Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1


Artikel ini merupakan lanjutan daripada bahagian pengenalan dan merupakan Strategi Pertama yang
di terangkan dalam artikel bersiri Strategi Perang.Strategi #1 terdiri daripada dua bahagian iaitu
musuh dalam selimut dan musuh dari luar.Artikel bahagian 1 akan menerangkan mengenai musuh dalam selimut.

Peperangan atau apa jua konflik akan dapat diselesaikan melalui strategi.Memikirkan strategi dapat membantu untuk mencapai matlamat dan membawa anda ke tahap tertentu dalam hidup anda.Strategi membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan mengetahui apakah punca masalah dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda.Sebelum anda dapat menyelesaikan masalah anda,anda perlu fokus kepada diri anda sendiri terlebih dahulu.

Minda anda adalah permulaan kepada semua strategi dan peperangan atau konflik.Minda yang dipenuhi dengan emosi iaitu dipengaruhi oleh pengalaman masa lepas di sebalik apa yang berlaku pada masa sekarang - tidak dapat melihat situasi yang berlaku dengan jelas.Ia seterusnya akan membuatkan anda membina strategi yang tidak efektif atau lebih buruk lagi akan menambah lagi masalah yang sedang anda hadapi.

Untuk menjadi seorang yang mahir membina strategi,anda memerlukan tiga langkah:


  • Menyedari kelemahan yang terdapat dalam minda anda
  • Menerima kenyataan bahawa anda berdepan dengan peperangan atau konflik
  • Memusnahkan punca utama peperangan atau konflik sepenuhnya berdasarkan strategi yang anda bina


Beberapa strategi awal dalam artikel bersiri ini akan membantu anda untuk mengenal pasti peperangan atau konflik yang terdapat dalam minda anda.Beberapa strategi perang terawal dalam artikel bersiri ini memberi fokus kepada diri anda sendiri.Apabila anda telah memahaminya melalui fikiran anda dan tindakan yang anda ambil,ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk membina strategi yang jauh lebih efektif berbanding sekarang.

Strategi #1 Mengisytiharkan Perang Terhadap Musuh

Strategi Polariti (berlawanan)

Kehidupan ialah peperangan dan konflik yang tiada kesudahan.Anda tidak boleh berperang dengan efektif sebelum anda mengenal pasti musuh anda.Manusia kelihatan baik dan pandai berdalih,menyembunyikan niat mereka dan berpura-pura menyokong anda.Anda perlu melihat dengan jelas.Belajar untuk mengenali dan mengetahui siapakah musuh anda dengan tanda dan corak yang menunjukkan peperangan.

Apabila anda telah mengenal pasti siapakah musuh anda,isytiharkan peperangan tanpa bertangguh.Seperti kutub magnet yang sentiasa berlawanan mencipta pergerakan,musuh anda - lawan anda - dapat membantu anda memberi arah tujuan anda.Sesiapa yang menhalang anda,melakukan apa yang tidak anda suka dan orang yang menentang anda,mereka adalah sumber tenaga anda.Jangan jadi bodoh - musuh anda sudah jelas dan jangan berkompromi atau teragak-agak.

Kemudian (Xenophon) bangun bersama-sama dengan pegawai-pegawai bawahan Proxenos.Apabila mereka berkumpul beliau berkata,"Hadirin,saya tidak boleh tidur dan fikir anda semua tidak boleh tidur juga.Saya tidak boleh menipu disini apabila melihat situasi bahaya yang sedang kita hadapi.Adalah jelas musuh tidak memulakan perang sehingga mereka bersedia dari segala sudut.Tiada diantara kita yang sanggup bersusah-payah untuk menhalang mereka.Sekiranya kita menyerah dan jatuh kepada kekuasaan raja,apakah nasib kita?"

"Apabila adiknya telah mati,raja telah memotong kepala dan tangan adiknya serta menggantungnya pada tiang.Tiada orang yang membuat rayuan untuk kita dan kita berkumpul disini untuk menjadikan raja sebagai hamba atau membunuh beliau sekiranya mampu.Apakah nasib kita?"

"Adakah raja tidak akan bertindak secara ekstrem untuk membuatkan seluruh dunia takut untuk berperang dengannya?"

