Hukum Tarikan-Siri 17 : Membentuk Tabiat Positif

Hukum Tarikan-Siri 17 : Membentuk Tabiat Positif


Dalam setiap keadaan,anda bebas untuk memilih cara untuk anda menghabiskan masa lapang anda.
Anda boleh fokus pada diri anda sendiri untuk masa sekarang dan sedar apa yang anda lakukan
sekarang.Anda boleh juga membuat perancangan untuk diri anda sendiri.

Anda boleh mengenggam tangan anda dan melihatnya.Anda boleh mengawal tubuh badan anda mengikut kemahuan anda.Ini untuk menyedarkan anda bahawa anda boleh mengawal aktiviti fizikal didalam kehidupan anda.Dalam keadaan tertentu anda tidak dapat mengawal tubuh badan anda.

Anda renung kembali semasa anda masih di peringkat bayi,bolehkah anda mengenggam tangan anda?

Anda tidak boleh mengawal tubuh badan anda semasa anda masih di peringkat bayi.Bagaimanapun
sekarang anda sudah dapat mengawal tubuh badan anda.Anda masih mendapat manfaat hasil daripada pengalaman anda pada masa lalu.Anda ingat bagaimana anda belajar berjalan?

Tabiat anda pada hari ini terbentuk daripada pengalaman anda menyelesaikan masalah pada masa
lalu.Apabila minda anda berfungsi untuk mendapatkan apa yang anda mahu,ianya akan menyimpan
memori didalam otak anda.Contoh lain seperti anda memandu kereta dan makan.

Adakah anda masih ingat bagaimana perasaan anda ketika anda mula belajar memandu dan makan?

Sekarang adakah anda rasa sukar untuk memandu kenderaan dan makan?

Tabiat terbentuk bagaimana minda anda menyelesaikan masalah.Minda sedar anda sangat bagus
untuk menyelesaikan masalah yang telah anda hadapi pada masa lalu.Jadi pada masa sekarang
minda sedar anda sudah menghantar isyarat kepada minda separa sedar anda bagaimana untuk
menyelesaikan masalah anda - bergantung kepada pengalaman anda.

Sekiranya anda mempunyai konflik diantara minda sedar dan minda separa sedar anda,anda bebas untuk menetapkan standard baru menyelesaikan masalah dalam kehidupan anda melalui minda sedar anda.

Apa yang menjadi rutin harian anda telah tersimpan pada minda separa sedar anda.Anda dapat
memberikan sepenuh perhatian pada apa yang telah menjadi rutin harian anda.Sekiranya anda
melakukan sesuatu yang baru,ianya sukar untuk minda separa sedar anda menyimpan memori
yang baru.Anda perlu melakukannya secara berulang-ulang.

Sehingga sekarang,minda separa sedar anda mungkin telah menyimpan memori yang tidak efektif
untuk anda mendapatkan apa yang anda inginkan.Barangkali anda telah membina memori untuk
merokok sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan.Mungkin juga anda telah menyimpan
memori untuk makan secara berlebihan apabila berada dalam keadaan tertekan.

Untuk bertindak selari dengan realiti,hubungan, dan potensi anda,anda perlu menukar tabiat yang memberikan anda hasil yang negatif.Setiap tindakan akan memberi kesan.Kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil tindakan anda pada masa lalu.Masa lalu tidak sama dengan masa depan.Anda membentuk hari esok dengan apa yang anda lakukan pada hari ini.

Artikel kali ini adalah untuk anda memberi anda "hint" bahawa tabiat anda pada hari ini terbentuk dari masa lalu.Anda boleh mengenalpasti tabiat yang dapat memberikan kesan positif atau negatif dalam kehidupan anda.Untuk menukar tabiat anda bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan mustahil.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:  Membentuk Tabiat Positif.
Saya akan menulis mengenai Tabiat Dan Hubungan pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.