Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #3

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #3


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #2.

"Rahsia untuk memiliki kehidupan yang berjaya ialah mencari apa yang perlu dilakukan dan lakukannya,"
Henry Ford

Soalan utama untuk berjaya ialah apakah yang selalu anda fikirkan sepanjang masa?

Kenapa ada orang yang berfikiran positif,realistik, dan keyakinan untuk berjaya dan ada orang
yang berfikiran negatif,tidak realistik, dan ragu-ragu untuk berjaya?

Seringkali orang yang di temuramah oleh wartawan,apabila ditanyakan soalan:

"Apakah yang difikirkan oleh anda sepanjang masa?"

Jawapan mereka adalah menjurus kepada mengubah hidup mereka.Dengan kata lain orang yang berjaya memikirkan apa yang mereka inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya.Manakala orang gagal sentiasa berfikir dan bercakap apa yang mereka tidak mahu dan memikirkan siapa yang harus disalahkan dalam kehidupan mereka.

Hasilnya mereka menarik lebih banyak perkara yang tidak diinginkan dalam hidup mereka yang
menjadikan mereka semakin susah hati.Apa yang anda fikirkan dan bercakap sepanjang masa akan
menjadi realiti dalam hidup anda.

Dalam tempoh 100 tahun lepas,beberapa ahli psikologi telah mula mengkaji untuk memahami dan
menjelaskan fungsi minda manusia.ianya dimulakan oleh Sigmund Freud,Alfred Adler,Karl Jung,
Abraham Maslow,William Glasser,Eric Fromm,B.F.Skinner, dan sehingga ke zaman moden,ahli
psikologi terus mencari sebab mengapa manusia bahagia dan merana,berjaya dan gagal, dan memiliki
pencapaian yang cemerlang.Antara persamaan hasil kajian mereka ialah cara minda manusia
di"program"kan semasa peringkat kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting untuk
menentukan cara manusia berfikir,perasaan, dan pencapaian ketika dewasa.

Antara penemuan lain ialah daripada Margaret Meade,ahli antropologi, yang dikenali sebagai           self-concept (konsep kendiri) - dianggap hasil kajian terpenting untuk memahami potensi manusia pada abad ke-20.

Self-concept anda ialah "program utama" untuk minda separa sedar anda.Ia bertindak bagaikan sistem operasi mental anda.Setiap fikiran,perasaan,emosi,pengalaman, dan keputusan yang anda buat direkod secara kekal dalam ruang "hard disk" mental anda.Apabila direkodkan,kesannya akan mempengaruhi cara anda berfikir,perasaan,dan sikap anda daripada saat ianya direkodkan.

Self-concept anda juga mendahului anda dan telah membuat jangkaan mengenai potensi anda dalam
setiap sudut kehidupan anda.Tindakan yang anda lakukan akan selari dengan apa yang telah
di tetapkan oleh minda separa sedar anda.Self-concept anda juga mempunyai kesan yang besar
terhadap tabiat anda.Anda mungkin mempunyai bakat dalam bidang yang tertentu namun sekiranya
self-concept anda rendah,anda akan gagal untuk mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

Self-concept anda terdiri daripada beberapa mini-self-concept.Antara mini-self-concept anda
mungkin seperti berikut:
  • anda seorang yang kreatif
  • anda memiliki kebolehan untuk membuat public speaking
  • anda berkebolehan untuk belajar sesuatu yang baru dengan cepat
  • anda seorang yang popular dalam komuniti anda
  • anda boleh bergaul dengan sesiapa sahaja
  • anda menentukan orang yang boleh menjadi pasangan anda
  • anda boleh menarik perhatian orang yang berlainan jantina
  • anda menentukan bagaimana anda menjadi ibu/bapa kepada anak-anak anda
  • bagaimana menguruskan diri anda berkaitan dengan masa
  • bagaimana anda boleh menjadi produktif

Dalam kerjaya atau perniagaan anda,anda juga memiliki mini-self-concept mengenai setiap aspek
yang berkaitan kewangan anda.Antaranya mini-self-concept anda ialah:
  • Mengukur pendapatan dengan kebolehan dan kemampuan anda
  • Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan sejumlah wang
  • Bagaimana untuk dinaikkan pangkat/menambah cawangan perniagaan
  • Bagaimana untuk meningkatkan pendapatan anda pada setiap bulan dan setiap tahun
  • Anda boleh menjangka pendapatan anda pada masa depan
  • Bagaimana untuk menyimpan,melabur,berbelanja dan berjimat

Setiap mini-self-concept anda mengenai wang anda adalah bergantung kepada minda separa
sedar anda.Apa sahaja yang berkaitan self-concept anda,tabiat anda berfikir berkaitan wang atau perkara yang lain akan menjadi "zon selesa" anda.Zon selesa anda seterusnya akan menjadi penghalang utama untuk anda melangkah dengan lebih jauh.