"Kita mesti melakukan apa sahaja untuk menumbangkan raja.Ketika keamanan masih wujud,saya tidak pernah merasa kasihan kepada diri kita,tidak pernah berhenti mengucapkan tahniah kepada raja dan tenteranya.Dalam negara ini saya melihat peruntukkan yang tidak akan habis,golongan hamba,lembu dan biri-biri,emas, dan pakaian usang!"

Apabila saya memikirkan mengenai askar kita - kita tidak memiliki semua barang yang berkualiti melainkan kita membelinya dan hanya sedikit yang mampu membelinya.Untuk mendapatkan sesuatu benda tanpa membeli dihalang oleh sumpah kita.Apabila saya memikirkan tentang perkara ini,kadang-kadang saya takut kepada keamanan berbanding dengan peperangan sekarang."

"Bagaimanapun sekarang ini mereka merosakkan keamanan.Ianya merupakan satu penamat kepada kekejaman mereka dan rasa curiga kita.Di sana terdapat semua perkara yang baik dihadapan kita.Hadiah untuk sesiapa yang terbukti sebagai lelaki yang terbaik.Tuhan sebagai hakim untuk peperangan ini dan bersama-sama dengan kita."

"Apabila anda melantik sebanyak mana komander yang diinginkan,mengumpulkan semua askar dan memberi galakan kepada mereka,ianya apa yang mereka perlukan sekarang.Anda boleh menyedari kesedihan mereka apabila mereka datang ke dalam kem.Bagaimana sugulnya keadaan mereka untuk berperang.Dalam keadaan negara saya tidak tahu apa yang anda boleh lakukan terhadap mereka."

"Tetapi sekiranya anda boleh mengubah minda mereka untuk merasa sesuatu yang ajaib akan berlaku, dan membuatkan mereka kagum dengan apa yang mereka boleh lakukan,mereka akan kembali ceria.Saya sangat pasti bukan bilangan atau kekuatan yang membawa kemenangan di dalam peperangan tetapi kekuatan yang lahir dari hati tentera akan mengalahkan musuh mereka."

ANABASIS: THE MARCH UP COUNTRY, XENOPHON, 430?–355? B.C


Pada musim bunga 401 Sebelum Masihi,Xenophon iaitu seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Athens menerima jemputan untuk berkomplot - membawa tentera Greek sebagai askar upahan untuk membunuh Cyrus iaitu adik Raja Persia -Ataxerxes.Jemputan ini agak luar biasa kerana Persia dan Greek telah bermusuhan selama lebih 80 tahun sebelum itu.Secara faktanya Persia telah cuba untuk menjajah Greek.

Greek pada ketika itu yang terkenal dengan memiliki tentera yang gagah perkasa mula untuk menawarkan perkhidmatan sebagai askar upahan kepada pihak yang menawarkan pada harga yang tertinggi.Cyrus merupakan pemberontak pada Empayar Persia ketika itu.Greek merupakan askar upahan yang terbaik pada zaman itu.

Xenophon bukanlah seorang tentera.Beliau merupakan seorang yang hidup secara sederhana dengan menternak anjing dan kuda.Beliau tinggal di Athens untuk berbicara mengenai falsafah bersama kawan baik beliau iaitu Socrates.Walaupun beliau mewarisi kekayaan daripada keluarga beliau,beliau suka kepada cabaran,berfikir, dan pada masa jemptan itu diterima,beliau mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Cyrus,belajar berperang, dan pergi ke Persia.

Pada pandangan beliau,setelah semuanya berakhir,beliau boleh menulis buku mengenai pengalaman beliau.Beliau tidak perlu menjadi askar upahan -beliau seorang yang kaya tetapi menerima jemputan itu untuk menjadi ahli falsafah dan ahli sejarah.Beliau menerima jemputan itu setelah membuat ramalan tentang nasib beliau di Delphi - kepercayaan kepada dewa-dewi pada zaman itu sangat kuat.

Hampir 10,000 tentera Greek menyertai ekspedisi untuk membunuh Cyrus.tentera upahan ini datangnya hampir daripada semua daerah di Greek.Ekspedisi ini bertujuan untuk mendapatkan wang dan cabaran.Untuk seketika perjalanan mereka adalah mudah.Selepas beberapa bulan dan tiba di Persia,Cyrus telah membina kubu di Babylon,merancang strategi untuk menggulingkan abangnya dan menjadi raja.Cyrus berjaya mengekang pergerakan tentera upahan Greek dengan menawarkan
kepada mereka dengan jumlah wang yang lebih besar.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1 2


Kemudian tentera Cyrus dan Ataxerxes telah bertembung di Cunaxa,tidak jauh dari Babylon.Pada peringkat awal peperangan,Cyrus telah berjaya dibunuh dan peperangan ini telah tamat dalam jangka masa yang singkat.Apabila ini terjadi,situasi yang bahaya telah menimpa tentera Greek.Mereka telah berpaling tadah dan menyebabkan mereka bermusuhan dengan Ataxerxes.Mereka berada di Persia dan jauh daripada kampung halaman mereka.

