasa tertekan untuk melihat diri mereka tanpa berselindung.

Manusia cenderung untuk bersikap baik di depan anda kerana ianya lebih mudah dan selamat.Manusia lebih jujur apabila pertengkaran terjadi.Anda juga akan berjumpa dengan manusia yang bersifat talam dua muka - seperti sesumpah.Tiada orang yang boleh terlepas daripada memiliki musuh kategori ini.Untuk mengenal pasti siapakah orang yang bersikap seperti sesumpah ini,anda perlu meluangkan sedikit masa untuk bertanyakan soalan yang kritikal dan tepat untuk dijawab.Anda akan dapat mengenal pasti golongan ini setelah anda mendapat jawapan daripada soalan anda.

Kadang-kadang adalah baik sekiranya anda mengambil tindakan yang pasif apabila menyedari siapakah musuh anda.Pada tahun 1519,Hernan Cortes telah tiba di Mexico bersama-sama pengikutnya.Di antara 500 pengikutnya,Cortes meragui sebilangan pengikutnya yang setia.Sepanjang ekspedisi itu,apabila Cortes melihat sesuatu yang mencurigakan dilakukan oleh pengikutnya,beliau tidak pernah menunjukkan kemarahannya atau mengambil tindakan.

Sebaliknya beliau berpura-pura bersama-sama dengan mereka.Apabila pengikutnya memikirkan Cortes seorang yang lemah dan bersama-sama dengan mereka,tindakan mereka menjadi lebih jauh lagi.Kemudian Cortes telah menemui tanda yang jelas terdapat pengikutnya yang berpaling tadah.Kemudian Cortes telah berjaya memisahkan diantara pengikutnya yang masih setia dan berpaling tadah.Moralnya ialah anda boleh berpura-pura tidak mengetahui siapakah musuh anda dan melihat sejauh mana musuh anda bertindak.

Secara positif,musuh-musuh anda memberikan pelbagai kesan positif.Mereka membakar semangat anda dan meningkatkan fokus anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Musuh anda juga membuatkan keyakinan anda semakin meningkat untuk mengambil tindakan dan memberikan anda inspirasi untuk terus maju.Anda juga boleh mengukur kemampuan anda dan berpijak di bumi yang nyata apa mempunyai musuh.Apabila anda mempunyai musuh yang kuat,anda akan menggunakan seluruh potensi anda untuk menewaskan mereka.

Sekiranya anda tewas,anda akan dapat memikirkan kelemahan diri anda.Apabila anda di serang,ianya cukup untuk membuktikan bahawa anda merupakan sasaran yang penting.

Neuro Linguistic Programming -Siri 9: Meningkatkan Kehidupan

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 9 : Meningkatkan Kehidupan Dengan Kepercayaan


Dalam artikel bersiri Neuro Linguistic Programming (NLP) siri-8,saya telah menerangkan mengenai cara untuk menukar kepercayaan anda.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana anda dapat menggunakan kepercayaan anda untuk meningkatkan kualiti kehidupan anda.

Kepercayaan anda-pada tahap maksimum-mempunyai kuasa yang membawa kesan positif atau negatif dalam hidup anda.Kepercayaan anda boleh membantu anda untuk mengumpul kekayaan, kesihatan yang baik,dan kebahagiaan.Kepercayaan anda juga turut dapat membuatkan anda terus hidup dalam kemiskinan,kesihatan yang buruk, dan hidup anda dalam keadaan tidak terurus.

Kepercayaan yang saya maksudkan bukanlah yang berkaitan dengan kepercayaan dalam konteks agama.Kepercayaan yang saya maksudkan ialah kepercayaan yang anda cipta melalui pengalaman hidup anda.Ianya membentuk realiti anda dan seterusnya membentuk tabiat anda.Anda boleh membentuk satu kepercayaan yang dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti hidup anda.Contohnya kepercayaan yang biasa di terima oleh golongan masyarakat umum:


  • Semakin banyak anda berbelanja,semakin lambat atau mustahil untuk anda menjadi kaya-bergantung kepada persepsi anda mengenai kekayaan.Anda boleh mengubah kepercayaan ini dengan mencipta kepercayaan bahawa semakin banyak anda berbelanja,semakin cepat anda menjadi kaya.Daripada kepercayaan ini,anda akan mencari sebab untuk mencari keyakinan kepada kepercayaan ini melalui tindakan.Anda akan mula membeli buku-buku berkaitan kekayaan/kewangan,menghadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan kekayaan,dan lain-lain.Anda akan mendapat nasihat-nasihat berkaitan kewangan daripada pakar kewangan bertauliah.

  • Semakin banyak anda makan,anda semakin sukar untuk menurunkan berat badan - sekali lagi ianya bergantung kepada persepsi anda mengenai maksud menurunkan berat badan.Anda boleh menukar kepercayaan anda dengan semakin banyak anda makan,semakin cepat anda dapat menurunkan berat badan.Hasil daripada kepercayaan ini akan menukar tabiat makan anda.Anda akan menukar menu makanan anda dengan memakan buah-buahan sepanjang hari dan menjauhi makanan-makanan yang dapat menyebabkan berat badan anda bertambah.


Seperti mana anda boleh memilih kepercayaan yang positif yang dapat membantu anda,anda juga boleh memiliki kepercayaan yang negatif-menyekat potensi anda selama-lamanya sekiranya tidak di ubah.Sekiranya anda mempunyai pengalaman buruk pada masa lalu contohnya seperti putus cinta, anda akan takut untuk bercinta lagi.Sekiranya pada zaman sekolah dahulu anda pernah menghantar artikel untuk majalah/surat khabar dan disiarkan,anda akan mempunyai kepercayaan bahawa anda berbakat untuk menjadi seorang penulis buku.

