Keyakinan Diri - Siri 2 : Petunjuk Tahap Keyakinan

Keyakinan Diri - Siri 2 : Petunjuk Tahap Keyakinan


Dalam artikel pengenalan keyakinan diri saya telah menerangkan mengenai 3 makna mengenai keyakinan,bagaimana untuk mengesan keyakinan dan sebab yang boleh menurunkan tahap keyakinan.Dalam artikel ini,saya akan menerangkan mengenai petunjuk tahap keyakinan.Apabila anda bertindak dengan yakin,anda akan dapat:

  • Mengetahui arah tuju anda:Anda tahu apa yang anda inginkan,mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan membezakan perkara yang penting dan sia-sia untuk anda

  • Motivasi:Anda bersemangat dan gembira apa yang sedang anda lakukan  dan menjauhkan perkara yang dapat mengganggu perhatian anda

  • Kestabilan Emosi:Anda mempunyai kesabaran dan mengambil pendekatan yang sesuai dengan kemampuan anda.Anda juga memiliki ketabahan untuk mengatasi cabaran (nama lain untuk "masalah"}

  • Mindset Positif:Anda dapat kekal optimistik dan mempunyai sudut pandang positif apabila menghadapi cabaran.Anda positif dengan kemampuan anda sendiri.

  • Realistik:Anda tahu kemampuan diri anda.Anda sedar anda mempunyai kelemahan dan mengambil tindakan anda berdasarkan kelebihan yang anda miliki.

  • Fleksibeliti:Tindakan anda merupakan reflek kepada situasi yang anda hadapi.Anda mampu melihat kehidupan anda dalam gambaran yang besar dan memerhatikan dengan teliti apa yang berlaku kepada anda sendiri dan terbuka untuk melakukan perubahan.

  • Menambah Pengetahuan:Anda dapat mengembangkan kebolehan anda.Melalui kehidupan seharian sebagai proses untuk meningkatkan kebolehan anda.Ini kerana anda tidak menipu diri sendiri dengan meanggap anda mengetahui semua perkara dan tiada apa yang perlu anda pelajari.

  • Kesihatan dan Tenaga:Anda menghargai diri anda.Anda menyedari bahawa dalam diri anda mengandungi tenaga yang sentiasa bergetar untuk membantu anda.Anda mampu menangani tekanan daripada hasil tindakan anda yang tidak sepeti anda jangka.

  • Keberanian:Anda berani untuk mengambil risiko.Anda mampu bertindak walaupun anda tahu ada perkara yang tidak anda ketahui sepenuhnya dalam situasi yang sukar untuk menyelesaikan masalah.

  • Tujuan Hidup:Anda memilih tema yang jelas untuk mencorakkan hidup anda.Anda tidak peduli dengan kritikan negatif daripada orang lain dan terbuka untuk menerima kritikan positif.


Berikut merupakan beberapa petunjuk untuk mengukur tahap keyakinan anda:

Anda mengetahui apa yang penting dalam hidup anda

Anda tahu apa yang anda inginkan

Anda tidak menyalahkan orang lain apabila menemui kegagalan dan mengkaji sebab yang membuatkan anda gagal

Anda mampu berfikir secara rasional walupun situasi dalam keadaan emosional

Banyak perkara yang anda lakukan dengan gembira

Anda dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang anda lakukan

Anda menghormati diri anda dan orang lain

Anda tahu mengenai kekuatan dan kelemahan diri anda

Anda mengetahui kelebihan diri anda daripada orang lain

Anda berbincang dengan orang lain atau mencari maklumat secukupnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang kritikal

Anda dapat melihat hasil daripada tindakan yang anda ambil untuk
 jangka masa yang pendek dan panjang

Anda sentiasa melakukan perkara yang baru untuk mengembangkan
bakat anda dan mengatasi cabaran yang baru

Anda sentiasa mencari peluang untuk belajar dan menjadi bertambah baik dari masa ke semasa

Anda mengambil berat mengenai tahap kesihatan anda

Anda memiliki ketabahan untuk menghadapi tekanan yang melanda hidup anda

Anda mengambil risiko setelah mengira ganjaran dan kerugian yang akan anda tanggung

Anda mengambil tindakan yang perlu anda ambil tanpa bertangguh

Anda sentiasa bermuhasabah atau bermeditasi

Anda tahu dan jelas apa yang perlu anda lakukan


Membina keyakinan bermula dengan kekuatan/kelebihan yang anda miliki.Sekiranya anda berbakat dan meminati bidang muzik,teruskan dengan minat anda.Ianya merupakan kekuatan yang anda miliki berbanding dengan orang lain.Anda perlu jujur dan menghargai kelebihan/kekuatan anda.Anda perlu memberi perhatian terhadap bidang yang berkaitan minat anda.Ianya akan membuatkan anda berjaya dengan lebih pantas.

Setakat ini dahulu artikel Keyakinan Diri - Siri 2 : Petunjuk Tahap Keyakinan.Saya akan menulis
mengenai memahami kekuatan anda dalam artikel yang akan datang.Sekian terima kasih.

