Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #5

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #5


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #4.
dalam artikel yang lalu,saya telah menerangkan mengenai bayi yang mempunyai dua kualiti semulajadi iaitu berani dan spontan.

Ketika anda masih bayi,anda tidak takut kepada apa-apa perkara pun.Tiada sebab untuk anda berasa
takut kerana anda tidak pernah mengalami pengalaman atau pengetahuan mengenai sesuatu perkara.Kualiti kedua ialah bersikap spontan.Anda ketawa,menangis,tidur,membuang air tanpa berfikir atau memerlukan sebarang keizinan daripada sesiapa pun.Ianya adalah ciri-ciri yang terdapat pada anda dari peringkat anda masih kecil.

Apabila anda dewasa,apabila anda merasa tenang dan selamat,dikelilingi oleh orang yang anda suka dan percaya,secara semulajadi anda cenderung untuk kembali pada masa anda kecil dahulu iaitu terbuka dan spontan.Ianya membuatkan anda rasa bahagia sepenuhnya.

Bermula peringkat awal semasa anda masih kecil,hasil dari perkara yang dilakukan dan disebut oleh ibubapa anda,anda akan mula memiliki dua tabiat negatif yang seterusnya menjadi penghalang kepada anda untuk menggunakan sepenuhnya potensi anda apabila meningkat dewasa.

Tabiat negatif yang pertama yang anda pelajari ialah mewarisi tabiat negatif daripada ibubapa anda.Ia
seterusnya menjadikan anda takut kepada kegagalan,mengambil risiko, dan mengalami kerugian.Semasa anda masih kecil,anda suka mengkaji persekitaran tempat anda tinggal.Anda akan cuba untuk menyentuh,merasa,mengambil bau atau melakukan eksperimen dengan benda-benda yang terdapat disekeliling anda.

Tindakan yang anda ambil semasa anda kecil dahulu seterusnya mendapat reaksi daripada ibubapa anda.Anda boleh merenung kembali zaman silam anda sama ada ibubapa anda membiarkan apa yang anda lakukan ataupun melarang dan mengenakan hukuman terhadap anda apabila anda mengambil tindakan semasa anda masih kecil dahulu.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibubapa bagaikan pokok bunga yang memerlukan hujan.Kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti anda memerlukan makanan pada setiap hari.Sebarang halangan untuk kanak-kanak menerima kasih sayang tanpa syarat akan membuatkan kanak-kanak berasa takut dan bimbang.

Ahli psikologi membuat andaian bahawa punca kepada segala masalah yang terdapat kepada orang dewasa dengan nama Fenomena Kekurangan Kasih Sayang semasa diperingkat kanak-kanak.

Apabila ibubapa anda menjadi marah kepada anda hasil tindakan yang anda ambil untuk "mengkaji" apa yang terdapat di sekeliling anda,anda tidak memahaminya bahawa mereka memarahi anda kerana mereka risau mengenai keselamatan anda.Sebaliknya apa yang difikirkan oleh anda pada masa dagulu adalah menjurus kepada:

"Setiap kali saya mencuba sesuatu yang baru atau berbeza,ayah/ibu akan memarahi saya.Ianya kerana saya tidak berkebolehan dan tidak cekap.Ia juga kerana saya tidak bagus.Ianya betul kerana saya tidak boleh melakukannya."

Perasaan "saya tidak boleh" memulakan tabiat anda takut kepada kegagalan.Sekiranya anda sering dimarahi dan dihukum ketika masih kecil,ianya akan menjadikan perasaan takut untuk mencuba bermula dengan lebih awal dalam hidup anda.Sekiranya anda berfikir untuk melakukan sesuatu yang baru atau berbeza,perkara yang terlintas oleh anda ialah "Saya tidak boleh" dan anda akan mencari sebab kenapa anda tidak boleh melakukannya.

Anda akan berfikir dan bercakap dengan orang lain mengenai sebab-sebab anda akan gagal sekiranya bertindak berbanding dengan sebab-sebab anda akan berjaya sekiranya bertindak.Anda akan mencari semua sebab yang akan lebih menguatkan kepercayaan anda bahawa anda akan gagal sekiranya anda mencuba sesuatu yang baru atau berbeza.Ianya berlaku sebelum anda mengambil tindakan lagi.

Penulis buku Think And Grow Rich iaitu Napoleon Hill pernah menjalankan kajian mengenai potensi manusia.Antara soalan yang ditanyakan kepada responden ialah:

"Berapa kali anda mencuba untuk mencapai matlamat anda sebelum anda berputus asa?"

Majoriti jawapan daripada responden ialah kurang daripada sekali.