Apabila anda telah masuk ke dalam zon selesa anda dalam apa jua sudut kehidupan anda,minda separa sedar anda akan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan anda kekal berada di dalam zon selesa anda walaupun anda masih belum menggunakan sepenuhnya potensi anda.

Sebagai contoh,yang berkaitan dengan wang,sekiranya zon selesa anda ialah mendapat RM50,000.00
setahun,ianya adalah jumlah yang telah anda tetapkan.Tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan anda,sama ada bencana alam,peperangan, atau anda dibuang kerja,anda akan kembali mendapat RM50,000.00 setahun.Anda akan menggunakan sepenuhnya potensi dan kebolehan anda untuk mendapat RM50,000.00 setahun.

Apabila anda telah mempunyai self-concept tahap pendapatan anda,ianya telah di "program"kan secara kekal ke dalam minda separa sedar anda dan menjadikan tabiat anda untuk mendapatkan apa yang telah di"program"kan tanpa mengira apa yang berlaku kepada anda.

Kunci untuk menggunakan seluruh potensi anda,meningkatkan pendapatan anda berbanding hari ini,
dan mendapatkan apa yang anda inginkan dalam setiap sudut kehidupan anda ialah menaikkan
self-concept anda dalam setiap sudut kehidupan anda.Tabiat yang perlu anda miliki ialah berfikir apakah potensi anda yang dapat membantu anda.Dengan menukar cara anda berfikir dan perasaan anda mengenai potensi anda,kehidupan anda juga akan bertukar.

Dalam perubatan terdapat kata-kata "Pemeriksaan yang tepat merupakan setengah daripada penawar".

Dalam contoh self-concept ini,saya akan terangkan mengenai 3 bahagian self-concept,bagaimana
ketiga-tiga bahagian ini saling berkait,dan bagaimana anda dapat mengubahnya mengikut apa
yang anda mahu.

Bahagian pertama daripada self-concept ialah self-ideal.Ianya ialah imej ideal atau gambaran anda mengenai diri anda sendiri - bagaimana anda boleh menjadi yang terbaik berdasarkan diri anda sendiri.Self-ideal anda memberikan anda harapan,keinginan,impian,matlamat, dan fantasi anda pada masa depan anda yang sempurna,di gabungkan dengan kualiti dan bakat yang terdapat dalam diri anda.Self-ideal ialah gabungan bagaimana anda boleh mencapai potensi terbaik anda dan hidup dengan cara terbaik yang boleh dibayangkan oleh anda.

Orang yang telah mencapai status lagenda,berjaya, dan bahagia mempunyai self-ideal yang sangat jelas.Mereka sangat tahu apa yang mereka suka,hormat, dan kagum.Mereka mempunyai idola, menerapkan nilai, dan meniru sifat orang yang mereka kagumi.Mereka mendapat inspirasi daripada idola mereka dan mempunyai visi bagaimana idola mereka menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Semakin jelas anda dengan self-ideal anda pada masa depan,semakin cepat anda mencapai apa yang anda inginkan.Lebih banyak peluang yang berada disekeliling anda akan disedari oleh anda apabila anda mempunyai self-ideal yang jelas.

Dalam satu kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu,para pengkaji telah mendapati bahawa hampir semua lelaki dan perempuan yang memiliki pencapaian yang luar biasa amat berminat membaca buku-buku biografi dan autobiografi orang-orang yang telah mencapai kejayaan yang luar biasa semasa mereka masih muda.

Ianya seperti anda cenderung untuk mengenal watak hero atau heroin dalam buku,filem, atau dengar.Apabila anda sentiasa memberikan fokus kepada minda anda mengenai cerita lelaki dan
perempuan yang berjaya,tanpa anda sedari minda anda akan menyerap ciri-ciri hero atau heroin
dalam cerita tadi dan seterusnya membentuk personaliti anda.

Dr, David McClellan daripada Universiti Harvard telah menjelaskan di dalam bukunya yang bertajuk
"The Achieving Society" bahawa role-model mempunyai kesan yang sangat besar untuk membentuk
karakter dan personaliti orang muda.Satu kesimpulan daripada buku itu ialah lelaki dan perempuan
akan meniru karakter dan personaliti orang yang mereka kagumi yang seterusnya membentuk
tabiat mereka sehingga dewasa.

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #3 2


Ini menunjukkan bahawa orang muda yang mempunyai role-model yang positif disekeliling mereka
semasa usia mereka meningkat akan memiliki persamaan dengan kualiti dan karakter yang matang
berbanding dengan orang muda yang tidak mempunyai role-model atau lebih buruk -role-model yang negatif.