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #12

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #11 saya telah menulis
prinsip ke-11 iaitu Bertindak Dengan Cara yang Menarik Minat Lelaki.Dalam Prinsip yang ke-12 ini,saya akan menerangkan perbezaan antara lelaki yang tulus mencintai anda atau sekadar menjadikan anda sebagai "back-up" semata-mata.Ini sedikit sebanyak akan membantu anda mengetahui sama ada seseorang lelaki benar-benar tulus mencintai anda atau sebaliknya.

Prinsip #12 

Lelaki Tahu perempuan Akan Mengalah di Saat-Saat Akhir

Wanita yang "terlalu baik" sering membatalkan perancangan mereka sekiranya lelaki yang disayangi mengajak untuk keluar di saat-saat akhir.Oleh kerana teman lelaki anda tidak mengetahui bahawa anda telah membaca artikel ini,teman lelaki anda akan semakin menyayangi diri anda.Anda perlu tetap dengan perancangan asal anda.

Anda tidak perlu untuk mengubah jadual anda semata-mata untuk memenuhi jadual teman lelaki anda.Dengan cara ini,anda sekaligus dapat menyampaikan mesej kepada teman lelaki anda bahawa anda seorang yang sibuk dan memberikan cabaran mental kepada mereka.

Kadang-kadang lelaki suka membuat kejutan dan mungkin juga dengan membuat kejutan yang romantik.Ianya mungkin seperti membeli tiket wayang pada saat-saat akhir untuk mengajak anda keluar.Sekiranya anda terus dengan jadual anda dan menolak permintaan teman lelaki anda,ianya akan dapat membuatkan teman lelaki anda menjadikan anda sebagai keutamaan mereka sebelum membuat apa-apa perancangan.Secara tidak lansung ianya akan membuatkan teman lelaki anda semakin kerap menghubungi anda.

Anda mungkin rasa bersalah sekiranya menolak ajakan teman lelaki anda.Apa yang anda perlu sedar ialah teman lelaki anda menhubungi anda pada saat-saat akhir.Ianya secara tidak lansung menunjukkan teman lelaki anda tidak mempunyai perancangan yang lebih baik berbanding keluar dengan anda pada hari itu.Sekiranya anda mengalah,anda akan menjatuhkan harga diri anda sendiri.

Berikut merupakan beberapa contoh perbezaan antara lelaki yang tulus mencintai anda atau sekadar menjadikan anda sebagai "back-up" semata-mata:


  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak mehubungi anda dalam masa beberapa hari dan mehubungi anda secara tiba-tiba.Lelaki yang tulus mencintai anda akan mehubungi anda secara spontan apabila memikirkan sesuatu perkara.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" mengutamakan kawan-kawan mereka sebaliknya lelaki yang tulus mencintai anda tahu untuk membahagikan masa untuk anda dan kawan-kawan mereka.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak mehubungi anda apabila pergi bercuti.Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa mehubungi anda untuk mengambil berat tentang anda.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" merungut kerana selalu sibuk - mesej supaya anda tidak "menganggu" mereka.Lelaki yang tulus mencintai anda akan meluangkan masa mereka untuk anda dan berasa gembira apabila anda menhubungi mereka walaupun sedang sibuk.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" membatalkan temujanji pada saat-saat akhir dan menutup handphone mereka supaya anda tidak dapat mehubungi mereka.Kemudian lelaki itu akan kembali kepada anda dengan alasan yang baik.Lelaki yang tulus mencintai anda akan rasa bersalah sekiranya membatalkan temujanji pada saat akhir.Mereka akan segera mehubungi anda apabila perkara yang membatalkan temujanji anda selesai.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" menjadikan anda sebagai tempat mereka menyelesaikan masalah mereka sahaja.Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa ingin membuatkan anda tersenyum.

  • Lelaki yang menjadikan anda sebagai "back-up" tidak suka anda menganggu mereka ketika mereka sedang berehat.Lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa ingin berhubung dengan anda.

Wanita dapat meningkatkan harga diri mereka dengan sikap mereka sendiri.Contohnya:

  • Apabila ada lelaki yang mengajak untuk keluar pada hari ini,elakkan untuk terus bersetuju walaupun anda tiada apa-apa untuk dilakukan.Sebaliknya beri pilihan kepada lelaki itu seperti anda tidak sibuk pada hari esok atau lusa atau pilihan yang lain.Kuncinya ialah mereka tidak sewenang-wenangnya menguasai hidup anda.

  • Sekiranya lelaki sudah tahu anda rehat/cuti dan mengajak keluar pada jam 5.00 petang contohnya,anda perlu memberi pilihan sama ada untuk keluar pada jam 4.00 petang atau 6.00.Elakkan untuk terus bersetuju.

  • Sekiranya semasa sedang keluar anda tidak berasa seronok,anda perlu pulang ke rumah anda.Ianya akan memberikan mesej kepada lelaki itu bahawa mereka tidak melayan anda dengan cara yang anda harapkan.

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #12 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 27 : Personaliti dan Kerjaya

Hukum Tarikan-Siri 27 : Personaliti dan Kerjaya


Dalam artikel yang lepas,saya sudah menulis bagaimana anda dapat memahami diri sendiri.Dalam artikel kali ini,saya akan membantu anda untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda.Terdapat 6 tema personaliti hasil kajian Dr.John Holland.Ianya ialah:

  • Realistik
  • Mencari Fakta 
  • Artistik
  • Sosial
  • Berniaga
  • Konventsional

Kepuasan dengan memiliki kerjaya bergantung kepada personaliti anda sendiri.hanya anda yang mengetahui tentang diri anda.