Kemudian Ataxerxes menghantar utusan beliau iaitu Tissapherness dan memaklumkan kepada mereka bahawa Ataxerxes tidak menyalahkan mereka.Ataxerxes hanya mahu mereka meninggalkan Persia secepat yang mungkin.Kemudian tentera Greek diiringi oleh Tissapherness dan tentera Persia memulakan perjalanan untuk kembali ke Greek yang jaraknya 1500 batu dari Persia.

Setelah beberapa hari,tentera Greek memiliki satu perasaan takut yang baru.Bekalan yang diberikan oleh tentera Persia tidak mencukupi dan jalan yang ditunjukkan oleh Tissaphernes bermasalah.Mereka mula bertengkar sesama sendiri adakah mereka boleh mempercayai tentera Persia?

Salah seorang komander Greek iaitu Clearchus memaklumkan kerisauan askar beliau kepada Tissaphernes yang kemudiannya menunjukkan rasa belas kasihan.Tissaphernes menyarankan kepada Clearchus untuk membawa kapten beliau untuk membincangkan situasi yang berlaku dengan neutral.Tentera Greek berhak menyuarakan kebimbangan mereka dan kedua-dua pihak boleh memahami apa yang berlaku.

Pada hari berikutnya semasa kedua-dua pihak bertemu,tentera Greek yang terlibat dalam perbincangan itu telah dikepung dan ditangkap oleh tentera Persia.Kepala mereka telah dipenggal pada hari itu juga.Nasib agak menyebelahi tentera Greek kerana terdapat seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri dan memberi amaran kepada kem tentera Greek mengenai pengkhianatan tentera Persia.Pada petang hari itu juga,kem tentera Greek sunyi dan sepi.

Kem Greek agak kelam-kabut pada hari itu.Ada diantara mereka yang bertengkar dan saling mmenyalahkan antara satu sama lain.Ada tentera yang mabuk dan ada di antara mereka yang telah berputus asa.

Pada malam harinya,Xenophon telah bermimpi Zeus - Dewa Purba Greek - telah memanahkan petir ke arah rumah bapanya.Beliau terjaga dengan berpeluh.Mimpi itu mendatangkan ketakjuban kepada Xenophon.Kematian sudah hampir dengan mereka tetapi mereka sibuk untuk mengeluh,berputus asa, dan bertengkar dengan apa yang berlaku.Masalah mereka berpunca daripada minda mereka.Mereka berperang dengan tujuan untuk mendapatkan wang dan tidak mempunyai tujuan yang jelas.Mereka menghadapi masalah dengan apa yang berlaku kerana mereka tidak dapat membezakan siapakah musuh dan kawan mereka.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1


Halangan yang terdapat di antara mereka dan kampung halaman mereka bukanlah gunung-gunung atau sungai atau tentera Persia.Halangan mereka ialah minda mereka sendiri.Xenophon tidak ingin mati dalam keadaan hina.Walaupun dia bukanlah seorang tentera,dia tahu mengenai falsafah dan cara manusia berfikir.Beliau sangat yakin bahawa dengan memberikan tumpuan kepada musuh yang ingin membunuh mereka,mereka akan berwaspada dan menjadi kreatif.Sekiranya mereka fokus kepada pengkhianatan yang dilakukan oleh tentera Persia,mereka akan menimbulkan kemarahan dan memotivasikan mereka.

