Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #7

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #7

"Fikiran mempunyai tujuan yang tertentu.Tujuan membawa kepada tindakan.Tindakan membentuk tabiat.Tabiat membentuk karakter.Karakter membentuk kehidupan."
Tryon Edwards

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan bahawa anda hanya terdapat satu fikiran sahaja dalam diri anda pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif.Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai tabiat.

Hampir semua berkenaan kehidupan anda adalah hasil dipengaruhi oleh fikiran,perasaan, dan sikap anda.95% daripadanya hasil daripada tabiat anda.Kunci untuk mengubah kehidupan anda ialah memiliki tabiat yang dapat membantu anda untuk mencapai apa yang bersesuaian dengan anda.

Definisi untuk tabiat ialah "tindakbalas kepada stimuli" iaitu tindakbalas yang berlaku didalam otak.

Dari mana tabiat anda berasal?

Tabiat ialah hasil anda bertindakbalas dengan cara yang tertentu kepada situasi yang tertentu.Ianya datangnya daripada awal kehidupan anda sehingga sekarang.Contohnya seperti anda memandu kenderaan atau cara anda makan sama ada anda selesa memgang sudu atau garfu dengan tangan kanan atau tangan kiri.Apa sahaja yang menjadi tabiat anda,ianya menentukan siapakah diri anda.

Pada asalnya,ketika anda masih bayi,anda tidak mempunyai sebarang tabiat.Ianya dipelajari semasa usia anda meningkat.Tabiat yang berbeza mengambil masa yang berbeza untuk dibentuk.Sama ada anda ingin memulakan tabiat yang baru atau membuang tabiat yang buruk.Apabila tabiat anda dibentuk,ianya membentuk sistem hidup anda.

Ahli psikologi menamakan tabiat baru sebagai SBC Model iaitu Stimulus-Behavior-Consequences/ Stimulus-Sikap-Akibat.Pertama,sesuatu perkara terjadi dalam hidup anda yang menghasilkan stimuli kepada otak anda yang membentuk fikiran atau perasaan anda.Kedua, anda bertindakbalas dengan apa yang berlaku.Ketiga,hasilnya anda merasai akibat daripada tindakbalas yang anda lakukan.Apabila anda mengulanginya banyak kali,ianya akan membentuk tabiat baru.

Satu eksperimen yang juga merupakan satu eksperimen yang memberi kesan yang besar mengenai kajian tingkahlaku manusia ialah Eksperimen Pavlov - sempena dengan nama saintis yang membuat kajian.

Dalam eksperimen ini,seekor anjing yang lapar telah dijadikan bahan ujikaji.Apabila anjing ini lapar,loceng akan dibunyikan dan akan diberi makan daging.Ianya dilakukan selama beberapa hari.Apabila anjing ini lapar,ia akan mengeluarkan air liur dan terus makan.Setelah beberapa kali dilakukan,saintis hanya membunyikan loceng tanpa menyediakan makanan untuk anjing itu.Walaupun tanpa makanan,apabila loceng di bunyikan,anjing ini secara automatik akan mengeluarkan air liur.Ini merupakan contoh tindakbalas pada stimuli.

Dengan cara yang sama,anda membentuk bagaimana untuk bertindakbalas dengan orang lain dan
situasi berdasarkan pengalaman anda sama ada positif atau negatif.Sebagai contoh,sekiranya terdapat seseorang dalam hidup anda yang anda sayang dan cinta,fikiran anda kepada orang itu akan terbentuk.Anda mungkin berasa gembira apabila mendengar suara orang itu melalui telefon yang seterusnya membuatkan anda gembira dan tersenyum.

Sekiranya terdapat seseorang yang melukakan hati anda pada masa lalu,yang membuatkan anda marah atau sedih,apabila memikirkan mengenai orang itu,atau hanya mendengar namanya,secara automatik membuatkan anda berasa marah atau sedih.Ramai orang yang terperangkap oleh memori masa silam iaitu pengalaman yang tidak disukai.Apabila ini terjadi,ianya akan menjadi tabiat untuk anda terus mengingati pengalaman anda yang lalu dan lebih teruk ianya akan sentiasa menghantui diri anda.