Realistik

Individu yang realistik berminat untuk bekerja menggunakan peralatan dan biasanya peralatan yang
menggunakan tangan - mencipta sesuatu.Kemahiran yang dimiliki ialah kemahiran mekanikal,menyelesaikan masalah.Individu realistik menyukai kerja dengan menggunakan peralatan/mesin.

  • Adakah anda meminati kerja di kawasan luar?
  • Adakah anda meminati kerja yang menggunakan mesin/peralatan?
  • Adakah anda mempunyai kemahiran mekanikal?
  • Adakah anda meminati kerja yang memerlukan kemahiran pertukangan/membina/mencipta sesuatu?
  • Adakah anda seorang yang praktikal?

Kerjaya yang sesuai untuk individu yang realistik:

  • Chef/tukang masak
  • Doktor/paramedik
  • Bomba
  • berkaitan dengan Pembinaan Bangunan
  • Tukang Kayu
  • Mengawal trafik udara


Mencari Fakta

Individu yang suka mencari fakta biasanya suka dengan membuat kajian dan menganalisis maklumat.Individu ini mempunyai kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik.Personaliti individu kategori ini ialah sentiasa bertanya,mencari maklumat yang tepat dan memiliki imaginasi yang abstrak.Mereka suka bekerja dengan perkara yang berkaitan dengan maklumat dan berfikir.

  • Adakah anda meminati bidang Sains dan Matematik?
  • Adakah anda berminat untuk menyelesaikan masalah teknikal?
  • Adakah anda mempunyai minat dengan bidang perubatan?
  • Adakah anda mahir untuk menggunakan komputer?
  • Adakah anda suka bertanya dan sentiasa mencari fakta?

Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang mencari fakta:

  • Programmer
  • Doktor bedah
  • Ahli Farmasi
  • Pengkaji/Pensyarah
  • Juruteknik
  • Doktor haiwan

Artistik

Individu artistik suka untuk mencipta,menyanyi, atau menulis dan menyukai persekitaran kerja yang
berubah-rubah.Mereka memiliki kemahiran dalam bidang audio,seni kreatif, dan berkomunikasi.Mereka suka menyampaikan apa yang tersirat dalam hati mereka melalui tindakan mereka dan biasanya suka untuk mengeluarkan idea.

  • Adakah anda meminati muzik,filem, atau seni?
  • Adakah anda suka untuk menulis cerita/sajak/syair?
  • Adakah anda memiliki kemahiran menggunakan alat muzik?
  • Adakah anda panda berlakon/menyembunyikan perasaan?
  • Adakah diri anda dapat difahami dengan mudah oleh orang lain?

Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang artistik:

  • Artis komersial
  • Ahli muzik
  • Juruhebah 
  • Designer
  • Penulis
  • Pelakon
  • Juru animasi

Sosial

Individu kategori Sosial suka membantu orang lain.Mereka memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain,memberi panduan, dan membina hubungan dengan orang lain.Mereka juga sensitif dengan keperluan dan masalah orang lain.Mereka suka dengan kerja yang melibatkan ramai orang.

  • Adakah anda suka untuk berkongsi pengalaman anda dengan orang lain tanpa mengira usia?
  • Adakah anda suka untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain?
  • Adakah anda suka menjaga orang sakit?
  • Adakah anda sensitif dengan hati dan perasaan orang lain?

Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang artistik:

  • Guru/Pensyarah
  • Kaunselor/Ahli terapi
  • Jurulatih
  • Instruktor Aerobik/Yoga
  • Jururawat
  • Imam/Paderi/Sami

Berniaga

Individu yang suka berniaga tahu cara untuk mempengaruhi orang lain.Mereka melihat diri mereka sebagai popular,yakin pada diri-sendiri,dan tahu untuk bersosial.Mereka memiliki kemahiran untuk menyampaikan idea mereka pada orang lain dan memiliki gaya kepimpinan yang tersendiri.Mereka suka bekerja dengan orang lain dan mendapatkan maklumat.

  • Adakah anda menyukai persaingan dan cabaran?
  • Adakah anda suka untuk membuatkan orang lain berasa ceria?
  • Adakah anda suka untuk memasarkan produk/servis?
  • Adakah anda suka untuk memotivasikan orang lain?
  • Adakah tindakah anda berpandukan hasil tindakan anda pada masa lalu?

Antara kerjaya yang sesuai untuk orang yang suka berniaga:

  • Ejen hartanah
  • Peguam/Pendakwa raya
  • Polis/tentera
  • Promoter/jurujual
  • Juru make-up/berkaitan dengan barang kosmetik

Konvesional

Individu yang mempunyai personaliti konvesional menyukai perkara yang tersusun rapi dan tempat kerja yang lengkap.Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan,Matematik, dan menggunakan komputer.Mereka melihat diri mereka sebagai seorang yang menyampaikan maklumat yang tepat dan tersusun serta praktikal.Mereka suka bekerja dengan perkara yang melibatkan banyak maklumat.

Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang konvesional ialah:

  • Akauntan
  • Penngurus Pentadbiran
  • Jurubank
  • Pustakawan
  • Kerani

Anda mungkin sudah mempunyai kerjaya sendiri namun tidak berpuas hati dengan kerja anda sekarang.ianya mungkin kerana kerja anda tidak sesuai dengan personaliti anda.

Anda juga mungkin mempunyai lebih dari satu personaliti.Sekiranya ini yang berlaku pada anda,ianya menunjukkan anda mempunyai potensi yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang anda fikirkan.Ini kerana ianya terhasil daripada kesan kepercayaan anda mengenai realiti anda.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:  Personaliti dan Kerjaya.
Saya akan menulis mengenai Menguji Diri Sendiri pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #8

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #8


Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan mengenai 2 model tabiat manusia iaitu SBC Model yang bermaksud Stimulus-Behavior-Consequences/Stimulus-Sikap-Akibat dan model ABC yang membawa maksud antecedents-behaviors-consequences/sebelum-sikap-akibat.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat yang baru.

Pertama: Buat Keputusan
Tahu dengan jelas apa tabiat yang anda inginkan pada diri anda.Contohnya,sekiranya anda ingin bangun jam 6.00 pagi setiap hari,tetapkan jam loceng anda dan bangun dengan serta-merta apabila jam anda berdering.

Kedua:Elakkan Untuk Membuat Alasan
Anda perlu mengelakkan untuk memberi alasan atau cuba untuk mencari sebab untuk kekal dengan tabiat yang lama.Anda perlu berdisiplin.Anda bayangkan apa yang akan terjadi apa akibat yang paling buruk sekiranya anda tidak mengubah tabiat anda dan apa ganjaran yang anda perolehi sekiranya anda mengubah tabiat anda dapat dalam jangka masa:

  • 1 Tahun
  • 5 Tahun
  • 10 Tahun
  • 15 Tahun
  • 20 Tahun


Ketiga:Beritahu Pada Orang Lain
Anda perlu memberitahu pada orang lain apa tabiat yang anda ingin buang atau miliki.Ianya akan memberi dorongan kepada anda apabila anda sedar ada orang mengambil berat mengenai diri anda.

Kempat: Bayangkan Diri Anda Dengan Tabiat Yang Baru
Semakin kerap anda membayangkan diri anda dengan tabiat yang baru,semakin cepat ianya dapat diserap oleh minda separa sedar anda.Minda berkomunikasi dengan anda dalam bentuk visual dan minda separa sedar tidak dapat membezakan antara perkara yang benar atau palsu.Anda boleh membayangkan bagaimana anda bertindak dengan tabiat yang baru.

Kelima:Berulang-kali Memberi Semangat Kepada Diri Sendiri
Sebagai contohnya,anda boleh mengulang kata-kata yang dapat memberi anda semangat seperti berulang-ulang menyebut matlamat anda kepada diri sendiri.Ia seterusnya dapat membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda melalui tindakan anda.

Keenam:Konsisten dan Persisten
Anda perlu tabah untuk membuang tabiat yang lama dan membentuk tabiat yang baru.Anda mungkin tidak berasa selesa pada awalnya namun sekiranya anda konsisten,ianya akan menjadi perkara yang mudah untuk anda.

Ketujuh:Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Setiap kali anda berjaya mengubah tabiat anda.Anda boleh memberi ganjaran kepada diri anda sendiri seperti membeli buku,menonton wayang, atau lain-lain yang sesuai dengan diri anda.

Anda mungkin tahu dan sedar anda perlu mengubah tabiat anda namun sering bertangguh untuk berubah.Itu bukanlah masalah anda seorang.Masalah bertangguh merupakan masalah setiap orang.Sudah menjadi lumrah bahawa tindakan manusia di dorong oleh emosi.Dua emosi utama yang memacu tindakan manusia ialah menjauhi kesusahan dan mendapatkan keseronokkan.

Sikap bertangguh berpunca daripada anda menghubungkan tindakan yang perlu lakukan dengan kesusahan.Anda membayangkan kesusahan yang anda hadapi apabila anda bertindak.Sekiranya anda ingin menhilangkan sikap bertangguh untuk mengambil tindakan,anda perlu membayangkan apa yang bakal anda dapat setelah anda mengambil tindakan.

Sebagai contoh,saya andaikan anda ingin mengurangkan berat badan dengan mengikut diet yang anda pilih sendiri.Kemudian setelah berhari-hari anda berdiet,makanan kegemaran anda yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah terdapat di hadapan anda.Anda boleh memilih sendiri tindakan yang akan anda ambil:

  • terus dengan diet anda kerana membayangkan berat badan anda akan meningkat (menjauhi kesusahan sekiranya berat badan anda tidak turun)

  • makan makanan kegemaran anda dan membatalkan program diet anda (mendapatkan keseronokkan makanan kegemaran anda)

Apabila individu mengetahui kepentingan untuk mengubah tabiat dan kesan positif yang dapat diperolehi dengan tabiat yang baru,individu ini biasanya akan melakukan kesilapan dengan membuang tabiat negatif dan mempraktikkan tabiat positif dengan sekaligus.Hasilnya tiada perubahan dalam hidup mereka kerana mereka akan kembali dengan tabiat lama mereka.Perkara ini berlaku kerana perubahan yang dilakukan tidak dapat di terima oleh minda separa sedar mereka.

