Hukum Tarikan-Siri 19 : Tabiat Dan Kuasa

Hukum Tarikan-Siri 19 : Tabiat Dan Kuasa


Kuasa merupakan sesuatu yang diperlukan apabila anda ingin menukar tabiat anda.Maksud kuasa ialah "kebolehan untuk bertindak".Untuk mengubah tabiat anda,anda perlu memberi sepenuh tumpuan kepada hasil yang anda inginkan dan konsisten dengan usaha anda.Semakin anda berdisiplin,semakin mudah untuk anda mengubah tabiat anda.

Anda perlu sedar bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dalam hidup anda.Sama ada tabiat anda membantu anda atau merosakkan anda.Anda perlu bertanggungjawab terhadap diri anda.Oleh sebab tabiat anda menentukan hidup anda,anda perlu menjadikan tabiat anda dapat membantu anda.

Anda perlu menumpukan usaha untuk menukar tabiat anda agar anda dapat menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada anda.Pada awalnya,anda mungkin tidak bersedia untuk menukar tabiat anda.Sekiranya anda mempunyai kemampuan,anda boleh membeli buku-buku untuk menukar tabiat anda.Lakukan apa yang termampu oleh anda untuk membentuk tabiat yang dapat membantu anda menukar impian anda menjadi realiti.Sekiranya anda bertindak dengan tepat,anda tahu apa hasil
yang anda boleh jangkakan daripada tabiat anda.

Setelah pengetahuan anda meningkat,anda boleh menggunakan kuasa anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Sebagai contoh,anda ingin menukar tabiat makan dan mengurangkan berat badan anda.Anda boleh menggunakan kuasa yang ada pada anda untuk:
  • Mengikut diet yang tertentu
  • Mengekalkan menu harian
  • Menambah makanan harian anda dengan buah-buahan dan sayur
  • Menjauhkan diri daripada makanan ringan
  • Belajar resepi memasak makanan yang dapat membantu anda untuk kurus
  • Mengelakkan diri untuk makan sambil menonton TV
  • Menyertai komuniti yang bertujuan mengurangkan berat badan
  • membeli penimbang berat bada yang baru
  • Menggunakan gambar model yang ideal untuk memberikan anda motivasi
  • Membuat carta yang membantu anda untuk merekod usaha anda
  • dan lain-lain lagi

Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dengan mempunyai pengetahuan mengenai apa yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan langkah pertama untuk mencapai keinginan anda.Anda dapat menumpukan sepenuhnya kuasa yang ada pada anda untuk menentukan tindakan yang anda perlu ambil.Anda telah membuat persediaan yang cukup untuk mengambil tindakan.

Apabila anda ingin mengambil tindakan,kuasa yang ada dalam diri anda akan benar-benar teruji.Adakah anda boleh membuang tabiat anda yang lama apabila anda tahu ianya tidak membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu?

Tabiat anda juga mendatangkan kesan kepada orang lain sama ada baik atau buruk.Luangkan sedikit masa untuk menilai adakah tindakan yang anda ambil kepada orang lain di sekeliling anda.Lebih-lebih lagi sekiranya anda masih muda dan mengambil tindakan secara bersendirian akan memberikan kesan kesan kepada keluarga anda.Sekiranya anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak,tabiat anda akan diikiuti oleh anak-anak anda.

Apabila kita berinteraksi dengan orang lain,kita mengajar mereka bagaimana untuk bertindak sama ada kita menyedari atau tidak.Seorang yang mempunyai tabiat yang buruk boleh merosakkan sesebuah organisasi.Sebagai contoh ialah organisasi tempat anda bekerja.Seorang yang mempunyai sikap negatif akan mempengaruhi pekerja-pekerja yang lain.

Anda perlu sedar bahawa melalui tabiat anda,anda juga mendatangkan kesan sama ada baik atau
buruk kepada komuniti tempat anda hidup.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Tabiat Dan Kuasa.Saya akan menulis mengenai Tabiat Dan Keberanian pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.