Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #2

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #2


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #1.

Dari mana tabiat anda bermula?

"Setiap tindakan yang berulang kali akan membentuk tabiat anda.Pada mulanya,tabiat anda bagaikan sarang labah-labah iaitu mudah untuk di ubah.Sekiranya dibiarkan,ianya akan merantai diri anda sendiri."

Anda merupakan ciptaan Tuhan yang unik.Anda lahir ke dunia ini dengan kebolehan dan bakat yang anda boleh gunakan sepenuhnya.Anda tidak perlu mensia-siakan potensi anda.

Otak anda memiliki 20 billion sel,setiap satunya bersambung dengan 20 000 sel yang lain.Kombinasi daripada otak anda yang tepat mampu untuk menjana idea sebanyak 1 dan diikuti nombor 0 sebanyak 8 mukasurat kertas A4.

Menurut pakar otak iaitu Tony Buzan - perintis kepada peta minda - nombor yang menggabungkan keseluruhan sel otak anda adalah jauh lebih hebat daripada semua molekul yang terdapat di dalam dunia ini.Apa yang telah anda capai dalam kehidupan anda hanyalah dengan menggunakan sebahagian kecil daripada keseluruhan potensi anda.

Cabaran utama yang anda hadapi ialah anda lahir ke dunia ini dengan otak yang sangat hebat dan mempunyai fungsi yang tidak terbatas untuk berjaya,bahagia, dan mencapai apa yang anda mahukan tetapi tidak memiliki sebarang panduan untuk menggunakan otak anda.Hasilnya anda perlu menggunakan otak anda mengikut cita rasa anda sendiri.Anda mungkin telah mengharungi kehidupan dengan melakukan yang terbaik apa yang perlu anda lakukan namun hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

Saya tidak mengenali anda secara peribadi dan membuat andaian bahawa anda mungkin telah mengalami sekurang-kurangnya sedikit persamaan dengan cerita seperti berikut:

Anda dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin.Ayah anda sudah meninggal sewaktu anda masih kecil.Pada umur 10 tahun anda perlu bekerja untuk membeli pakaian dan makanan anda sendiri.Anda mencari wang dengan melakukan apa sahaja di persekitaran tempat tinggal anda.Anda mungkin mengambil upah sebagai tukang kebun,menghantar surat khabar, dan menjahit.Apabila umur anda meningkat remaja anda telah menjadi sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel 5 bintang.Kali pertama anda dinaikkan pangkat ialah anda diberikan kepercayaan untuk membasuh periuk dan belanga yang terdapat di hotel itu.

Kelulusan anda tidak seberapa dan anda berhenti kerja daripada hotel itu kerana tidak sesuai dengan
jiwa anda.Anda menukar kerja sebagai buruh binaan.Untuk mendapatkan sesuap nasi,anda perlu memerah keringat dari pagi sehingga petang.Sekali lagi anda berhenti kerja kerana ianya tidak sesuai
dengan jiwa anda.

Anda sekali lagi bertukar kerja sebagai jurujual kerana pendapatan anda bergantung hasil jualan
yang anda lakukan.Anda menelefon setiap prospek,pergi dari rumah ke rumah, dan dari pejabat ke
pejabat untuk mendapatkan jualan.Sekiranya anda tidak dapat membuat jualan,anda tidak akan
mampu untuk membayar sewa rumah anda dan akibatnya anda akan dihalau oleh tuan rumah.Situasi
anda sangat tidak menyenangkan anda untuk terus hidup.

Anda telah bekerja keras sepanjang hari dan datang kerja lebih awal daripada orang lain serta 
balik jauh lebih lewat daripada orang lain namun hasil yang anda terima tidak seperti yang anda jangka.Kemudian anda buntu dan memerhatikan kawan-kawan sekerja anda yang lain dan tertanya-tanya "Kenapa sebilangan jurujual lebih kaya dan berjaya serta bahagia berbanding dengan anda?".

Dengan satu soalan ini sahaja,anda menemui jawapan yang mengubah hidup anda buat selama-lanya.
Anda mendapati tabiat anda jauh berbeza dengan tabiat jurujual yang paling berjaya di tempat
anda bekerja.Kemudian anda mendapatkan nasihat daripada jurujual-jurujual yang berjaya mendapat
komisyen yang tinggi dan melakukan jualan dengan teknik-teknik mendapatkan jualan yang
anda pelajari daripada kawan-kawan sekerja anda.Hasil jualan anda meningkat dengan mendadak.

