Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #6

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #6


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #5.
dalam artikel yang lalu,saya telah menerangkan mengenai konflik yang mungkin terdapat dalam
diri anda iaitu kata-kata "Saya perlu untuk... tetapi saya tidak boleh...".

Individu yang tahu perlu melakukan sesuatu dalam usaha untuk mencapai apa yang diidamkan tetapi tidak melakukannya kerana memerlukan pengesahan atau keizinan daripada orang lain.Ianya disebabkan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza atau melakukan sesuatu perkara yang baru.Ini kerana mereka sensitif terhadap pandangan atau komen daripada orang lain.

Ianya berpunca daripada pengalaman individu semasa masih di peringkat kanak-kanak.Seringkali
sekiranya seorang kanak-kanak yang mencuba sesuatu yang baru akan dikritik atau lebih teruk lagi
dihukum oleh ibubapa mereka.Secara semulajadinya kanak-kanak ini akan kehilangan sikap spontan
yang lahir bersama mereka semasa masih bayi seperti yang telah diterangkan pada artikel yang lalu.

Ketakutan mula menyelubungi hidup seseorang berdasarkan pengalaman semasa kecil.Antaranya ialah:
  • Takut kerugian
  • Takut kepada kemiskinan
  • Takut berasa malu
  • Takut kepada cemuhan
  • Takut kepada penyakit
  • Takut kehilangan kasih sayang
  • Takut untuk membuat public speaking
  • Takut untuk mengambil peluang
  • Takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau berbeza

Antara penemuan terbesar dalam kajian mengenai potensi manusia ialah tahap ketakutan dan
self-esteem anda adalah berlawanan.Dengan kata lain,semakin tinggi tahap self-esteem anda,semakin rendah tahap ketakutan anda kepada kegagalan.Semakin tinggi tahap self-esteem anda,semakin kurang rasa ragu-ragu dalam diri anda.

Semakin anda menyukai diri anda,semakin tinggi semangat anda untuk mengambil risiko untuk
mengatasi cabaran,halangan, dan kegagalan sementara dalam hidup anda.Semakin tinggi tahap
self-esteem anda,semakin kurang anda memerlukan pengesahan atau keizinan orang lain untuk
mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.Anda memilih jalan anda sendiri.

Cara yang paling cepat untuk anda meningkatkan tahap self-esteem dan keyakinan anda ialah dengan menganalisis perkara yang membuatkan anda takut untuk bertindak.Anda boleh meningkatkan self-esteem dan keyakinan anda dengan memnuhkan minda anda dengan perkataan dan dan visual yang positif.Kehidupan anda pada hari ini ialah "projektor" daripada fikiran anda selama ini.

Semakin anda menyukai diri anda,anda semakin cepat untuk mengambil tindakan.Rasa takut dan
ragu-ragu akan mula hilang untuk mengambil tindakan.Anda juga tidak peduli dengan kemungkinan
anda akan gagal buat sementara untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Semangat anda akan sentiasa membara untuk mendapatkan apa yang anda mahu sekiranya anda menyukai diri anda sendiri.Anda tidak akan berhenti untuk mengambil tindakan sehingga anda berjaya mendapatkan apa yang anda impikan.Segala-galanya bermula dengan diri anda sendiri.

Terdapat 4 Peraturan Mental yang perlu anda tahu dan bertindak untuk mengeluarkan sepenuhnya
potensi anda.

Peraturan Tabiat

Apa jua yang anda lakukan secara berulang-ulang akan menjadi tabiat.Ianya mudah difahami
dan anda boleh memulakan apa-apa tabiat baru sekarang.

Peraturan Emosi

Setiap tindakan yang anda lakukan bermula dengan emosi anda sama ada positif atau negatif.Ianya seperti anda membuat unggun api.Untuk membuatkan api sentiasa bernyala anda perlu meletakkan kayu api secara berterusan.Sekiranya anda tidak meletakkan kayu api,dalam satu tempoh masa,api akan padam.

Perkara yang anda fikirkan sepanjang masa menjadi seperti api yang terhasil daripada unggun api.Sekiranya anda emikirkan apa yang anda inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya seberapa lama yang anda dapat,anda akan menggunakan sepenuhnya potensi anda selagi anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Seperti unggun api,fokus anda boleh hilang sekiranya emosi negatif terdapat dalam diri anda.

Peraturan Konsentrasi

Apa yang anda tanam dalam minda anda,ianya akan tumbuh dan membesar dalam kehidupan.Apa sahaja yang anda fikirkan sepanjang masa akan bertambah.Sekain banyak emosi dan tenaga mental anda fokus terhadap apa yang anda fikirkan selalu.Semakin banyak anda berfikir mengenai dan cara untuk mencapai matlamat anda,semakin cepat anda akan mendapatkannya.Emosi anda akan fokus terhadap apa yang anda mahukan dan semakin kurang tenaga mental anda dibazirkan untuk menyelesaikan masalah,rasa bimbang, dan ragu-ragu untuk mengambil tindakan.

Peraturan Aktiviti Minda Separa Sedar

Minda separa sedar menerima apa jua fikiran anda.Perancangan atau matlamat yang dibuat oleh minda sedar membentuk fikiran dan sikap anda untuk menjadikan matlamat anda menjadi realiti.

Apa sahaja fikiran dan matlamat yang sentiasa anda ulang dalam minda sedar anda akan diterima oleh minda separa sedar anda.Minda separa sedar kemudiannya bertindak 24/7 (24 jam sehari/7 hari seminggu) untuk menyusun fikiran,perkataan, dan tindakan anda untuk menjadikan matlamat anda satu realiti.Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara yang positif atau negatif.Ia hanya menurut arahan minda sedar.


Minda sedar anda hanya memiliki satu fikiran sahaja pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif.Anda mungkin boleh memiliki 1000 fikiran dalam satu hari tapi anda hanya dapat berfikir satu perkara sahaja pada satu-satu masa.Anda bebas untuk memilih fikiran anda.Asas untuk berjaya ialah mempunyai fikiran yang jelas terhadap apa yang anda mahukan dan memiliki tindakan yang jelas apa yang perlu dilakukan.

Apabila anda menjadikan tabiat untuk berfikir dan bercakap mengenai matlamat dan bagaimana untuk mendapatkannya,anda berkuasa penuh terhadap self-concept dan personaliti anda.Anda bergerak selari dengan potensi anda.Anda memulakan langkah pertama yang akan mengubah kehidupan anda buat selama-lamanya.

Apa sahaja yang telah anda capai sepanjang hidup anda merupakan bayang-bayang kepada potensi anda sepenuhnya.hanya anda yang dapat membataskan apa yang anda mampu lakukan.Anda boleh membuat keputusan apa yang anda inginkan di dalam hidup anda.Dengan membebaskan diri anda dari rasa takut kepada kegagalan,aktiviti minda separa sedar yang menyekat anda untuk terus maju serta meningkatkan self-esteem dan keyakinan anda,anda boleh mengeluarkan potensi anda yang masih terpendam di dalam diri anda.

Dengan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap self-concept anda,anda mempunyai asas untuk mencapai lebih banyak matlamat anda berbanding pencapaian anda sebelum ini.Kehidupan anda pada hari ini menunjukkan cara anda berfikir,perasaan anda, dan tabiat anda.95% apa jua yang anda fikirkan,perasaan anda,dan apa yang anda lakukan sekarang ditentukan oleh tabiat anda.Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai tabiat pada artikel yang akan datang.


Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #7 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.