Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #1

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #1


Anda adalah apa yang anda lakukan.Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan  ini.Anda akan mengetahui amalan yang terbukti dan praktikal untuk anda lakukan.Anda akan mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda sekiranya anda melakukan semua amalan yang terdapat dalam artikel bersiri ini.

Saya ingin berkongsi dengan anda "amalan memurahkan rezeki" yang dipraktikkan oleh setiap orang yang telah berjaya menjadi jutawan dengan mengamalkannya.Sekiranya anda mengetahui dan mempraktikkan amalan-amalan yang terdapat dalam artikel bersiri ini,anda tidak akan sama dengan diri anda pada masa lalu.

Bertahun-tahun yang lalu,saya mula menanyakan soalan "Kenapa sesetengah orang jauh lebih berjaya daripada yang lain?"

Soalan ini membuatkan saya mencari-cari jawapan dalam pelbagai jenis buku termasuk falsafah,psikologi,agama,metafizik,sejarah,ekonomi, dan perniagaan.Seringkali jawapan yang saya jumpa adalah hampir sama.

Ianya ialah:

"Anda berjaya atau gagal kerana diri anda sendiri.Semua yang berlaku dalam hidup anda pada hari ini atau masa depan adalah 100% bergantung kepada anda.Hidup anda pada hari ini ialah hasil pilihan,keputusan, dan tindakan anda pada masa lepas.Anda boleh mencipta masa depan anda dengan menukar amalan anda.Anda boleh membuat pilihan dan keputusan yang baru yang selari dengan impian anda."

Amalan yang saya maksudkan adalah tabiat anda.

Cuba anda fikir sejenak,apa yang berlaku dalam hidup anda adalah bergantung kepada anda sendiri.Perkara yang menjadi penghalang kepada diri anda ialah diri anda sendiri.Anda membataskan imaginasi anda.Anda boleh mengawal sepenuhnya hidup anda dengan mengawal fikiran,perkataan, dan tindakan anda sekarang.

Barangkali penemuan yang paling penting dalam bidang psikologi dan kejayaan ialah 95% daripada apa yang anda fikir,rasa,lakukan, dan pencapaian ialah hasil daripada tabiat anda.Bermula dari zaman kanak-kanak anda,anda telah mempunyai beberapa tindakbalas yang dilakukan secara automatik dan tanpa berfikir terhadap apa yang berlaku kepada anda.

Untuk memudahkan anda memahaminya,orang yang berjaya mempunyai "tabiat kejayaan" dan orang yang gagal mempunyai "tabiat kegagalan".Kejayaan,bahagia,kesihatan,kehidupan berlaku secara automatik dalam kehidupan anda apabila anda mempunyai "tabiat kejayaan".Tabiat kejayan ialah melakukan dan mengatakan sesuatu yang tepat pada masa dan situasi yang sesuai.

Mungkin anda keliru dengan maksud kejayaan.Ianya adalah subjektif.Definisi kejayaan yang saya maksudkan dalam artikel ini ialah "kebolehan untuk hidup dengan cara yang anda mahu,melakukan apa yang anda suka, bersama-sama dengan orang yang anda suka dan hormat".

Dalam maksud yang luas,kejayaan juga boleh dimaksudkan dengan mencapai impian anda,kemahuan,harapan,keinginan, dan matlamat dalam hidup anda.

Walaupun setiap orang adalah berbeza dan unik,biasanya setiap orang mempunyai 4 matlamat atau keinginan yang sama iaitu:


  1. Kesihatan-Matlamat yang biasa ingin dicapai oleh setiap orang ialah mempunyai kesihatan yang baik dan bentuk tubuh yang diidamkan.Ini kerana kita mahu meneruskan hidup tanpa mengalami masalah kesihatan dan penyakit.pada hari ini dengan kemajuan sains perubatan,kualiti kesihatan dan jangka hayat manusia ditentukan oleh diri kita sendiri.Orang yang menjaga kesihatan adalah jauh lebih sihat berbanding dengan orang yang tidak menjaga kesihatan.Dalam artikel bersiri ini,saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat untuk menjaga kesihatan.

  2. Perhubungan yang Menyenangkan-Matlamat ke-2 yang ingin dicapai oleh setiap orang ialah untuk memiliki perhubungan yang mengembirakan sama ada perhubungan yang bersifat peribadi atau dalam komuniti.85% kebahagiaan anda adalah ditentukan oleh hubungan anda dengan orang lain dalam komuniti anda.Sekiranya hubungan anda dengan orang lain adalah baik,dan mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan anda,kualiti hidup anda akan meningkat.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk membentuk tabiat untuk membina dan mengekal perhubungan dengan orang lain.

  3. Melakukan Apa yang Anda Suka- Matlamat ke-3 yang ingin dicapai oleh setiap orang ialah untuk melakukan apa yang disukai,melakukannya dengan cara yang terbaik,dan mendapat bayaran yang setimpal dengan hasil kerja anda.Anda mahu mendapatkan kerja yang anda idamkan,dibayar dengan setimpal,serta dinaikkan pangkat dengan cepat.Anda ingin mendapatkan ganjaran untuk kenaikkan pangkat anda sama ada dari segi wang,status sosial, dan lain-lain.Dalam artikel ini saya akan menerangkan tabiat hampir setiap orang yang berjaya atau orang yang mendapat bayaran gaji tertinggi untuk setiap bidang yang diceburi.