Beliau merumuskan bahawa kebanyakkan orang berputus asa sebelum mereka bertindak untuk kali yang pertama.Mereka berputus asa tanpa melakukan apa-apa pun.Walaupun mereka ingin mengubah hidup mereka,meningkatkan pendapatan mereka, dan mencapai lebih banyak matlamat,mereka secara automatik akan memberi jawapan "Saya tidak boleh" dan diikuti dengan sebab-sebab yang menjadikan mereka tidak boleh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Tabiat penting yang perlu anda miliki untuk mencapai impian anda ialah sentiasa berfikir bahawa anda boleh mendapatkan apa yang anda mahukan.Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk mendapatkan apa yang anda mahu,anda boleh menggunakan Teknik Affirmation yang telah saya jelaskan pada artikel yang lalu.

Barangkali ayat yang terbaik yang boleh diungkapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka ialah
"awak boleh melakukan apa yang awak setkan dalam minda awak".Setiap orang yang mempunyai pencapaian yang rendah secara tiba-tiba dapat memiliki pencapaian yang cemerlang kerana pengaruh dari seorang manusia sahaja sama ada dari ibubapa,saudara, atau kawan-kawan yang sentiasa berulangkali mengatakan "Awak boleh melakukannya".

Ketakutan yang dipelajari oleh kita semua semasa kecil dan mempengaruhi sebahagian besar hidup kita ialah takut untuk di kritik atau di tolak.Kita secara semulajadi sensitif terhadap pendapat orang lain terutamanya pendapat atau tindakbalas daripada ibubapa kita apabila usia kita semakin meningkat.Apa yang dilakukan oleh kita ialah memberikan kuasa kepada orang lain untuk menentukan arah tuju hidup kita.

Apabila kanak-kanak melakukan atau memberitahu sesuatu yang tidak disukai oleh ibubapa mereka,ibubapa secara automatik menolak atau mengkritik apa yang dilakukan/dicakapkan oleh anak mereka.Apabila ini berlaku secara automatik ianya memberikan kesan psikologi kepada kanak-kanak tadi.Kanak-kanak tadi akan membentuk tabiat untuk disayangi dan diterima oleh ibubapa mereka.

Situasi akan menjadi semakin teruk sekiranya ibubapa mula memanipulasi anak mereka dengan ganjaran dan hukuman sekiranya anak mereka melakukan tindakan yang tertentu.Ini bertujuan untuk mengawal anak-anak mereka.

Semasa anda masih kanak-kanak,anda terlalu muda untuk memahami apa yang berlaku.Anda hanya tahu satu sahaja bahawa anda perlu mendapatkan persetujuan daripada ibubapa sekiranya ingin disayangi dan di terima.Ianya kunci kepada kesihatan emosi anda.Di peringkat awal usia anda,anda telah membentuk tabiat untuk di terima dan menjauhkan diri daripada di tolak oleh ibubapa anda sendiri.

Apabila anda meningkat dewasa,anda akan lebih sensitif untuk diterima oleh orang lain yang bermula dari ahli keluarga anda,kawan-kawan dan komuniti anda.Remaja adalah sangat sensitif untuk diterima oleh kawan-kawan mereka.Di sebalik daripada ciri-ciri yang dimiliki ketika masih bayi iaitu berani dan spontan,terbuka, dan jujur,mereka mula membentuk tabiat untuk diterima oleh kawan-kawan mereka.

Kanak-kanak tidak mengetahui sebab mengapa ibubapa mereka bersikap dengan cara mereka.Kanak-kanak hanya membuat rumusan yang membawa maksud:

"Setiap kali saya melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh ayah/ibu,mereka akan berhenti untuk menyayangi saya.Saya mesti melakukan apa yang disukai oleh mereka.Saya mesti melakukan apa yang mereka suruh lakukan sekiranya saya ingin selamat,"

Persaan seperti ini dikenali dengan nama tabiat negatif secara paksa dimana ianya membawa maksud "Saya mesti melakukan" tanpa mengetahui sebabnya.Apabila dewasa,kanak-kanak ini yang telah dipengaruhi dengan tabiat untuk di terima dan tidak dikritik oleh orang lain akan menjadi sensitif terhadap kelakuan dan pendapat orang lain.

Mereka sentiasa mengucapkan "Saya perlu melakukan ...." untuk diterima oleh orang lain.Apabila perasaan takut untuk ditolak oleh orang lain semakin kuat,individu ini akan menjadi hyper sensitif terhadap pandangan orang lain dan tidak berasa yakin untuk membuat keputusan sendiri sebelum berjaya mempengaruhi orang lain yang terdapat di sekelilingnya.

Situasi yang paling buruk yang mungkin pernah berlaku pada anda ialah konflik antara :

"Saya perlu untuk... tetapi saya tidak boleh..."


Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai konflik ini pada artikel saya yang akan datang.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #6 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.