Untuk memulakan tabiat yang baru,anda perlu bersabar dengan diri anda sendiri.Anda perlu mengubah tabiat anda satu demi satu.Anda boleh mengubah tabiat yang kritikal untuk di ubah buat masa sekarang dahulu.Ini kerana tabiat lama anda tidak akan hilang.Apabila anda berhenti dengan tabiat yang baru,tabiat lama anda akan menjelma.Sekiranya anda berdisiplin,tabiat lama anda hanya menunggu masa untuk menjelma.

Setiap orang adalah unik.Tiada orang yang sama dengan anda.Apa yang membezakan anda dengan orang lain adalah minda anda.Minda anda menentukan kebolehan anda untuk berfikir,membuat keputusan, dan mengambil tindakan.Pengetahuan dan pengalaman anda pada masa lalu terdapat dalam tindakan anda pada hari ini dan cara anda berinteraksi dengan orang lain.

Kehidupan anda pada hari ini adalah satu kenyataan yang mesti anda terima.Ianya adalah hasil tindakan anda pada masa lalu.Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil tindakan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Hanya anda yang dapat membantu diri anda.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Saya akan menuliskan mengenai tabiat berdisiplin pada artikel yang seterusnya.Nantikan bahagian #9 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2


Dalam artikel yang lepas,saya telah menerangkan mengenai tentera Greek Purba yang menggunakan Strategi #1 Mengisytiharkan Perang Terhadap Musuh untuk menewaskan musuh dalaman mereka iaitu tentera Persia.Dalam artikel kali ini,saya akan menerangkan bagaimana untuk menggunakan strategi ini untuk menewaskan musuh dari luar.

Pada tahun 1970-an,sistem politik British telah mengalami perubahan.Parti Buruh boleh memenangi pilihanraya dan Parti Konservatif telah mengalami kekalahan.Jangkaan rakyat ialah Parti Konservatif boleh memenangi pilihanraya yang seterusnya.Namun pada tahun berikutnya Parti Buruh sekali lagi telah memenangi pilihanraya.Ia seterusnya membawa Parti Konservatif pada keadaan berpecah-belah.

Parti Konservatif seterusnya telah memilih Margaret Thatcher sebagai pemimpin mereka.Margaret Thatcher ialah seorang ahli politik wanita dan lahir dari keluarga kelas pertengahan.Pakaiannya pada ketika itu lebih mirip kepada suri rumah berbanding dengan fesyen seorang ahli poltik.Pada ketika itu juga,pengaruh Thatcher dalam Parti Konservatif juga agak lemah berbanding dengan pemimpin lain dalam Parti Konservatif.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2 2
Margaret Thatcher - Perdana Menteri Britain 1979-1990

Cara beliau menyerang parti lawan juga agak berbeza dengan pemimpin lain.Beliau lebih suka menyerang secara terus dan terbuka berbanding dengan cara pemimpin lain menyerang parti lawan dengan cara yang lebih lembut.Cara beliau telah mengundang situasi politik yang lebih tegang.Kebanyakkan ahli politik pada masa itu membuat andaian bahawa Thatcher hanya bernasib baik dan tidak akan kekal lama dalam bidang politik.

Dalam beberapa tahun pertama beliau menjadi pemimpin Parti Konservatif,iaitu ketika Parti Buruh berkuasa,Thatcher membuat beberapa perubahan untuk menukar pandangan orang ramai.Beliau menyerang sistem sosialis dan menjadikannya penyebab sebagai faktor kejatuhuhan ekonomi Britain
pada masa itu.Beliau juga mengkritik dasar-dasar Soviet Union yang seterusnya mendatangkan kesan perhubungan antara Britain dan Soviet Union.

Pada musim sejuk 1978-79,beberapa sektor kerajaan membuat keputusan untuk menentang dasar-dasar Parti Buruh.Thatcher menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Parti Buruh dan Perdana Menteri Britain pada masa itu iaitu James Callaghan.Cara Thatcher pada masa itu tidak sesuai untuk menarik undi daripada rakyat kerana tindakan beliau menakut-nakutkan rakyat untuk mengundi Parti Konservatif.

Pada tahun 1979,satu pilihanraya umum telah diadakan di Britain.Thatcher terus berkempen untuk menyerang Parti Buruh dan memberi nama pilihanraya itu dengan pilihanraya untuk menentang kejahatan sosialis dan peluang terakhir untuk rakyat Britain untuk memajukan negara.James Callaghan iaitu Perdana Menteri dari Parti Buruh memandang rendah kepada Thatcher kerana pada asalnya Thatcher hanyalah seorang suri rumah yang menjadi ahli politik.Beliau membalas serangan Thatcher dengan menjalankan kempen bahawa sekiranya Thatcher memenangi pilihanraya itu, ekonomi Britain akan menjadi bertambah buruk.