Kejayaan anda tidak berhenti di situ sahaja,anda mula hilang rasa malu untuk meminta bantuan 
dan nasihat orang lain apabila memerlukan pertolongan daripada daripada orang lain.Anda mula
menambah pengetahuan dengan melabur ke atas diri anda sendiri iaitu menambah pengetahuan anda
melalui buku-buku berkaitan jualan dan menghadiri seminar-seminar berkenaan jualan.Anda terus
mempraktikkan apa yang anda pelajari.Hasilnya apa yang anda dapat jauh berbeza dengan hasil
yang anda dapat satu ketika dahulu.

Kemudian anda dinaikkan pangkat sebagai pengurus jualan.Tanpa segan silu dan penuh keyakinan,anda dapat mengajar kepada jurujual-jurujual yang baru apa yang anda lakukan dan pelajari.

Cerita di atas merupakan andaian sahaja.Maafkan saya sekiranya mengguris hati dan perasaan anda.Apa yang saya cuba sampaikan ialah beberapa hukum alam yang berlaku dalam cerita di atas.

Hukum Sebab dan Akibat

Secara mudahnya hukum ini berbunyi "setiap tindakan mempunyai kesannya".Semua yang berlaku dalam kehidupan anda mempunyai sebab yang tersendiri.Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan.Walaupun anda tidak mengetahui sebab mengapa sesuatu perkara terjadi dalam hidup anda,masih ada sebab ianya terjadi sama ada anda mengetahuinya atau tidak.

Prinsip utama dalam Prinsip Kejayaan cukup mudah iaitu:

Sekiranya anda melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang telah berjaya,anda turut akan mendapat hasil yang serupa jika mengambil tindakan yang serupa dengan mereka.

Hukum alam adalah neutral.Ianya berlaku kepada setiap orang.Contohnya seperti hujan yang turun daripada langit.Ianya tiada kaitan dengan tuah atau peluang atau kebetulan.Inilah yang dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

Hukum ini mudah dipraktikkan.Sekiranya anda ingin menjadi gembira,sihat,kaya,popular,positif, berkeyakinan atau lain-lain,apa yang perlu anda lakukan ialah cari orang yang telah mendapat apa yang anda inginkan dan belajar daripada mereka.Lakukan apa yang mereka lakukan.Adalah sesuatu yang pasti 2+2 = 4.Hasil yang anda dapat adalah sama dengan orang lain.Ianya bukan berlaku secara kebetulan.

Apa yang perlu anda tanya kepada diri anda sendiri ialah:

"Apakah yang dapat menjadikan anda lebih baik dalam bidang yang anda ceburi sekarang?"

Kemudian kaitkan dengan Hukum Sebab dan Akibat.Sekiranya hasil yang anda dapat tidak
seperti yang anda jangka,ini merupakan petunjuk bahawa pengetahuan atau tindakan anda
masih tidak cukup.

Anda mungkin menangguk-anggukkan kepala,tersenyum dan bersetuju dengan nasihat ini.Kemudian anda terus melakukan aktiviti harian anda.Anda mungkin terus kepada tabiat anda yang suka membuat kerja pada saat-saat akhir,membazirkan masa dengan rakan sekerja anda,pulang dari kerja tepat pada waktunya, dan membazirkan masa dengan kehidupan sosial atau menonton televisyen.

Sekiranya ini yang berlaku pada anda,teruskan untuk membaca hukum alam yang lain.

Hukum Kawalan

"Anda merasa gembira apabila anda mencapai tahap yang anda rasa anda mengawal hidup anda.Anda berasa sedih apabila anda rasa anda tidak dapat mengawal hidup anda."

Psikologi moden pada hari ini menggelarkannya dengan nama "Locus of Control Theory".Ahli psikologi membezakan locus anda antara locus kawalan dalaman dan locus kawalan luaran.Anda dapat mengawal diri anda bergantung kepada perkara yang berlaku pada anda.Ianya menentukan anda untuk berasa gembira atau bersedih.

Sebagai contoh,sekiranya anda rasa berkeyakinan bahawa diri anda merupakan orang yang paling berkuasa dalam hidup anda,anda dapat membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab tentang apa jua yang berlaku dalam hidup anda adalah hasil daripada tindakan dan tabiat anda.Ini menunjukkan anda mempunyai locus kawalan dalaman.Hasilnya anda akan menjadi berkeyakinan,kuat, dan gembira.Hidup anda tidak dikawal oleh pihak lain.