Terdapat satu cara untuk membentuk tabiat iaitu ABC Model/Model ABC.ABC membawa maksud antecedents-behaviors-consequences / sebelum-sikap-akibat.Terdapat ahli psikologi yang membuat kajian bahawa apa yang berlaku pada masa lepas hanya 15% membentuk tabiat anda.85% tabiat anda pula bergantung kepada harapan anda apa yang akan berlaku pada masa depan - bergantung
kepada apa hasil yang anda harapkan.

Sebagai contohnya anda menghadiri proses temuduga untuk mendapatkan pekerjaan,85% daripada motivasi anda dipengaruhi oleh apa yang anda harapkan akan berlaku sekiranya anda lulus dalam temuduga.Hanya 15% motivasi anda yang akan dipengaruhi oleh apa yang telah anda lakukan pada masa lepas.

Dalam bidang psikologi terdapat "Teori Harapan".Hasil rumusan teori ini ialah motivasi manusia untuk mengambil sesuatu tindakan ialah harapan apa yang akan berlaku setelah mengambil tindakan melebihi faktor-faktor lain.

Contohnya,anda melakukan sesuatu tindakan kerana dipengaruhi oleh sesuatu harapan yang anda inginkan.Teori Harapan ini menerangkan dari perkara yang kecil seperti apa yang anda lakukan dan cakap semasa bersosial hinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti pergerakan modal dalam pasaran kewangan antarabangsa.  

Anda bebas untuk membuat sebarang harapan dalam hidup anda.Anda boleh membentuk tabiat yang dapat memberi hasil yang anda inginkan tanpa mengira bagaimana kedudukan anda pada masa sekarang.Harapan anda membentuk sikap dan cara anda berkomunikasi dengan orang lain.Kesannya,anda boleh mengawal sepenuhnya masa depan anda dengan membuat harapan anda sendiri apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda dengan cara yang positif.

Namun demikian,harapan yang negatif juga boleh mempengaruhi anda.Sekiranya harapan anda merupakan sesuatu yang boleh merosakkan anda,ianya juga mempengaruhi sikan dan tabiat anda.Tindakan yang bersifat negatif juga akan memberikan kesan yang negatif.Sekiranya anda mengulangi berulang kali,anda akan membentuk sikap yang negatif.Antaranya ialah memandang rendah terhadap diri sendiri.Cara berfikir seperti ini akan menjadi tabiat anda.

Berapa lama yang anda perlukan untuk membentuk tabiat yang baru?

Ianya bergantung kepada keadaan.Ia boleh mengambil masa dari satu saat hingga bertahun-tahun lamanya.Ini kerana sesuatu tabiat bergantung kepada tahap emosi dan keputusan yang anda buat untuk bertindak dalam cara yang tertentu.

Contohnya ialah anda pernah terkena renjatan elektrik.Ianya hanya dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.Kesan daripada peristiwa ini akan kekal sepanjang hidup anda untuk berhati-hati apabila menghadapi situasi berkaitan dengan peralatan elektrik.

Ahli psikologi menamakan situasi ini dengan pengalaman emosi yang khusus.Apa sahaja pengalaman anda sama ada positif atau negatif akan membentuk cara anda membuat harapan yang seterusnya membentuk tabiat anda.


Menurut pakar psikologi,anda memerlukan masa selama 21 hari untuk membentuk tabiat yang baru - tabiat yang kesukarannya pada tahap sederhana.Ianya seperti bangun awal,datang tepat pada waktu apabila membuat temujanji,bersukan pada setiap pagi dan lain-lain lagi.Ianya memerlukan anda untuk mengulangi tabiat yang anda inginkan dalam masa 14-21 hari.

Bagaimana untuk membina tabiat yang baru?

Saya akan menjawab soalan ini pada artikel yang akan datang.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #8 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.