Stategi ini seolah-olah menjadi.Thatcher menakutkan ramai pengundi dan bancian yang dijalankan menunjukkan bahawa James Callaghan lebih popular berbanding dengan Thatcher.Pada masa yang sama,melalui retorik oleh Thatcher dan tindakbalas Callaghan telah mempengaruhi keseluruhan pengundi.Tindakan Thatcher dan tindakbalas daripada Callaghan telah memberi pemahaman kepada seluruh rakyat perbezaan antara Parti Konservatif dan Parti Buruh.Thatcher telah berjaya memecah-belahkan pengundi Parti Buruh,menarik perhatian rakyat, dan menarik golongan pengundi atas pagar.Thatcher memenangi pilihanraya itu dengan kejayaan yang besar.

Thatcher telah berjaya memenangi hati pengundi.Apabila telah menjadi Perdana Menteri,beliau perlu bertindak untuk bersikap adil kepada semua rakyat Britain tanpa memilih fahaman politik dan mengambil hati rakyat.Namun Thatcher telah mengambil tindakan yang sebaliknya.Beliau telah memotong belanjawan negara dan seterusnya menyebabkan ekonomi Britain menjadi lebih teruk - seperti yang telah dilaungkan oleh Callaghan - dan mengakibatkan pengangguran berleluasa. Pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri mula mempertikaikan kebolehan beliau secara terbuka.

Ini kerana semua rakan-rakan beliau dalam Parti Konservatif sudah panik dan tindakan Thatcher boleh membawa kepada kehancuran negara.Thatcher telah bertindakbalas dengan memecat semua ahli kabinet beliau yang tidak bersetuju dengan beliau.Ia seterusnya membuatkan musuh beliau menjadi bertambah ramai.Bancian telah diadakan dan populariti Thatcher menjadi sangat rendah. Ramai yang menyangka karier politik beliau akan berakhir pada pilihanraya yang seterusnya.

Pada tahun 1982,di satu bahagian kawasan Atlantik,junta tentera yang menguasai Argentina perlu mendapatkan Pulau Falkland - satu daripada wilayah Britain - untuk menyelesaikan masalah dalaman Argentina dengan menggunakan faktor sejarah.Pemimpin junta merasakan British tidak memerlukan wilayah itu dan mengabaikan Pulau Falkland.Tanpa bertangguh,Thatcher telah menghantar armada tentera - sejauh 8000 batu - untuk mempertahankan Pulau Falkland.

Pemimpin Parti Buruh telah membantah tindakan Thatcher kerana ianya membawa kepada peperangan yang menelan belanja yang tinggi.Tindakan Thatcher itu juga menakutkan ahli-ahli partinya sendiri kerana sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan Pulau Falkland kembali,Parti Konservatif akan musnah.Thatcher keseorangan pada masa itu.Tindakan beliau telah mendapat perhatian rakyat dan memberi sinar baru dalam karier politik Thatcher.Thatcher telah berjaya menunjukkan kualiti beliau sebagai seorang Perdana Menteri Britain.Di bandingkan dengan pemimpin dari parti lawan dan partinya sendiri,tindakan Thatcher berjaya menunjukkan beliau
seorang yang tabah dan berkeyakinan.

Diringkaskan cerita,British telah berjaya mendapatkan Pulau Falkland dan populariti beliau naik dengan mendadak.Secara tiba-tiba sahaja,masalah ekonomi dan sosial Britain telah dilupakan pada ketika itu.Thatcher telah berjaya menguasai keadaan pada masa itu.Beliau telah berjaya mengalahkan Parti Buruh untuk dua pilihanraya berikutnya.

"Jangan menunggu musuh untuk datang sebaliknya bersedia untuk menyambut kehadiran mereka"
Sun Tzu

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2 3


Margaret Thatcher berjaya meraih kuasa politik bermula dari golongan pertengahan dan berhaluan kanan.Untuk menyertai bidang politik dan mendapat sokongan bukanlah perkara yang mudah.Lebih-lebih lagi apabila anda mendapat melihat dunia dengan perspektif yang berbeza apabila anda menyertai politik berbanding sebelum anda menyertai mana-mana parti politik.Sekiranya Thatcher mengikut apa sahaja nasihat daripada pemimpin-pemimpin lelaki di dalam partinya,beliau akan digantikan dengan orang lain.

Thatcher mengetahui siapa musuhnya dengan jelas:

  • Parti Buruh
  • Ahli partinya sendiri
  • Junta Tentera Argentina


Musuh-musuhnya secara tidak lansung membantu Thatcher untuk memahami kemampuan dirinya.Thatcher tidak mengejar populariti dan mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk membawa Britain ke arah yang lebih baik.Golongan yang terpelajar mungkin dipengaruhi oleh angka yag terdapat dalam statistik namun bagi ahli politik,politik ialah medan peperangan.Biarkan sahaja golongan yang membenci anda.Anda tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Musuh anda yang sentiasa menunggu peluang untuk menewaskan anda secara tidak lansung membantu anda untuk berpijak di bumi yang nyata - menjadi lebih realistik.Anda terlebih dahulu memecah-belahkan musuh anda dan mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan medan peperangan anda sendiri.Semua perkara yang berlaku dalam hidup anda akan membuatkan anda tertekan.Anda akan berhenti apabila anda berkompromi dengan perkara yang berlaku di sekeliling anda - sama ada anda menyukainya atau tidak.

