Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #5 & #6

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #5 & #6


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #4  saya telah menulis prinsip ke-4 yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.Dalam artikel ini saya akan menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip-prinsip lain yang perlu anda patuhi.

Prinsip #5

Sekiranya anda menunjukkan kepada lelaki bahawa anda memerlukan mereka,mereka
akan menjauhkan diri daripada anda.Sekiranya anda bersikap acuh tak acuh mengenai kehadiran mereka,ianya akan memberikan cabaran mental kepada mereka.

Prinsip ini bukanlah satu peraturan permainan.Apa yang perlu anda faham ialah mengenai tingkah laku manusia.Lelaki akan sentiasa mempunyai keinginan untuk  memiliki apa yang tiada pada mereka.Apabila lelaki bertemu dengan perempuan yang bersikap acuh tak acuh terhadap mereka, ianya akan menjadi cabaran kepada lelaki untuk menarik perhatian anda.

Ataupun, lelaki akan cuba untuk mendapatkan reaksi yang tidak di jangka oleh wanita.Ianya akan memberikan cabaran mental kepada mereka untuk menarik perhatian anda.Apabila ini yang terjadi, perasaan lelaki akan terus membara untuk memiliki anda bahkan akan menjadi lebih kuat.Lelaki ini mula akan berfikir bagaimana cara untuk membuatkan anda menurut kehendak mereka seperti menjadi suami kepada anda,anda membasuh baju mereka, atau lain-lain.

Apabila anda menunjukkan bahawa anda tidak memerlukan mereka dalam hidup mereka,lelaki akan lebih menghormati anda.

Sekiranya anda pernah berpisah kerana pasangan anda curang,anda mungkin hairan kenapa pasangan
anda curang terhadap anda.Anda mungkin tertanya-tanya apa kelebihan yang terdapat pada perampas pasangan anda.Ini kerana perampas pasangan anda telah memberikan cabaran mental kepada
pasangan anda dan sebaliknya dengan anda.Anda menunjukkan anda sangat memerlukan mereka dalam hidup anda yang seterusnya membuat harga diri anda jatuh pada mata pasangan anda.

Kesilapan lain yang dilakukan oleh wanita ialah memandang rendah terhadap diri sendiri.Apabila anda keluar bersama pasangan anda,anda tidak pernah bercakap mengenai perkara yang anda inginkan tetapi malu untuk diluahkan kerana risau anda akan ditinggalkan.Ianya seperti anda ingin menguruskan badan anda,belajar make-up, atau lain-lain.Anda perlu memberitahu pasangan anda apa yang anda mahu lakukan untuk menunjukkan diri anda yang sebenar kepada mereka.Sama ada mereka boleh menerima anda atau tidak,itu adalah masalah mereka.

Adakah anda pernah mendengar lelaki yang ingin kembali kepada bekas pasangan mereka?

Ini terjadi kerana apabila mereka berpisah,bekas kekasih mereka telah memberikan cabaran mental
kepada mereka.Selain itu,lelaki berpisah dengan pasangan mereka kerana mereka memandang pasangan mereka dengan nilai yang rendah.Apabila berpisah,perspektif pandangan mereka terhadap bekas pasangan mereka telah berubah.Hal ini menjadi lebih teruk sekiranya bekas pasangan mereka bukan sahaja telah memiliki pasangan yang baru bahkan jauh lebih baik daripada mereka.

Prinsip #6 

Sikap Wanita yang Menentukan Kedudukan Mereka di Hati Lelaki

Apa yang perlu wanita perlu faham ialah apabila lelaki telah membuat keputusan dengan meanggap
wanita sebagai hadiah,rupa paras tidak menjadi ukuran lagi.Jadi wanita perlu bersikap sebagai
"hadiah" yang di inginkan oleh lelaki.

Perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku.Wanita yang cantik boleh kelihatan hodoh di mata lelaki
sekiranya tidak berhati-hati.Ini boleh berlaku dengan sikap yang anda tunjukkan kepada mereka.

Elakkan sesekali untuk beranggapan anda tidak cantik.Tiada rahsia untuk wanita kelihatan cantik
kerana semua wanita itu cantik kecuali bagi wanita yang memandang rendah terhadap diri mereka sendiri.Apabila anda beranggapan anda tidak cantik,anda mungkin melakukan pengorbanan yang belum tentu berbaloi seperti menghabiskan masa,wang, dan tenaga untuk memenangi hati lelaki yang anda sayangi.

Citarasa lelaki berbeza.Begitu juga dengan wanita.Seorang lelaki yang hodoh mungkin dianggap kacak oleh wanita yang lain.Kali pertama anda keluar dengan pasangan anda,perkara yang penting ialah penampilan anda.Lelaki boleh jatuh cinta dengan anda kerana sikap anda.begitu juga lelaki boleh meninggalkan anda juga kerana sikap anda.

Kuncinya ialah anda perlu menjadi diri sendiri.Renung kembali semua prinsip yang terdapat dalam artikel bersiri ini.

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #5 & #6 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.