  4. Mencapai Kebebasan Kewangan - Matlamat ke-4 ialah mempunyai kebebasan kewangan.Anda ingin mencapai kebebasan kewangan kerana anda tidak ingin risau lagi mengenai kewangan anda.Anda ingin bebas sepenuhnya daripada masalah kewangan.Anda tidak perlu lagi berasa cemas melihat harga makanan lagi pada menu makanan apabila anda makan di restoran.


Dalam artikel ini,anda akan didedahkan bagaimana untuk memiliki "tabiat kejayaan" daripada setiap lelaki dan wanita yang telah berjaya menjadi jutawan.Anda akan mengetahui bagaimana untuk berfikir dengan efektif,membuat keputusan yang lebih baik untuk diri anda sediri,dan mengambil tindakan yang efektif berbanding dengan orang lain.Anda juga akan didedahkan bagaimana untuk menguruskan kewangan anda untuk membantu anda mencapai tahap kebebasan kewangan
dengan lebih cepat daripada apa yang anda bayangkan.

Berita baik mengenai tabiat ialah semua tabiat anda terhasil melalui pengalaman hasil daripada tindakan yang berulang-ulang yang telah anda ambil.Anda boleh belajar apa sahaja tabiat yang anda rasa baik untuk anda.Dengan menggunakan semangat dan disiplin,anda boleh membentuk personaliti dan karakter yang anda mahu.Anda boleh menulis skrip untuk hidup anda dan sekiranya anda tidak gembira dengan skrip hidup anda sekarang,anda boleh mengubahnya.

Seperti mana tabiat yang baik membantu anda untuk berjaya dan gembira pada hari ini,tabiat buruk anda juga bertanggungjawab kepada semua masalah yang anda hadapi.Namun demikian,tabiat buruk boleh dibuang dan diganti dengan tabiat yang lebih baik dengan proses yang sama iaitu tindakan yang anda ambil secara berulang-ulang.

George Washington iaitu Presiden USA yang pertama dan Jeneral dalam Tentera Revolusi dikenali dengan nama Bapa Kepada Negara.Beliau dihormati oleh rakyat USA pada zaman kegemilangannya kerana kualiti yang ada pada karakter beliau.

Ianya bukanlah satu kebetulan George Washington berjaya menjadi Presiden USA yang pertama.Beliau datang dari keluarga kelas pertengahan dengan beberapa kelebihan.Satu hari semasa beliau masih di peringkat awal remaja,beliau telah membaca buku yang bertajuk Peraturan Bermasyarakat dan Sikap Bersopan Dalam Syarikat dan Perbualan (The Rules of Civility and Decent Behaviour in Company and Conversation).Sebagai seorang yang masih remaja,beliau menyalin 110 peraturan yang terdapat dalam buku itu ke dalam buku peribadi beliau.Beliau sentiasa membaca secara konsisten peraturan yang beliau salin itu sepanjang hidup beliau.

Dengan mempraktikkan "Rules of Civility",beliau membentuk tabiat yang membantu beliau menjadi Presiden USA yang pertama.Beliau mempelajari semua tabiat yang perlu beliau belajar untuk mencapai apa yang beliau idamkan.

Pada zaman yang sama,Benjamin Franklin yang menjadi perintis kepada mesin cetak pada hari ini dan menjadi self-made millionaire yang pertama di USA,melakukan proses yang sama seperti George Washington.

Semasa zaman muda beliau,Benjamin seorang yang agak panas baran dan suka bertengkar.Beliau mendapati bahawa sikap beliau menjadikan punca beliau mendapat masalah dan merosakkan hubungan beliau dengan rakan sekerja beliau.Beliau menyelesaikan masalah sikap beliau dengan menulis semula skrip personaliti beliau.

Beliau bermula dengan menulis 12 kriteria sikap yang perlu dimiliki oleh beliau.Beliau menumpukan kepada satu sikap sahaja pada setiap minggu.Setiap hari,beliau akan mengingatkan diri beliau
untuk mempraktikkan sikap baru.Apabila beliau menjadikannya sebagai tabiat,ianya menjadi sebahagian daripada karakter beliau.

Setelah masa berlalu,beliau menjadi salah seorang yang sangat popular dan menjadi seorang negarawan.Beliau menjadi sangat berpengaruh dan dilantik menjadi Duta USA ke Perancis semasa zaman revolusi di Perancis.Dengan mengubah tabiat,beliau berjaya menjadi seorang yang cekap dan namanya tercatat dalam sejarah Amerika.

Satu daripada langkah terbesar untuk anda berubah ialah menukar tabiat anda.Matlamat anda sewajarnya untuk menjadi yang terbaik sesuai dengan diri anda.Sekali lagi,kehidupan anda pada hari ini adalah hasil daripada tabiat anda.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #2 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.