Orang disekeliling anda juga boleh menjadi musuh utama anda.Ini kerana orang yang dekat dengan anda tidak mahu anda mendapatkan apa yang anda mahu.Apa yang berlaku dalam hidup anda akan membantu anda untuk menjadi lebih kuat dan berwaspada dengan orang-orang disekeliling anda.Tanpa peperangan,tiada orang yang akan berjaya di medan perang.Kejayaan anda mengalahkan musuh anda akan menjadi sejarah yang sentiasa di kenang.

Setakat ini dahulu untuk artikel Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2.Saya akan menerangkan mengenai bahagian 3 pada artikel bersiri Strategi Perang yang akan datang.Sekian terima kasih.

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #11

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #11


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #10 saya telah menulis
prinsip ke-10 yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.

Prinsip #11 

Bertindak Dengan Cara yang Menarik Minat Lelaki

Lelaki sering memiliki sesuatu yang masih tidak dimiliki.Anda tidak perlu bertindak untuk membuatkan lelaki sudah dapat mengawal anda sepenuhnya.Lelaki yang tulus mencintai anda tidak akan berputus asa untuk memiliki anda.Apabila lelaki berfikir bahawa mereka sedang dalam proses untuk mendapatkan cinta anda,anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda tidak "dikawal" sepenuhnya oleh mereka.

Berikut merupakan perbandingan antara wanita yang "terlalu baik" dan wanita yang mematuhi prinsip ini:

  • Wanita yang "terlalu baik" sentiasa memberitahu lelaki ke mana mereka pergi.Sebaliknya wanita yang mematuhi prinsip ini membiarkan lelaki tertanya-tanya di mana mereka berada.

  • Wanita yang "terlalu baik" sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk dihubungi oleh lelaki sebaliknya wanita yang mematuhi prinsip ini sentiasa berahsia mengenai apa yang dilakukan.

  • Sekiranya lelaki telah berjanji untuk membuat panggilan telefon pada satu-satu masa tetapi terlewat untuk membuat panggilan telefon,wanita yang "terlalu baik" akan merungut tetapi wanita yang mematuhi prinsip ini tidak menjawab panggilan telefon tersebut atau tidak merungut sekiranya menjawab panggilan telefon.

  • Apabila lelaki berubah sikap seperti menjadi pendiam,wanita yang "terlalu baik" akan tertanya-tanya yang seterusnya membuatkan lelaki menjadi bosan dan tertekan.Wanita yang mengikut prinsip ini hanya akan membuat hal sendiri yang seterusnya membuatkan lelaki pula tertanya-tanya.

  • Sekiranya lelaki terlewat datang untuk temujanji,wanita yang "terlalu baik" akan menelefon beberapa kali yang seterusnya membuatkan lelaki menjadi bosan.Sebaliknya wanita yang mematuhi prinsip ini akan meluangkan masa dalam tempoh masa yang tertentu seperti 30 minit untuk menunggu lelaki datang dan membuat perancangan apa yang akan dilakukan sekiranya tempoh masa telah tamat.

Perbezaan yang berlaku dalam situasi ini ialah bagaimana anda melayan lelaki.Wanita yang mematuhi prinsip ini membiarkan lelaki memahami isi hati mereka tanpa menggunakan kata-kata dan hanya meluahkan isi hati mereka melalui tindakan.Wanita yang "terlalu baik" sebaliknya membuatkan lelaki menjadi bosan dan tertekan dengan mereka.

Sejak dari awal Artikel Bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita sehingga artikel ini,anda boleh menguji diri anda sama ada anda tergolong dalam wanita yang "terlalu baik" atau mempunyai prinsip dengan menjawab soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda rasa bersalah sekiranya anda terpaksa menolak permintaan lelaki?

  • Adakah anda memberitahu kepada pasangan anda supaya melayan anda dengan lebih baik?

  • Adakah anda terpaksa berunding dengan pasangan anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan atau perlukan?

  • Adakah anda terpaksa tidur lewat atau mengorbankan masa terluang anda untuk memenuhi keperluan pasangan anda?

  • Adakah anda sentiasa menghubungi pasangan anda apabila ada waktu terluang?

  • Adakah anda terpaksa mengulangi soalan anda kepada pasangan anda seolah-olah pasangan anda tidak mendengar dengan jelas apabila anda kali pertama bertanya soalan?

  • Adakah anda orang yang pertama mehubungi pasangan anda apabila anda berselisih faham?

  • Adakah anda lebih menyintai dan memanjakan pasangan anda lebih daripada pasangan anda menyintai anda?

  • Adakah anda terasa kosong apabila berjauhan dengan pasangan anda?

  • Adakah anda sering inginkan perhatian daripada pasangan anda?


Sekiranya anda menjawab Ya sebanyak 5 kali atau lebih soalan diatas,anda merupakan wanita yang "terlalu baik".

Ini kerana setiap wanita memahami konsep keseimbangan antara kerja dan bersuka-ria.Wanita tahu untuk membahagikan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.Namun apabila berhadapan dengan percintaan,konsep keseimbangan hilang secara tiba-tiba.

