Hukum Tarikan-Siri 22 : Tips Berubah Dalam 30 Hari

Hukum Tarikan-Siri 22 : Tips Berubah Dalam 30 Hari


Dalam artikel yang lalu,saya telah mencadangkan beberapa tabiat percubaan untuk anda dalam masa 30 hari.Ianya mungkin sukar untuk anda.Berikut merupakan tips-tips yang boleh membantu anda mengubah tabiat dengan lebih mudah:
  • Tidak menonton rancangan kegemaran anda dalam masa 30 hari.
  • Mengelakkan untuk membuang masa dengan sia-sia apabila melayari internet
  • Sentiasa bercukur setiap hari sekiranya anda lelaki
  • Memotong rambut dengan gaya yang berbeza
  • Perkenalkan diri anda pada orang yang tidak anda kenali pada setiap hari
  • Lakukan sesuatu yang berbeza pada waktu petang sekiranya anda mempunyai peluang
  • Bersihkan rumah atau pejabat selama 30 minit setiap hari
  • Elakkan untuk ketagih kepada rokok,makanan ringan,minuman berkafein dan yang seumpamanya
  • Bangun tidur lebih awal daripada biasa
  • Membaca buku selama satu jam setiap hari
  • Cari 10 perkataan dalam bahasa asing setiap hari
  • Meditasi sekali atau dua kali setiap hari
  • Tuliskan apa yang berlaku pada anda sepanjang hari apabila ingin tidur
  • Tidak mendengar lagu-lagu sedih
  • Tidak menonton filem-filem seram

Ianya bergantung kepada anda untuk memilih sebilangan daripada tips-tips ini ataupun melakukan semuanya sekaligus.Anda perlu ingat bahawa kehidupan anda pada hari ini dibentuk oleh tabiat anda pada masa lalu.

Saya nasihatkan anda untuk hanya mengubah 3 tabiat anda dalam masa 30 hari percubaan seperti berdiet atau melakukan senaman.Apabila anda ingin berubah secara mendadak,anda mungkin terasa sukar dan kembali kepada tabiat lama anda.Anda akan semakin mudah untuk berubah sekiranya anda mengajak kawan-kawan anda untuk melakukan apa yang fikirkan perlu untuk menukar tabiat anda.Selain itu ianya dapat mengeratkan silaturahim.

Percubaan selama 30 hari adalah praktikal dan mudah untuk dilakukan.Apabila anda fokus hanya untuk memilih satu pendekatan sahaja dalam masa 30 hari,ianya menjadikan anda lebih mudah untuk mengubah tabiat anda.Anda pilih sahaja mana-mana tabiat yang anda ingin ubah dan alaminya sendiri bagaimana memiliki tabiat yang baru.Anda boleh bermula sekarang.Segera bertindak akan memudahkan anda untuk mengubah tabiat anda.

Berbanding dengan mengubah semua tabiat buruk anda dalam masa satu hari,adalah lebih mudah untuk tetapkan sasaran walaupun kecil tetapi membantu anda menuju kepada apa yang anda inginkan.Setelah anda selesa dengan perubahan yang kecil,anda boleh terus untuk mengubah tabiat anda yang lain.Tindakan yang kecil tapi berhasil adalah jauh lebih baik daripada tindakan yang drastik tapi hambar.

Contohnya,sekiranya anda ingin mengurang berat badan,pertama sekali anda perlu sedar berapa kali anda makan dalam masa satu hari,tempat anda makan, dan apa yang anda makan.Kemudian pendekkan masa untuk anda berada di tempat yang anda selalu makan.Katakan anda selalu makan di depan televisyen,kurangkan masa selama 25% setiap hari untuk berada di depan televisyen.Anda juga boleh menukar makanan apa yang anda makan setiap hari.Lakukan sedikit demi sedikit dalam masa 30 hari sahaja.

Kaedah untuk tempoh 30 hari ini sesuai untuk tabiat yang sentiasa anda lakukan pada setiap hari.Sekiranya anda benar-benar ingin mengubah tabiat anda,anda perlu membuat keputusan yang lahir dari hati untuk berubah.Tiada gunanya untuk anda menukar tabiat anda sekiranya anda tidak ingin berubah.Tanya kepada diri anda sendiri sama ada anda benar-benar ingin berubah ataupun tidak.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Tips Berubah Dalam 30 Hari.
Saya akan menulis mengenai Tabiat dan Kesatuan pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.