Mereka perlu berhenti daripada berasa keliru untuk terus menjadi askar upahan dan kembali ke Greek.Berlawanan dengan kemahuan tentera Persia.Apa yang mereka perlu ialah arah tuju yang jelas.Xenophon kemudian mengejutkan semua pegawainya yang masih hidup dan menerangkan perancangan beliau.Ianya ialah:

  • Mengisytiharkan perang terhadap tentera Persia tanpa berunding atau berbahas dengan mereka.
  • Tidak membuang masa dengan bertengkar sesama sendiri
  • Seluruh kekuatan yang ada pada mereka digunakan untuk berdepan dengan tentera Persia
  • Bersemangat seperti nenek moyang mereka - orang Greece - yang berjaya menewaskan tentera Persia yang jauh lebih ramai di Marathon
  • Membakar semua gerabak/bebanan yang ada pada mereka untuk mempercepatkan perjalanan mereka ke Greece
  • Tidak sesekali melupakan bahaya yang terdapat di sekeliling mereka
  • Hanya mereka atau tentera Persia yang akan terus hidup


Sesiapa yang membantah cadangan ini di anggap bodoh dan pengecut.Tujuan mereka hanya satu iaitu kembali ke Greek dengan selamat - ilham dari mimpi Zeus memanahkan petir ke rumah bapanya.Semua pegaiwanya tahu pandangan Xenophon adalah tepat.Pada hari berikutnya,utusan Persia menemui mereka untuk menawarkan perdamaian antara mereka dan Ataxerxes.Mengikut apa yang telah dibincangkan pada malam sebelumnya,utusan itu telah dihalau.Hanya terdapat satu perkara antara mereka dan tentera Persia iaitu peperangan dan tiada perkara yang lain.

Tentera Greek kemudiannya memulakan perjalanan untuk kembali ke Greek.dengan kekuatan fizikal dan akal mereka,mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi Persia,mengelakkan peperangan, dan bergerak pada waktu malam.Mereka berjaya menghindarkan peperangan dengan tentera Persia.Mereka hanya melalui dan berperang dengan tentera Persia di kawasan gunung-ganang -kemahiran berperang tentera Greek -  sepanjang perjalanan untuk kembali ke kampung halaman mereka.Ianya mengambil masa selama beberapa tahun untuk mereka kembali ke kampung halaman mereka dan kebanyakkan daripada mereka kembali dengan selamat.

"Pemikiran politik dan suara hati politik memberi bukti secara teori dan praktikal dalam mengenal pasti siapakah kawan dan musuh anda.Tahap tertinggi dalam berpolitik ialah mengenal siapakah musuh anda dengan jelas." 
     
        CARL SCHMITT, 1888–1985

Kehidupan adalah satu perjuangan dan anda tidap lari dari situasi yang buruk.Bagaimana anda menghadapi situasi yang sedang anda hadapi menentukan takdir anda.Seperti yang telah diucapkan oleh Xenophon,halangan anda bukanlah gunung-ganang atau sungai atau orang lain.Halangan anda adalah diri anda sendiri.Sekiranya anda berputus asa dan keliru,anda akan hilang arah tujuan anda.Sekiranya anda tidak dapat membezakan siapakah kawan dan musuh anda,anda perlu menyalahkan diri sendiri.

Fikirkan bahawa anda selalu di medan perang.Segala-galanya bergantung kepada fikiran anda dan bagaimana anda melihat realiti hidup anda.Dengan menukar sudut pandangan anda,anda dapat berubah daripada pasif dan keliru kepada orang yang bersemangat dan kreatif.

Kita dikenali dengan perhubungan kita dengan orang lain.Semasa kecil kita membina identiti dengan membezakan kita dengan orang lain.Semakin jelas anda tahu apa yang tidak anda inginkan dalam identiti anda,semakin jelas identiti anda.Sekiranya anda tidak dapat membezakan anda dan orang lain,tanpa musuh yang menentang anda, anda akan keliru seperti situasi yang terjadi pada tentera Greek.Telah jelas mereka dikhianati,mereka masih membuang masa dengan bertengkar sesama sendiri.

Fokus kepada musuh.Ianya boleh jadi seseorang yang melakukan sabotaj atau menhalang anda sama ada dengan cara yang halus atau nyata.Ianya boleh jadi seseorang yang merosakkan anda tanpa cara yang adil.Ianya boleh merupakan seorang individu atau dalam bentuk kumpulan.Ianya abstrak.Mereka mencuba untuk membuatkan anda tidak mendapat apa yang anda inginkan.Dengar kata lain,mereka mencuri "impian" anda selama ini.Apabila anda jelas dengan arah tuju anda,anda boleh bersedia untuk berperang.

Setakat ini dahulu untuk artikel Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1.Saya akan menerangkan mengenai bahagian 2 pada artikel bersiri Strategi Perang yang akan datang.Sekian terima kasih.