Wanita mencuba sedaya-upaya untuk membahagiakan pasangan mereka tanpa memikirkan perkara mengenai diri mereka sendiri.Dengan kata lain,wanita menjadi tidak realistik apabila bercinta.

Setakat ini dahulu artikel untuk kali ini.Dalam Prinsip yang ke-12,saya akan menulis mengenai perbezaan antara lelaki yang tulus mencintai anda atau sekadar menjadikan anda sebagai "back-up" semata-mata.Ini sedikit sebanyak akan membantu anda mengetahui sama ada seseorang lelaki benar-benar tulus mencintai anda atau sebaliknya.

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #11 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 26 : Memahami Diri Sendiri



Dalam artikel kali ini,saya akan membantu anda untuk memahami diri anda sendiri untuk mengetahui pekerjaan yang sesuai untuk anda.Ianya seperti perkara yang berkaitan dengan apa yang anda inginkan,apa yang tidak disukai oleh anda,nilai anda, dan keperluan anda.Ini merupakan perkara utama yang perlu anda tahu untuk menggunakan hukum tarikan.

Sebelum anda dapat menukar impian anda menjadi realiti,anda perlu memahami diri anda sendiri. Setiap individu sentiasa berubah dan menjadi asas untuk setiap individu menilai diri mereka sendiri.

Antara yang perlu anda tahu untuk memahami diri anda ialah:

Apakah yang menarik minat anda?

Perkara yang menarik minat anda memberikan anda hint mengenai pekerjaan yang sesuai
untuk anda.Ianya seperti membaiki peralatan,menggunakan komputer,memasak,menjaga kanak-kanak atau lain-lain yang anda suka lakukan pada masa lapang.Ianya perkara yang mempunyai nilai komersial - bergantung kepada anda.

Personaliti Anda

Setiap individu adalah unik kerana gabungan emosi dan tabiat membentuk personaliti anda yang seterusnya membantu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai untuk anda.Kerjaya yang berbeza memerlukan personaliti yang berbeza.Sebagai contoh,sekiranya anda suka untuk berjumpa dengan orang yang baru dan gemar berkomunikasi,kerjaya yang sesuai untuk anda mungkin ialah bantuan khidmat pelanggan,jurujual,atau guru.

Kemahiran Anda

Kemahiran anda bukan sahaja dipelajari oleh anda pada masa lalu tetapi juga melalui orang-orang di sekeliling anda.Kemahiran anda terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  • Kategori 1:Pengurusan Diri-Ianya dipelajari oleh anda melalui keluarga atau idola anda
  • Kategori 2:Kemahiran Teknikal-Ianya merupakan kemahiran yang dipelajari melalui latihan dan pengalaman anda.
  • Kategori 3:Kemahiran Berdasarkan Transformasi-Kemahiran yang anda dapat melalui kerjaya anda pada masa lalu dan mengaplikasikan pada kerjaya yang lain


Kebolehan Anda

Bakat dan kebolehan semulajadi menunjukkan potensi anda dalam kerjaya yang spesifik.Individu biasanya akan memilih kerjaya yang mudah dilakukan oleh mereka.Dengan latihan dan pengetahuan, seorang individu akan memilih kerjaya yang sesuai untuk mereka.

Nilai Hasil Kerja Anda

Tujuan dan insentif peribadi yang diperlukan untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjaya adalah unik untuk setiap individu.Dengan menganalisis nilai hasil kerja anda,anda boleh mengetahui adakah kerjaya anda sesuai dengan anda.Apabila usia anda semakin meningkat,hasil kerja anda juga boleh berubah.Contohnya kerja yang sesuai dilakukan oleh orang yang berumur 20 tahun mungkin tidak sesuai dilakukan oleh orang yang berusia 50 tahun yang seterusnya mengubah nilai hasil kerja.

Gaya Hidup dan Kedudukan Kewangan

Gaya hidup anda juga memberi kesan yang besar kepada kerjaya anda.Dengan menilai kehidupan yang anda inginkan dan menentukan kedudukan kewangan yang anda perlukan untuk menyokong gaya hidup anda,anda akan memutuskan kerjaya yang sesuai untuk anda.Status kewangan adalah faktor yang kritikal apabila anda memilih pekerjaan.Dengan memiliki matlamat kewangan yang jelas,ianya akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Persekitaran Tempat Kerja

Persekitaran tempat kerja juga memberi kesan kepada anda.Ini kerana ianya melibatkan hati dan perasaan anda.Biasanya,tahap keselesaan anda untuk
bekerja memberi kesan yang besar sama ada anda akan berjaya atau tidak untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai untuk anda.

Terdapat formula untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda.Ianya dicipta oleh Dr.Joh Holland yang membuat teori berkenaan personaliti dan kerjaya yang sesuai untuk anda.Ianya mempunyai 6 tema personaliti.6 tema tersebut ialah:

  •  Realistik
  •  Artistik
  •  Berniaga
  •  Mencari Fakta 
  •  Sosial
  •  Konventsional 

Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai 6 tema ini pada artikel yang akan datang.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:  Memahami Diri Sendiri .
Saya akan menulis mengenai Personaliti dan Kerjaya pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.