Hukum Tarikan-Siri 25 : Kerjaya dan Potensi

Hukum Tarikan-Siri 25 : Kerjaya dan Potensi


Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerjaan anda sekarang ini.Pekerjaan anda pada hari ini merupakan pilihan anda sendiri pada masa lalu.Sekiranya anda tidak gembira dengan kerja anda,anda perlu ingat bahawa anda boleh memilih kerja yang bar.Hanya anda sahaja yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda.

Anda boleh mencegah kesilapan yang sering berlaku dalam pekerjaan anda.Sekiranya anda endapati sama ada hasil kerja dan penat lelah anda tidak dihargai,anda perlu mencari pekerjaan yang lain.Anda perlu memilih pekerjaan yang memberi penghargaan kepada bakat anda.Anda tidak perlu mensia-siakan bakat anda dengan melakukan apa yang tidak anda suka.

Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan anda,anda perlu menjalankan tugas anda dengan cara yang terbaik dan termampu oleh anda.Halangan yang timbul akan membuatkan anda semakin menyedari potensi yang terpendam di dalam diri anda selama ini.

Apa jua pekerjaan anda,ianya merupakan latihan untuk diri anda untuk membuktikan potensi anda sepenuhnya.Hasil kerja membuktikan kepada anda tentang kemampuan anda.Setiap orang memiliki batasan dan anda tidak tahu batasan anda sekiranya anda tidak melakukan kerja anda dengan cara yang terbaik dengan kemampuan anda.Satu masa nanti anda akan dapat menukar impian anda menjadi realiti atau ianya hanya kekal sebagai impian semata-mata dengan hasil tindakan anda pada hari ini.Anda boleh meluangkan masa untuk sentiasa meningkatkan kemahiran anda.

Pekerjaan anda pada hari ini bukanlah merupakan urusan peribadi anda.Pilihan anda mengenai
pekerjaan anda mendatangkan kesan kepada semua orang.Apakah kebaikkan pekerjaan anda kepada
orang lain?

Pekerjaan anda merupakan asas untuk anda membuat sumbangan kepada orang lain.Anda menyumbang daripada tenaga,mental,sosial,pengetahuan,moral, dan lain-lain kepada masyarakat.Adakah anda dapat memahami konsep kesatuan yang telah saya jelaskan dalam artikel bersiri Hukum Tarikan: Kesatuan?

Apakah pekerjaan yang anda dapat lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan anda?

Pekerjaan yang dapat anda lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan ialah pekerjaan yang dapat membantu anda mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.Ianya selari dengan realiti hidup,hubungan anda, dan bakat anda.Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak mencabar diri anda sendiri,anda terlepas peluang keemasan untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.Sekiranya pekerjaan anda tidak menguji potensi anda,pekerjaan anda tidak sesuai dengan anda.

Sekiranya anda mencegah semua risiko untuk mengeluarkan potensi anda,anda membuatkan diri anda bertambah lemah.Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan hati dan perasaan anda,anda akan sanggup mengambil risiko dari masa ke semasa.

Beberapa risiko yang anda ambil mungkin tidak memberi hasil yang anda harapkan.Sebahagian
lagi akan mendatangkan kepuasan kepada anda kerana anda dapat mengeluarkan potensi anda.Anda
akan berani mengambil risiko setelah anda mengira risiko apa yang terjadi sekiranya anda gagal
dan apa ganjaran yang anda dapat sekiranya berjaya.Semakin banyak kegagaln yang anda dapat terima,semakin banyak anda mendapat pelajaran.

Untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan realiti,hubunganm dan potensi,terdapat 4 soalan
yang dapat mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda:

  • Fizikal:Apa yang perlu anda lakukan?
  • Potensi:Apakah potensi yang terdapat pada anda?
  • Hati dan Perasaan:Adakah anda bangga dengan kerja anda?
  • Kesatuan:Apakah sumbangan yang ingin anda berikan pada orang lain?

Kerjaya yang sesuai untuk anda dapat anda ketahui dengan jawapan-jawapan yang anda berikan
pada soalan-soalan ini.Ianya kerjaya yang sesuai dengan relaiti,mengeluarkan potensi, dan
membuat sumbangan kepada orang lain dengan cara yang anda inginkan.Ianya menyebabkan badan,
otak,hati, dan semangat anda berada pada tempat yang selari dengan realiti,hubungan, dan potensi
anda.

Fikirkan mengenai pekerjaan anda sekarang.

  • Apakah pekerjaan anda memberi jawapan yang anda inginkan dalam 4 soalan di atas?
  • Adakah anda bekerja semata-mata untuk membayar hutang?
  • Adakah anda menggunakan sepenuhnya potensi dan bakat anda?
  • Adakah anda menyukai pekerjaan anda?
  • Adakah anda seronok melakukan pekerjaan anda?

Anda akan bersemangat untuk bekerja apabila jawapan-jawapan kepada 4 soalan di atas adalah
harmoni.Anda memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dengan anda.Apabila ke 4-4 kategori dalam soalan-soalan diatas berpadu bersama,ianya
akan menghasilkan keajaiban dalam hidup anda.Anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.
Setiap hari yang anda lalui akan sentiasa indah sekiranya semua jawapan anda dalam soalan-soalan
di atas berpadu.