Anda perlu berhati-hati menggunakan perkataan-perkataan tertentu semasa anda berdialog dengan diri anda sendiri.Perkataan-perkataan yang perlu di beri perhatian semasa berdialog dengan diri sendiri:

  • Saya tidak boleh....
  • Esok......
  • Nanti....
  • Kalau......
  • Seandainya....

Perkataan-perkataan yang dapat membantu anda mengembangkan potensi anda:

  • Bagaimana....
  • Apa....

Antara kepercayaan yang mempengaruhi kekayaan ialah kepercayaan anda mengenai orang kaya.Sebilangan besar orang percaya orang kaya:

  • tamak
  • kedekut
  • mementingkan diri sendiri

Sebaliknya yang berlaku pada kepercayaan orang kaya:

  • dengan kekayaan yang dimiliki boleh mencipta peluang pekerjaan

  • orang tidak kaya kerana sibuk memikirkan duit di dalam poket orang lain berbanding dengan duit dalam poket mereka sendiri

  • semakin banyak mereka dapat menyelesaikan masalah orang lain,semakin bertambah kekayaan mereka

  • golongan orang makan gaji tamak dan hanya mementingkan diri mereka sendiri.Soalan-soalan yang sering di tanya oleh calon-calon semasa sesi temuduga ialah:
    • Berapa hari mereka dapat cuti dalam setahun?
    • Adakah mereka dapat claim apabila bekerja lebih masa?
    • Adakah pihak syarikat menyediakan klinik panel?
    • Adakah gaji mereka di bayar lebih sekiranya bekerja pada hari cuti am?

Kepercayaan anda terhasil daripada nilai yang ada pada diri anda.Ianya merupakan "trigger" kepada tindakan anda.Sebagai contoh,sekiranya anda menjumpai dompet dengan sejumlah wang didalamnya, sekiranya nilai yang ada pada diri anda ialah kejujuran,anda akan menghantarnya ke balai polis berdekatan dan berpuas hati dengan tindakan anda.Sekiranya kejujuran tidak penting bagi anda,anda akan mengambil wang dijumpai dan menggunakannya mengikut kemahuan anda.

Sekiranya anda ingin tahu apakah nilai yang menjadi keutamaan kepada diri anda,anda hanya perlu bertanya kepada diri anda sendiri,"Apakah perkara yang paling penting bagi anda?"Jawapan yang anda berikan akan menunjukkan nilai anda.

Nilai yang terdapat dalam diri anda akan mempengaruhi anda untuk membuat keputusan.Antaranya ialah:

  • pilihan untuk memilih kawan-kawan/rakan kongsi
  • pilihan untuk membuat pembelian sesuatu produk/servis
  • pilihan untuk memilih makanan yang anda gemari
  • pilihan untuk menghabiskan masa lapang anda
  • pilihan untuk memilih makna bahagia dalam hidup anda

Tindakan manusia di dorong untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan menjauhi kesusahan.Ianya bergantung kepada nilai yang ada pada anda.

Nilai yang mendorong:

  • Kasih sayang
  • Kebebasan
  • Kesihatan
  • Kebahagiaan
  • Kekayaan
Nilai yang dielakkan:

  • Rasa bersalah
  • Kesedihan
  • Kesunyian
  • Kemarahan
  • Kemiskinan
Semuanya subjektif.Ianya bergantung sepenuhnya kepada makna yang anda berikan kepada setiap nilai.Setiap nilai membentuk emosi anda.Semua tindakan manusia didorong oleh emosi.

Perkataan emosi diambil daripada "emotion" iaitu gabungan daripada ayat energy in motion / tenaga yang bergerak.Apabila anda mengubah fisiologi-anggota tubuh badan- anda,tenaga di dalam badan anda akan bergerak.

Ianya akan membentuk tindakan yang anda ambil.Sekiranya anda tidak mengambil tindakan,ini bermakna tenaga di dalam badan anda tidak bergerak.Kehidupan anda tidak akan berubah sekiranya anda tidak mengambil tindakan.

Tindakan manusia dipacu oleh emosi.Sumber tenaga universal ialah wang.

Di Malaysia,matawang yang dicetak mempunyai gambar Sultan dan tanda tangan Gabenor Bank Negara.Tiada orang yang sanggup bersusah payah semata-mata untuk mendapatkan kertas yang mempunyai gambar sultan dan tanda tangan Gabenor Bank Negara semata-mata.

Anda mungkin bersusah-payah dan bersengkang mata untuk mendapatkan wang.Namun adakah anda tahu apakah faktor utama yang mendorong anda untuk mendapatkan wang?
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang ialah untuk menyara keluarga anda,nilai utama anda ialah kasih sayang kepada keluarga anda.

  • Sekiranya anda mendapatkan wang untuk membantu orang lain,nilai utama anda ialah membantu orang lain.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk membeli barangan mewah,nilai utama anda ialah status sosial.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk mempunyai masa bersama keluarga anda,nilai utama anda ialah masa bersama keluarga anda.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk membayar hutang-hutang anda,nilai utama anda ialah kebebasan.

  • Sekiranya anda mendapatkan wang untuk membeli produk/peralatan kesihatan,nilai utama anda ialah kesihatan.

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan wang untuk berseronok,nilai utama anda ialah berseronok.

Anda boleh menggunakan nilai yang anda tetapkan sendiri sekiranya anda memerlukan sumber motivasi untuk mendapatkan wang.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 9 : Meningkatkan Kehidupan Dengan Kepercayaan .Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Mengetahui Nilai pada artikel yang akan datang.