Sebaliknya,sekiranya anda merasakan hidup anda dikawal oleh faktor luaran atau orang lain,pekerjaan anda,majikan anda,pengalaman anda pada masa lalu,bil-bil yang perlu anda bayar,kesihatan anda,keluarga atau lain-lain,anda mempunyai locus kawalan luaran.Anda rasa anda menjadi mangsa keadaan.Anda rasa tidak dapat berbuat apa-apa.Anda merasa tidak mampu untuk mengubah kehidupan anda atau menjadikan kehidupan anda lebih baik dari sekarang.Kemudian anda akan mempunyai tabiat suka menyalahkan orang lain dan mencipta alasan kepada masalah yang sedang anda hadapi.Tabiat ini akan menjadikan anda seorang yang pemarah,kecewa, dan gagal.

Hukum alam seterusnya yang ingin saya kongsi dengan anda ialah Hukum Kepercayaan.Ianya adalah asas bagi agama,psikologi,falsafah dan metafizik.

"Apa sahaja yang anda percaya dengan keyakinan akan menjadi realiti,"

Faktanya ialah ,"Anda tidak percaya dengan apa yang anda lihat tetapi anda melihat apa yang
anda percaya".Anda mungkin prejudis/bias mengenai realiti hidup anda dan anda melihat apa yang
berlaku disekeliling anda berdasarkan dengan apa yang anda percaya.

Kepercayaan yang paling buruk ialah kepercayaan yang membataskan potensi anda.Kepercayaan ini
lahir dari pengalaman sepanjang anda hidup yang membuatkan anda terperangkap dalam dunia anda
sendiri.Lama kelamaan ianya akan menjadi tabiat anda untuk memandang rendah terhadap diri anda
sendiri.Anda mungkin percaya bahawa anda kurang pendidikan,kreativiti,personaliti,tidak tahu
berkomunikasi,tidak dapat meningkatkan pendapatan anda,tidak dapat mengurangkan berat badan, atau tidak dapat mencapai matlamat anda.

Hasil daripada kepercayaan ini membuatkan anda mengalami kompleks rendah diri,berputus asa
untuk mencapai matlamat anda dan lebih teruk lagi anda memberitahu orang lain anda tidak
akan dapat mencapai matlamat.Kepercayaan anda kemudiannya menjadi realiti hidup anda.

Perkara yang paling penting untuk anda mengubah hidup anda ialah mengubah kepercayaan anda.Anda perlu membayangkan bahawa anda mempunyai potensi yang tidak terbatas.Apabila anda telah menetapkan dalam minda anda bahawa anda tidak mempunyai batasan,anda akan menemui jalan untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Hasilnya hidup anda akan berubah.Semuanya bermula dengan imaginasi anda sahaja.Anda boleh mempraktikkannya pada bila-bila masa yang sesuai.

Kepercayaan merupakan perkara yang paling sukar untuk diubah.Berita baiknya ialah semua kepercayaan anda terhasil melalui pengalaman dan pengetahuan anda.Anda boleh membentuk kepercayaan yang memberikan anda semangat,keyakinan, dan tabah apabila menghadapi cabaran dengan mengubah minda separa sedar anda.

Hukum alam lain yang turut saya ingin kongsikan ialah Hukum Jangkaan.

"Apa yang anda jangka dengan keyakinan akan berlaku menjadi realiti".

Ini bermaksud anda tidak mendapat apa yang anda inginkan tetapi anda mendapat apa yang
anda jangkakan.Sekiranya anda benar-benar yakin menjangka sesuatu perkara akan berlaku,
jangkaan anda akan memberi kesan kepada tabiat dan sikap anda.Semakin tinggi keyakinan anda,
semakin anda konsisten dengan tindakan yang anda ambil kerana ianya selari dengan
jangkaan anda.Hasilnya anda akan mendapat apa yang anda jangkakan.


Kehidupan anda pada hari ini ialah bayangan apa yang berlaku dalam fikiran anda.Renung kembali
apa yang telah saya huraikan mengenai hukum alam dalam artikel ini dengan kehidupan anda.


Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #3 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih kerana anda meluangkan masa untuk membaca artikel ini..