Apa sekiranya yang berlaku sekiranya jawapan-jawapan untuk 4 soalan diatas tidak seperti yang anda inginkan?

Di mana perlu untuk anda memulakan langkah pertama?

Untuk semua soalan diatas,kategori utama yang perlu anda tumpukan ialah mencari pekerjaan yang sesuai dengan hati dan perasaan anda.Ada kebenaran bahawa sekiranya anda melakukan apa yang anda suka,wang akan datang kepada anda.Ianya bukan semudah yang disangka dalam kehidupan yang nyata namun ianya mempunyai kebenaran.

Sekiranya anda terus melakukan apa yang anda suka,pada satu jangka masa anda akan menjadi pakar kepada apa yang anda lakukan.Apabila anda mencapai tahap ini,anda akan dapat menambah nilai sama ada dari segi wang dan kualiti daripada hasil kerja anda.Ramai orang yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti atau pun untuk mendapat panduan yang tepat daripada anda.

Contohnya di dalam Malaysia ialah Chef Wan,Siti Nurhaliza, dan kartunis Lat.Saya secara peribadi tidak mengenali ketiga-tiga individu ini.Saya sangat pasti bahawa Chef Wan suka memasak,Siti Nurhaliza suka menyanyi, dan kartunis Lat suka melukis.Mereka telah mencapai tahap menguasai bidang yang mereka ceburi.Jalannya bukan semudah yang disangka namun mereka berjaya menguasainya.

Fikirkan mengenai alternatif bagaimana anda dapat meneruskan kehidupan anda dengan melakukan apa yang anda sukai.Adalah mudah untuk terperangkap untuk melakukan apa yang tidak anda suka demi untuk meneruskan hidup.Semakin lama anda melakukan apa yang tidak anda suka,semakin banyak pengetahuan yang anda dapat mengenai sesuatu yang tidak anda suka.

Apabila pengalaman anda semakin bertambah,anda mungkin dinaikkan pangkat dalam pekerjaan anda.Namun ianya tidak memuaskan hati anda.Semakin lama anda bekerja dengan kerja yang tidak sesuai dengan anda,semakin dalam lubang yang anda gali untuk diri anda sendiri.

Secara peribadi,saya pernah mendengar cerita seorang CEO sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang pendapatannya amat lumayan tetapi berhenti kerja kerana tidak sesuai dengan hati dan perasaan beliau.Beliau menjadi CEO bermula dengan perjalanan yang agak sukar.Beliau pergi bekerja awal pagi dan pulang ke rumah apabila hari telah lewat malam.

Beliau seorang lelaki Melayu yang berpegang dengan nilai adab dan kesopanan Melayu.Anak-anaknya masih pelajar sekolah.Apa yang menyedihkan beliau ialah apabila beliau pulang ke rumah,anak lelaki beliau tiada di rumah dan rambut anak perempuan beliau pun sudah berubah warna.

Pada pandangan beliau,walaupun dari segi kerjaya beliau agak cemerlang namun tidak sesuai dengan hatinya.Keluarganya tidak terurus kerana beliau tidak mempunyai masa untuk keluarganya.Di pendekkan cerita,beliau meletak jawatan dan menjadi peniaga kecil-kecilan.Apa yang beliau inginkan ialah masa untuk bersama-sama dengan keluarga.

Ini hanya secebis kisah daripada dunia realiti.Anda tidak perlu terburu-buru untuk berhenti kerja. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah anda perlu berpijak di bumi yang nyata untuk menggunakan hukum tarikan.Anda perlu melakukan apa yang anda suka sehingga menjadi pakar.Anda mungkin belum kaya dengan melakukan apa yang anda suka kerana:

  • Anda belum benar-benar menguasai apa yang anda suka
  • Hasil kerja anda tidak unik dan boleh didapati oleh orang lain
  • Hasil kerja anda tidak memberi kesan kepada orang lain dalam skala yang besar

Andainya anda tidak mempunyai masalah diatas,ini bermakna orang-orang yang bertanggungjawab dalam urusan yang anda lakukan perlu di tukar.

Contohnya di Malaysia ialah arwah Tan Sri P.Ramlee.Boleh dikatakan beliau menguasai seluruh bidang seni.Daripada bermain alat muzik sehingga menjadi pengarah filem,semua perkara boleh dilakukan oleh beliau tetapi beliau tidak kaya pada akhir hayatnya.Saya tidak ingin membuat
sebarang spekulasi tapi ingin membuka minda anda.Berapakah bilangan produksi yang wujud pada zaman kegemilangan P.Ramlee?

Untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan anda,anda perlu memilih pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan hati dan perasaan anda.Apabila kerja anda sesuai dengan hati dan perasaan anda,segala-galanya akan menjadi mudah kepada anda.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Kerjaya dan Potensi .
Saya akan menulis mengenai Memahami Diri Sendiri pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.