Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #4

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #4


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #3.

Self-esteem anda dipengaruhi oleh banyak faktor.Satu faktor yang kritikal ialah cara anda memandang diri anda (self-image) dan imaginasi anda mengenai masa depan anda sendiri (self-ideal).

Apabila anda merasakan potensi anda pada masa sekarang pada tahap terbaik dan tabiat anda konsisten dengan gambaran anda mengenai diri anda,self-esteem anda akan meningkat. Anda akan rasa tenang dan bahagia.Anda lebih bertenaga dan bersemangat.Anda lebih positif dan dapat bergaul dengan semua golongan masyarakat.

Sebaliknya,sekiranya anda merasakan potensi dan tabiat anda tidak konsisten atau jauh dari gambaran anda mengenai diri anda sendiri (self-ideal),ia seterusnya akan mempengaruhi tabiat anda.Self-esteem anda adalah rendah atau berkurang.Anda akan berasa bimbang dan risau mengenai kehidupan anda.Anda merasa malu pada diri sendiri.Sikap anda seterusnya menjadi pemalas dan pemarah.

Berita baiknya ialah,sekiranya anda tahu dan jelas apa yang anda inginkan pada masa depan (self-ideal), ia seterusnya akan mempengaruhi sikap dan tabiat anda pada hari ini.Seterusnya akan meningkatkan self-esteem anda.Anda akan mencari jalan dan mengambil tindakan yang pantas dan
tepat dan lebih baik untuk menghadapi cabaran yang sedang anda lalui dalam kehidupan anda.

Definisi yang paling baik mengenai self-esteem yang saya jumpa ialah:

"Seberapa banyak anda menyukai diri anda sendiri,"

Semakin anda menyukai diri anda sendiri,anda akan mengambil tindakan yang lebih baik pada setiap hari untuk mendapatkan perkara yang terbaik untuk diri anda sendiri.Apabila anda mengambil tindakan yang lebih baik,semakin meningkat tahap anda menyukai diri anda sendiri. Ianya juga akan meningkatkan self-esteem anda.Sekaligus kehidupan anda akan berubah secara keseluruhan sekiranya anda mengambil tindakan terbaik yang anda mampu lakukan pada setiap hari.Sebaliknya yang berlaku sekiranya tindakan yang anda ambil bersifat cukup syarat sahaja.

Ayat-ayat yang dapat mengawal personaliti anda dan meningkatkan self-esteem anda ialah:

"I Love Myself"
"I Like Myself"
"Saya Suka Diri Saya"
"Saya Sayang Diri Saya"

Semakin banyak anda mengulangi ayat-ayat ini dan diucapkan dengan perasaan kepada diri anda sendiri,anda akan menjadi semakin tenang dan meningkatkan keyakinan anda terhadap diri anda sendiri.Seterusnya anda akan menjadi lebih produktif dalam kehidupan anda.Anda boleh mencubanya sekarang.

Teknik ini dikenali dengan nama Teknik Affirmation.Sesuai untuk anda sekiranya anda mempunyai self-esteem,self-image,self-ideal yang rendah.Ianya sesuai digunakan apabila anda berasa bimbang atau ragu-ragu dan cenderung untuk membandingkan sikap negatif yang ada pada anda dengan orang lain.Untuk mendapatkan kesan yang besar dalam kehidupan anda,anda boleh mengulangi ayat-ayat di atas antara 20 - 50 kali setiap hari dan bergantung kepada kesusaian anda.Anda boleh juga mencubanya sekarang.

Perkara yang paling penting untuk anda mengubah kehidupan ialah perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk bercakap dengan diri anda sendiri dan mempercayainya.95% daripada emosi anda ditentukan oleh perkataan yang sering digunakan dalam imaginasi anda pada bila-bila masa sahaja.Minda anda tidak tidur dan sentiasa bekerja tanpa henti serta tidak berehat.

Sekiranya anda tidak ingin menggunakan teknik affirmation yang telah saya huraikan,anda perlu menjaga perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk bercakap dengan diri anda sendiri.Tidak salah sekiranya anda ingin menggunakan kedua-dua teknik ini sekaligus.

Minda anda tidak dapat menjadi neutral sepanjang masa.Ianya akan menjadi positif atau negatif.Sekiranya anda tidak menjaga perkataan yang anda gunakan,minda anda akan dipenuhi dengan ketakutan dan ragu-ragu terhadap apa yang anda fikirkan.