Berkaitan dengan self-ideal,orang yang tidak bahagia atau berputus asa tidak mempunyai self-ideal yang jelas mengenai diri mereka.Apabila ditanya apa yang ingin dicapai,mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat atau jawapan-jawapan yang diberikan saling bercanggah antara satu sama lain.Sekiranya anda tidak mempunyai self-ideal yang jelas:

"Apakah impian anda sejak kecil?"

Kepercayaan anda membentuk personaliti anda.Nilai yang anda percaya dan cara anda memahaminya
membentuk dan mempengaruhi personaliti dan pencapaian anda.Apabila anda meluangkan masa untuk berfikir secara mendalam dan jelas mengenai apa yang anda percaya selama ini akan menentukan masa depan anda.

Contohnya,pada masa dahulu kepercayaan majoriti manusia ialah orang tidak boleh terbang di udara.
Sebaik sahaja Wright bersaudara mencipta kapal terbang walaupun ianya dapat terbang kurang daripada satu minit,ianya telah membentuk kepercayaan yang baru iaitu orang boleh terbang di udara.Dengan hanya mengubah satu kepercayaan sahaja,manusia boleh mencipta roket.

Apabila anda menukar kepercayaan anda mengenai sesuatu perkara,anda akan mengubah sikap anda yang seterusnya bertemu dengan kawan-kawan baru dan menarik peluang yang baru dalam kehidupan anda.Kehidupan anda pada hari ini adalah cermin daripada kepercayaan anda.Anda akan bertindak lebih pantas untuk mencapai matlamat anda dan matlamat anda turut menuju kepada anda.Semuanya hanya bermula apabila anda mengawal sepenuhnya self-ideal anda.

Bahagian ke-2 daripada self-concept anda ialah self-image.Menurut Dr.Maxwell Maltz di dalam bukunya yang bertajuk Psycho-Cybernetics,cara anda melihat diri anda menentukan bagaimana prestasi anda pada dunia nyata.

Sekiranya anda memandang diri anda dengan positif,productive, dan berjaya,anda akan bertindak
seiring dengan apa yang anda lihat.Apa yang anda lakukan menentukan apa yang anda dapat.Hasil
yang anda terima akan menguatkan lagi self-concept sama ada ianya positif atau negatif.Ianya akan membuatkan anda mengulangi tindakan yang sama sekiranya anda menghadapi situasi yang sama.

Self-concept anda juga dikenali dengan "cermin dalaman".Ianya cermin kepada diri anda.Sekiranya
anda melihat diri anda sebagai seorang yang berjaya dan berkeyakinan untuk berjumpa dengan
orang yang baru seperti temuduga atau membuat jualan,ianya akan mempengaruhi diri anda semasa proses yang sedang anda jalani.Sebaliknya juga yang akan berlaku sekiranya anda memandang rendah kepada diri anda sendiri.

Satu daripada tabiat penting yang perlu dimiliki ialah sentiasa menggunakan imaginasi dengan
gambaran yang positif.Kemudian luangkan masa untuk anda melihat imaginasi anda seberapa lama
yang anda mampu.Ini bertujuan untuk membantu anda menghantar isyarat kepada minda separa sedar mengingati gambaran yang anda cipta didalam imaginasi anda dan seterusnya membantu anda untuk bertindak bagi mendapatkan apa yang anda inginkan.Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara yang benar atau palsu.

Bahagian ke-3 daripada self-concept ialah self-esteem.Ianya ialah komponen emosi dalam personaliti
anda dan "pusat reaktor" untuk minda separa sedar anda.Tahap self-esteem menentukan semangat
dan tenaga anda untuk mengambil tindakan dan ianya mengawal prestasi anda.

Sebilangan besar ahli psikologi pada hari ini setuju bahawa tahap self-esteem merupakan faktor utama daripada personaliti anda dan menentukan sama ada anda berjaya atau gagal,bahagia atau
sengsara, dalam setiap sudut kehidupan anda.Secara faktanya,self-esteem anda sangat penting
kerana ianya mempengaruhi keseluruhan hidup anda.Apa jua tindakan yang anda ambil selama ini
adalah untuk meningkatkan self-esteem anda atau untuk melindungi self-esteem anda daripada
hilang.

Peraturan berkenaan self-esteem ialah "Semua perkara di ambil kira!".Apa jua yang berlaku kepada
anda dan persekitaran anda mempengaruhi tahap self-esteem anda sama ada ianya meningkatkan
atau mengurangkan tahap self-esteem anda.Apa yang anda dengar,lihat,bau,rasa, atau sentuh
mempengaruhi tahap self-esteem anda.Kunci untuk mengubah hidup anda ialah dengan meningkatkan tahap self-esteem anda.


Kehidupan anda pada hari ini ialah projektor apa yang berlaku dalam fikiran anda.Renung kembali
apa yang telah saya huraikan mengenai self-concept dalam artikel ini dengan kehidupan anda.Saya
akan menghuraikan lebih lanjut mengenai self-esteem pada artikel yang akan datang.


Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #4 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.