Hukum Tarikan-Siri 14 : Potensi Tidak Terbatas

Hukum Tarikan-Siri 14 : Potensi Tidak Terbatas


Sikap anda adalah hasil daripada anda menggabungkan apa yang anda lihat,fikir, dan apa yang anda lakukan.Untuk mendapatkan apa yang anda idamkan selama ini,setiap tindakan anda perlu selari dengan realiti hidup anda,hubungan anda dengan orang lain, dan kemampuan yang anda miliki.

Untuk mengambil tindakan yang tepat,pertama sekali anda perlu memahami diri anda sendiri terlebih dahulu.Kedua anda perlu menerima realiti mengenai diri anda sekarang dengan jujur dan jelas apa yang anda mahukan.Ketiga anda perlu mengambil tindakan.

Sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan,anda boleh meminta pandangan kepada orang yang telah memiliki apa yang anda inginkan melalui perjumpaan lansung,buku,seminar,internet atau lain-lain.

Cara terbaik untuk anda melangkah menuju kepada impian anda pada situasi hidup anda sekarang ialah menilai sama ada fikiran dan tindakan anda selari dengan impian anda.

Adakah impian anda benar-benar lahir dari hati ataupun kerana mengikut kemahuan orang lain?

Anda boleh bertanyakan soalan ini dari segala sudut kehidupan anda seperti kesihatan,kewangan, sosial,agama,pendidikan, dan lain-lain.Tindakan yang anda ambil akan lebih tepat sekiranya anda tahu secara spesifik apa yang anda benar-benar mahu.

Pertama sekali,anda perlu mempunyai pandangan yang jujur terhadap realiti hidup anda buat masa sekarang.Berikut merupakan petunjuk untuk membantu anda berpijak di bumi yang nyata.Anda boleh menjawabnya pada setiap hari dengan menulis didalam diari/jurnal anda.

Realiti
  • Adakah anda jujur dengan diri anda sendiri dan orang lain ataupun anda perlu menipu untuk menjawab apa-apa soalan?
  • Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tetap dengan cara hidup anda sekarang untuk tempoh 5,10, dan 20 tahun akan datang?
Kemampuan
  • Adakah tindakan anda adalah tepat untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau anda terlalu optimis atau memandang rendah kepada diri anda sendiri?
  • Adakah anda menerima sepenuhnya realiti hidup anda sekarang atau anda perlu menipu diri anda sendiri?
  • Apakah pengetahuan yang perlu anda tahu untuk mendapatkan apa yang anda mahu?
  • Apakah tindakan yang telah anda ambil pada hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu?
Hubungan
  • Adakah anda meluangkan masa untuk orang lain atau anda rasa sunyi dan bersendirian?
  • Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain,adakah anda menunjukkan perasaan anda atau menyembunyikan perasaan anda?
  • Adakah anda menerima diri anda sendiri dan orang lain tanpa syarat?
  • Adakah bilangan kenalan anda semakin bertambah atau berkurang?
  • Apakah yang anda perlu lakukan hari ini untuk menambah jumlah kenalan anda?
  • Bagaimana anda dapat meningkatkan cara anda berinteraksi dengan orang lain?

Kuasa
  • Adakah anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda?
  • Apakah yang benar-benar anda idamkan dan sanggup berkorban untuk mendapatkannya?
  • Adakah anda benar-benar fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau menjauhkan diri daripada impian anda?
  • Adakah anda meluangkan masa untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan?
  • Adakah anda konsisten dan bersungguh-sungguh mengambil tindakan?
  • Apakah yang perlu anda lakukan hari ini untuk meningkatkan kebolehan anda?
Kesatuan
  • Adakah anda menyedari bahawa anda dan orang lain adalah satu kesatuan pada setiap masa?
  • Adakah anda merasa gembira apabila melihat orang lain gembira dan anda bersedih apabila orang lain dalam kesedihan?
  • Adakah anda melayan orang lain dengan ramah dan mesra?
  • Adakah anda berasa anda dan orang lain adalah satu kesatuan?
  • Adakah anda merasa sumbangan yang anda lakukan pada orang lain sama ada kecil atau besar merupakan sesuatu yang bermakna?
  • Apa yang perlu anda lakukan pada hari ini untuk merasai lebih banyak kesatuan?
Tanggungjawab
  • Adakah anda bertanggungjawab terhadap hidup anda atau hanya mengikut orang lain?
  • Adakah aktiviti harian anda menghasilkan sesuatu yang mendekatkan anda dengan impian anda?
  • Apabila anda menghadapi halangan,adakah anda tabah atau terus mengalah?
  • Adakah anda positif anda akan mencapai apa yang anda inginkan?
  • Bagaimana anda dapat mengelakkan aktiviti yang menghabiskan maasa dengan sia-sia?
  • Apa yang anda dapat lakukan pada hari ini untuk memikul lebih banyak tanggungjawab?
Keberanian
  • Adakah anda menjalani kehidupan pada setiap hari dengan penuh keyakinan atau ketakutan?
  • Apakah aktiviti yang anda lakukan pada hari ini selari dengan hati dan perasaan anda pada hari ini?
  • Adakah anda bersedia mengambil tindakan yang berbeza ataupun tindakan anda hanya serupa seperti semalam untuk mencapai impian anda?
  • Adakah anda konsisten dengan tindakan yang mencepatkan anda mencapai impian anda?
  • Adakah anda mempunyai rasa takut untuk mengambil tindakan yang anda tahu akan mencepatkan anda mencapai impian anda?
  • Bagaimana anda dapat meningkatkan keberanian anda hari ini untuk mengambil tindakan yang lebih tepat untuk mendapatkan apa yang anda mahu?
Sinergi
  • Adakah tindakan anda selari dengan realiti,hubungan, dan kuasa anda?
  • Adakah sikap anda dengan orang lain benar-benar jujur atau palsu?
  • Adakah anda mengambil tindakan sesuai dengan kemampuan anda sekarang?
  • Bagaimana anda dapat menjadi lebih baik dari semalam?
  • Apa yang dapat anda lakukan pada hari ini untuk menunjukkan anda telah mengambil tindakan untuk mencapai impian anda?

Soalan-soalan ini akan membantu anda untuk mengukur sejauh mana jarak antara anda dan impian anda.Elakkan untuk bersedih sekiranya anda mempunyai banyak jawapan yang negatif.Anda hanya perlu berpijak di bumi yang nyata.Sekurang-kurangnya anda tahu tindakan apa perlu anda lakukan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Masa depan anda bermula sekarang.

Dengan mengukur sejauh mana jarak antara anda dan impian anda,ianya akan membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu dengan lebih cepat.Ideanya mudah dan anda mampu menjadikannya seringkas yang mungkin.

Untuk setiap bahagian dalam soalan diatas,anda perlu menetapkan sasaran anda untuk setiap soalan.Sekiranya anda menjadi lebih baik dalam satu bahagian sahaja,bahagian yang lain juga akan menjadi lebih baik.Contohnya,sekiranya anda menyedari realiti hidup anda dengan lebih tepat, keberanian anda juga akan meningkat.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Potensi Tidak Terbatas.Saya akan menulis mengenai Menetapkan Sasaran pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.