Contohnya seperti anda memiliki tanah kosong.Sekiranya anda tidak menggunakan tanah anda untuk berkebun,tanah anda akan ditumbuhi lalang secara automatik.Begitu juga dengan minda anda. Sekiranya anda tidak menjaga minda anda,minda anda akan menjadi negatif secara automatik.

Tabiat yang bagus untuk anda miliki ialah sentiasa bercakap mengenai perkara yang positif terhadap diri anda sendiri.Contoh ayat-ayat yang positif ialah ayat-ayat yang telah saya jelaskan dalam Teknik Affirmation.Ianya sangat berguna sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan anda.

Setiap kali anda menggunakan Teknik Affirmation ini,self-esteem anda akan meningkat.Apabila self-esteem anda meningkat,anda akan menjadi lebih positif dan optimis.Anda akan dapat untuk membuat matlamat yang lebih besar dan menghadapi cabaran yang kuat.

Semakin anda menyukai diri anda,semakin meningkat semangat dan keyakinan anda.Semakin anda menyukai diri anda,ketakutan dan keraguan anda terhadap diri anda sendiri akan berkurang untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Semakin tinggi self-esteem anda,semakin cepat dan mudah untuk anda mendapatkan apa yang anda mahu.Oleh kerana semua tindakan yang anda lakukan dipengaruhi oleh minda separa sedar anda dengan "program" yang telah anda tetapkan sepanjang hidup anda,anda boleh mengubah minda separa sedar anda dengan mengubah self-concept anda.Apabila anda mengubah self-concept anda, anda akan turut mengubah realiti hidup anda.

Dalam artikel yang lalu saya telah menerangkan mengenai self-concept.Sekali lagi saya ulang dalam artikel ini,self-concept anda menentukan cara anda berfikir dan apa yang anda fikirkan sepanjang masa.Self-concept anda menentukan zon selesa anda.

Apa yang perlu anda lakukan untuk berubah ialah menukar self-concept anda yang seterusnya mengubah personaliti dan karakter anda.Hasilnya ialah anda berpotensi untuk mengubah kehidupan anda jauh lebih baik daripada apa yang anda bayangkan.

Luangkan sedikit masa anda untuk mengetahui apa yang anda benar-benar inginkan,kualiti hidup yang anda inginkan dan karakter yang anda impikan.Dalam setiap situasi yang anda hadapi,lakukan yang terbaik yang termampu oleh anda untuk mendapat apa yang anda inginkan.

Antaranya ialah sentiasa menggunakan Teknik Affirmation yang telah saya terangkan dalam artikel ini.Ulangkan setiap hari sehingga ianya diserap oleh minda separa sedar anda.Semakin anda menyukai dan menghormati diri anda,anda akan merasakan anda merupakan orang yang penting di dalam dunia ini.Apabila ini terjadi,anda akan mengubah tabiat anda seharian dan mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

Anda mungkin tertanya-tanya soalan berikut:
  • Dari mana self-concept anda berasal?
  • Bagaimana ianya bermula?
  • Apakah yang mempengaruhi self-concept anda?
  • Bagaimana untuk mengubah self-concept anda?

Secara faktanya,setiap bayi yang baru lahir tidak memiliki sebarang self-concept.Setiap fikiran, perasaan,idea,pendapat,kepercayaan, dan keyakinan yang dimiliki pada usia dewasa semuanya dipelajari semasa masih di peringkat kanak-kanak.Semua ini dipengaruhi oleh persekitaran semasa masih kecil dan akan terus mempengaruhi sehingga akhir hayat.

Memang tidak dinafikan setiap bayi yang lahir mempunyai bakat yang unik berbanding dengan bayi yang lain.60% ahli psikologi bersetuju bahawa personaliti seperti semangat,sikap ramah,muzik yang diminati,sensitiviti,kebolehan bersukan dan lain-lain lahir daripada bakat seseorang.

Ini menjadi sebab kenapa seseorang yang lahir daripada ibubapa yang sama dan persekitaran yang sama berbeza sikap berbanding dengan adik-beradik yang lain.

Berkaitan dengan self-concept,cara seseorang berfikir dan apa yang dirasakan mengenai kebolehan dan potensi diri sendiri dipelajari semasa masih di peringkat bayi.Setiap bayi yang lahir mempunyai dua kualiti semulajadi iaitu berani dan spontan.saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai 2 kualiti ini pada artikel yang akan datang.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #5 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.